Tuesday, April 7, 2015

Tukar IC

Assalamualaikum

Sebenarnya banyak benda yang aku nak kongsikan dalam blog ni. Ada yang dah didraft tapi tak ada masa nak edit dan publishkan.
Tak tahulah napa tersangatlah busy. 3 bulan pertama di tahun 2015 ni memang bulan yang sangat-sangat busy bagi aku.
Cerita pegi KL hari tu pun belum publish. Bukanlah cerita cuti-cuti Malaysia, sekadar training yang kena pergi last minute. Gara2 GST. Sistem kat opis tukar pasal benda tu.
Emmm tak nak lah komen pasal tu lagi. Ngadu lebih2 pun bukan ada yang dengar.

Ni cerita bulan Jan hari tu. Dah basi cerita tapi nak juga cerita. Hehe
Tak adalah menarik sangat. Cerita tukar IC je pun. Dah lama sebenarnya nak tukar pun tapi tak ada masa. Tukar sebab IC yang lama tu dah rosak tepi2 kad tu. Lagipun gambar cam tak match dengan rupa aku sekarang. Dulu kan gambar dalam IC sangat keremajaan gitu. Nak juga tukar gambar yang lebih matang dan terkini hehe

Kitaorang tukar di JPN UTC ... pusat transformasi negara tu. Tapi kan banyak2 kemudahan yang kerajaan bagi, yang ni aku puji sebab memudahkan rakyat berurusan. Office buka hingga malam, sabtu dan ahad juga buka. Bestx3.

Siap berurusan, bayar RM10.00, jika tak ada masalah apa contoh cam cap jari tak boleh baca ke apa, macam adik aku, ibu jarinya alergik hingga cap jari pun tak nampak kena tunggu 2 minggu. Yang kes biasa cam kami IC siap dalam masa 2 jam. 


Ini IC yang lama. Muka pun cam suci sangat. Dulu kena buka spek kalau nak gambar, tu pasal dua2 pun kecik jak mata. Sekarang dah boleh pakai spek. Jadi tak lah nampak sangat kesepetan mata tu.
IC baru tak payahlah nak tunjuk ye. IC lama ni saja jak tepek sini sebab nak dijadikan kenangan. Dah kena gunting hari tu. 

Ok lah. abis cerita IC. TaTa!



9 comments:

  1. teringat pulak nak tukar ic yang baru..

    ReplyDelete
  2. Bagus!
    Saya mmg banyak kali baca kat blog pasal blogger tukar IC..
    Saya punya IC dah lunyai, dan masing bertangguh tangguh nak tukar...aduhhh

    ReplyDelete
  3. saya sayang nak tukar i/c baru..malas sebab ada masalah ibu jari tak boleh detect.huhu

    ReplyDelete
  4. Kakak dah lama buat Mia.
    Sekarang kalau nak buat passport pun dia akan nasihat buat ic baru.
    Sebelum buat kakak photostat kaler dan laminate buat kenangan:)

    ReplyDelete
  5. IC baru tengok gaya macam kemaih lagi nooo

    ReplyDelete
  6. sy pun dah nak kna tuko ic..ic nya dah 'nazak' huhu

    ReplyDelete
  7. Nak jugak tengok IC baru.....kan spek baru haruslah nak tengok jugak hihi....
    OKje mmg sokong dgn UTC ni, memudahkan orang ramai walaupun belum try lagi...

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!