Wednesday, January 14, 2015

Lebih Yakin dengan Ephyra SKIN BAR

Assalamualaikum

Lebih yakin dengan EPHYRA SKIN BAR | gitu :D ... Hari ni genap 25 hari aku menggunakan Ephyra Skin Bar ni. Dah hampir sebulan rupanya. 



Kenapa aku ingin mencuba produk Ephyra yang terbaru ni .... jawapannya telah aku jelaskan dalam giveaway fasa 1 hari tu ... 

Masalah kulit yang dihadapi. Jelaskan kenapa anda perlu dapatkan Ephyra Skin Bar.
Mia mempunyai kulit kombinasi, berminyak terutama bangun di awal pagi, mudah kering bila berada dalam bilik yang berhawa dingin dan juga sensitif, Mia tidak boleh mencuba produk sebarangan. Hari tu dah pernah cuba satu produk ni, timbul jerawat yang banyak dan bernanah. Dah hentikan produk tu, guna pencuci muka biasa dan mencuba minuman Ephyra. Alhamdulillah jerawat kecut tetapi meninggalkan kesan2 hitam yang hodoh. Dan apabila terbaca preview produk ni, terasa ingin mencubanya. Sasaran adalah untuk menghilangkan kesan-kesan jerawat dan juga mengurangkan minyak di wajah.


Ni kulit wajah aku sebelum mula menggunakan Ephyra Skin Bar. Nampak tak banyak tompok-tompok hitam kat pipi serta jerawat pasir kat dahi tu. Tompok-tompok hitam tu adalah bekas jerawat yang telah kering. Diserang jerawat sebab produk sebelum ni tak sesuai dengan kulit aku. Kulit wajah pun agak kusam dan kering sahaja. Ni belum terkena panas terik, wajah tetiba berkilat sebab berminyak ... huhu


Kulit kombinasi ni sangat leceh sikit penjagaannya. Berminyak terutamanya di awal pagi dan juga bila cuaca sangat panas, kering bila terdedah dengan udara sejuk terutamanya pendingin hawa dan juga cepat berjerawat (jerawat batu pulak tu ... huhu) bila menggunakan produk yang tak sesuai di kulit. 

Memang sangat perlukan produk yang boleh mengelakkan wajah daripada berminyak dan kering tapi dalam pada masa yang sama bimbang juga apabila produk yang dipilih tidak sesuai dengan kulit wajah aku yang sensitif. Tak pasal-pasal timbul pula jerawat yang banyak kat pipi. 
Aku pula bila jerawat dah menyerang kat muka, mulalah timbul rasa tidak yakin berhadapan dengan orang ramai. Nak-nak lagi kerja aku yang selalu berhadapan dengan pelanggan, terasa seakan-akan orang tu tenung jerawat kat muka aku. Selalu tepek foundation dan consealer jak jerawat tu tapi kulit cam tak dapat bernafaslah pulak. 

Mula-mula tu rasa takut juga nak menggunakan produk pencuci muka yang baru ... kalau jerawat timbul lagi, mau sebulan ni tak keluar rumah (agak keterlaluan kekurangan yakin diri tu hehe).
Tapi Ephyra Skin Bar berlainan daripada produk yang aku cuba sebelum ini. Selepas cuci dan bilas wajah, kulit terasa bersih dan tegang. Aku tunggu jugalah seminggu, tengok kalau kulit aku tak menerima bahan-bahan dalam Ephyra Skin Bar ni. Alhamdulillah, tak ada jerawat yang timbul. Maknanya produk ni sesuai dengan kulit wajah aku. :D

Dan hasil selepas penggunaan selama 25 hari

Terasa lebih yakin gitu. Ni tepek compact powder sikit jak. Tak payah dah nak tepek foundation dan consealer segala. Tompok-tompok hitam pun dah tak berapa ketara walaupun masih ada sedikit. Jerawat pasir yang kat dahi tu pun dah berkurangan.


Aku bagi lagi satu gambar dengan bantuan cahaya semulajadi (matahari lah tu) hehe. Nampak lebih yakin bila berjalan dan berjumpa dengan orang ramai. :D



Official Facebook : https://www.facebook.com/oceanlife2u
Official Instagram : @ephyra2u
Hotline : 019 3999 238 / 03 41417889 (office hours only)



Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com ini dianjurkan oleh blogger Mia Liana dan ditaja sepenuhnya oleh Oceanlife Marketing Sdn Bhd. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.

** Ejen/dealer Ephyra lain dilarang membuat promosi di ruangan komen entri review peserta giveaway ini. Harap maklum.



19 comments:

  1. Kulit mia suda makin cantik dan bebas kesan jerawat..tahniah..

    ReplyDelete
  2. wahhhh..seriously gojes la mia..
    all the best ya..mmg ternyata nampak ketara perubahannya

    ReplyDelete
  3. Kulit mia makin cantik. Good luck mia smg ada rezeki menang.

    ReplyDelete
  4. masih berhutang review ehyra ni...all the best mia

    ReplyDelete
  5. Nampak benar perubahannya Mia.
    Bila macam ini rasa berbaloi dan tentu akan terus sayang dgn ephyra kan:)

    ReplyDelete
  6. tahniah mia..mmg nampak perbezaannya..lebih menyerlah! :)

    ReplyDelete
  7. Hi hi hi☺!! Goodluck hehe. Menjadi kan Ephyra?
    Alhamdulillah kan hiks.
    Qila pun singgah dari GA sama jugak weeee! GOODLUCK to both of us~

    ReplyDelete
  8. nampak keberkesannya :D
    singgah sini, dari GA yang sama, good luck!
    http://www.haneeza.com/2015/01/ephyra-skin-bar-rahsia-jelita.html

    ReplyDelete
  9. Salam... Terima kasih sudi hantar entri review ini sebelum 11.59 malam 14 Januari 2015 di

    http://www.mialiana.com/2014/12/giveaway-ephyra-skin-bar-review-ephyra.html.

    Keputusan akan diumumkan pada 20 Januari 2015.

    Gud luck (^_^)

    - Mia Liana -

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum mia...semakin berseri n gud luck...;)

    ReplyDelete
  11. makin berseri2 laaa...gud luck

    http://www.bakul2011.com/2015/01/testimoni-ephyra-cabaran-30-hari.html

    ReplyDelete
  12. WAHHHHHHHHH !!!

    makin cantik lah lepas nie,

    http://www.azneyshamsuddin.com/2015/01/official-facebook-httpswww.html

    ReplyDelete
  13. shark pn ada cuba produk nie,
    mmg boleh hilang jerawat dan parut jerawat pada muka,
    rugi tak mencuba.

    ReplyDelete

  14. Salam... Tahniah ya....

    http://www.mialiana.com/2015/01/pengumuman-pemenang-giveaway-ephyra.html

    - Mia Liana -

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!