Monday, April 13, 2015

Selamat Hari Lahir yang ke-54 Mak

Assalamualaikum

Semalam genap umur mak yang ke-54 tahun. Syukur alhamdulillah ... Minggu lalu kami adik beradik buat sambutan hari lahir mak. Tak besar sambutan, tapi cukup membuatkan mak tersenyum lebar. Mana tak kami buat ala ala surprise gitu. 

Beberapa sebelum balik ke kampung 3hb April yang lalu, aku dan plan dengan kakak. Kakak tempah kek dan beli barang2 untuk dimasak hari tu. Mak hairan untuk apa? Aku cuma suruh kakak cakap kat mak, ada sambutan hari jadi untuk kakak dan anak buahku. Kebetulan kakak, anak buahku dan mak sambut hari lahir pada bulan yang sama iaitu April. Tapi mak 12hb, manakala kakak dan anak buahku 27hb. 
Tak logik alasan harijadi dorang tapi aku tahu mak mengikut jak rancangan kami. 

So hari tu, aku bagitahu mak, yang aku sekeluarga serta adik dan anak2nya akan balik ke kampung. Mak memang eksaited bila dengar kalau kami nak balik. Lebih2 lagi kononnya nak buat birthday Kakak dan anak buahku.
Kami sampai di kampung jak, mak dah siapkan makanan. Tinggal tunggu kakak yang mengambil kek yang sudah ditempah awal. 

Sampai jak kakak, kami terus suruh tukar baju ... maklumlah mak kan pakai baju standard jak kat rumah. 
Mak tanya apasal mo tukar2 baju segala. Kami cakap tukar jak, kami nak gambar dia dengan cucu2nya semua. Mula-mula tu mak cakap malas nak tukar2 baju segala tapi nasib baik adik bongsu ku yang memang manja dengan mak pandai memujuk.
Dan hasilnya ... mak memang sedikit terkejut tapi nampak kegembiraanya. 

Mak dan cucu-cucunya ... 7 orang, 6 lelaki seorang perempuan. In sha Allah akan bertambah bulan Jun ni.

Damia yang eksaited. Katanya harijadi dia. Terpaksalah mak layan jak peel cucu2nya. 


Fresh Cream Yam cake, kesukaan mak. Memang sedap!

~~Selamat hari lahir Mak ... semoga dipanjangkan umur, sihat sentiasa dan bahagia selalu ... amin~~



9 comments:

  1. Alhamdulillah, semoga makcik dipanjangkan umur, diberikan kesihatan tubuh badan, dimurahkan rezeki dan bahagia dunia akhirat... muda lagi nampak makcik... :)

    ReplyDelete
  2. Wah..mesti mak mia terharu kan..walaupun simple tapi yang penting happy..kek yam tu memang menggoda..nyum2

    ReplyDelete
  3. Oh... Damia satu-satu cucu perempuanlah buat masa ini ye:)
    Nampak mak sangat ceria dikelilingi cucunya Mia.

    Selamat ulangtahun kelahiran buat Mak Mia..

    ReplyDelete
  4. selamat hari lahir mak kak mia..:)

    ReplyDelete
  5. happy brithday :) semoga panjang umur sehat selalu murah rezeki wyatb pokonya :)

    ReplyDelete
  6. Yeayyy, Mak akan bertambah cucu lagi..:)
    Happy birthday buat Mak, moga diberkati sentiasa.

    ReplyDelete
  7. Selamat hari lahir makcik. Same date dengan qhalif.

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!