Thursday, April 9, 2015

Yang simple itu sedap!

Assalamualaikum

Aku ni bukan kategori ibu yang pakar memasak. Tak berapa reti nak masak makanan yang banyak menggunakan bahan terutamanya rempah ratus segala. 
Bukan tak tahu langsung masak ... tahu gak. Sekali sekala masaklah juga kari, bakarlah juga kek. Tapi sekali sekalalah.
Sebabnya aku suka yang simple. 
Hubby pun suka yang simple.
Anak2 pun menurun Umi dan Babanya ... Yang simple.
Simple tapi sedap gitu kata2 anak2. Hehe

Contoh yang simple, anak2 dan hubby suka makan nasi dengan telur dadar yang aku masak. Dorang kata gitu dah cukup sedap. Buktinya dorang 2 kali tambah nasi. 
Tapi bukanlah hari2 meratah telur dadar dan nasi kosong. Ubah jugalah menu. Sawi dengan ayam kicap ke, sambal tempe ke, ayam masak halia ke ... simple tapi sedap.

Ni aku tepek resepi simple tapi sedap (kata anak2 aku dan hubby). Masak biasa jak tapi nama resepi kasi panjang sikit biar gempak .. kihkihkih


Spaghetti Telur Mata Lembu Berlada Hitam Power!

Roti Paun Goreng Berinti Susu Pekat Berkrim Cicah Mayo Sos Cili!


Biarlah orang nak kata aku tak reti masak ke, malas nak masak ke ... yang penting aku tau selera Hubby dan anak2. 

Note : dapat request dari ibu mengandung di kampung tu (kakak) suruh masak spaghetti cam dalam gambar tu. Dorang terliur tengok katanya. Hehe
Dan untuk tidak menghampakan, aku dah masak 2 bungkus spaghetti goreng untuk brekpes kami adik beradik balik ksmpung hari tu. Taste biasa2 jak tapi anak2 buah suka. Habis sekuali besar gitu. :D






13 comments:

  1. roti tue lama tak buat tau..hihihi

    ReplyDelete
  2. Betul Mia mungkin org kata kita tak pandai tapi anak-anak dan hubby kita selera semuanya dah buat hati kita gembira..

    ReplyDelete
  3. Nak la resepi!!! Menitik ayorlior ni wehh haahaha...

    ReplyDelete
  4. Nak la resepi!!! Menitik ayorlior ni wehh haahaha...

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, sue jg dikurniakan susmi dan ank2 yg x cerewet bab mkn. Sue pun masak simple2 je. Tp anak2 dan suami kalo mkn mesti bertambah dan habis licin ^^

    ReplyDelete
  6. aduahai sedap sehingga berbunyi perut ni hahahah :D

    ReplyDelete
  7. Salam mesra..

    Jemput join Segmen Bloglist Mei-Jun CN yer : http://www.cekgunorazimah.com/2015/03/segmen-bloglist-mei-jun-2015-by-cn.html

    ReplyDelete
  8. betul tu mia..yang simple tu memang sedap dan buat makan bertambah..heheh

    ReplyDelete
  9. Salam .Hee sedap dan simple dan sedap ;p

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!