Tuesday, May 12, 2015

Kudat Golf & Marina Resort

Assalamualaikum

Cuti Hari Buruh hari tu, aku hubby dan anak2 stay kat Kudat Golf & Marina Resort. Lokasi resort? 3 jam perjalanan dari Kota Kinabalu. Pengangkutan ?? Boleh drive sendiri atau ikut kereta sewa yang korang boleh cari di perhentian bas depan Padang Merdeka, Kota Kinabalu.

Sebenarnya ni plan last minute. Kita orang pun tak rancang nak pegi ke Kudat. Tapi hubby dah beria2 nak ke Tip of Borneo Tanjung Simpang Mengayau tu, jadi tak nak hampakan dia ... aku pun mulalah operasi cari tempat stay. 
Kalau diikutkan kitaorang sebenarnya boleh jak ulang balik Kudat ke Kota Marudu dan tidur di rumah di kampung tu tapi hubby cakap nak santai2 dengan anak bini barang semalam gitu. Oklah ..
Nasib baik dapat tempat stay .. itu pun 2hb .. 1hb Mei hotel dan resort kat Kudat fully booked. Tak ada event pun kat Kudat masa tu ... mungkin semua pun pakat2 pegi ke Tg Simpang Mengayau cam hubby aku. 

Dapat bilik kat Kudat Golf & Marina Resort. Ni kali kedua stay sini. Bilik kat resort ni semua sama besar. Yang membezakan hanyalah view bilik. Bilik menghadap laut mahal sedikit berbanding menghadap kebun bunga. 
Hari tu kami dapat bilik menghadap kebun bunga .. oklah daripada tiada. Rate RM156 nett termasuk sarapan percuma untuk 2 orang. Harga asal sebenarnya RM166, tapi kitaorang guna Government ID so dapatlah less sedikit. 

View dari depan Kudat Golf & Marina Resort

Bilik kitaorang hari tu. Oklah. Kemas dan bersih cuma dah agak uzur sedikit barang2 kat dalam bilik ni. Tv dia pun yang jenis gemuk tu lagi.

Aktiviti wajib untuk anak2. Uminya sekadar tumpang rendam kaki jak. Temankan Damia berkubang. Aku belum berani biarkan Damia sendiri dalam kolam tu. 


Note : Semasa di kolam hari tu memang ramai budak2 dan parent dia mandi manda di kolam tu. Aku perasan ada 2 orang beradik ni datang ke kolam. Kakak dan adik lelakinya. Si kakak tu rasanya dalam darjah 2 atau 3. Si adik tadi budak lelaki sebaya Damia. Kecik jak. Mak bapa dorang tak tahu kat mana tapi aku perasan maknya duduk nun di restoran sambil membaca novel. Aku teka itu maknya sebab si kakak tadi menuju ke arahnya sambil menyimpan barang2 mereka. 
Sementara si kakak kat tempat maknya, si adik tadi aku tengok cuba turun ke kolam dewasa. Perlahan2 dia julurkan kaki ke dalam kolam tu. Aku pula yang rasa cemas sambil aku perhatikan terus budak tu. Sambil2 tu aku tengok maknya yang asyik membaca novel. Aku tengok lagi budak tu .. dah separuh badannya masuk ke dalam kolam tu tapi tangannya masih berpaut kat tepi kolam tu. Agaknya dia terasa kakinya tak jejak dasar kolam tu, dia naik kembali dan memanggil kakaknya. 
Aku pula yang tarik nafas lega.
Aku bukan nak kata aku parent yang perfect tapi kelalaian macam ni lah yang boleh membahayakan anak kita sendiri.
Tak salah ko nak baca buku tapi agak2lah anak ko masih kecil dibiarkan seorang diri dekat kolam yang dalam tu. Kalau berlaku yang buruk baru nak menyesal. Isshh aku pula yang emo. 
Aku ada anak kecil dan aku sangat fobia dengan kemalangan yang melibatkan anak2 kecil ni. 




10 comments:

  1. ya allah berdebar baca...nasib baik tak jadi ape-ape..

    ReplyDelete
  2. salam Mia... cantik juga tempat ni.,,harga pun berpatutan...
    aii.. sibuk baca novel nti jadi apa2 dengan anak menyesal ndak sudah..adoii aku yg cemas... huhu.. alert lah bah kan..anak kecil tu, bukan tau bahaya....

    ReplyDelete
  3. Cantik pemandangan hotel ni bila mengadap laut ye mia..
    Saspen baca cerita budak yg masuk kolam dewasa tu...kawan bapa sue anak dia meninggal di swimming pool hotel di kl..dari situ sue ambik pengajaran. Kalo pergi bercuti mana2 sue dan hubby kena jaga anak betul2 masa dlm kolam air walaupun kolam air kanak2...takut lemas nauzubillah...

    ReplyDelete
  4. cuti panjang kaamatan ni boleh pigi ni , nda penah lagi pigi tp sure fully book hotel kan. book awal lah nanti :)

    ReplyDelete
  5. wow cantiknya. seronok nih kalau bawak anak-anak.

    ReplyDelete
  6. Susah nak dpt rate RM166 kalau resort camtu kat Semenanjung ni, dengan view macam tu...

    Mak nya leka baca novel, mmg sangat sangat bahaya tuuu

    ReplyDelete
  7. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  8. Seronoknya bercuti Mia....mmg best apa, tido hotel, santai santai sambil main air. Reward mak paknya penat bekerja kan....

    Sama dgn awak MIa okje pun tak berani nak lepaskan anak anak mandi sesorang lebih lagi kecik lagi cenggitu. Mmg sanggup masuk kolam sekali. Tulah kan manusia ni ada separuh tu mmg pelik!

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!