Tuesday, February 17, 2015

Damia dah besar umi

Assalamualaikum

Damia suda besar Umi ... tetiba Damia cakap dengan aku hari tu. Terkejut juga bila dengar ayat tu keluar dari budak usia 3 tahun. ish ish ish. Jadi kenapalah kono (soal balik Damia dengan nada sikit mengusik) 
Bulih suda Damia masak Umi ... Aku ketawa sedikit. Damia mo masak telul ... masih pelat lagi bunyinya. 
Ewah2 mentang2 Umi ko ni selalu buat telur dadar, itu sajalah yang ko tahu Damia. Masak telul. :P

Baguslah Damia berpikiran jauh ko nak. Jangan pula nanti besar ko lupa suda apa yang ko mo buat. Tolong Umi di dapur. Lagipun mo juga Umi rasa telur dadar versi Damia pula, adakah setanding dengan rasa telur dadar Umi yang selalu Baba ko puji2 tu. Cewah .... cam minta puji pula Umi.

Layan Si Damia bercakap ni memang tidak akan abis. 1 hari 1 malam bercakap. Dalam kereta bercakap, sedang tengok tv bercakap, sedang makan bercakap, baring2 mo tidur pun bercakap. Cam semalam, Damia bercerita, yang aku sendiri pun tak tahu isi ceritanya. Sedar2 hubby kejutkan aku. Tertidur semasa dengar Damia bercerita. Sian Damia bercerita sorang2, Uminya suda membuta. Hehe

Kelmarin lepas dari tadika, hubby whatapps. Damia 'buli' dia lagi. Mana tak, satu kedai dengar Damia nangis minta beli mainan. Katanya Baba beli mainan Abang jak, Damia punya mainan tiada. Padahal baru hari jumaat tu Damia pow babanya beli mainan Hello Kitty tu. 

Hasil pow baba. Tu senyum terpaksalah tu sebab baba nak ambik gambar bukti untuk tunjuk kat umi.

Bukan main ko Damia. Hari2 dapat mainan. Kalau begini gayanya tokeh balak pun bankrap Damia ...

Lepas mengepow baba, di rumah terus jadi doktor

Doktor Damia. Sapa2 nak mc hari ni, boleh minta sini :P




Note : Begini rupanya bila dapat anak perempuan cerewet cam mak nenek. :D





7 comments:

  1. Alahai damia mcm2 keletahnye...pandai pow papa ye...cute la damia nu ^^

    ReplyDelete
  2. Rasa dah besar bila bab teringin nak tolong umi masak
    Bila nak beli mainan rasa masih kecik pulak
    Budak bijak macam itulah Mia..

    ReplyDelete
  3. Dr Damia, jangan bagi MC kat kaki2 penipu MC tau..uncle selalu jumpa kat klinik,especially hari Isnin! hahaha

    ReplyDelete
  4. Hahaha...aku dah biasa kena pow ngan anak². Makanan lah selalunya. Menan memang jarang.

    ReplyDelete
  5. Mmg x larat nak layan kalau dorang pau menan. Anak akk pun sama. Kalau boleh hari hari nak beli menan. Pengsan mak dia ni

    ReplyDelete
  6. Ohhhh datin maimon tak sabar nak besar nak tolong umi masak telul yeh..... hihi
    Biasalah budak budak namaya Mia...mainanlah dunia mereka

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!