Monday, April 27, 2015

Bila berlaku depan mata

Assalamualaikum

Kita selalu terbaca, terdengar malahan diajar pelbagai peraturan yang perlu kita patuhi semasa berada di jalan raya. 
Di larang memotong di sini, lampu isyarat di hadapan, awas laluan pejalan kaki ... dan banyak lagi peraturan yang sepatutnya kita mesti dan wajib patuhi. 
Setiap peraturan yang dibuat ada sebabnya. Bukan sahaja ianya melindungi anda tetapi juga untuk pihak kedua dan ketiga.

Tiba-tiba entri terasa sangat rasmi. Bukan apa cuma nak kongsi kejadian berlaku depan mata, berlaku apabila peraturan-peraturan yang telah ditetapkan tidak dipatuhi. 

Tidak pernah sangka akan ternampak kemalangan berlaku di depan mata malahan anak-anak pun nampak. 
Kejadian berlaku kira2 4.30 petang dekat dengan satu lorong pusingan U. Kereta bergerak perlahan kerana jammed.
Ternampak dari sebuah kereta sedang membuat pusingan U secara haram, maknanya pusingan U tu bukan untuk kenderaan yang datang arah kami tetapi untuk yang berada di sebelah.
Kononnya dia nak elak jammed lah tu. Dan ada satu kereta lagi nak mengikut si luncai tu tapi terhenti kerana tiba2 datang sebuah kereta yang hendak membuat pusingan. Kereta yang dipandu oleh seorang wanita tu, masuk terus ke celah2 kereta yang sedang bergerak perlahan tu kerana sangkanya kereta yang hendak menurut si luncai tadi memberi jalan kepadanya .. padahal pengikut si luncai ni nak buat salah tapi tak jadi.

Akibatnya kereta dari arah kami semua terpaksa memberhentikan kereta untuk memberi laluan kepada pemandu wanita tu membuat pusingan U. Kereta semua boleh berhenti secara tiba2 tetapi malangnya sebuah motorsikal yang agak laju tidak sempat mengelak kereta wanita tu dan terlanggar dengan kuat bahagian hadapan kereta tu. Penunggang tu terlambung tinggi sebelum terhempas ke jalan raya. 

Mengucap panjang aku dan hubby tengok kejadian yang berlaku sekelip mata itu. 
Dalam keadaan bergegar tu, aku sempat menjeling ke arah penunggang motor tu dan terlihat dia sedang berjalan ke tepi sambil menahan sakit. 
Hubby cepat2 bergerak dari situ bukan sebab tiada niat untuk membantu. Kami di bahagian sebelah kanan jalan, kemalangan tu berlaku di sebelah kiri. Lagipun anak2 semua berada di dalam kereta masa tu.
Aku hanya berharap semoga penunggang tu tidak apa2 dan tidak mendapat kecederaan yang teruk.

Dari apa yang terjadi ... jelas dan nyata bila seseorang itu tidak mematuhi peraturan, bukan sahaja dia membahayakan nyawa sendiri malahan nyawa pihak kedua Juga pihak ketiga.
Pengajaran untuk diri sendiri dan semua pengguna jalan raya yang lain. Hati2 di jalan raya, ingat diri sendiri, keluarga sendiri dan juga nyawa orang lain. Patuhi peraturan ... jangan sampai kita menyesal satu hari nanti kerana disebabkan kita nyawa orang lain yang melayang.






4 comments:

  1. nak elak congestion punya pasal... kan dah lain jadinya, kadang-kadang susah nak educate orang ni, sebab orang masing-masing dah rasa diri educated sangat... hu hu hu...

    ReplyDelete
  2. nak cepat punya pasal..itulah akibatnya..huhu..org lain yg tanggung..

    ReplyDelete
  3. Itu yg sue yg sue risau...kdg2 kita dah bawa berhati2 tp org lain yg fikir nk cepat smp melanggar peraturan jln raya mengakibatkan org lain juga yg susah/mati...

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!