Baru terasa diri seorang blogger

Assalamualaikum

Walaupun aku lama dah 'berkecimpung' dalam dunia blog ni tapi sedikit pun tak terasa diri ini seorang blogger. 
Yalah blog suam2 kuku je pun. Entri suka2 hati aku. Pembaca blog pun seciput je, follower jauh sekali.

Mula2 berblog sekadar minat saja. Aku suka menulis. Tapi tak sangka pula dengan berblog ni kita boleh perolehi pendapatan sampingan. Ada blogger yang mampu menjana puluh ribu dari blog mereka. Ada yang jadikan blog ni sebagai sumber pendapatan mereka. 
Aku ? Tak perlulah kot. Sekadar minat menulis, tapi bila dapat rezeki daripada berblog tu kira bersyukur seadanya walaupun tak banyak.

Dalam pada tak mengharap tu ... aku excited juga sebab ada pihak di luar sana yang kenal blog ni. Dapat email daripada mereka untuk bekerjasama dengan blog ni. Ganjarannya ? Berpatutanlah dengan blog suam2 kuku ni. Aku terima dengan seadanya. Gitu.
Yang aku buat tambah excited bilamana juga dapat bekerjasama dengan salah satu syarikat perniagaan online terkenal. (^__^)

Kadang2 tu dapat juga undangan untuk ke event tertentu tetapi malangnya kebanyakkan event berlokasi di Kuala Lumpur. Memang tak dapatlah join.
Aktiviti blogger kebanyakkannya diadakan di KL.. Sebab tu kalau ada undangan sekali pun terpaksa lupakan saja.

Nak teruskan blog sampai bila? Setakat ni belum terpikir nak stop. Ada idea memang aku tulis, tak ada ... memang sunyi sepilah tu seminggu dua. :D

Rezeki raya katanya



3 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. tahniah kak Mia...moga terus sukses!

    ReplyDelete
  2. tahniah sis, semoga rezeki berblog bertambah2

    ReplyDelete
  3. Tahniah Mia sekurang kurangnya dikenali dan dlm masa yg sama rezeki pun masuk..... Hebat tuuuuu hihi... Mia camne ngan gempa bumi ? Okje teringat awak tau!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post