Monday, February 16, 2015

Lenggang kangkungnya

Assalamualaikum

Sangat berlenggang kangkung tadi aku ke ke tempat kerja. Keluar rumah tadi tepat jam 7, sepatutnya kena keluar jam 6.40 atau 6.45 seperti kebiasaanya tapi tadi ada hal2 kecemasan negara yang memerlukan masuk ke bilik kecik, terlajak ke jam 7. 
Nasib baik anak2, hubby yang hantar hari ni (maklumlah orang dah mula cuti hari ni, menyampah *tanda2 jeles*) ... 

Abislah lambatlah sampai ni, drive sambil membebel. Salah sendiri juga, So bebelkan diri sendiri. Jangkaan dalam jam 8.15 sampai ke opis tapi jangkaan ku meleset. 
Jam dashboard menunjukkan pukul 7.20 sewaktu aku habis masukkan kereta dalam kotak parkir itu (cewahh). 
Awalnya sampai ... betul2 sangat berlenggang kangkung ni ke opis.

Tapi nak heran apa ... Dah ramai yang balik kampung agaknya. kan orang cina nak celebrate raya dorang tu. 
Haruslah jalan raya pun lengang jak. Aku pun sebenarnya tak sabar lagi nak cuti walaupun perayaan tak ada kena mengena dengan aku. Tinggal 2 hari setengah lagi nak cuti ni. Rabu aku keja setengah hari, company off buat kerja jam 12.30 tengahari. Bagi peluang orang cina nak masak2 untuk makan besar dorang malam tahun baru tu.

Dorang celebrate raya dorang, aku yang dah 10 tahun keja di kelilingi oleh rakan2 cina kena tempiasnya juga. 
Tiap tahun dapat free sekotak limau mandarin. Tiap tahun juga dapat sampul merah serta isinya (^___^) *senyum lebar sebab "isinya" boleh buat jjcm plus shopping sehari. 
Untung bila dikelilingi oleh tokeh2 yang murah hati ... kihkihkih

Ok lah dah abis aku taip entri sambil berlenggang kangkung buat kerja *uuuppss kali ni jak*. Pegi sambung kerja balik. 


Sumber : image from Google






7 comments:

  1. Wah, untungla dpt angpau besar ^^...masyukk gitu.

    ReplyDelete
  2. untung laaa..kami ni xde pun halfday pun..kekeke..keje gomen gini la...redha..

    ReplyDelete
  3. Inilah dikatakan kerja di M'sia Mia..
    Org lain yg celebrate kita tempias juga sebab dpt cuti sama.

    ReplyDelete
  4. laaaa..... simbul sayur kangkung kat bawah tu, baru faham hihi...
    Dulu masa okje kerja time ginilah best kerja, jalan tak jem, kerja pun boleh santai santai

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!