Friday, March 13, 2015

Mak-Mak memang suka cakap ni

Assalamualaikum

Sumber : Facebook

Kan ... mengaku cepat. Korang yang bergelar mak2 tu memang suka cakap ni. :)
Aku ... bukan kesemua di atas tapi ada sesetengahnya aku selalu sangat cakap kat anak aku. 
No 3, 4 dan 8 ... hehe 

Hampir setiap hari cakap benda yang sama. Damia ... kasi kemas ni balik, sekarang. Anak dara aku ni kalau menyepah mainan nombor 1. Disuruh kemas bukan main liat. Geram tau. Uminyalah hari2 kemas balik barang mainannya tu.

Shumi dan Shamzi pula tak sah kalau tak bergaduh. Budak lelaki kan. Ego tu kuat sangat. Masing2 takmo mengaku salah. Shumi salahkan Shamzi, Shamzi salahkan Shumi ... stress ko, Umi nda peduli sapa yang kasi mula ... sekarang dua2 diam! (Baca dalam nada high pitch).

Tapi selalu pun dorang tak berapa gerun dengan uminya ni. Marah2 manja. Camna nak takut. Ok dorang tak berhenti gaduh juga ... bah ... nda pandai diam kamu aaa ... tunggu Baba ko balik rumah nanti ... siap kamu.

No 2 pun selalu juga cakap. Firasat mak2 ni kan selalunya betul. Shumi jaga2 tu ko punya minuman ... jangan sampai tumpah.
Shumi sambil lewa dengar.
Shumi, satu kali lagi Umi kestau ko .. jaga tu minuman ko.
Selepas 2 minit ... TUMPAH! Nah kan ... suda Umi bilang tadi .... ko tengok betulkan. Tumpah kan. 

Tapi anak2 kena ingat (termasuk en.suami), bebel mak itu tandanya sayang :D




9 comments:

  1. hehehe..saya selalu cakap yang no 2..
    "haaaaa kang mami dah kata bawak elok2..dah tumpahhhh"
    *mak singa*

    ReplyDelete
  2. hihihi...semua di atas..hahaha
    Singgah pagi...

    ReplyDelete
  3. Hahaha...byk gak ayat2 tu yang selalu aku sebut ☺

    ReplyDelete
  4. Biasalah anak-anak .. :)

    www.hasrulhassan.com

    ReplyDelete
  5. Biasanya yg no 4 yg saya selalu cakap

    ReplyDelete
  6. betul tu...bila dah jadi mak ni,memang selalu jugak pakai ayat ni

    ReplyDelete
  7. Bukan lelaki jer yg suka gaduh Mia, pompuan pun sama jer....pening mak tau. Kalau kita baking sorang, yg sorang jeles. Sudahnya okje mls nak masuk campur biar mereka yg settle sendiri...

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!