Monday, March 9, 2015

Shumi dan aktiviti sekolah

Assalamualaikum

Hari sabtu tu kami sekeluarga pergi ke Hari Keluarga Guru dan Ibubapa yang di adakan di sekolah Shumi dan Shamzi.
Shamzi sejak hari khamis tu beria2 ingatkan aku supaya jangan lupa pergi ke Hari Keluarga tu. 
Katanya dia nak membeli belah di gerai2 yang dibuka pada hari tu. 
Membeli belahlah sangat. Padahal beli kudapan2 saja pun. Budak2 kan suka bila melihat banyak gerai makanan yang menjual jagung dalam cup, burger, keropok2 ...


Kalau diikutkan Shumi ada mengikut persembahan Tarian Jamilah hari keluarga tu. Tapi last minute dia tarik diri pula. 
Aku memang tahu Shumi ada mengikut latihan tarian ni. Mula2 dia bagitahu tu aku ada tanya juga kenapa tetiba ikut tarian pula, katanya dia suka. Aku ok jak asalkan tak menganggu pelajaran. 

Tapi bila hari tu dia mengadu, dia tidak tahu macam mana nak buat kerja rumahnya, Babanya hairan. Tanya kenapa tak tahu, Shumi kata dia tidak masuk ke kelas sebab terpaksa berlatih tarian persembahan tu. Hubby yang memang garang dan tegas mulalah berceramah. 
Aku kesian juga dengan Shumi, aku takut nanti jadi ibu bapa yang terlalu mengongkong pula.
Hubby tak suruh Shumi stop terus dari latihan tarian tu tapi dia biarkan Shumi buat keputusan sendiri. 
Itupun setelah Hubby jelaskan baik buruk bila mengikut aktiviti yang terpaksa mengambil waktu di kelas. 

Esoknya tu semasa ambil Shumi dan Shamzi balik dari sekolah, Shumi bagitahu yang dia dah tarik diri dari persembahan tarian tu. 
Aku terkejut juga tapi tanya Shumi, dia rasa sedihkan bila tak dapat ikut persembahan tu. Shumi geleng kepala, dia hanya jawab dia tidak mau tertinggal pelajaran. 

Aku lega sedikit sebab Shumi suda bijak membuat keputusan. Tapi dalam pada masa yang sama bagitahu dia, yang aku dan Babanya tidak menghalang kalau dia mengikut mana2 aktiviti sekolah yang dia suka. Yang penting dia tahu yang aktiviti itu tidak menganggu pembelajarannya.


Note : ada bertanya juga dengan Hubby yang juga merupakan seorang cikgu, kenapa aktiviti2 yang perlu latihan diadakan semasa waktu belajar, kenapa tidak dibuat pada waktu petang atau selepas kelas. Jawapan Hubby, sebenarnya semua aktiviti lain tidak boleh dibuat semasa waktu pembelajaran. Dia sendiri hairan kenapa cikgu Shumi buat latihan semasa kelas sedang berjalan. emmm mungkin dorang kesuntukan masa agaknya kata Hubby. Harapnya selepas ni cikgu2 berkenaan bijak mengatur masa mereka. Jadi taklah murid2 tertinggal kelas dan pada masa yang sama masih dapat menyertai aktiviti lain yang mereka suka. (^_^)
Tarian Jamilah tu apa? Korang google sendirilah ye ...




9 comments:

  1. bijak buat keputusan...dah matang dah nie.

    ReplyDelete
  2. Shumi dah besar. Nmpk bijak dia buat keputusan. Tarian jamilah pun ada. Ingat nama org je ^^

    ReplyDelete
  3. Saya baru nak tanya " apa itu Tarian Jamilah"....hahaha

    Ok...tq berkongsi pendapat suami awak pasal latihan tu..

    ReplyDelete
  4. oh...baru nak tanya tarian jamilah tu apa :p

    ReplyDelete
  5. shumi anak yang baik... Dah tahu mana yg bagus utk masa depan dirinya :)

    ReplyDelete
  6. Bagus Shumi nampak kematangan disitu....Matang macam mama sangatlah ni yeh hihi....
    Yelah dia pun serba salah jadinya sebab tak dapat siapkan home work.

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!