Tuesday, February 3, 2015

Kejadian bumbung runtuh, Syabas anggota penyelamat!

Assalamualaikum

Semalam seperti biasa buat kerja di opis, boring2 gossip sikit dengan opis mate. Pastu sambung lagi buat kerja. 
Tetiba dengar bunyi yang sangat kuat seakan ada sesuatu benda besar yang jatuh. Jelas kedengaran walaupun opis kami tertutup. 
Kami dah tertanya2 masa tu, cemas pun ada. Selak curtain tingkap, aku boleh nampak banyak habuk berterbangan di udara dan pekerja2 binaan bangunan dan pengawal keselamatan bertempiaran lari menuju ke punca habuk tu. 

Astaghfirullahaladzim ... bumbung pintu depan bangunan shopping complex yang hampir siap di sebelah opis kami ni runtuh. Aku berharap tak ada orang di bawah semasa bumbung tu runtuh ... tapi tak lama kemudian aku boleh nampak ada 2 3 orang yang diangkat keluar dari runtuhan bumbung tu. Lepas tu seorang lagi dikeluarkan. 

Dari jauh aku boleh nampak orang2 yang diangkat tu tidak bergerak ... Ya Allah, moga tiada yang buruk berlaku. 
5 minit kemudian polis datang mengawal keadaan. Orang ramai sudah mula mengerumuni tempat kejadian. Selang 2 minit bomba datang. Aku nampak ada seorang pekerja yang terbaring diangkat segera oleh ahli bomba dan di bawah ke hospital. Mungkin kecederaannya teruk. 
Selang seminit selepas itu ambulan datang. Satu2 pekerja yang cedera dibawa ke hospital. Mungkin ada 4 atau 5 ambulan yang datang. 

Pertama kali aku melihat kejadian cemas seperti ini. Dan pertama kali aku boleh melihat bagaimana anggota2 penyelamat kita berkejar menyelamatkan mangsa dan mengawal keadaan. Memang sangat pantas. Syabas untuk anggota-anggota penyelamat negara, polis, bomba, pasukan paramedik dan lain2. Semoga diteruskan khidmat cemerlang ini sampai bila2.

Hari ni, kejadian bumbung runtuh tu menjadi tajuk utama berita surat khabar tempatan. Semalam juga keluar di berita tv. Ada 5 orang yang cedera dan seorang daripada mereka parah. Semoga mereka cepat pulih.


Keadaan semalam ... selepas anggota polis dan bomba tiba. 


******************************************


Lazada Malaysia






6 comments:

  1. Allahu..semoga yang cedera tu, kembali pulih..malang mmg tak berbau..harap tak berlaku lagi kemalangan macam ni..amiin

    ReplyDelete
  2. kaknoor singgah follow Mia, sedih nya kan kalau benda tu berlaku depan mata kita, supaya tkdelah lagi dengar mereka yg cedera parah ya ..

    ReplyDelete
  3. Allahu akbar, ngerinya...semoga mereka yg cedera cepat sembuh.

    ReplyDelete
  4. Rasanya masuk TV ke paper hari tukan Mia pasal ni. Rupanya dekat dgn ofis awak .

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!