Dilema ibu bapa bila berkursus

Assalamualaikum

Ok dapat memo semalam, kena pegi training 2 hari hujung bulan ni di KL. Emmm cam mana anak2 aku nanti, boleh ke Hubby jaga. Sapa nak cuci baju sekolah dorang, iron baju lagi, masak lagi. 
Ni lah dilema ibu ibu yang berkerjaya. Ceh berkerjaya gitu. 

Korang yang kerja tu memang pernah hadapi situasi ni kan. Kadang-kadang kalau emergency tu bolehlah minta request dari boss takmo pegi training tu tapi kalau setiap kali tolak, habislah appraisal kita. Tak merasa naik gaji lah nampaknya. 

Aku setakat ni bila dihantar kursus atau training kat luar Sabah, jarang juga timbul masalah sebab Hubby boleh berdikari ( berdikari walaupun tidak sepenuhnya). 
Setakat jaga 3 orang anak tu apa masalahnya. Katanya ...
Boleh katanya dia jaga TAPI DENGAN SYARAT .. 
Sediakan baju sekolah yang siap di iron. Kalau misalnya aku kursus 2 hari, maka 2 harilah juga aku sediakan baju untuk anak2.
Sediakan baju kerja dia yang sudah beriron. (Hubby memang fail bab2 iron baju ni)
Sediakan baju Damia untuk ke taska dan juga rumah. Shumi dan Shamzi dah pandai cari baju rumah, Damia masih kena bantu lagi.
korang faham2lah bila bapa-bapa yang pakaikan  baju untuk anak perempuan, abis compang camping jadinya. Baju lain seluar lain. Kaler baju macam fesyen blocking. Berwarna warni sebab baju dan seluar tak match. Hehe
Bab makan, tak perlu risau kata Hubby ada chef di import dari India. Duduk dan order jak. :P

Tapi itu jika jangka masa kursus aku pendek jak setakat 1 atau 2 hari sahaja. Kalau lebih dari tu, makanya Hubby terpaksa berdikari sepenuhnya. 
Pernah dulu masa Shumi baru lahir, aku training sebulan di KL. Kami terpaksa minta bantuan mak di kampung.
emmm ginilah kalau dah namanya jadi pekerja dan juga ibu bapa. 

Hubby tak pernah kursus? Pernah. Sapa cakap tak pernah. Tapi setakat ni kursus Hubby dalam daerah juga so boleh balik ke rumah walaupun Hubby disediakan tempat penginapan semasa berkursus. Hubby risau tinggalkan aku dan anak2 di rumah sendiri. Kursus luar daerah ?? Pernah tapi selalunya last minute memang Hubby dapat replacement. Nasib baik majikan Hubby memahami situasi kami. 

Kalau dua2 berkursus serentak ?? Setakat ni belum pernah tapi tak tahu akan datang kan. Tak terpikir apa yang akan dibuat bila kedua2nya berkursus serentak. Nak hantar balik kampung, sekolah macam mana. Bawa mak dari kampung jaga dorang, sapa yang hantar pegi sekolah pula ... emmm dilema dilema ...





7 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. dilema juga kalau kena situasi macam ni kan mia..mau pigi berkursus pun jadi nda senang hati..huhu

    ReplyDelete
  2. Mmg dilema sungguh...kalo lama mmg terpaksa hantar anak2 balik kg.

    ReplyDelete
  3. susah jugak tu kan mia...harap nanti ada jalan penyelesaiannya

    ReplyDelete
  4. Memanglah Mia....pening jugak tu kalau dedua kursus serentak....
    Betul.....lelaki ni bab bab baju ni memang janji pakai baju jer, match ke tidak belakang kira...

    ReplyDelete
  5. moga dipermudahkan.. in shaa Allah.. :)

    ReplyDelete
  6. Bila berkhusus memang macam ni. Hati boleh jadi gundah gulana.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post