Harga tak naik???

Assalamualaikum

Masih terngiang2 lagi berita2 yang dihebahkan di media-media massa sebelum 1 April dahulu. Pengenalan sistem cukai yang baru ini tidak akan menyebabkan kenaikan harga barang. 

Tetapi mula sahaja 1 April semuanya berubah sekelip mata. Hampir kesemua barang naik? Di tanya kepada peniaga, kenapa naik? jawapan pendek dan simple ... ada GST. Huh!
Yang paling ketara, 3 hari sebelum aku makan nasi ayam di sebuah restoran dengan harga RM5.50 sepinggan. Selepas 1 April di restoran yang sama, menu yang sama, kuantiti yang sama ... harga berbeza. Naik seringgit dalam sekelip mata. RM6.50 + 6% GST. 
Kata barang keperluan seperti beras dan ayam tidak dikenakan cukai tetapi peniaga naikkan  harga sesuka hati dengan alasan GST. 

Kawan mengadu ... kuih sepotong yang dulunya harga 0.80 sen. Sekarang dijual dengan harga RM1.80 sepotong. Melampau kan. Aku di golongan pertengahan dah terasa beban, inikan golongan yang berpendapatan rendah. 

Peniaga naikkan harga sebab pemborong naikkan harga, pemborong naikkan harha sebab pengilang naikkan harga, pengilang naikkan harga sebab kos bahan mentah naik harga ... Kos bahan mentah naik, nak salahkan siapa? Nak mengadu pun, belum tentu mereka yang di atas tu dengar. Terpaksa telan sajalah. Yang merana pengguna yang paling di bawah dalam carta. Pengguna terpaksa tanggung kos kenaikkan tu semua. 

Yang boleh dibuat sekarang hanya meluahkan rasa terbeban. Penyelesaian belum tentu ada. Hanya mampu telan dan tanggung seorang diri. Huhu

Note : bukan niat membantah pelaksanaan. hanya luahan rakyat bawahan. 





6 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. betul la tue sekadar luahan kan

    ReplyDelete
  2. peniaga ni kadang2 cekik darah..suppliers naik harga barang skit jer..dia yg lebih2...huhu

    ReplyDelete
  3. gst tak kisah sgt sebenarnya.. implikasi dr gst tu yg buat brng naik berlipat kali ganda..mna ada 6%.

    ReplyDelete
  4. erm..impak dia bersambung-sambung.peniaga pun nk untung, pengilang pun sama..huhu.yang parahnya pengguna

    ReplyDelete
  5. Bila dah lalui baru terasa sakitnya kan Mia....Sakitnya tuh disini.....hihi... ingatkan harga lama cuma total jer tambah 6%....kalau cenggini nampaknya setiap item naik 6% ...huhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post