Wednesday, November 26, 2014

Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com

Assalamualaikum



Ephyra Skin Bar berfungsi dengan begitu pantas bahawa hanya dalam satu malam, anda akan mula melihat, kulit lebih lembut, kedutan berkurangan, jerawat mengecut dan kulit yang lebih cerah. Hasilnya akan lebih terserlah jika penggunaan berterusan yang konsisten.

Jangan fikirkan umur anda atau keadaan kulit anda sekarang. Kerana EPHYRA SKIN BAR yang mengandungi bahan alam semulajadi yang berkualiti tinggi mampu mengubah keadaan kulit anda menjadi lebih cerah, halus selembut kulit bayi.

Anda akan benar-benar kagum, apabila anda melihat apa yang ia boleh lakukan untuk muka anda dalam setengah jam yang pertama sahaja!

Anda akan melihat bahawa kulit kusam, menggerutu dan kulit kendur di wajah anda mula muncul lebih licin, lebih segar, lebih tegang dalam masa beberapa hari. Pastinya dengan EPHYRA SKIN BAR, rahsia kecantikan semulajadi menjadi milik anda....


WAJAH CERAH BERSERI TANPA CELA, EPHYRA SKIN BAR sabun ajaib untuk kecantikan kulit dan wajah anda. Formulasi terbaik + Kesan Menakjubkan!! 
  • Menggebu dan mencerahkan kulit
  • Menghaluskan kulit dan menghilangkan jeragat
  • Menghilangkan parut dan kedutan
  • Membantu menghilangkan bintik- bintik hitam
  • Melembapkan kulit dan menaikkan seri wajah
Kesan Penggunaan ( hasil berdasarkan testimoni dari 300 pengguna selama 7 hari )
  • Membuatkan kulit muka lebih cerah, lembut dan tegang 
  • Menanggalkan semua kotoran, minyak dan sel kulit mati
  • Menghilangkan parut jerawat & jeragat
  • Menghilangkan ‘blackheads’ di muka
  • Menanggalkan kesan solekan dengan efektif
  • Memberi kesan kesegaran sepanjang hari
  • Badan tidak melekit walaupun ketika atau selepas berpeluh
  • Boleh menghilangkan bau badan
  • Memudarkan kehitaman di celah-celah badan dan bawah lengan ( ketiak )



EPHYRA SKIN BAR mengandungi :
  • Bearberry Alpha Arbutin A Extract paling berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit. Bersama-sama dengan Glutathione ia membantu  menjadikan tona kulit lebih sekata dan bersih dari bintik-bintik hitam
  • Glutathione. Kaya antioksida yang melindungi protein enzim dan mencegah kerosakan kulit yang boleh menyebabkan kedutan dan parut. Glutathione boleh melambatkan proses penuaan dan memperbaiki keadaan kulit. Ia mengawal kesan-kesan bahaya radikal bebas dan mengelakkan pembentukan parut tebal.
  • Kolagen. Menyokong ketahanan fizikal dan keanjalan kulit dan menggantikan sel-sel kulit dengan lebih cepat untuk menjadikannya lebih tegang dan anjal.
Kelebihan EPHYRA SKIN BAR :
  • Ciri-ciri antioksida. Apabila sabun yang mengandungi ciri-ciri antioksida, ia benar-benar boleh memberikan kesan yang baik pada kulit anda. Ia dapat membuang racun yang dihasilkan oleh badan dan melindungi kulit anda dari kerosakan yang sedia ada dan selanjutnya.
  • Ciri-ciri anti-penuaan. Pengggunaan EPHYRA SKIN BAR secara konsisten dapat merangsang pembentukan kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan serta kehalusan kulit (anti aging & anti wrinkle / kerut)
  • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit terhadap pengaruh negatif faktor luar seperti pencemaran, matahari, iklim, asap rokok dan sebagainya.
  • Pencerahan kulit. Tidak semua sabun dapat mencerahkan kulit anda. Ada yang tidak boleh benar-benar memberikan hasil yang anda harapkan. Tetapi dengan EPHYRA SKIN BAR, dapat dilihat kecerahan kulit yang mengagumkan tanpa pengelupasan kulit, dan selamat digunakan.
  • Glutathione bertindak menghalang pengeluaran melanin dalam kulit anda sehingga memberikan efek lutsinar dan kulit anda bercahaya semula jadi dan berseri-seri. Selain daripada itu semua, ia tidak hanya berfungsi sebagai sabun pemutih tetapi produk penjagaan kulit lengkap yang menghilangkan masalah kulit untuk semua lelaki mahupun wanita.
Soalan yang kerap ditanya :
  1. EPHYRA Skin Bar ni berkesan ke? Insyallah berkesan, kerana dah lebih 300 orang yang telah mencuba dan berikan feedback yang sangat bagus
  2. Skin bar ni boleh tahan berapa lama? Ephyra Skin Bar adalah 50g boleh tahan selama sebulan.
  3. Apa kandungan dalam Ephyra Skin Bar ni? Glutathione, Kolagen ikan, Ekstrak Carrot, Bearberry Alpha Arbutin A Extract, Banana Enzyme, Rice Bran Oil, Glycerin & Aromatherapy fragrance
  4. Berapa lama nak lihat kesannya? Bergantung pada individu, ada yang boleh rasa serta-merta  kulit lebih halus dan tegang, ada yang pakai 3 hari dah nampak kulit makin cerah, dan jerawat makin kecut. Rata-ratanya akan nampak kesan ketara dalam 1 minggu. 
  5. Boleh hilangkan parut jerawat? Jeragat degil? Boleh, Ephyra Skin Bar sangat berkesan dalam menghilangkan parut jerawat serta jeragat degil kerana ada kandungan Bearberry Alpha Arbutin A Extract bersama Glutathione yang paling berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit & memudarkan parut-parut hitam atau berlubang.
  6. Macamana nak guna? Basahkan sabun dengan air, biarkan ia berbuih sedikit dan terus sapu pada muka. Urut seketika dalam 2-3 minit. Untuk kulit bermasalah, boleh urut sedikit lama dalam 5 minit. Bilas sepenuhnya, dan sapukan pelembap anda seperti biasa ( boleh guna toner dan pelembap dari jenama lain )
  7. Setakat ini, hanya Ephyra Skin Bar saja? Ephyra ada dalam bentuk minuman kesihatan dan kecantikan (Ephyra Premium & Trial Pack). Ia lebih untuk merawat dalaman dan seterusnya memperbaiki luaran kita. Ephyra Skin Bar adalah produk kedua selepas kejayaan produk Ephyra di pasaran, melengkapi produk Ephyra kerana bukan saja dalaman kita terpelihara malah luaran juga diperbaiki dan lebih sempurna. Jika guna kedua-duanya ( minum Ephyra dan guna sabun Ephyra Skin bar) , kesan yang menakjubkan akan diperolehi. 
  8. Boleh guna sekali sambil minum Ephyra drinks? Boleh. Sangat digalakkan. 
  9. Boleh ke pakai toner & moisturizer jenama lain? Boleh tiada masalah. Sabun Ephyra Skin Bar membersihkan segala kotoran dan sel-sel kulit mati dan sangat ‘mild’ dan boleh digunakan bersama toner dan pelembap dari jenama lain.
  10. Kalau ada resdung, boleh pakai? Boleh.
  11. Ada kesan-kesan sampingan tak? Macam menggelupas ker? Pedih kalau kena matahari ke? Tiada kesan sampingan. Ephyra Skin Bar, dirumus dengan teknologi terkini yang berkualiti tinggi dan terbukti selamat dan tidak mengakibatkan pengelupasan kulit. Ephyra Skin Bar tidak mengandungi Hydroquinone.
  12. Boleh pakai kat badan sekali? Boleh, ia sangat lembut untuk dipakai di muka, sekaligus boleh digunakan di seluruh  badan.
  13. Lelaki atau wanita, keduanya boleh pakai? Boleh, sesuai untuk kedua-duanya.
  14. Bilakah Ephyra Skin Bar akan dijual di pasaran? Insyallah Ephyra Skin Bar akan mudah didapati dari pengedar dan kedai-kedai terpilih bermula Januari 2015 nanti. Saiz untuk jualan adalah 50 gram dengan harga RM40.

Official Instagram : @ephyra2u
Hotline : 019 3999 238 / 03 41417889 ( office hours only)



Sila jawab soalan-soalan berikut :

Siapakah akan mencuba Ephyra Skin Bar? Pemilik blog ini iaitu saya, Mia Kassim

Umur pengguna? 35 tahun

Jantina pengguna? (Lelaki / Perempuan)

Jenis kulit? (Berminyak, Kering, Kombinasi, Sensitif)

Masalah kulit yang dihadapi. Jelaskan kenapa anda perlu dapatkan Ephyra Skin Bar.
Mia mempunyai kulit kombinasi, berminyak terutama bangun di awal pagi, mudah kering bila berada dalam bilik yang berhawa dingin dan juga sensitif, Mia tidak boleh mencuba produk sebarangan. Hari tu dah pernah cuba satu produk ni, timbul jerawat yang banyak dan bernanah. Dah hentikan produk tu, guna pencuci muka biasa dan mencuba minuman Ephyra. Alhamdulillah jerawat kecut tetapi meninggalkan kesan2 hitam yang hodoh. Dan apabila terbaca preview produk ni, terasa ingin mencubanya. Sasaran adalah untuk menghilangkan kesan-kesan jerawat dan juga mengurangkan minyak di wajah.

Pengguna Ephyra? (Ya / Tidak) *sebelum ni pernah minum 2 kotak minuman Ephyra


Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com ini dianjurkan pada 24 November hingga 3 Disember 2014 oleh blogger Mia Liana dengan kerjasama Oceanlife Marketing Sdn Bhd dalam mencari 50 orang blogger. Kepada blogger yang berminat nak join, sila klik SINI. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.




Tuesday, November 25, 2014

Rehat sekejap

Assalamualaikum

Tak muncul semalam, muncul lagi hari ni. 
Baca berita, cerita-cerita yang dikongsikan di Facebook membuatkan hati tersentuh, terkecil dan juga sedih. 

Aku selalunya hanya membaca, jarang sekali memberi komen ... tetapi kadangkala akan tekan butang like dan juga share. Share apabila kisah itu patut dikongsi bersama dan dijadikan pengajaran. 

Pelbagai 'kisah' yang aku terbaca ... daripada kisah suami yang curang sebab isteri tak jaga kecantikkan dan diri untuk si suami ... faham, si isteri patut jaga penampilan dan diri untuk si suami, tetapi itu bukan alasan suami untuk melakukan dosa. huhu
Kisah si anak yang bawa keta pijot, cerita yang tersebar si anak menjadi seorang tanggang moden. Harap kisah tu tak benar, berpelajaran tinggi, tak kan tak tahu hormat ibu bapa kan. 

Tetiba motorsikal kapchai menjadi femes. Tak mo ulas panjang-panjang. No komen tapi yang pastinya terasa hati gitu. 

Dan yang paling sedih, kisah anak kecil 3 tahun yang tidak berdosa itu. Manusia apa yang sanggup 'merampas' nyawa anak kecil hanya kerana kanak-kanak itu berbuat bising ketika bermain!

Rasa sesak di dada bila baca semua kisah dan berita tu. Adakalanya malas aku nak ambik tahu perkara2 yang terjadi di sekeliling kita sekarang ni. Tapi bila tak ambik tahu, nanti seumpama katak di bawah tempurung pula ... huhu

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Tapi rasanya tak salah kita 'rehat' daripada semua tu kan. Ambik masa untuk tenangkan diri bersama keluarga tercinta. 


Sumber : Celyn Resort Official Website



Sumber : Kiram's Village Official Website


Dah tepek gambar, korang fahamlah kan. Memang akan rehatkan diri bersama suami dan anak-anak Umi tercinta.




Saturday, November 22, 2014

Sibuklah kononnya

Assalamualaikum

Dengan ringkas mengupdate blog ... tenggelam timbul jak semenjak dua menjak ni ... bz yang amat lah kononnya.

Gelang Bugslock yang aku menang dari Mialiana hari tu dah selamat sampai semalam. Ada 2 so kira-kiranya nak pakaikan kat dua budak lelaki yang kat rumah ni. Sapa lagi kalau bukan Shumi dan Shamzi. Korang tunggulah reviewnya nanti ye :)

Minggu ni dengar cerita tentang minyak je lah. Bukan minyak masak, bukan juga minyak rambut apatah lagi minyak senyonyong. No No No bak kata Damia (suku kata English yang Damia suka sebut). 
Tapi minyak Petrol ... Ron97 harga turun ... Ron95 pula bermula 1 Disember ni ngak ada subsidinya. Ikut harga apungan katanya. Sekarang bila dah mansuh subsidi harga Ron95 seliter RM2.27 yang sebelum ni dengan subsidi harga seliter RM2.30 .... 
Kita "RAKYAT BIASA" nak komen pun susah ... jarang benar orang atasan nak ambik tahu ... upppsss ... 
So seperti biasa, aku ambik pendekatan positif! bersihkan hati, lapangkan dada ... terima dengan hati terbuka. Kalau nak ikutkan sakit hati jugalah ... dengan kos hidup yang makin meningkat sekarang ni. Tapi kalau difikir2 dengan perasaan sakit hati tu, lama-lama kita juga yang tertekan. 
Tak pasal2 kena sakit mental pula sebab tekanan. Takmo Takmo ye.

Kita ikut je lah ... nak buat camna kan. Tak kan ko nak meroyan tak tentu pasal pula kan. 

Cukup tak nak komen isu yang sensitif tu panjang2. Masih lagi dengan tema blog yang tak ada unsur2 politik atau hasutan ... gitu.

Nak sambung buat kerja-kerja rumah dan survey tempat bercuti ... kan dah start cuti sekolah. Haruslah Uminya yang eksaited ... kihkihkih!


TaTa!!


Thursday, November 20, 2014

Cara-cara hilangkan ketuat

Assalamualaikum

Tetibalah pulak cerita pasal ketuat ... huhu Bukan apa terbaca dalam FB semalam. Cam terasa nak kongsikan pula. Pengalaman kena ketuat? memang pernah ... sekali ... dalam tahun 2006 ke atau 2007 tu. Dah lama dah, sangat tak selesa tau, sebiji je pun di tapak kaki ... berdenyut2 bila kita pijak lantai. Ntah mana tempat yang aku terpijak sampai terjangkit ketuat ni.

Tak tahu apa itu KETUAT ... Meh sini aku kongsikan | sumber Facebook/Rahsia Hawa dan Wikipedia/Google

Ketuat kaki merupakan bonjolan daging keras dan kasar yang timbul pada bahagian kaki, terutamanya dikawasan yang menerima beban apabila berjalan atau berlari. Bahagian yang dijangkiti ketuat timbul, berbentuk bulat dan mempunyai permukaan yang kasar dan keras.

Ketuat biasanya terjadi pada bahagian tangan dan kaki manusia. Ketuat ada juga pada bahagian lain seperti di muka, leher, siku dan bahagian-bahagian lain. Secara amnya ketuat tumbuh pada bahagian kulit seperti bintil kecil, tumbuh kasar menyerupai bunga kobis yang keras. Namun jika tidak dirawat atau diberi perhatian, ketuat mungkin akan merebak dan membesar.

Ketuat merupakan sejenis penyakit kulit yang kawasan yang dijangkiti akan timbul dan menjadi keras. Ketuat adalah disebabkan virus dan mampu menjangkiti orang lain sekiranya dibiarkan berlarutan.

Rawatan dan Petua nak hilangkan ketuat | sumber Facebook/Rahsia Hawa dan Wikipedia/Google

  1. Sapu getah daripada pelepah betik. Biar kering dan lakukan berulang kali sehingga ketuat kering dan luruh sendiri.
  2. Tumbuk lumat daun kesum dan campur garam halus, sapu kat atas ketuat. Sama juga lakukan berulang kali hingga ketuat kering dan luruh.
  3. Sapukan dengan bancuhan abu ubat nyamuk dan air. Ulang sampai ketuat kering dan jatuh.
  4. Sapukan dengan kapur sirih.
  5. Celup lidi ke dalam minyak masak yang sedang panas dan titikkan ke atas ketuat.

Rawatan moden pula 
  1. Salap Asid Salistik.
  2. Terapi Cryo.
  3. Podophyllin.
  4. Intereron & Asid Trichloracetic.
  5. Melalui pembedahan.


Dulu masa aku kena ketuat ni, memula tu aku tak pergi jumpa doktor. Kononnya nak korek sendiri bagi dia hilang. Tapi kan ketuat ni macam ada akar. Kita korek hari ni, besok lusa ada lagi tumbuh. 
Last2 tu tak tahan sebab sangat tak selesa bila berjalan ... akhirnya jumpa doktor. Dan doktor bagi ubat ni 

Sumber : drkecik.blogspot.com

Ubat Duofilm. Lepas bersihkan kaki, hanya sapu kat ketuat tu. Dalam seminggu gitu, boleh nampak benda yang keras tu semakin nak keluar. Dan akhirnya dia gugur sendiri meninggalkan kesan lubang kat tapak kaki aku. Lubang kecik je. 
Tapi rasanya boleh juga cuba semua petua-petua kat atas tu ... ni yang tak suka pergi jumpa doktor lah ye. 



Note : Tak ada contoh gambar ketuat? tak ada ... korang google lah sendiri rupa paras ketuat tu ye. :p




Tuesday, November 18, 2014

Rezeki Giveaway lagi!

Assalamualaikum

Salam semua ... dah 3 hari tak muncul. Saja jak tak memunculkan diri. Tetiba tak ada mood untuk buka blog, tetiba terasa banyak sangat masalah hingga mood nak berblogging pun ke laut. emmmm
Masalah apa ? biarlah rahsia bak kata Dato Ct.

Tapi semalam ada jugalah jenguk2 sekejap blog bagi hilang rindu sikit. Jenguk punya jenguk, ternampak blogger Mialiana umumkan pemenang Giveaway yang aku join minggu lalu tu. 


Sumber : Mialiana.com

Dan alhamdulillah tak sangka terpilih sebagai salah seorang pemenang. Rasanya dah dua kali ada rezeki dengan giveaway yang dianjurkan oleh Mialiana ni.

Tahniah juga kepada pemenang yang lain. Tak sabar nak tunggu 'gelang' tu sampai dan buat review tentangnya. :D




Friday, November 14, 2014

Program Belajar Membaca I-SINA

Assalamualaikum


ENTRI MELEKAT. SCROLL BAWAH UNTUK ENTRI BARU


i-Sina | Mari Belajar Membaca dengan cara yang mudah, cepat dan berkesan!

Musim cuti sekolah dah nak dekat ni. Ramai ibu bapa yang telah memikirkan perancangan untuk bercuti bersama keluarga dan juga persediaan untuk anak-anak kecil yang akan mula masuk ke alam persekolahan.

Ramai ibu bapa yang gembira melihat anak-anak memulakan pelajaran di tahun 1 tetapi ada juga mungkin berasa susah hati apabila mendapati anak mereka masih belum dapat membaca dengan lancar atau sama sekali belum pandai membaca.

Rasanya tak perlu bimbang, ada cara penyelesaiannya. i-Sina Global Media telah memperkenalkan satu produk yang berkesan untuk membimbing anak-anak yang tidak lancar membaca.




Ianya sebuah program dalam bentuk buku dan juga DVD, untuk memberikan pembelajaran secara menyeluruh kepada kanak-kanak supaya dapat menguasai kemahiran membaca dengan cepat, mudah dan efektif . Selain ibu bapa ianya sesuai buat guru tadika atau sekolah untuk dijadikan rujukan mengajar.

Sudah l0,000 unit terjual! Jangan tunggu lagi, demi kebaikan anak-anak anda. Klik SINI untuk maklumat lanjut dan juga tempahan produk. 



Jangan lupa keluarga mu

Assalamualaikum

Sumber : Facebook

Kan ... sangat-sangat terkesan dihati ayat-ayat di atas tu. Aku bukan datang dari keluarga yang senang. Kami adik beradik tidak pernah merasa kemewahan atau kesenangan seperti anak-anak kita ada sekarang ni. Setiap apa yang bapa berikan kepada kami adik beradik, kami akan kongsi bersama-sama terutamanya makanan.

Jika bapa membeli sebungkus buah langsat, mak akan mengiranya terlebih dahulu dan membahagikannya sama rata kepada kami. Biar semua merasa. Hujung bulan bila bapa mendapat duit gaji, dapatlah kami merasa makan ayam. Itu pun sama juga. Mak akan bahagikannya untuk kami. Seorang dapat seketul ayam goreng.

Kebiasaan tu kami bawa hingga ke besar. Tak salah bila kita ada kelebihan sedikit atau dilimpahi dengan rezeki, berkongsilah dengan adik beradik yang lain :D
Jangan lupa dengan kedua orang tua mu juga. Mereka banyak berkorban untuk kita semasa kecil dahulu, apa salahnya kita berkorban dengan senangkan hati mereka sekarang ini.



Note : Terkenang kembali zaman kanak2 aku dan adik beradik yang lain, riang selalu, ada mak bapa yang penyayang walau kami hanya duduk di rumah yang usang.



Thursday, November 13, 2014

Bangkai ikan paus boleh membawa maut

Assalamualaikum
 
Sumber : Harian Metro
 
 
Nampak bangkai ikan paus tu ... dah mengelembung besar cam belon. Di dalamnya terisi gas yang berkemungkinan tinggi akan menyebabkan letupan yang kuat. Impak dari letupan itu boleh menyebabkan kematian kepada individu yang berdekatan dengan tempat itu. Bahaya kan.
 
Nak baca lebih lanjut tentang bangkai ikan paus ni korang boleh klik Harian Metro
 
Nasib baik ikan paus yang besar macam ni jarang ada di perairan kita, kalau tak jenuhlah pihak berkuasa untuk 'bersihkan' bangkai ikan yang sebesar itu :)
 
 
 
 


Tipikal yang menyusahkan!

Assalamualaikum

Kebiasaan aku gerak dari rumah pagi2 pergi hantar anak2 ke sekolah dan kemudian ke tempat kerja adalah sebelum jam 7.00 pagi. Maknanya dalam jam 6.40 atau 6.45 pagi aku kena bertolak dari rumah untuk elakkan terstuck dalam jammed!

Tapi semalam keluar seperti biasa sebelum jam 7 pagi, tapi kereta punyalah panjang. Sangat perlahan geraknya. Aku dah suspect mungkin ada accident atau pun kereta rosak kat depan tu.
Habislah lewat ni sebab nak hantar anak-anak lagi ke sekolah. Balik-balik jeling jam kat dashboard. Lambatnya kereta depan ni bergerak.

Setelah hampir 15 minit gerak cam kura-kura, dari kejauhan aku nampak lampu siren ambulans dan juga kenderaan polis. Memang sah ada kemalangan. 

Dan bila menghampiri tempat tu, memang aku nampak ada kenderaan dan motosikal yang terlibat dalam kemalangan. TAPI bukan berlaku di jalan yang aku lalu untuk menuju ke Kota Kinabalu ni, accident di sebelah jalan arah bertentangan! Pasal apa pula jalan ke KK ni jammed padahal kat depan clear je pun, tak ada accident, tak ada kereta rosak.

Dari jauh aku nampak semua kereta di depan ku, memperlahankan kenderaan sewaktu melintasi tempat kemalangan tu. Semua pun pakat-pakat nak tengok accident tu. 
Pasal tu lah jalan jadi sesak. Orang depan tak bertanggungjawab. Tipikal rakyat Malaysia ni! bila ada sesuatu kejadian pasti ramai yang nak jadi busy body dengan melihat. Huh!sangat menyusahkan ...




Gigih ni melukis scene tempat kejadian ... hehe Korang jangan ketawa pula! Tengok betapa clearnya jalan menuju ke Kota Kinabalu tu. Stuck seakan ada yang berlaku padahal semua nak jadi reporter.



Wednesday, November 12, 2014

Giveaway Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk Di Mialiana.com

Assalamualaikum





Sekitar 2 juta orang dilaporkan meninggal akibat malaria setiap tahun. Sebab utamanya adalah peningkatan jumlah nyamuk akibat pemanasan global dan kemusnahan alam semula jadi. Pembiakan nyamuk semakin meningkat dan jangka hayat nyamuk semakin panjang disebabkan keadaan persekitaran semakin kondusif untuk hidup. Dengan kes-kes denggi semakin meningkat di negara ini, ia adalah penting untuk melindungi diri dan anak anda daripada nyamuk aedes. Untuk tidak terus merosakkan alam semulajadi melalui penggunaan pelbagai jenis racun serangga dengan kandungan bahan kimia di samping mengekalkan keberkesanannya menghalau gigitan nyamuk, satu produk baru Bugslock - gelang penghalau nyamuk yang inovatif telah dihasilkan di Korea dan kini boleh didapati di Malaysia dan boleh dibeli secara talian (online) di << SINI >>.

Syarikat X Cube Enterprise adalah sebuah syarikat yang diberi kuasa oleh Syarikat Bugslock di Korea Selatan untuk mengedar Bugslock - gelang penghalau nyamuk di Malaysia. Bugslock yang dijual oleh syarikat X Cube Enterprise adalah 100% original yang diimport dari Korea Selatan. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.malaysiabugslock.com

Bugslock - gelang penghalau nyamuk menghalau nyamuk dengan aroma semula jadi 100% citronella oil (serai wangi). Ia adalah produk yang kreatif dan dalam bentuk gelang, yang menghalang nyamuk dari menghampiri dengan memakai di atas pergelangan tangan atau pergelangan kaki, Bugslock akan memancarkan aroma yang membuatkan serangga tidak boleh tahan dengan baunya. Rekabentuknya yang kecil dan mudah dibawa ke mana-mana danboleh digunakan pada bila-bila masa. Selain itu, ia adalah produk yang selamat, dan boleh juga digunakan oleh semua peringkat umur termasuk bayi kerana diperbuat daripada bahan-bahan bukan toksik.

Bahan-Bahan :-
  1. 100% semulajadi penting termasuk minyak lavender, dan lain-lain (30%)
  2. Lengai (70%)
  3. Berat Bersih (3g)

Jangka Masa Penggunaan :-
Bugslock boleh digunakan untuk masa terkumpul sehingga 240 jam, bukan 10 hari. Contohnya jika anda menggunakannya selama 10 jam, selepas 1 bulan, ia masih mempunyai baki 230 jam. Sila simpan kembali ke dalam pek asal selepas anda menggunakannya.

Bugslock boleh digunakan semasa :-
  • Berkebun
  • Makan angin
  • Aktiviti luar untuk ibu bapa dengan anak-anak
  • Sukan luar (outdoor) seperti memancing, mendaki, perkhemahan dan lain-lain
  • Aktiviti luar yang tidak melibatkan air

Di mana boleh dipakai :-
  • pergelangan kaki (dicadangkan untuk bayi)
  • pergelangan tangan
  • kerusi bayi

Ujian keselamatan bahan Bugslock - Gelang Penghalau Nyamuk


Perhatian :-
Berhati-hati dengan produk tiruan Bugslock - gelang penghalau nyamuk yang dijual di pasaran. Walaupun harganya adalah lebih murah, tetapi ia tidak mendatangkan berkesan, malah berbahaya bagi anak anda kerana ia mungkin mengandungi bahan kimia. Manakala Bugslock - gelang penghalau nyamuk yang tulen mempunyai sijil oleh Korea Environment & Merchandise Testing Institute bagi membuktikan bahawa ianya tidak berbahaya dan telah didaftarkan di bawah  Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat.




Elakkan nyamuk mendekati bayi dan diri anda !
Elakkan Demam Denggi !
Mengandungi bahan semulajadi dan tiada risiko bahan kimia pada bayi anda.



WhatsApp & Line : 016 4858235



Sila nyatakan sebab anda perlukan Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk :

Kenapa saya memerlukan Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk ni ... jawapan macam nampak standard je, sebab nak elakkan gigitan nyamuk yang boleh menyebabkan penyakit merbahaya seperti denggi dan juga malaria. Nampak biasa jawapannya tetapi itulah tujuannya.
Lagi-lagi saya mempunyai 3 orang anak kecil yang lasak. Benda yang paling dorang gemari adalah balik kampung. Kampung memang best sebab punya halaman yang luas tempat bermain, pokok-pokok yang merimbun, semak2 kecil tempat bersembunyi di kala bermain kejar-kejar. 
Tapi tempat tu juga digemari oleh sang nyamuk ... saya kalau balik kampung, ada juga menyapu losen anti nyamuk tu kat lengan dan kaki anak-anak. Tetapi itu lah, bukan semua tempat kita rajin nak sapu. Dan tempat itulah juga yang menjadi sasaran nyamuk untuk menggigit.
Tapi bila terbaca tentang Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk ni, macam best pula kan. Hanya pakai gelang di tangan atau kaki, nyamuk tak akan hampiri kita sebab aroma yang dikeluarkan oleh gelang tu. Rasanya sesuai untuk anak-anak saya yang bertiga tu. Hanya pakaikan dorang gelang ni, pastu boleh bebas bermain di halaman rumah tanpa gangguan nyamuk.



Giveaway Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk Di Mialiana.com ini dianjurkan pada 11 hingga 14 November 2014 oleh blogger Mia Liana dengan kerjasama Malaysia Bugslock - Syarikat X Cube Enterprise dalam mencari 30 orang blogger. Kepada blogger yang berminat nak join, sila klik SINI. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.




Tuesday, November 11, 2014

Semaklah resit korang!

Assalamualaikum

Aku kalau membeli barang ke, makan di restoran ke ... jarang sangat check resit yang diterima. Tapi kadang-kadang tu checklah masa kat restoran tu, tu pun kalau aku rasa harga makanan yang dimakan sangat mahal giler tak masuk akal masa tu .. hehe

Kalau beli barang-barang kat supermarket pula, aku memang perhatikan apa yang dipunch oleh cashier kaunter tu ... yang itu aku sangat alert tau. Pernah ada sekali tu, aku nampak cashier tu punch double barang yang aku beli tu, sedangkan kuantitinya cuma 1 ... aku tegur terus masa tu .. 
Tak marah tapi tegur ... itu hak kita kan. 
Aku tak semak resit sebab dah alert masa kat kaunter cashier kan, so confidentlah yang dia tak salah punch. :P

Tapi kan sejak ada viral 'Mangkuk Kosong' di Facebook sehari dua ni, aku rasa eloklah kita check resit kita selepas membeli barang atau makan di mana2 restoran. 
Yalah takut juga bila ada peniaga yang ambik kesempatan terhadap kecuaian atau sikap sambil lewa pelanggan.

Tak pernah terpikir pula, 'mangkuk kosong' juga dicaj. 
Sebagai bayaran untuk perkhidmatan basuh pinggan kotor agaknya. Kena bersangka baik kan .. huhu

Diharap lepas ni, peniaga tu kena lebih prihatin lagi lah dan jangan sesekali ambik kesempatan dalam kesempitan para pengguna. 

Dan para pengguna ... membeli dengan bijak! gunakan hak kita sebagai pengguna :)

Pengajarannya ...
Sama-samalah kita fikirkan ye ..




Bila suami rasa sakit bersalin

Assalamualaikum

Pengalaman yang paling sakit tapi bererti buat si ibu tetapi kadang-kadang ada para suami yang kurang rasa prihatin bila melihat atau mendengar para isteri yang mengadu rasa takut bila hendak bersalin nanti. Kata segelintir suami (segelintir je, bukan semua kan....) menganggap si isteri bersifat terlalu mengada-gada dengan meminta simpati daripada si suami.

TAPI tahukah para suami, tahukah betapa sakit rasanya ketika hendak melahirkan anak ...


Sumber : Google

Bayangkan betapa sakitnya ... aku yang dah bersalin 3 kali ni (semua normal) masih ingat segala kesakitan tetapi sangat bermakna itu ... nasib baik hubby seorang suami yang sangat prihatin (puji nampak ... sapa lagi nak puji kan ... hehe). Tak dapat aku bayangkan perasaan seorang isteri yang sedang dalam kesakitan tetapi suaminya tak prihatin ... sakit sikit nak ngada-ngada ... huh!

Aku pula yang emo .... bukan apa terbaca berita ni je semalam ... dalam Harian Metro



Baca selanjutnya di Harian Metro




Note : Kalau boleh suruh semua suami cuba benda ni ... test sikit camna rasa sakit nak bersalin tu ... hehe





Monday, November 10, 2014

11/11/2014 | Promosi besar-besaran dari Lazada Online Shopping

Assalamualaikum

LAZADA THE BIGGEST SALE | Korang ingat tarikh ni 11 November 2014 , Lazada yang terkenal dengan tempat dimana korang boleh shopping secara online pelbagai jenis barang akan mengadakan jualan besar-besaran. 

Hari ni 10 November 2014, maknanya jualan promosi sehingga 90% itu adalah pada hari esok! Terasa seperti tak percaya kan.. diskaun sehingga 90% hanya di LAZADA untuk sehari.

Pelbagai barangan korang boleh beli melalui Lazada ni ... daripada pakaian wanita, lelaki, kanak-kanak, peralatan dan perkakas rumah, barang-barang elektrik, sehinggalah gadget-gadget terkini. 
Semuanya boleh dibeli dengan harga yang cukup berbaloi. 

Lebih-lebih lagi dengan adanya promosi pada 11/11/2014 ni. Sangat berbaloi-baloi!

Jangan lupa mark dalam kalendar korang ! JUALAN BESAR-BESARAN LAZADA 11 NOVEMBER 2014


Lazada Indonesia



Khasiat Kembang Semangkuk

Assalamualaikum

Pernah nampak ke benda ni? yang suka minum lai chi kang tu tentu tahu kan .... Kembang Semangkuk atau nama saintifiknya Scaphium longiflorum berfungsi untuk menurunkan panas badan. 

Ni kira petua orang-orang tualah. Dulu kalau anak-anak demam, orang tua kita tak bagi minum panadol ke apa. 

Ubat hospital camtu mana mak bapa kita tahu kan. Tapi mereka tahu petua-petua yang boleh turunkan panas badan ketika demam. Salah satunya dengan meminum air kembang semangkuk ni. 

Biji kembang semangkuk direndam dalam air panas seperti di bawah ni ...




Dalam masa lebih kurang 5 minit, ianya akan kembang seperti ini...




Tak payah nak letak gula ke apa ... bila ianya dah kembang camtu, airnya boleh terus diminum. Bagus untuk menyejukkan badan, 

Ni aku buatkan untuk hubby aku semalam. Dia nak demam katanya. Lagipun hubby aku ni bukan jenis orang yang suka telan pil2 moden tu semua. So sebagai isteri yang mithali ini buatkan lah segelas air kembang semangkuk untuk hubby :P



Note : Air kacang hijau juga sesuai untuk kurangkan panas badan :)







Lazada Indonesia

Saturday, November 8, 2014

Minggu Pais Ubi Kayu

Assalamualaikum

Soalan wajib .... apa korang buat pagi sabtu ni ?? Pembuka bicara katanya. Aku minggu ni rasanya minggu yang sangat sibuk. Hari tu dah bagitahu kan, tempat kerja aku ni tengah ada audit mengaudit. Tu pasal tak muncul2 di 'dunia' blog gitu.... 

Tak update post ... effectnya, UV terus jatuh merundum. Tak ada orang nak singgah menjenguk. Maklumlah blog sekadar melukut di tepian gantang ni, mesti nak kena rajin up kan entri setiap hari. Nak menarik minat pengunjung datang. Lainlah blog2 yang memang dah pemes tu, update post sebulan sekali tapi hari-hari ramai pula UV nya....

Dah seminggu tak berapa nak update....perkara pertama yang di check adalah Nuffnang. Nak jugalah tengok berapa earning yang dapat daripada CPUV yang berderet itu. Membuahkan hasil ke tidak atau 'mandul' semata-mata (pinjam kata2 daripada blogger itu hehe).
Ada jugalah beberapa SEN! yang masuk. Oklah daripada tak ada langsung kan (mata ke atas).

Tapi aku tertarik dengan senarai keywords aku tu. Bukanlah yang pelik2 tapi cam berjanji pula korang semua pakat-pakat nak cari resepi Pais Ubi.... minggu ni minggu sarapan pais ubi kayu ke apa :P






Ramai pula yang menggoogle resepi ni kan. Tapi kuih pais ubi ni memang sedap pun. Tak rugi cuba resepi ni :D



Ok lah. Tu jak ceritanya. TaTa!!  Nak pelan-pelan merayap ke rumah korang. 





Lazada Malaysia

Thursday, November 6, 2014

Bukan mudah untuk berjaya

Assalamualaikum

Sumber : Facebook

Kesimpulannya....TIADA JALAN MUDAH UNTUK DAPATKAN SESUATU




Note : Last day audit mengaudit. So masih ke bz an lagi. Hutang bw akan dilangsaikan nanti ... :P



Tuesday, November 4, 2014

Terpaksa senyap kejap!

Assalamualaikum

Ni baru dapat buka blog sekejap. Nampak pula komen si Okje kita tanya napa sonyaaap je.
Tak adanya nak celebrate okje. Sedang sibuk dengan kerja2 di opis ni.

Nak2 lagi minggu ni kat company tempat aku kerja ni adalah minggu Audit.
Dah hujung tahun mulalah 'pengawas' company ni buat spot check.
Ok ke pekerja2 buat kerja, ikut peraturan ke, menepati piawaian ke tidak.

Pekerja2 pula macam biasalah kalau dah dengar jak nama Audit, mesti gabra semacam, seolah2 ada buat salah besar, tak ikut peraturan (percayalah bahawa puan blog ini adalah pekerja beretika, percaya kan ... kihkihkih).
Audit mesti nak kecut perut. Lumrah kan. Samalah masa zaman sekolah dulu, nampak pengawas buat spot check mesti panik sekejap.
Sebab tu lah aku jadi pengawas sekolah, tak suka barang kena selongkar. Orang berdisiplin mana langgar peraturan sekolah kan ... hehe (sila muntah)

Ok lah nak sambung selongkar stor cari fail lama yang audit minta. TaTa!



Note : ceriberi dah ok tapi napa perut cam banyak angin lagi ni... huhu

Monday, November 3, 2014

Kerana Popia itu

Assalamualaikum

Alkisahnya pagi khamis membeli popia sayur yang baru digoreng panas2 dari restoran yang biasa aku bersarapan setiap hari.
Makan bersama segelas nescafe panas.

Jam 10 lebih hari yang sama, perut memulas, rasa kembung banyak angin semacam. Rasa cam nak membuang tapi bila ke tandas hanya angin yang keluar ... huhu
Tengahari badan dah tak sedap, sejuk semacam, muka rasa dah berbahang..demam.
Makan 2 biji panadol, dapat jugalah bertahan hingga abis waktu kerja. 

Balik rumah dah tak tahan ... terus tidur. Nasib baik hubby tolong urus anak2. Esoknya jumaat 31hb tu, terpaksa ambik EL sebab kepala terasa sakit sangat. 
Bermula episod ceri beri aku hari tu...dalam sehari tu dekat 8 9 kali membuang. Sampai badan pun dah jadi lembik.
Hari jumaat tu nak ke klinik pun tak larat. Esoknya baru pegi ke hospital minta ubat.




Sabtu dan ahad, lembik jak. Sempat jugalah balik kampung tidur semalam sebab nak ambik adik bawa ke kk. Minta tolong jagakan anak2, hubby kursus seminggu katanya.
Memula tu risau juga sebab tak ada tolong jagakan Damia dan Shamzi petang lepas sekolah tu. Nasib baik ada adik jadi penyelamat, tolong jagakan seminggu.
Terima kasihlah adikku Lina, nanti kakak bagi upah (^_^)

Hari ni dah ok sikit...selera makan pun dah ada. Tak ceri beri lagi lepas minum ubat 'arang' yang hospital bagi. Kata adik aku yang nurse tu, memang ubat charcoal tu untuk mereka yang keracunan makanan. Ngeri aku tengok ubat tu...hitam pekat. Nasib baik berkesan.

Lepas ni mungkin sebulan 2 agak fobia lah makan popia. Takut tragedi popia sayur berulang lagi. huhu


Note : 31hb adalah hari kelahiran ku tapi disebabkan ceri beri terpaksa diam2 kat rumah je lah.