Berbudi kepada tanah

Assalamualaikum


Tak sangka bapa ada tanam pokok nenas di belakang rumah. Gambar ni aku ambil sebelum puasa yang lalu.
Aku selalu juga jenguk2 kebun belakang rumah jika balik ke kampung tapi tak pula perasan pokok nenas ni. Tengok2 lagi dah berbuah kesemuanya. Ada 7 pokok rasanya pokok nenas bapa ni.

Kata bapa 2 biji khas untuk dimakan dan 5 biji lagi akan dijual di tamu (pasar minggu). 
Mak setiap hujung minggu akan buka gerai di tamu. Jual hasil kebun belakang rumah, buah sukun, pokok bunga yang pelbagai jenis tu, dan macam2 lagi. 
Hobi mak, walaupun penat kami benarkan juga. Lagipun kami tau mak bosan duduk di rumah ... anak2 dan cucu tinggal berjauhan huhu

Selain pokok nenas ada banyak lagi bapa dan mak tanam. Kebanyakkannya menjadi. Kata orang tua kalau orang yang tanam tu tanamannya menjadi punya tangan sejuk dan sebaliknya. Kata orang tualah. 
Aku tanam .. macam tak menjadi. Nak kipas2kan tangan dulu biar sejuk agaknya baru boleh menanam hehe.

Bila kita berbudi kepada tanah, in sha Allah banyaklah hasilnya .. tak gitu 








12 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. bila kita rajin berbakti pada tanah..inilah hasilnya kan..alhamdulillah..semua dapat rasa kan..

    ReplyDelete
  2. Kalau da ruang tanah yg luas secara otomatik mesti nak menanam sesuatu. Macam kita ni dibandar mana ada tanah seluas itu Mia. Suka bila melihat hasilnya.

    ReplyDelete
  3. seronoknya nanti dapat makan buah fresh fresh..blend buat air pun sedap.. :)

    ReplyDelete
  4. menanam tanaman dengan sejuk akan menghasilkan buah yang bagus ya mba :)

    ReplyDelete
  5. berbudi pada tanah, inshaAllah tidak akan rugi

    ReplyDelete
  6. Berbudi pada tanah x akan sia- sia. Hasilnya kita dpt mkn atau boleh dijual.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah..dapat jugak merasa hasil..:)

    ReplyDelete
  8. WAh wah... best nye ade tanah sendiri.. dapat berkebun.. dapat makan sendiri... dapat jual pun best... waaa...

    ReplyDelete
  9. besar juga nenas tu yer..

    blogwalking sini..

    BLOGAHBAR

    ReplyDelete
  10. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  11. Memang tbaiklah kalu dpt bbudi dgn tanah ni...hasil dpt sihat pn dapat...

    ReplyDelete
  12. Rajinnya bapa awak Mia....Gitulah kalau rajin kan, mmg mewah makan hasilnya...
    Sedapnya buat air nenas Mia oiiii

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post