Wednesday, December 31, 2014

Selamat Tinggal 2014, Selamat Datang 2015

Assalamualaikum

Kurang sehari lagi kita nak melangkah ke tahun baru ... tak sangka kan, pejam celik pejam celik dah sampai kita di penghujung tahun 2014. Terasa cepat sangat masa berlalu.

Umur makin bertambah, anak-anak semakin membesar. Shumi dah masuk darjah 3, Shamzi pula mula bersekolah rendah tahun 2015, masuk darjah 1 dah budak cengeng ni. Risau pulak aku, macam manalah dia dalam bilik darjah tu nanti. Terlebih manja ...
Damia pula semakin petah bercakap, tahun depan dah 4 tahun umurnya. Cerewetnya bukan main, membebel cam mak nenek ... menurun Uminya, so aku tak boleh salahkan dia. hehe
Emmmm cam baru jak rasanya semalam aku lahirkan budak bertiga ni ... tak lama lagi dah masuk ke alam remaja seterusnya dewasa ... aku pula semakin senja dan senja ...

Sepanjang tahun 2014 ... 
Kalau tentang Puan punya blog ni, rasanya semua seperti biasa sahaja. Ada yang manis dan ada juga yang pahit. Biasalah kan, lumrah kehidupan gitulah kan. Ada yang tercapai dan ada juga yang tidak.

Dari segi Keluarga .. alhamdulillah sangat bersyukur dengan kebahagian yang aku kecapi sekarang. Punya suami yang penyayang (walaupun garang dan tegas), dikurniakan dengan 3 orang anak-anak yang comel dan nakal (nakal yang menjadi penawar duka). Nak menambah ... emmm rancangan tu hanya nak 3 sahaja, tapi kalau ada rezeki, apa salahnya kan. :D

Kerjaya ... syukur ... tahun ni aku melangkah satu lagi anak tangga. Rezeki anak-anak. Sebenarnya aku tak sendiri tak sangka akan berdiri sejauh ini. Teringat lagi susahnya aku mencari pekerjaan selepas menamatkan pelajaran ku. Apply sana sini, langsung tak ada. Akhirnya hanya kerja di sebuah restoran makanan segera. Teringat lagi masa tu, aku hanya berehat sebulan sahaja selepas tamat belajar, bapa bukan orang senang, jadi aku harus bekerja untuk menolong mereka.
Aku sangat sangat berterima kasih dengan hubby (masa tu belum kahwin lagi) sebab dia yang menebalkan muka mencarikan aku kerja di restoran fast food itu dan mencarikan bilik sewa untuk aku tinggal.
Dengan berbekalkan duit yang tak sampai seratus ringgit (hasil dari gadaian rantai emas ku), aku tinggal dan bekerja di KK seorang diri.
Nasib baik restoran aku bekerja tu menyediakan makanan untuk pekerjanya .. kalau tak, tak tahu macam mana nak hidup di KK masa tu sementara nak tunggu duit gaji pertama. Gaji aku masa tu hanya RM2.50 sejam. Cukup sebulan dapatlah gaji dalam 300 lebih gitu.
Kalau dikenangkan masa tu memang sangat susah ... dengan gaji yang sangat sedikit, sindiran daripada saudara mara, sekolah tinggi2 tapi kerja masak burger jak (sampai sekarang aku masih ingat) .. tapi semua tu aku jadikan pembakar semangat untuk berusaha lagi.
Tapi tu rasanya dah 10 tahun berlalu ... sekarang aku sudah mampu beli rumah, beli kereta dan biayai persekolahan anak-anak ...
Sangat-sangat bersyukur ... sebab aku bermula daripada susah jadi aku tahu bukan mudah untuk dapatkan sesuatu itu jika tidak ada usaha dan kesabaran dalam diri kita.

Orang tua ku ... rasanya belum terbalas lagi jasa kedua orang tua ku. Setiap tahun aku berusaha untuk bahagiakan mereka, beri mereka apa yang aku termampu, gembirakan mereka tapi rasanya jasa dan pengorbanan mereka tak terbalas oleh ku. Selagi aku masih hidup, aku tak akan lupa pengorbanan dan kasih sayang mereka .. in sha Allah.
Ya Allah kau panjangkanlah umur kedua orang tua ku, berikanlah mereka kesihatan yang baik dan bahagiakanlah mereka selalu ... amin

Panjang lebar pula imbasan tentang aku untuk tahun 2014 ni.
Tapi rasanya semua bersetuju dengan aku jika aku katakan tahun 2014 merupakan tahun yang banyak meninggalkan kenangan sedih untuk kita semua. Tragedi Pesawat MAS MH370 dan juga MH17, membawa kenangan duka untuk kita rakyat Malaysia. Kisah tragis MH17 dan kapal MH370 yang tidak diketahui nasibnya membuatkan seluruh rakyat Malaysia berdukacita. Walaupun tidak ada saudara atau kenalan terbabit tapi aku tetap rasa terkesan dengan berita tu.
Dan baru-baru ni, musibah banjir yang berlaku di negeri2 pantai timur menjadi kisah sedih terakhir di tahun 2014 ini. Kejadian pesawat Air Asia Indonesia yang terhempas di lautan juga sedikit sebanyak membuatkan kita rasa sedih dan turut berduka kerana sebelum ini kita pernah merasainya dahulu.

Walaupun kita tidak akan pernah melupakan episod sedih 2014, sama-samalah kita berdoa agar tahun 2015 ini membawa episod baru dan lebih baik daripada tahun sebelumnya. Mungkin segala peristiwa yang berlaku itu ada hikmah disebaliknya. Ianya mungkin akan membuatkan kita memikirkan segala kesilapan yang pernah kita lakukan sebelum ini dan sama-sama memperbaikinya.

Selamat tinggal 2014, Selamat datang 2015 ....



Tuesday, December 30, 2014

Kalah tulisan doktor

Assalamualaikum


Nampak ni diviralkan dalam whatapps. Korang rasa apa menu yang dia tulis tu ye. Angka ok je pun dia tulis ... huhu Lepas ni Daddy Ziyyad bolehlah tersenyum sebab ada lagi tulisan yang lebih hebat dari dia ... hehehe 


Note : doktor2 jangan marah ye .. tulisan korang bukan tak cantik tapi sukar sikit nak baca, amat saintifik gitu.



Sesi Persekolahan 2015 ditangguh seminggu

Assalamualaikum

Rasanya semua dah maklum tentang berita penangguhan sesi persekolahan 2015 semalam. Kementerian bersetuju untuk memulakan sesi persekolahan lewat seminggu daripada yang dijadualkan dalam takwim sekolah tahun 2015. Sepatutnya anak-anak mula bersekolah 5hb Januari ni, tetapi atas sebab musibah banjir yang melanda negeri-negeri di Pantai Timur sejak seminggu lalu, sesi persekolahan bermula pada 11hb Januari bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor. Manakala negeri lain bermula 12hb Januari ni.



Sumber : Berita Harian

Aku memula tu ingatkan untuk negeri-negeri yang terlibat dengan musibah banjir sahaja, tetapi  ianya melibatkan seluruh sekolah di Malaysia. Hubby terus call sekolah untuk confirmkan berita penangguhan tu. Betul, sesi sekolah bermula 12hb Januari ni. Cuma hari pendaftaran tahun 1 pada 2hb Januari ni tidak diubah. 
Aku yang dah berdebar-debar sebab Shamzi akan masuk darjah satu tahun 2015 ni. So ada seminggu lagi aku buat extra persiapan kan (walaupun dah prepare semuanya). 
Cuti yang aku apply awal2 untuk pantau Shamzi kat sekolah tu pun terpaksa ubah. Postpone ke minggu depan pulak. 
Tetiba terpikir, kita yang dah siapkan segala kelengkapan anak-anak bersekolah ... macam mana dengan mereka yang terlibat dengan musibah banjir tu semua. Mungkin ada yang telah sediakan awal2, baju sekolah, buku2, kasut ... tetapi habis dihanyutkan atau rosak oleh air banjir. 
Beratnya dugaan mereka ...
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya ...
Dengar berita ada tempat yang telah surut airnya ... memang sedih dan kasihan melihat kesan kerosakan akibat banjir tu ... semoga mereka tabah dan dipermudahkan segala urusan. 






Monday, December 29, 2014

Selfie paling bodoh!

Assalamualaikum

Yang sangat gemar berselfie tu, AWAS! Jangan termasuk dalam golongan mereka ni. Tak ada orang nak larang ko berselfie tapi agak-agaklah kan tempat dan situasi tu ... huhu

Sumber dari Harian Metro/Global. Nak baca lebih lanjut korang klik je di sini

6 Hak Muslim

Assalamualaikum

Sumber : Facebook/Whatapps




Note : Mood nak berblog masih ke laut. Sejak masuk bulan terakhir tahun 2014 ni, idea langsung tak ada, kekeringan gitu. Mungkin sebab nak bertambah umur lagi agaknya kan. :)



Monday, December 22, 2014

Celyn Resort Kundasang

Assalamualaikum

Ok, ni kesinambungan daripada kisah | Kiram's Village 2014 | tu hari. Patutnya post entri ni dahulu tapi gambar belum edit dan ada permintaan tentang kisah Kiram's Village tu, tu pasal cerita Kiram up dahulu. 

Tapi apa-apa pun selitkan dahulu gambar selpie Umi dan anak-anaknya itu ... kihkihkih gediknya aku tengok gambar ni :P

Ni pertama kali kami menginap di Celyn Resort Kundasang. Actually resort ni ada dua lagi cawangan hotel di Kota Kinabalu. Hari tu kami stay di Kinabalu Wing, menghadap Gunung Kinabalu gitu. Harga asal RM388nett tapi sekarang ada promosi so kami cuma bayar RM238nett termasuk percuma sarapan untuk dua orang. Rate untuk bilik yang lain korang checkitout di bawah ni :-

Sumber : Celyn Resort Official Website

Receptionist Counter di Celyn Resort ni. Servis dia ok, staffnya semua muka manis tersenyum je. 


View dari dalam bilik. ada beranda kat luar untuk bersantai sambil menikmati pemandangan Gunung Kinabalu. Bestkan kalau hari-hari bila bangun pagi menghadap pemandangan macam ni. Relaks kepala otak dan fikiran. Tu yang kat luar Shumi dan Shamzi sedang bersantai2 dengan kazen2nya. Hari tu aku dan kakak sefamily sama2 stay kat resort yang sama. Bilik dorang sebelah jak. 

Kat bawah ni pulak pemandangan sekitar resort. Kat sini memang kabus tebal sikit. Dah namanya dipergunungan kan. Sejuk janganlah cakap. Menggigil gitu. 


Cik Alputih pun nak menyelit jugak ... 


Gunung Kinabalu ... yang ni wajib snap ye kalau ke Kundasang. Rasanya dah banyak gambar Gunung Kinabalu dalam simpanan aku tapi nak juga ambik. Maklumlah dari view yang berlainan kan. 

Gambar gunung agak jauh. Ni sebab lokasi resort ni ke bawah sedikit. Lebih kurang 15-20 minit perjalanan dari Pekan Kundasang. 

Ni aku bagi sedikit panduan mungkin berguna (atau tak) kalau korang nak pilih lokasi penginapan di Kundasang ni. Kalau korang nak dekat sangat dengan Gunung Kinabalu tu, maknanya di kaki Gunung Kinabalu, korang boleh stay di Kiram's Village, Alphine D'Bayu Chalet, Mesilau Nature Resort, Dreamworld Resort Kundasang ataupun korang boleh pilih homestay-homestay yang terletak di sepanjang Jalan Mesilau, Kundasang.

Kalau nak lokasi yang strategik, maknanya korang senang nak gerak ke gerai-gerai sayur dan buah-buahan tu atau ke restoran yang menyediakan sayap ayam madu tu tapi pada masa yang sama masih dapat melihat Gunung Kinabalu secara dekat ... korang boleh stay di Kinabalu Pine Resort atau di Mount Kinabalu Heritage Resort & SPA ataupun homestay yang terdapat banyak di Kampung Sinisian Kundasang

Semoga ianya membantu percutian korang di Kundasang!



Sunday, December 21, 2014

Bermula cabaran Ephyra Skin Bar

Assalamualaikum

Dapat kiriman Ephyra Skin Bar beberapa hari yang lepas. Terpilih sebagai salah satu blogger daripada 50 yang tersenarai untuk mencuba Ephyra Skin Bar ni. Giveaway dianjurkan oleh Mialiana.com

Semalam baru mencuba Skin Bar ni. Memang terasa sedikit kelainan selepas mencuci muka menggunakan produk ni. Cam bersih semacam. Kita tengok je lah hasilnya nanti ye. :D



Semoga berjaya untk semua perserta termasuk aku lah tu ye :D




Thursday, December 18, 2014

Kiram's Village 2014

Assalamualaikum

Sebelum tu diharap entri ni tidak membosankan korang hehe ... apa boleh buat kan, korang bertabahlah membaca post ni, almaklumlah lokasi kegemaran Puan punya blog ... :D


Hari rabu minggu lalu, aku sefamili pergi ke Kundasang. Merelakskan diri sekejap dari kerja-kerja di opis, lagipun nak bawa anak-anak yang sedang bercuti sekolah berjalan-jalan membuka minda.
Anak-anak tak jemu ke, balik-balik Umi bawa ke sini ?? mesti korang nak tanya soalan ni kan ... Jawapannya tidak. Bila aku bagitahu yang kami nak ke Kundasang, lompat bintang Shumi Shamzi dan Damia. Lega tempat ni jadi kegemaran dorang juga.

Kami stay dua hari di Kundasang. Hari pertama, rabu tu sebenarnya kitaorang stay di Celyn Resort Kundasang tapi entri belum post lagi sebab tak sempat nak edit gambar lagi. 
So yang ni gambar dah siap, aku postkan dulu ye.

Stay di Kiram's Village pada hari kedua. Ni kali yang kedua kami stay di sini | kundasang-kirams-village | tapi tinggal di cabin yang berlainan. 

Laluan masuk ke kawasan Kiram's Village.


Masuk ke kawasan Kiram's Village ni, yang paling penting Jangan Buang Sampah merata-rata.


Cabin-cabin dalam Kiram's Village ni di kelilingi oleh pelbagai jenis pokok bunga yang cantik. Tenang jer bila korang tengok pemandangannya.



18'C .... ni suhu waktu pagi ... Malamnya suhu jatuh ke 8'C ... tersangatlah sejuk ... air con 24'C pun aku menggigil, ni kan di bawah 10'C ...



Jadi bila suhu dah sejuk macam tu, minum teh tarik panas sambil menikmati pemandangan kebun bunga ala ala obersi tersangatlah nikmatnya ...


Okeh ... jom kita tinjau-tinjau cabin-cabin yang ada di dalam kawasan Kiram's Village ni ...


Papan tanda petunjuk arah cabin ... cabin di Kiram's Village ni namanya menggunakan sayur-mayur dan buah-buahan yang banyak terdapat di Kundasang ni. Ada 11 cabin kesemuanya plus 1 (baru dibina dan dinamakan sebagai Pineapple Cabin).


CARROT CABIN | Muat untuk 7 - 12 orang. Ada 3 buah bilik di dalamnya. Harga RM260.00 (hari2 biasa), RM310.00 (hujung minggu) & RM360.00 (Cuti Umum dan Cuti Sekolah).


ASPARAGUS CABIN | Muat untuk 10 - 18 orang. 4 buah bilik di dalamnya. Harga RM350.00 (hari2 biasa), RM450.00 (hujung minggu) & RM550.00 (Cuti Umum dan Cuti Sekolah).


MUSHROOM & POTATO ROOM | Cabin kaler coklat. Sebelah kiri Mushroom dan Potato sebelah kanan. Hari tu kami sekeluarga stay di Potato Room. Disarankan untuk 2 - 4 orang. Harga sebilik, RM80.00 (hari2 biasa), RM90.00 (hujung minggu) & RM110.00 (Cuti Umum dan Cuti Sekolah). PINEAPPLE ROOM | Cabin yang kaler putih.Yang ni baru sahaja dibina. Dalam website rasmi Kiram's Village pun belum ada lagi detail dan harganya. 


BROCCOLI CABIN | Yang ni sesuai untuk pasangan je ye. Muat untuk 2 orang sahaja. So yang sedang nak berhoneymoon tu, tempat ni rasanya ok hehe. Harga RM100.00 (hari2 biasa), RM120.00 (hujung minggu) & RM150.00 (Cuti Umum dan Cuti Sekolah).


CABBAGE CABIN | Cabin kaler putih, muat untuk 4-6 orang. Harga RM210.00 (hari2 biasa), RM260.00 (hujung minggu) & RM290.00 (Cuti Umum dan Cuti Sekolah). 
CHILLI & ONION ROOM | Cabin kaler coklat bumbung cerah. Chilli sebelah kiri, Onion sebelah kanan. Pertama kali ke Kiram's Village dulu kami stay di Chilli room ni. Maksimum 4 orang. Harga RM80.00 (hari2 biasa), RM90.00 (hujung minggu) & RM110.00 (Cuti Umum dan Cuti Sekolah). CELERY & TOMATO CABIN | Cabin di hujung tu, kaler coklat bumbung maroon. Maksimum 6 orang. Celery Cabin ada 2 bilik, manakala Tomato Cabin ada 1 bilik. Harga RM210.00 (hari2 biasa), RM260.00 (hujung minggu) & RM290.00 (Cuti Umum dan Cuti Sekolah).


Strawberry
STRAWBERRY CABIN | Tak sempat snap itu hari, yang ni pinjam dari website rasmi Kiram's Village. Maksimum untuk 12 orang. Ada 3 buah bilik di dalamnya. Harga RM260.00 (hari2 biasa), RM310.00 (hujung minggu) & RM360.00 (Cuti Umum dan Cuti Sekolah).



Ponsikou ! Selamat tinggal Kiram's Village. Nanti kitaorang datang lagi ... hehe


Untuk tempahan korang boleh je Call/Msg/Whatapps no ni 016 695 0057
 
 

Wednesday, December 17, 2014

Cari homestay di Kundasang

Assalamualaikum

Ada lebih kurang 2 minggu lebih lagi cuti sekolah akan habis. Ada yang sudah pun balik dari bercuti dan mungkin juga ada yang baru memulakan perjalanan untuk pergi bercuti (ni kes ibu bapa yang baru approve cutilah huhu).

Yang nak pergi bercuti tu, tentu dah tempah tempat tinggal tapi ada yang suka book last minute. Sebab tu rasanya homestay dan juga resort menarik menjadi tajuk carian utama di Google. 
Entri aku tentang walai-tokou-homestay-kundasang yang pernah aku post bulan jun yang lalu pun tetiba menjadi popular bulan ni. 
Rasanya ramai yang nak cari homestay di Kundasang atau mungkin homestay di sekitar Malaysia ni. 




Yang betul-betul nak cari homestay yang berada di Kundasang atau pun di tempat lain, ni aku kongsikan satu website yang senaraikan homestay di Malaysia ni. Korang boleh je pergi ke website http://www.carihomestay.net/
Bagi aku website ni banyak membantu sebab dia senaraikan satu persatu homestay yang ada di Malaysia ni, siap ada detail tentang homestay, harga dan juga contact no.

Kalau tak pun korang jenguk jak Jom Jalan-Jalan Check in Sabah

Ok .. selamat bercuti-cuti Malaysia!




Saturday, December 13, 2014

Berderetnya

Assalamualaikum

Tersangatlah berderetnya ... tak tahu ada hasil ke tidak. Ntah semua tu sempat keluar ke tidak sebelum tamat tempohnya ... :P


Tapi kalau rezeki tak kemana ... adalah juga hasilnya tu kan ... :D


Note : Happy weekend ! 


Thursday, December 11, 2014

Reunion So Good di KFC

Assalamualaikum

HE08/1999-2002 Program Perhotelan UMS | Hampir setiap tahun kami akan adakan perjumpaan aka reunion kecil-kecilan. Batch kami masa tu tak ramai, ada 20 lebih pelajar jak ambik jurusan ni (tak ramai yang minat agaknya, aku masuk course ni, bukan minat ke apa, dah rezeki aku belajar program ni, terima je lah :D). Bila pelajar dalam satu course tu tak ramai ... so kami agak rapat antara satu sama lain. 

Tahun ni tak ramai yang dapat join sebab agak kesibukkan dengan hal masing-masing. Hanya kami berempat sahaja yang dapat berjumpa hari ahad tu. Aku, Nancy (dulu pernah aktif berblog), Stella dan juga Teng. 

Jam 3.00 seperti yang dijanjikan berjumpa di restoran KFC. Kitaorang chit chat sekejap, hal semasa, hal anak2 sambil belek-belek katalog Sophie. Si Nancy sekarang ni dah jadi member Sophie. 
Makan tu acara wajib tapi belanja diri sendiri je. hehe


Menu untuk aku yang sakit tekak masa tu. No cold drink! hubby dah pesan awal2 kat aku, jangan minum minuman sejuk. Hubby dan anak2 masa tu tak ikut, penat sebab baru balik dari kampung. Dia nak rehat kat rumah je.


Acara bergambar-gambar. Tak sedar 'pelajar-pelajar' ni dah beranak pinak. hehe


Gambar lagi .. ni dari pandangan sisi pula


Last sekali jadi model segera katalog Sophie .. Muka nampak pucat sebab tak berapa sihat masa tu. Batuk dan sakit kerongkong. Malam sebelumnya, suara langsung tak keluar, sayup je bila bercakap. 


Sebelum balik, kitaorang tukar-tukar hadiah seperti selalu. Tahun depan, panjang umur, murah rezeki, kitaorang bereunion lagi! :D


Wednesday, December 10, 2014

Cari yang itu, terbeli yang ini

Assalamualaikum

Ni cerita hari sabtu tu ... rancangan asal sebenarnya nak cari meja belajar untuk Shumi dan Shamzi. Cari meja panjang sikit sebab boleh guna untuk dua orang sekaligus dan letak PC ditengahnya. Bilik Shumi dan Shamzi tak berapa nak luas so ambik sebijik meja jak. 

Cari punya cari, survey punya survey ... ternampaklah satu kedai perabot yang mengadakan jualan gudang besar-besaran gitu. Memang gila-gilalah sale dia ... bayangkan tilam tebal harga RM12k tu (errkk! mahal gilak tilamnya), selepas didiskaunkan jadi RM2,000 lebih gitu. Tak ke sangat tinggi diskaunnya tu.

Memula tu aku tak nak masuk dalam, suruh hubby tanya kat salesman tu je ada jual ke meja yang kami inginkan tu. Kata salesman tu dorang tak ada jual tapi perabot lain ada. Dengan mulut manis ajak kami masuk tengok2 perabot yang lain dulu. 

Aku kononnya tak nak masuk dengan alasan nak cepat, sebab lepas beli meja kami nak balik ke kampung hantar adik aku yang seminggu di KK ni. Tapi bila aku tengok hubby dah beria-ia sangat, ikut je lah. 

Tapi bila dah masuk ke dalam, ntah kenapa aku pula yang eksaited melilau melihat perabot2 yang rata-rata semuanya ada potongan harga. Mula2 jual mahallah kononnya, padan muka aku kan terbeli benda kat dalam kedai perabot ni. 


Gudang Sale ! Damia jadi model cilik, sepit penuh dirambut atas permintaannya sendiri .. Bukan main Damia terlompat2 atas sofa lembut kat kedai perabot tu. 


Dah banyak barang yang sold out. Masa kami masuk kat kedai perabot ni, bergilir2 customer ambik barang yang mereka beli. Kedai ni cuma buat penghantaran untuk belian seribu ke atas. Yang beli nilainya tak sampai seribu, customer kena angkut sendiri bawa balik rumah. 
Aku terbeli rak buku yang kaler putih tu. Harga asal dekat RM400, harga diskaun pula RM150. Haruslah sambar satu, lagipun memang aku nak cari rak buku cuma keutamaan masa tu adalah meja belajar Shumi dan Shamzi. 
Selain rak buku ni, terbeli juga bantal lembut jenama Venice, sebijik harga RM39 tapi dapat extra 2 lagi. So kiranya RM39 untuk 3 bijik bantal. :D


Encik, ni harga yang patut dibayar ...


Ok, saya tukang sign otograf saja ... bini saya bayar sebab dia baru korek duit tadi :P


'Kertas' yang aku dapat lepas bagi cash kat salesman tu



Rambang mata bila lihat harga gila-gila camtu ... tapi lain kali kalau korang baru jak 'mengorek' duit dari bank, jangan gatal kaki dan tangan masuk ke kedai yang adakan sale ... memang confirm akan terbeli benda yang tak dirancang. 



Note : Hubby taklah pula suruh aku sorang2 bayar barang yang kami terbeli tu .. cuma masa tu aku yang baru ambik duit kat bank ... so kiranya aku bayar dululah, belakang claim .. hehe



Monday, December 8, 2014

Bebas dari gangguan nyamuk dengan Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk

Assalamualaikum

Bila cuti panjang sikit atau musim cuti sekolah, perkara pertama yang ditunggu oleh anak-anak adalah balik kampung. Perkara yang menyebabkan anak-anak aku tu menjadi sangat teruja, tentulah berjumpa dengan atuk dan nenek serta saudara mara, sepupu sepapat mereka. Tetapi ada satu lagi penyebab yang menarik perhatian mereka ialah apabila dapat bermain di halaman rumah dan juga berkejar-kejaran di kebun kecil atuk mereka yang terletak di belakang rumah tu. 
Maklumlah anak bandar kan, lagi-lagi duduk kat apartment macam kami ni, mana nak merasa bermain di halaman yang luas macam di kampung tu.

Seronok bila dapat melihat anak-anak bermain dengan riang di celah-celah pokok pisang dan tanaman di kebun atuk mereka tu. Tetapi yang menjadi masalahnya adalah gangguan makhluk kecil penghisap darah tu .... Nyamuk, ya memang semestinya nyamuk. 
Korang sedia maklum kan, nyamuk habitat semulajadinya memang di kawasan semak macam kebun di kampung tu. Awal pagi dan petang, Nyamuk Aedes yang menyebabkan Demam Denggi dan Nyamuk Tiruk yang selalunya menyebabkan Demam Malaria akan berleluasa mencari mangsanya.
Habis berbintat merah tangan dan kaki anak-anak aku digigit nyamuk. 

Aku ada juga mencari jalan bagaimana cara mengusir nyamuk tu semua. Yalah kan takkanlah pula tak bagi dorang bermain. Kesianlah pula kan. Aku pernah membeli spray penghalau nyamuk di farmasi tu. Tetapi anak-anak aku tak berapa suka sebab dorang tak selesa dengan cecair yang kena di kulit mereka tu. Melekit kata anak-anak aku.

Tapi bila hari tu blogger Mialiana menganjurkan Giveaway dengan kerjasama Syarikat X Cube Enterprise, aku tak ketinggalan turut serta join giveaway ni. Berminat untuk ikut serta sebab rasanya ini merupakan jalan penyelesaian aku untuk melihat anak-anak bermain bebas daripada gangguan nyamuk. 
Dan alhamdulillah terpilih di antara 34 blogger yang berjaya untuk mencuba Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk ni.


Sangat teruja bila mendapat dua gelang penghalau nyamuk ni. Bungkusan gelang ni didatangkan dalam bentuk seal lock, maknanya bila korang tak guna gelang ni, boleh dimasukkan kembali dalam bungkusannya. Ini kerana Bugslock ni boleh digunakan untuk masa terkumpul sehingga 240 jam. Lama kan :D


Material gelang ni sangat selesa bila dipakai, lembut dan yang penting tidak mendatangkan rasa lekit di tangan yang menyebabkan anak-anak aku tidak selesa. Selain di tangan, boleh juga dipakai di pergelangan kaki dan juga kerusi bayi.
Untuk bayi ?? tak perlu risau sebab gelang ni sesuai untuk semua peringkat umur kerana ianya tidak mengandungi bahan-bahan toksik.


Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk ni berkesan ke ??? Ya .... 100% berkesan. Hari tu berkesempatan balik ke kampung. Dah dapat Bugslock ni, aku terus mencubanya. Tetapi bukan aku yang memakainya, anak-anak aku yang dua orang tu ... Shumi dan Shamzi. 
Awal pagi aku benarkan dorang turun ke halaman rumah tetapi dengan bersyarat mesti pakai Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk ni. Kenapa awal pagi ?? kan nyamuk banyak keluar waktu-waktu begini. Nak tengok bagaimana Shumi dan Shamzi elak kena gigitan nyamuk dengan menggunakan Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk ni. 





Memang Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk ni produk anti-nyamuk yang berkesan. Tak payah korang bersusah-susah mencari produk lain untuk menghalau nyamuk-nyamuk ni semua. Bugslock ni ternyata berkesan, korang tengoklah betapa gembiranya Shumi dan Shamzi bermain tanpa ada rasa gatal akibat gigitan nyamuk tu semua. Aku pun tak risau lagi membenarkan mereka bermain bebas di halaman rumah tanpa gangguan nyamuk yang boleh menyebabkan penyakit merbahaya tu, 


Snap sekali lagi dengan Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk ... korang boleh lihat sendiri kan. Tak ada nyamuk yang datang 'menyerang'. Ternyata nyamuk memang tidak suka dengan aroma semula jadi 100% citronella oil (serai wangi) yang menjadi kandungan utama dalam gelang ni. 


Secara keseluruhannya, aku memang berpuas hati dengan Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk ni. Ianya bukan sahaja produk-anti nyamuk yang berkesan, malahan mudah dipakai dan kita tidak risau dengan bahan kandungannya. :D


Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk yang ORIGINAL dari Korea
boleh dibeli secara online di :- 






Giveaway Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk Di Mialiana.com ini dianjurkan oleh blogger Mia Liana dan ditaja sepenuhnya oleh Malaysia Bugslock - Syarikat X Cube Enterprise. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.


Tuesday, December 2, 2014

Makan-Makan di Secret Recipe

Assalamualaikum
 
Morning2 semua! Cuaca masih mendung di KK ni. Semalam seharian hujan turun hingga ada kawasan yang rendah terkena banjir kilat.
 
Ni cerita minggu lalu .. baru sekarang nak kongsi di blog ni. Bukan special pun, saja jak nak kongsi gambar.
Saja jak bawa makan hubby dan anak2 di Secret Recipe. Uminya ni yang belanja. :P Ada rezeki terlebih sedikit harus dikongsi bersama kan :)
 
Kami sebenarnya jarang makan kat tempat2 camni. Lebih suka makan di restoran biasa, kualiti makanan berbaloi dengan harganya.
Tapi sekali sekala tu ajaklah juga hubby dan anak-anak. 
 

 
Gigih ambik gambar close up sudu dan garfu. :P
 
 

Wajah-wajah yang dikasihi. Shumi senyum malu2 gitu sebab gigi susu depannya tu baru jak 'jatuh'. Nak ganti gigi kekallah tu. Abaikan 'lelaki' itu, gaya ada tapi perut ke depan lah pulak. Bukan apa, tanda dijaga rapi oleh siisteri ... kihkihkih
 
 

Antara menu yang kami order malam tu, Laksa Sarawak, Mee Kari, Laksa Singapore, Nasi Goreng Satay Special dan juga Spaghetti untuk Damia!
 
 

Lepas makan, minum teh O lemon bagi pecah lelemaks. :P
 
 
 
 
Note : Tak sabar nak bercuti-cutian minggu depan :D