Rasa lebih bersyukur

Assalamualaikum


Aku kadang-kadang tu, kalau dah sangat penat memang akan membebel sorang2. Nak cakap merungut tu ia juga, manusia biasa kan ... ada masanya terbuat juga walaupun banyak kali katakan pada diri, bersyukur dan ikhlas apa saja yang sedang kita lakukan. 
Tapi bila penat, sabar dan keikhlasan terus hilang entah kemana ... huhu korang pernah juga kan macam ni ?

Tapi semalam, selepas aku menonton Majalah 3 episod Caliph Busker, aku rasa lebih bersyukur. 
Caliph Busker, pemuzik jalanan yang kesemuanya kurang upaya dari segi penglihatan. Dikenalkan kepada rakyat Malaysia oleh kumpulan adik beradik KRU, setelah mereka menjemput Caliph Busker sebagai penyanyi jemputan di Juara Lagu baru2 ni. 

Aku tidak juga mengikut perkembangan hiburan tetapi bila melihat persembahan Caliph Busker ni, rasa nak menitis air mata. Ada sesuatu di sebalik nyanyian mereka. 
Menceritakan kehidupan seharian mereka di Majalah 3, bagaimana dorang pergi ke perkarangan Sogo dan balik ke rumah ....
Kata mereka, mereka memang sudah menghafal jalan hendak ke sana. Tidak risau sebab kadang2 ada orang yang prihatin juga memimpin mereka.
Tapi kadang2 tu boleh juga terjatuh dalam lubang jika ada pembinaan dibuat di laluan yang biasa mereka ikut.
Semasa penggambaran tu, ternampak juga penyanyi Caliph Busker sikit terjatuh kerana terlanggar tembok jalan tu.

Yang aku tersentuh bila mana salah seorang ahli kumpulan ni menjemput sendiri anak2 kecilnya dari taska. 
Beliau seorang diri berjalan kaki kemudian menaiki monorail untuk sampai ke taska anak2nya. Dengan hanya perpandukan tongkat dan menghafal jalan. Beliau katanya hanya boleh nampak sedikit cahaya. Bayangkan anak2 beliau masih kecil, lingkungan 4-5 tahun, ditemani bapa mereka yang tidak dapat melihat balik sendiri ke rumah.

Rasa sebak aku melihatnya. Yang kita dilahirkan sempurna, cukup segalanya. Menjemput anak pun dengan kenderaan sendiri dan kita dapat melihat wajah anak-anak kita yang comel. Tetapi masih juga ada rungutan. 
Tiba-tiba rasa bersalah sendiri, masih mahu merungut dengan apa yang ada dibandingkan dengan mereka yang serba serbi kekurangan ..... rasa lebih bersyukur dengan apa yang dikurniakan olehNya. 


Sumber : www.liriklagumuzika.com




8 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. tulah kan...walaupun hidup dengan kekurangan, mereka bersyukur dan tabah.kita ni jalan jam sikit pun dah merungut

    ReplyDelete
  2. tak terlepas semalam tengok tentang mereka..bayangkan mereka boleh hidup di bandar yang penuh dengan pancaroba...mereka tidak memerlukan simpati orang untuk meneruskan kehidupan kan mia..sungguh rasa bersyukur kerana diberikan kehidupan seperti sekarang ni

    ReplyDelete
  3. Betul mia. Bila tgk kekurangan org lain mengajar kita erti bersyukur. Smg murah rezeki kumpulan caliph buskers.

    ReplyDelete
  4. ALaaaa...tak tengok smalam. Blh lupa plak. AKu pon mcm tu jugak. Kekadang hilang pertimbangan bila dah rasa penat sangat.

    ReplyDelete
  5. Betul tu mia. Manusia ni ssh sgt nak berayukur. Akk pun sama. Bila penat tu anak anak yg jd mangsa. Lepas ni nak berubah sedikit demi sedikit.

    ReplyDelete
  6. Melihat org yg begitu membuka mata hati kita sebenarnya betapa beruntungnya kita jika mahu dibandingkan dgn mereka ini. Golongan begini biasa jiwa mereka kental. Berjuang utk hidup.

    ReplyDelete
  7. Perasan jugak Majalah 3 pasal Caliph Busker tu tp tgk menyambil, tak fokus tu yg tak perasan cite depa ambik anak.....
    Yelahkan...bersyukurlah kita yg jauh lebih sempurna dpd depa tu..... astaghfirullahal azim...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post