Friday, October 31, 2014

Di pertengahan 30

Assalamualaikum

Syukur alhamdulillah Allah masih panjangkan umur aku hingga ke hari ini. Aku masih dapat menyambut ulang tahun kelahiran aku sendiri pada hari ini 31 Oktober, di hari jumaat yang mulia ini.

Terima kasih untuk ucapan selamat lahir yang aku terima daripada semua. Sangat-sangat menghargainya. (^_^)

Macam kena jak dengan header blog ni kan :D


Note : Tiada sambutan istimewa .. empunya diri sedang berehat di rumah, demam dan ceri beri dari semalam. 



Thursday, October 30, 2014

Penangan SEO Resort itu

Assalamualaikum

Ni kiranya penangan entri aku tentang Nexus Resort SPA Karambunai selasa tu. Aku cubalah search tentang resort ni dalam carian Google. Dan apa yang keluar di page yang paling depan ...




Tersenarai dalam carian paling depan di Google Search tu selepas laman web rasmi resort itu sendiri. Tak sangka pula kan. (^_^)

Dapat idea nak tulis entri tu sebab nak jawab pertanyaan dari si Daddy Ziyyad. Aku sendiri belum pernah stay kat resort ni. Baru kiranya nak book untuk bulan december ni, promosi katanya..harga istimewa sempena cuti-cuti Malaysia. 

Tq lah kepada sapa-sapa yang sudi membaca entri tentang resort tu. 



Note : SEO - Search Engine Optimization




Mengidam Nasi Ayam

Assalamualaikum

Ada yang kata tekak orang pompuan yang sedang dalam dilawati oleh 'teman baik' setiap bulan tu lebih kurang sama dengan tekak pompuan mengandung. Betul kan ?? :P

Kalau dah mengidam nak kan sesuatu, lebih kurang sama peelnya dengan yang sedang mengandung...hehe

Kisahnya hari jumaat tu.....on the way balik kerja, driving seorang diri sebab Shumi dah balik awal Babanya yang tolong ambik dari sekolah......tetiba teringin nak makan nasi ayam .....sedang driving tu, boleh2 terbayangkan nasi yang berbau harum, pastu ayam yang distim atau dipanggang, lepas tu cicah dengan sambalnya....emmmm terasa meleleh air liur masa tu.

Sesampai di rumah, terus bagitahu hubby....tapi restoran yang jual nasi ayam rasanya dah tutup sebab dekat jam 8 lebih dah. Terpaksa tahan2 dulu nafsu nak kan nasi ayam tu.
Hubby nak ajak juga keluar cari tapi aku sendiri dah malas keluar setelah menempuh jammed yang panjang on the way balik kerja tadi.

Petang sabtu tu kitaorang pun keluarlah mencari nasi ayam. Dah set2 mana restoran nak pegi. Kitaorang pegi ke Restoran Rafflesia Chicken Hut. Pernah masuk Tv3 dalam rancangan JJCM. Masa tu pengacaranya masih lagi Maria Tunku Sabri. 

Kalau dah pernah masuk JJCM, kira nasi ayamnya yang terbestlah kononnya. So kitaorang order yang stim dan roasted. 

Rupa bentuk nasi ayam di Rafflesia Chicken Hut tu. 


Makan-makan-makan...ntah kenapa aku rasa cam nasi ayam kat restoran ni tak menepati citarasa aku. Aku nak makan nasi ayam yang aku bayangkan masa tengah driving tu. Nasi ayam yang aku idamkan hehe
Aku bagitahu Hubby, nasi ayam tu belum mencapai tahap selera aku. Hubby diam jak. Mungkin dia tengah mengata lah tu, cerewet betul bini aku ni, mengalahkan orang mengandung...:P

Hari ahad tu pula, lepas aku renew lesen memandu aku tu....Hubby bawa ke satu restoran ni. Katanya nak cari nasi ayam yang aku nak tu....hehe
So kitaorang order lagi macam set yang semalam tu, stim dan roasted.



Makan kat Restoran Nasi Ayam Juara pula.


Ok yang ni aku agak puas hati.....nasi wangi, ayam saiz besar, sambal pun sedap. Hubby tanya ok ke?? aku tersengih2 jak. Kira ok lah tu. 
Gara-gara nak cari  nasi ayam yang diidam, kami sefamili makan nasi ayam dua hari berturut2 kihkihkih

Tq lah Hubby sebab layan peel isteri mu ini.....mengidam mengalahkan pompuan mengandung. :P




Wednesday, October 29, 2014

Segmen Pencarian Bloglist November & Disember 2014

Assalamualaikum



29 Oktober 2014 sehingga 30 Oktober 2014


Jom Support Kisahsidairy.com

Iklan Malar Segar | MaxisONE Plan

Assalamualaikum

Iklan ni selalu keluar tv baru-baru ni. Mesti korang perasan kan, dua budak yang bertopeng dan ikat kain kat belakang ala ala superman, kemudian jerit depan kipas lama-lama biar suara cam robot katanya. 

Suka tengok sebab mengimbau kenangan zaman kanak-kanak gitu. Mesti semua pernah buat kan. Jerit depan kipas yang sedang berputar laju dan secara automatik suara terus bertukar menjadi robot..hehe



Comel kan budak berdua ni .... Kreatif pihak Maxis buat iklan ni kan...:D

Ok cerita tentang Maxis ni kan, Dorang ada buat tawaran istimewa yang mungkin menarik perhatian korang. Melalui MaxisONE Plan ni korang akan berpeluang mendapatkan Sebiji Samsung Smartphone baru secara percuma... (^__^).


Macam mana nak dapatkan semua tu....korang boleh pegi ke website dorang di sini


Tuesday, October 28, 2014

Nexus Resort & SPA Karambunai

Assalamualaikum
 
Image from www.hotelecam.com
 
 
Ni kiranya menjawab sedikit tentang pertanyaan Daddy Ziyyad semalam....apa yang menarik tentang resort ni, di mana tempatnya, jauh ke tak dari pusat bandar ??
 
 
Image from asiatravel.com
 

Resort ni memang letak di hujung bandar gitu...kira kawasan kampung pinggir pantai. Jauhnya dari bandar Kota Kinabalu dalam 28KM gitu, so kalau ikut keadaan jalan raya lengang, dalam 45 minit ke sejam gitu boleh sampai dah. Tapi jika masa tu jammed giler, kadang-kadang boleh ambik masa 2 jam nak sampai ke sana. huhu
 
Tapi kan sepanjang perjalanan menuju ke sana korang boleh singgah beberapa tempat menarik ni .. 1Borneo Hypermall (mall yang terbesar di Sabah ni). Boleh singgah makan kerang panggang, kelapa bakar dan puding kelapa yang nyaman di gerai-gerai yang banyak terdapat di tepi-tepi jalan.
Juga bagi peminat SEAFOOD, kasi besar sikit hehe...makanan laut yang segar, sapa yang tak suka...korang boleh singgah sebentar di restoran seafood yang terkenal di Jalan Sepanggar tu. Salut Seafood Restaurant dan juga Gayang Seafood Restaurant. Aku dah pernah beberapa kali makan di Salut tu, udang rebus dia memang sangat terbaikkk....segar dari kolam peliharaan mereka gitu.
 
Sampai di resort, korang boleh rehat2 kejap menikmati keindahan persekitaraannya. Lepas tu boleh lah buat aktiviti bersama keluarga, untuk anak-anak berkubang kat swimming pool, untuk bapa-bapa bergaya kejap jadi orang kaya pukul bola di tengah panas tu (main golf lah kononnya), bagi kaum ibu, boleh relaks dengan menspakan diri ... hehe
Kalau rasa aktiviti tu agak mengeluarkan ongkos yang banyak, dan tidak bersifat kekeluargaan sebab masing-masing dengan hal sendiri...korang boleh beriadah bersama family di Lagoon Park di resort ni. Banyak aktiviti sukan air yang disediakan di sini. Atau kalau nak santai boleh menikmati pemandangan alam dengan mengikuti aktiviti River Cruises mereka.
 
Kalau malas nak makan kat luar, resort ni banyak pilihan restaurant yang menyediakan pelbagai juadah. Dari makanan tempatan hinggalah yang kebaratan gitu. Bufet best kat resort ni kat The Penyu Restaurant. Sangat banyak pilihan makanan gitu.
Tapi aku suggest korang makan kat Noble House, chinese restaurant dorang. Dim Sum nya sangat-sangat sedap. Kawan pernah belanja makan kat sana, Dim Sum nya memang terbaik....:P
 
Ok cukup dah aku bagi promosi free kat resort ni. Korang try stay dulu baru tahu best ke tak kan.... (^_^)
 
 
 
Note : aku pula yang tak sabar stay resort ni bila baca entri sendiri ... kihkihkih
 
 
 
 
 


Monday, October 27, 2014

Resort ni ada promosi!

Assalamualaikum



Dah dekat cuti-cuti sekolah ni, aku lah yang paling sibuk.....sibuk menggoogle tempat menarik di sekitar KK ni. Of course lah cari resort yang best untuk di stay. Google punya Google, ternampaklah satu resort 5 bintang ni yang buat promosi sempena Visit Malaysia 2014. Valid until 31st December 2014 gitu. 

RM388 nett semalam di Ocean Panorama Deluxe room.....menarik ni. Yalah resort 5 bintang, mana nak dapat harga bilik semalam cam tu. Harga normal pun mesti RM 500 ++. 
Korang google jak Nexus Karambunai Resort, mesti korang terpikat dengan keindahan resort ni. 

Aku pernah dah stay sini, tapi bukan stay kat bilik dia yang mewah tu tapi kat quarters pekerja sebab praktikal sebulan di sini...hehe
Bilik-bilik resort ni memang mewah gitu. Ada juga banglo-banglo sebiji yang boleh di sewa. Rate rasanya dalam RM1,000 ++ gitu. Teringat lagi masa praktikal tu, Dato Ct (masa tu masih bujang lagi, mungkin baru bercintan cintun dengan Dato K) stay di resort ni sempena penggambaran dengan siri Azwan Ali yang trademark amboi amboi amboi tu. Dia stay kat banglo mewah tu lah..Mewah dan Grand gitu.
hehe tetiba bergossip pulak.

Aku dan hubby dah terpikat dengan iklan promosi ni. So jika tidak ada aral melintang mungkin nak stay kat resort ni. Nak tengok best ke tak....hehe




Note : Aku pula yang tak sabar nak bercuti-cuti sekolah (^_^) ... (dah call resort tu, nak confirmkan tentang promosi tu, betul ke tak. Dan memang betul. So sekarang nak pilih tarikh yang sesuai gitu, baru book)



Sama tak serupa

Assalamualaikum






Hampir sama kan tapi sebenarnya tak serupa......yang atas tu limau nipis atau kalau di Sabah kami panggil limau kapas. Yang bawah tu pula sapa yang tak kenal limau kasturi. Sedap makan dengan asam boi.....emmmm nyamannya, kecur air liur pulak.

Kedua-duanya boleh dijadikan minuman yang sedap, untuk penambah perisa dalam masakan dan banyak lagi kegunaannya. Untunglah sesiapa yang ada tanam pokok limau ni di rumah, tak payah nak beli di pasar, harga kedua2 jenis limau ni dah makin mahal. Terutamanya buah limau nipis tu, hari tu ke pasar sebungkus RM 2.00 yang hanya beberapa biji di dalamnya. Saiz pula kecik jak dan belum tentu menghasilkan jus yang banyak bila diperah nanti.

Kedua pokok limau ni ada di belakang rumah di kampung. Mak yang tanam. Senang, mudah dan jimat....tak payah nak beli di luar. Petik jak bila nak guna, segar dari ladang gitu. 
Untung yang tinggal di kampung kan. (^_^) 




Sunday, October 26, 2014

Jalan-Jalan di Festival Hijrah, Masjid Bandaraya Kota Kinabalu

Assalamualaikum

Salam ahad korang. Ni entri yang siapkan awal2 semalam sebab sekarang ni dah on the way pegi JPJ UTC sebab nak perbaharui lesen memandu yang nak expire jumaat minggu depan. 

Buat awal-awal supaya tak kelam kabut dan elakkan daripada terlupa. Nasib baik JPJ kat UTC ni buka pada hari ahad. Memudahkan urusan bagi mereka yang bekerja seperti aku ni. Tak payah nak apply cuti tahunan semata-mata nak perbaharui lesen. Jimat cuti aku hehe

Semalam kitaorang sempat jugalah berjalan-jalan di Festival Hijrah di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu yang diadakan sempena awal muharram 1436H. 
Tapi kitaorang sekeluarga sempat pegi selepas asar tu jak. Banyak gerai dah tutup. Tapi masih ramai juga pengunjung yang datang masa tu. 

Kitaorang sempat jugalah menjengah beberapa gerai yang masih buka. Dan aku sempat jugalah membeli 2 helai tudung bawal. Murah RM10.00 sehelai tetapi coraknya menarik bagi aku.

Dalam setengah jam gitu kami beredar sebab Shumi dah tarik-tarik baju Babanya, laparrrrr....(^_^)







**********************************************************************************************************









Thursday, October 23, 2014

Damia dah 3 tahun!

Assalamualaikum

23hb Oktober 2014, genap umur Damia 3 tahun. Dah makin cerewet dah anak dara aku yang seorang ini.

Manja nya Ya Allah, teramatlah sangat. Sikit2 nak merajuk .. huhu ikut perangai baba lah tu, kuat merajuk....hehe
Umi ni jugalah yang nak kena pujuk. 
Peelnya kadang-kadang over dari abang-abangnya, kadang2 buatkan Umi lost temper gitu tapiiii bila dah abis kena marah, Damia nangis, rasa menyesal pula.


Dah mula bercakap sejak umur setahun lebih, jadi korang bayangkanlah masuk umur 3 tahun ni, bercakap mengalahkan mak nenek.

Satu-satunya cucu perempuan sebelah keluarga aku ... so haruslah manja terlebih. Tu sebab Damia sikit2 nak balik kampung di Kota Marudu. Ramai yang menanti di sana hehe...

Apa-apa pun Umi doakan semoga Damia menjadi anak yang solehah, berjaya di dunia dan akhirat ... semoga jadi anak yang berguna dan tidak lupa Umi dan Baba.....amin


Gambar tak berapa jelas sebab potong kek di malam hari. Ni pun Damia kena paksa pose, baru habis menangis sebab bangunkan dia dari tidur ... hehe



Wednesday, October 22, 2014

Kacang cap Ayam!

Assalamualaikum

Sehari bercuti haruslah mak-mak macam aku ni ambik kesempatan cuci baju bajan yang tak habis-habis tu. Kosong sekejap bakul paginya tu, petang dah menggunung balik. Memang tak akan habis punya. 

Lepas Zohor pula, bawa anak-anak keluar kejap. Saja jak bawa dorang jalan-jalan dan makan-makan sempena birthday budak yang paling kecik di rumah ni. SITI DAMIA......esok 23 Oktober, genap 3 tahun umur budak Damia ni....tak sedar anak aku yang seorang ni dah besar. 

Mulut pun dah makin cerewet. Hobi menyanyi dan menari sepanjang masa. emmmm tapi Umi tak mo lah pula hobi tu 'kekal' hingga ke dewasa. No No No ye Damia. 
Umi doakan anak perempuan yang seorang ni menjadi seorang anak yang berjaya dan menjadi anak yang solehah. Amin......

Sambil-sambil aku menunggu baju bajan tu, mulut krup krap krup krap makan jajan yang kira nostalgik ni. 

Kacang cap Ayam

Aku tak tahu kalau kacang jenis ni ada dijual di semenanjung ke tak, tapi kat Sabah, kacang jenis ni memang pemes gitu. Jangan tak tahu ni jajan aku sejak sekolah rendah lagi. Masih kekal hingga sekarang ni. Pengeluar kacang ni pun masih kekalkan packaging dorang. Semua masih sama, warna bungkusan masih sama, taste masih sama, kuantiti masih sama cuma harga je yang tak sama. 
Naik seposen. Dulu sebungkus 10 sen, sekarang sebungkus 20 sen. 

emmm oklah, mesin basuh dah berhenti tu, nanti kita sambung ceritalah lagi lah ye.....TaTa!




Tuesday, October 21, 2014

Header Percuma untuk anda !

Assalamualaikum


Sementara aku masih survey2 Blog Designer ..... cehhh blog designer gitu...kelassss...hehe, aku gunakanlah sementara waktu header free yang korang boleh dapat senang2 kat Google tu. Aku bukan curi ye, dah website tu tulis Headers Free for Blog, aku ambil lah satu kononnya. Pinjam kejap jak pun, sebulan 2 gitu. 

Kalau korang terasa nak tukar2 header blog dan nak cara yang mudah hehe, korang boleh je pilih-pilih DI SINI

Aku siap promote lagi website dorang. Thank you ye buat freewebheaders.com sebab bagi free header yang comel itu. Teringat teddy2 warisan kat kampung tu. kihkihkih







Note : Hari ni aku keja setengah hari je. Company bagi cuti half day sempena Deepavali esok hari (Keja kat company orang putih ni semua cuti perayaan dorang bagi cuti setengah hari sebelumnya tu. Tak kira sapa yang meraikannya) ... bestlah boleh tumpang sekaki bercuti hehe (^_^)




MagneTrap for Engine

Assalamualaikum

Tajuk bukan main, orang putih lah kononnya. Ni nak share sikit tentang tips penjagaan engin keta kita. 

Korang biasa dengar ke tentang Magnet Trap ?? Bagi mereka khususnya kaum lelaki yang mementingkan penjagaan engin kereta tentu tahu benda ni kan.
Bagi kaum perempuan.....emmmm kebarangkalian untuk kenal benda ni mungkin 1/10 jak....yang selebihnya haram tak tahu. Cam aku ler tu.

Ni aku nak terangkan korang tentang kegunaan benda ni (walaupun sebenarnya aku tak berapa nak faham, ni hubby yang tolong explain kan, aku sekadar tulis jak..kihkihkih)

Magnet Trap kiranya berfungsi sebagai pemerangkap serbuk besi yang terhasil daripada geseran semasa engine sedang bergerak/berfungsi. Magnet Trap ni dipasang di 'badan' oil filter. Ianya akan menarik semua sisa2 besi daripada memenuhi lubang filter yang jika dibiarkan akan menyumbat lubang filter tersebut. Bila lubang filter dah tersumbat, pengaliran minyak menjadi tidak lancar yang menyebabkan engine kereta lembab, tak smooth masa kita drive gitu. 

Emmm korang faham ke ?? aku faham sikit-sikitlah tapi terus terang tak pernah pun jenguk oil filter dalam kereta tu ... hehe

Korang boleh beli benda ni di Pusat Servis Perodua yang berdekatan gitu. Harga dalam RM63.00 gitu, tapi kalau member Perodua, maknanya korang pelanggan tetap pusat servis Perodua dapat potongan diskaun sebanyak 15%. 











Note : Ini bukan post berbayar. Saja je kongsi-kongsi maklumat. So Perodua kena berterima kasih lah pada aku sebab tolong promotekan produk dorang....:P




Monday, October 20, 2014

Taman kecil di belakang rumah

Assalamualaikum

Mak aku kan seorang peminat bunga....dia rajin menanam pokok-pokok bunga di sekeliling rumah. Banyak pokok bunga yang ditanamnya. Sehinggakan dia boleh terpikir untuk menjual anak-anak pokok bunga dan juga pokok-pokok bunga yang ditanam dipasu, 

Mak jual di tamu hujung minggu. Memang laku....selalu mak bawa anak-anak pokok bunga tu memang habis terjual. Hilang juga bosan mak duduk di rumah, sambil-sambil tu dapat jugalah duit poket untuk mak.

Mak sama seperti bapa, tak reti nak duduk diam di rumah. ada saja yang dibuat dorang. Bila bapa memotong rumput depan rumah, mak pula sibuk mengemas dan merapi pokok-pokok bunganya di belakang dan tepi rumah. 

Hari tu balik kampung, tak sedar mak dah buat 'rumah hijau' di belakang rumah. Khas untuk pokok-pokok bunganya. Cantik pula aku tengok, kemas dan teratur. 



'Rumah hijau' di belakang rumah. Banyak jenis bunga tapi aku kurang arif tentang jenis-jenis bunga tu....


Pelbagai pokok bunga kertas......ada kaler putih, merah, ungu dan kuning


Bunga Raya, Bunga Kertas, Bunga Marigold @ Bunga Tahi Ayam.....yang ungu tu tak tahu apa nama dia.....


Sebab tu lah bila balik kampung segar je udaranya, Selain pokok-pokok yang tumbuh semulajadi, mak serikan lagi dengan pokok-pokok bunga yang berwarna warni....


Note : Mak sangat suka bunga tapi anak-anak perempuannya ni satu pun tak ikut jejak langkahnya ......mmmmm agak sayangkan, nak buat camna, memang tak minat tanam2 bunga bunga...hehe



Saturday, October 18, 2014

Khasiat Ulam Ulaman

Assalamualaikum

Sumber : Facebook/Rahsia Hawa



Siapa yang tak suka makan ulam kan....cicah dengan sambal belacan atau budu bagi mereka yang asal dari semenanjung (kat Sabah selalu makan sambal belacan), makan pula dengan nasi putih panas berlaukkan ikan goreng ke ikan kering ke.....perghhhhh nyaman..... :D




Mahukan perubahan

Assalamualaikum

Salam sabtu ye semua. Jangan terkejut dengan keadaan blog yang tak terurus ni. Dalam sebulan 2 ni mungkin keadaan blog akan bersepah sedikit. 

Aku dah lama guna template yang dah tersedia dalam blogspot tu. Nak reka template blog sendiri tak berbakatlah pulak. IT bukan bidang aku..huhu

Sekarang sedang survey mereka yang menyediakan perkhidmatan design blog ni....nak cari yang betul-betul menepati citarasa aku...

Aku nak template yang simple, tak terlalu banyak widget dan mudah orang untuk membacanya. Pembaca selesa, tak sakit mata dengan font yang berbelit dan warna yang over.

Korang boleh suggestkan mereka yang menawarkan perkhidmatan design blog ni, 
Aku dah tengok hasil kerja beberapa orang blogger ni.....tapi tu lah kan, dah namanya pengguna dan kita bayar perkhidmatannya, mestilah nak cari yang betul-betul kita puas hati dengan hasil kerjanya. (^_^)

So from now, korang bertabahlah dengan keadaan 'rumah' aku yang agak berselerak ni ye :P


Image from : www.unicity.com


Thursday, October 16, 2014

Biabas

Assalamualaikum



Sapa yang kenal dengan buah ni ?? Semua kenal kan terutamanya mereka yang zaman budaknya duduk di kampung. 
Kami di Sabah panggil buah ni, buah biabas.....jambu batu yang kecik2 tu kan. Masa dulu banyak tumbuh meliar di kebun2 atau hutan2 kecil belakang rumah.

Aku, kakak dan adik serta sepupu sepapat kalau balik dari sekolah tengahari tu, petangnya berkeliaran mencari buah ni di kebun2 orang ... hehe
kitaorang panjat jak....pastu petik dan makan buah kat situ juga. Kiranya itulah snek ringan yang paling sedap bagi kami masa tu ...
Duduk2 kat atas pokok sambil krup krap gigit buah biabas.

Buah ni, bahagian yang paling sedap dimakan ialah bijinya... isi dibahagian biji tu kaler putih, lembut2 dan manis.
Kadang2 ada yang berwarna merah...so sapa yang termakan biabas yang bijinya kaler merah masa tu kira orang bertuah. Kononnya satu dalam seribulah dapat biabas biji kaler merah tu...(^_^)

Bestnya bila dikenang semua tu....
Sekarang pokok buah biabas ni jarang jumpa dah. Hutan2 kecil pun dah banyak dibersihkan. Kebun cina seberang jalan tempat kami selalu 'ceroboh' dulu pun dah dimajukan, ada workshop dan kilang kecil.

Anak2 zaman sekarang pun dah tak kenal apa buah ni. Hari tu balik kampung, aku tunjuk dan tanya kat dorang, blurrr jak muka dorang tak tahu nak jawab apa. 1st time nampak kan..hehe
si Damia lagi lah buah langsat dia panggil buah anggur. 
Sebab buah yang selalu dia nampak hanya buah anggur dan epal di 'kebun' Giant. :P 

Nampak gayanya nak kena selalu balik kampung aku lah ni, nak kenalkan anak2 buah-buahan kampung (alasan untuk kerap balik kampung aku, hubby mak bapa duduk kat bandar ... tak ada pokok buah hehe).



Wednesday, October 15, 2014

Cucur Sayur Mayur

Assalamualaikum

Semasa zaman budak-budak dahulu, mak selalu gorengkan kami cucur kosong aka jemput2 untuk hidangan sarapan pagi atau pun minum petang. Cucur kosong, tepung gandum yang disimpan garam sedikit dan dibancuh dengan air, lalu digoreng. Sangat sedap dimakan, nak2 lagi jika dicicah dengan sos cili. 

Kegemaran aku tu diwarisi oleh anak-anak, Shumi, Shamzi dan Damia. Berebut dorang makan bila aku siap menggorengnya. Kata dorang sangat sedap walaupun sekadar dicicah dengan sos cili sahaja. Hubby pun sama, walaupun ringkas tetapi dia sangat menggemarinya. 

Aku yang masak ni rasa biasa jak pun. Mungkin sebab aku yang goreng, kemudian aku yang makan...taste dia tak berapa nak sedap bila kita sendiri yang memasaknya....walaupun pada masa tu hubby puji, makan sehingga  menjilat jari katanya. :P

So cubalah goreng cucur versi lain. Cucur sayur mayur katanya. Aku sebenarnya malas sikit nak potong-potong, cincang-cincang sayur bagi halus, sesuai saiznya untuk dibuat cucur. Tetapi memandangkan dah jemu makan cucur kosong tu, so sabtu tu aku menggigihkan juga (macamlah potong sayur tu berat sangat hehe).
Habis mencincang-cincang, bancuh-bancuh tepung, tambahkan perisa dan goreng.....siap untuk dihidang :D


Walaupun rupa tak seindah mana, tapi hubby kata percubaan yang sangat baik. Sedap katanya.


Bahan-bahan cucur sayur mayur aku tu tak banyak mana pun. Rembat sayur yang ada dalam esbok masa tu jak. Sayur kobis, kacang panjang dan juga cili hijau. Perisanya pula aku tambah garam dan serbuk kunyit sedikit. Gaul dalam tepung dengan sedikit air, kemudian goreng. Kejap jak sepinggan aku habiskan dengan hubby. Anak-anak kurang sikit dalam bab sayur mayur so seperti biasa aku gorengkan mereka cucur kosong warisan turun temurun (^_^)






Tuesday, October 14, 2014

Tinggal 3 beradik

Assalamualaikum

Bapa ada 6 orang adik beradik.
2 orang perempuan, 4 orang lelaki. Bapa suda menjadi anak yatim semasa dia kecil lagi, dia kehilangan bapa dan tidak pernah merasai kasih sayang bapa kandung sendiri.
Kami pun tidak sempat melihat wajah atuk sebelah bapa.

Selepas kematian suami, nenek berkahwin lagi. Bapa mendapat seorang bapa tiri untuk menumpang kasih.
Dan mengikut cerita bapa, bapa tiri mereka sangat baik sekali. Menjaga  mereka seperti anak kandung sendiri.
Tetapi jodoh nenek tidak kekal, mereka berpisah tetapi hubungan bapa dengan bapa tirinya masih baik sehingga kini.

Kakak bapa yang sulung sudah lama meninggal. Kami adik beradik tidak pernah langsung mengenali makcik, kakak bapa tu.
Abang bapa yang sulung pula, anak ke-2, kecil saja orangnya. Selalu mengayuh basikal jika kemana2.
Mengajar budak-budak mengaji dan kami adik beradik suka berbual2 dengannya.
Jika dia ke rumah pasti dia bertanyakan kami, ada masak bubur lodo kah (bubur lada @ pedas).
Sehinggakan kami gelar dia pakcik bubur lodo.
Dia mula sakit semasa aku belajar di Ums dulu. Sakit Asthma. Agak teruk dan itu yang menjadi punca dia meninggal. Paru2 berair.
Kami adik beradik sangat terasa kehilangannya. Masih teringat semasa melawatnya di hospital seminggu sebelum dia meninggal, arwah pakcik berselera sekali makan buah limau manis yang dikupaskan oleh makcik. (-_-)
Hingga sekarang bila melihat di jalan raya, selalu terbayang arwah pakcik mengayuh basikal tuanya menuju ke pekan...

Semalam terima berita sedih dari kampung.
Kakak bapa, anak yang ke-3, meninggal dunia di rumahnya. Juga paru2 berair kata bapa.
Makcik memang sudah lama sakit.
Hospital kiranya rumah kedua. Tetapi sudah sampai masanya makcik meninggalkan anak2nya, adik beradiknya, saudara mara selama2nya...

Nenek rasanya sudah berusia 90 tahun lebih.
Umur arwah makcik sudah masuk ke 70-an. Nenek memang sudah terlalu tua, badannya sudah bongkok, berjalan menggunakan tongkat.
Tetapi nenek belum nyanyuk lagi cuma dia tidak boleh mengingati banyak perkara.
Dia hanya mengenali orang yang selalu dengannya. Kami sendiri pun dia mengambil masa yang lama untuk ingat kembali...anak siapakah ni.

Satu persatu nenek melihat anak2nya meninggalkannya. Yang sulung, yang kedua dan ketiga.
Kini hanya tinggal 3 beradik, pakcik anak ke-4, bapa anak ke-5 dan adik bapa yang kami panggil pakcik bongsu.
Kesemua meninggal di usia emas, masing2 sudah berkeluarga, sudah ada anak, cucu, malahan cicit.
Tak tahu apa perasaan nenek sekarang ni, gembira dapat melihat anak2nya membesar, menjadi tua dan meninggal di depannya atau sedih anak2 yang dikasihi pergi meninggalkannya dahulu .... (-_-) :'(

Sayu bila memikirkan satu persatu orang yang disayangi meninggalkan kita. Hanya mampu berdoa dan sedekahkan Al Fatihah kepada mereka yang telah meninggalkan kita.

Note : semasa post ini ditulis, urusan pengkebumian sedang dijalankan di kampung. Aku tak dapat cuti, anak2 sedang menduduki peperiksaan, hanya dapat mengirim Al Fatihah dari jauh.
Anak2 arwah makcik semua sudah balik kecuali anak bongsunya yang bekerja di Singapura. Kakak menelepon dan sebak memberitahu nenek duduk tenang disamping jenazah anaknya........ ok aku nak nangis sudah... full stop di sini.

Monday, October 13, 2014

UMS pulangkan balik duit cagaran

Assalamualaikum


Ni kira khidmat masyarakatlah.....tolong panjangkan notis yang dikeluarkan oleh pihak UMS baru-baru ni. 
Kepada bekas pelajar UMS bermula dari tahun 1997, diminta untuk menghubungi pihak UMS bagi urusan pemulangan wang cagaran yang dibayar semasa mula-mula mendaftar belajar dahulu.
Penama yang tersenarai diminta memberikan butiran diri dan no akaun bank ke FB Page UMS atau email ke alamat yang seperti tertera dalam notis di atas. 

Senarai bekas pelajar korang boleh lihat di sini



Note : Aku dan hubby juga salah seorang daripada senarai bekas pelajar tersebut. Dah lupa tentang wang cagaran dan jumlahnya. Dah lama tu, 10 tahun lebih tinggalkan UMS. Baru dorang pulangkan balik....
Tapi tak pa lah...rezeki kan, ambik je lah. (^_^)



**********************************************************************************************************

YANG MENARIK | Lihat Tempat-Tempat Menarik untuk Mereka yang Kaki Selfie





Saturday, October 11, 2014

CPUV berderet, masuknya tidak

Assalamualaikum




Bulan oktober ni agaknya Mr.Nuffnang kita terlebih baik hati. Ramai yang postkan tentang CPUV yang tetiba banyak berderet kat akaun Nuffnang masing-masing. 
Samalah juga dengan aku.....ada jugalah masuk, ada 10 sedang on going.
Berterima kasih ??? ya, memanglah aku berterima kasih tapi kan.......kalau iklan banyak tu tapi masyuuuknya tidak, tak berguna juga kan....huhu
Kadang2 tu bila dah habis tempoh, amount yang dikreditkan cuma RM 0.01 huhu
Mana taknya, iklan cuma muncul di tengah malam.....waktu orang sedang tidur, kebarangkalian untuk orang baca blog waktu ni cuma 2/10. 
Waktu puncak dimana ramai yang menghadap laptop masa tu untuk membaca blog.....yang keluar cuma burung tu jak....iklan yang berderet tu ntah kemana....
emmmmm

Tapi apa pun, tetap berterima kasih jugalah dengan Mr.Nuffnang kita ni. Sekurang-kurangnya dia tak lupa blog picisan ni. (^_^)




Note : Mr.Nuffnang.....bila nak bagi iklan advertorial pulak...hehe



Friday, October 10, 2014

Semakin senang atau semakin susah?

Assalamualaikum

Hari ni mesti semua tertunggu2 untuk mendengar pembentangan budget daripada PM untuk tahun 2015 ni. Aku seperti orang lain mengharapkan kelainan dalam budget kali ni. Fokus mensejahterakan rakyat, diharap biarlah seiring dengan apa yang dilaksanakan. 

Semalam dengar berita, balik2 isu subsidi yang dibangkitkan. Lepas tu isu kisah BR1M yang kononnya akan terus dilaksanakan. Syukur alhamdulillah kalau ianya sampai ke golongan yang sepatutnya.......tapi setiap kali selesai pengagihan BR1M, mesti ada mereka yang sepatutnya layak diberi bantuan mengadu tidak mendapat bantuan yang sepatutnya. huhu

Tak mo mengadu banyak2 nanti blog di banned pula ye......

Aku dan hubby kiranya termasuk dalam golongan pertengahan. Bukan hendak riak tetapi kami masing-masing menerima gaji 4 angka setiap bulan. Jika dipandang secara mata kasar, orang akan beranggapan kami berdua senang. Suami isteri bekerja, cukup belanja, cukup makan, cukup segalanya....
Semua tu secara mata kasar sahaja. Jika kami berada di tahun 90-an dengan pendapatan yang kami dapat sekarang, mungkin agak mewah. Tetapi dalam tahun 2014 yang tak lama lagi menuju ke 2020 ni, gaji tu rasanya cukup-cukup makan jak untuk kami sekeluarga.

Semua perlu duit sekarang.....harga barang, caj perkhidmatan yang semakin mahal, apalagi persekolahan anak-anak, nda alang-alang bah caj dorang...huhu
Setiap bulan, kami perlu bayar hutang kereta (aku dan hubby masing2 bayar sorang satu), hutang rumah, caj persekolahan dan nursery anak-anak (takut mengupah orang gaji yang belum tentu baik perkhidmatannya), bil letrik, bil air, maintenance fee, bil astro (yang semakin naik tapi siar rancangan berulang-ulang), internet, parking (aku bayar RM84.00 sebulan, nasib baik sekolah masih bagi parking free untuk hubby), perbelanjaan rumah (dalam 3 ke 4 ratus ringgit, faham2lah harga barang sekarang....tak adanya menurun, menaik sepanjang tahun), bagi duit kat mak dan bapa dikampung (aku dan hubby masih bagi duit belanja untuk mak dan bapa masing2), simpanan untuk diri sendiri dan juga anak-anak.........minyak petrol yang baru naik 20 sen hari tu. Aku dalam seminggu isi minyak dalam RM 50 ke RM 70.....so 4 minggu dekat RM 300. Hubby pula mungkin dalam RM 400 sebulan. huhu

Akhirnya duit baki yang tinggal setelah ditolak kesemua perbelanjaan, adalah dalam 2 ke 3 ratus untuk sebulan. Sadis.....tak tahu aku semakin senang ke atau semakin susah....huhu
Nak cari pendapatan sampingan, bukan senang sekarang ni. Masing-masing pun kononnya nak berniaga untuk mencari sumber pendapatan sampingan.
Tapi rasanya dengan keadaan sekarang ni, golongan peniaga pun susah untuk mendapatkan untung.
Bukan aku cakap kosong tapi ni luahan daripada rakan-rakan aku yang berniaga.
Kata mereka, susah untuk menjual barang sekarang ni. Orang semua semakin berjimat cermat, membeli apa yang patut sahaja.....mereka lebih selektif, mencari barang-barang yang betul-betul berbaloi untuk duit mereka yang terhad itu.
Tambah kawan aku tu, dengan keadaan sekarang ni, untung dorang tak kisah sudah, asalkan pulangan yang mereka perolehi boleh menutupi modal. Tapi kan kadang-kadang modal pun tak pulang balik.....macam mana tu. huhu

Aku bukannya tidak bersyukur.........aku bersyukur, sangat bersyukur sebab aku pernah merasa hidup susah. Sekurang-kurangnya aku sekeluarga masih cukup makan, pakai dan tempat tinggal berbanding mereka yang kurang berkemampuan. 

Ni sekadar luahan hati seorang rakyat biasa kepada pemimpinnya. Wahai pemimpin, jangan menilai dengan mata kasar sahaja dan terus membuat kesimpulan....selami dan alami dahulu....mungkin baru boleh terbuka mata dan hati dalam membuat keputusan yang adil dan saksama untuk setiap inci golongan masyarakat. 



Thursday, October 9, 2014

Kawan bapa

Assalamualaikum

Di kawasan apartment kami tinggal ni, ramai student yang menyewa. Antara sebab tu aku kurang sikit bergaul dengan mereka. Adalah juga dua tiga keluarga yang tinggal berhampiran lot kami ni...aku ada juga bertegur sapa tapi kalau sampai tahap bergosip tu tak adalah pulak ... :)

Hubby aku pula selalu berbual2 dengan sorang jiran ni. Lelaki lingkungan 40-an, tinggal dengan isteri dan 3 orang anaknya di tingkat 2 kalau tak silap aku. Anaknya ada 2 orang lelaki hampir sebaya seperti Shumi dan Shamzi. Adik mereka mungkin baru 8 ke 9 bulan gitu.
Mereka panggil hubby 'kawan bapa'. Mungkin sebab hubby berkawan dengan bapa mereka agaknya.

Tiap petang aku memang perasan 2 beradik ni selalu bermain2 di bawah apartment sambil ditemani bapa mereka. Suara ketawa dan jerit mereka memang dengar satu apartment. Lebih kurang Shumi dan Shamzi gitu. 
Hubby pun kalau kebetulan di luar selalu berbual2 dengan bapa mereka.

Tetapi dalam 2 minggu yang lalu, kami tak nampak lagi 2 beradik tu bermain2 di bawah apartment. Hubby pun tak pernah terjumpa lagi dengan bapa budak2 tu.
Kereta mereka memang ada diparking, tak beralih langsung.
Mungkin balik kampung agaknya. 

Sehinggalah hari tu, semasa kami pergi mandi di kolam apartment tu, dua beradik tu tiba2 muncul. Tetapi ditemani oleh seorang remaja belasan tahun. Bukan bapa mereka seperti kebiasaannya.
Dua beradik ni seperti biasa ketawa dan bermain. Terjun ke kolam dengan gembiranya.
Tiba2 salah seorang daripada mereka menghampiri hubby, aku agak yang abang sebab besar sedikit.
"Kawan bapa, kawan bapa", dia memanggil hubby.
"Kawan bapa .... tiada suda bapa ku. Sudah meninggal di kampung ... "
Aku dan hubby tersentak dan berpandangan sesama sendiri.
Belum sempat hubby bertanya, budak tu dah berlari ke arah adiknya. Gembira berenang seperti tiada apa yang berlaku. 

Aku dan hubby terpinga2. Aku cakap kat hubby mungkin budak tu hendak bagitahu yang bapanya ada di kampung. Kami tak pula fikir yang bukan2 sebab 2 beradik tu kami tengok gembira seperti biasa.

Tetapi apa yang kami fikirkan tu memang salah sama sekali. 
Hubby berpeluang bertanyakan bapa budak tu dengan neneknya yang kebetulan datang bertandang ke rumah mereka. 
Memang budak tu berkata benar. Bapanya memang telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.

Aku kurang pasti dengan perasaan aku bila mendengar berita tu. Walaupun aku tidak berapa rapat dengan keluarga mereka, tetapi rasa sedih dan terkejut memang ada. Sedih sebab melihat anak2nya yang masih kecil. Sedih bila mengingat kembali bila mana anaknya memberitahu hubby yang bapanya telah meninggal. Rasanya dua beradik tu belum faham apa itu 'meninggal'.
Terkejut sebab baru beberapa minggu yang lalu masih melihat bapa budak tu membaiki keretanya sambil anak2nya bermain2 gembira di hadapannya.

Tapi itu semua sudah ketentuan dariNya. Masa kita akan menyusul jua. Hanya yang kita mampu sekarang berdoa agar dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik dan dijauhkan dari segala bencana.
Semua ibu bapa mempunyai harapan yang sama, agar dapat melihat anak2 membesar, berjaya dan bahagia. (-___-)



Wednesday, October 8, 2014

Pais Ubi Kayu

Assalamualaikum

Pokok ubi kayu yang mak tanam di belakang rumah. Kalau nak buat sayur lemak, petik jak pucuknya. Kalau tak pun rebus dan dicicah sambal belacan....sedapnya.
Ubinya pula boleh direbus, digoreng atau dibuat pais. Sangat sedap untuk menu sarapan atau minum petang.

Aku kongsikan resepi kuih Pais ubi kayu atau pun lepat ubi kayu. Mudah dan senang dimasak.

Bahan2
Ubi kayu diparut
Gula melaka dicairkan
Gula pasir (jika nak manis)
Sedikit garam
Daun pisang

Cara2 membuatnya
Gaul kesemua bahan2 dan bungkus dalam daun pisang yang dilayukan sedikit. Kukus lebih kurang dalam 45 minit. Dan siap untuk dimakan. Sesuai untuk sarapan pagi atau sebagai hidangan minum petang.

Yang ni mak yang buat. Sedap gitu.




Tuesday, October 7, 2014

Rindu Atuk dan Opah

Assalamualaikum

Bangun pagi tadi terasa malas selepas 4 hari bercuti. Kalau ikutkan hati rasa nak berbungkus jak dalam selimut tu sambung tidur balik, dahlah kk hujan dari semalam..... sangat best membuta hingga ke tengahari ... hehe
Tetapi memandangkan dah tugas, membantu suami mencari rezeki, ku gigihkan juga (cehhh ayat kihkihkih). 
Lagipun anak2 nak pegi sekolah, minggu depan dorang ada exam.

Raya haji kami di kampung ku Kota Marudu. Mak macam biasalah bila anak2 semua dah berkumpul ( kami 5 beradiklah tu), macam2 dia masak. 
Ketupat dan kuah kacang, ayam masak kurma, sambal ikan masin yang ummphh, pais ubi kayu ..... sedap2 semua. Hinggakan hubby aku cakap, sebulan tinggal di kampung confirm berat naik berkilo2. Hehe

4 hari cuti berlalu sangat cepat. Semalam balik, anak2 mulalah buat drama hujung minggu, takmo balik. 
Nak tinggal lama2 dengan atuk dan opah. Nak main dengan sepupu sepapat. 
Apa boleh buat nak, Umi pun kalau ikutkan hati memang nak tinggal jakdi kampung terus tapi apakan daya ... huhu

Lambaian selamat tinggal cucu2 untuk Atuk dan Opah. Shamzi siap mengadu lagi dengan Abangnya ... Shumi kau sedih? saya sedih, rindu saya dengan atuk dan opah. 



Note : Shamzi tak panggil Shumi dengan panggilan Abang, bukan tak ajar tapi dia tetap juga nak panggil dengan panggilan nama, tambahan lagi Shumi yang takmo dipanggil 'abang'.

Sunday, October 5, 2014

Salam Aidiladha

Assalamualaikum

Seperti biasa raya haji balik ke kampung halaman ku di Kota Marudu. Bukan tak nak beraya di KK bersama2 dengan keluarga mertua tapi hubby lebih suka beraya suasana kampung katanya. 

Udara segar kampung tu yang membuatkan hubby sangat tertarik. Hubby kan dari kecik membesar di suasana hiruk pikuk bandar, masa ni lah dia mengambil kesempatan menikmati hidup di kampung. 

Awal pagi sangat nyaman sekali. Udara pun segar jak.

Dikesempatan ni, Mia sekeluarga ingin mengucapkan Salam Aidiladha kepada semua. Maaf zahir batin. 





Friday, October 3, 2014

Nak panah juga!

Assalamualaikum

Ni kisah sabtu lepas. Kitaorang ber JJCM di 1B katanya. Round punya round ternampak satu tempat ni. Ala-ala macam tempat main bowling gitu tapi yang ni orang tak main bowling tapi memanah katanya. Hubby dulu ada bagi tengok gambarnya sedang memanah di pusat ni dan tunjukkan kat anak-anak. Aku dan anak-anak pula first time datang sini.

Shumi bila masuk tempat ni dah eksaited semacam. Katanya nak juga memanah macam Baba. So bagilah dia main satu game. Memanah ni dorang caj RM 13.00 untuk 15 batang anak patah. So Shumi akan memanah sebanyak 15 kali lah tu. 


Sebelum memanah, dorang pasang pengalas lengan dan sarung tangan khas untuk pegang panah tu. Ni memang saiz kanak-kanak. Pastu dorang tunjuk ajar sedikit cara-cara nak pegang panah dan memanah. Nasib baik Shumi cepat faham apa yang diajar oleh pekerja tu. Hubby pun kononnya nak mengajar juga tu. Mentang-mentang dah pernah pergi ke sini :P



Aksi Shumi sedang memanah. Bukan main dia aim siap kecikkan mata lagi. 


Dan hasil panahan Shumi. Ada yang terkeluar landasan juga. Tapi bolehlah untuk orang yang baru first time pegang panah. Ada juga yang hampir2 masuk ke bulatan kuning. :D




Aku, Shamzi dan Damia jadi penonton jak hari tu. Shamzi kami tanya nak main ke tak, dia tak mo. Rasanya dia tak berminat agaknya atau pun dia takut nak pegang panah yang besar tu ... hehe 
Aku tengok best jugalah tempat ni. Ramai juga yang datang ke sini, bawa anak-anak untuk cuba memanah. Dorang memang dah sediakan tempat khas untuk dewasa dan kanak-kanak. Tapi itulah sekali sekala pergi ke tempat ni oklah. caj mahal sikit katanya.....:P