Sunday, May 31, 2015

Mudah, selesa .. tak payah nak sembunyi dah

Assalamualaikum

Alhamdulillah ... 23hb yang lalu, kakak selamat melahirkan anaknya yang ketiga. Seorang bayi lelaki comel maknanya dah 3 hero kakak. 
Kakak cam ibu-ibu yang lain juga kalau boleh nak berikan susu ibu sepenuhnya untuk bayi dia. Penuh khasiat, tingkatkan antibodi bayi, senang, mudah dan jimat. Hehe Tak payah nak bancuh2, selak jak baju, dah sedia untuk susukan anak korang. Betul kan.

Memang sangat mudah. Tapi ada satu jak masalahnya, kalau kita berada di tempat awam, kat hospital ke, kat mall ke atau kat kedai makan. Macam mana korang nak selak. Kalau kat rumah tu lainlah ceritanya, korang suka hati nak susukan bayi.
Kalau anak dah menangis merengek nak menyusu, takkan nak biarkan pula ... Naluri seorang ibu tak akan biarkan anaknya menangis, apalagi nangis kelaparan. 

Cam aku zaman dulu ( 4 9 tahun yang lalu) .. kalau tetiba anak nak susu ketika di tempat awam, terpaksalah cari tempat duduk di penjuru2 kedai. Kalau kat restoran, cari meja yang agak tersembunyi. Pastu badan hubby yang gebu itu jadi benteng, cover sebab nak selak baju sikit. 
Kadang2 tu terpaksa usung towel ke kain sarung ke untuk cover. 
Zaman aku dulu, baju2 mesra ibu yang susukan anak belum ada. Kalau ada pun, tak banyak dijual di pasaran. 

Berbeza dengan sekarang ni, dah banyak peniaga yang menjual pakaian atau baju khas/mesra untuk ibu2 yang susukan anak ni. Cantik2 pula fesyen baju tu tapi mudah nak selak bila nak susukan anak dan dalam masa yang sama masih boleh menjaga aurat si ibu tadi. 
Senang jak nak cari baju2 ni, kebanyakan boleh dibeli secara online. Mudah kan, sambil2 susukan anak, sambil2 tu ngadap laptop cari baju. :D




Tapi kalau cantik jak tak cukup .. jenis fabrik (kainlah tu) juga orang ambil kira.
Kalau kain terlalu tebal atau jarang tak best juga kan.
 
Dan memandangkan kakak baru melahirkan anak, kiranya nak carikan dia sepasang baju menyusu, kira hadiahlah konon untuk dia sebab dapat baby baru.
Cari punya cari ternampak satu laman web yang menjual pakaian menyusu untuk muslimah ni. Cantik2 pula aku tengok baju kurung menyusunya. Sesuai juga untuk jadikan baju raya. hehe
Ada satu baju kurung moden yang dorang jual ni ok pula aku tengok, fabrik jenis lycra tak payah nak gosok2, kain dia sejuk jak. Ikut dalam penerangan, baju ni mesra ibu menyusu, tarik dan selak sahaja, tak gunakan zip atau butang. 
Baju kurung dia banyak pilihan warna dan corak, salah satunya macam gambar di atas tu.

Ok, rasanya aku dah berkenan dengan satu baju ni .. rasanya sesuai dengan kakak. 
Kalau korang pun tengah cari baju menyusu ataupun nak hadiahkan untuk kawan ke, adik beradik korang yang sedang susukan anak tu, boleh jak jenguk2 kat alamat di bawah ni :-

Laman Web : www.mumsluv.com
Facebook : MumsLuvExclusive
Instagram : mumsluv

Dorang tengah adakan promosi istimewa sempena Mother's Day sehingga 30 Mei 2015 ni. Ada 5 hari dari sekarang tu, masih banyak masa untuk korang buat pilihan. :D


 
 
UNTUK ENTRI BARU SILA SCROLL DI BAWAH
 

 

8 comments:

  1. sue sejak dari anak sulong baju kurung custom made atau cari baju yg mudah menyusu, dah byk terdapat di pasaran mengikut citarasa msg2.

    ReplyDelete
  2. klo sy nak nyusu kat lua.mmg lindung dgn kain lah...kena bwk kain ke mana2 je.kalo x, kena cri tmpt yg terlindung hehe..tp sy ni jenis jrg keluar lelama..so xde mslh sgt bab menyusu ni hehe.

    ReplyDelete
  3. tu yang dicari oleh ibu yang menyusukan anak..

    ReplyDelete
  4. Singgah pagi..
    belum ada pengalaman...
    tapi boleh amek point untuk persediaan di masa akan datang :)

    ReplyDelete
  5. zaman sekarang banyak suda pilihan baju menyusu yang cantik dan murah2 kan mia..

    ReplyDelete
  6. Tahniah buat kakak awak Mia.....sapa nama baby?
    Betul ckp awak tu Mia ... zaman okje dulu pun tak banyak baju mesra bf ni......sekarang dah senang ek. Sekarang ni nak tutup guna instant shawl pun boleh kan...

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!