Kundasang 4 Jun 2015 - sehari sebelum gempa

Assalamualaikum

Plan last minute. Seminggu sebelum cuti sekolah aku book bilik di Kinabalu Pine Resort. Nasib baik masih ada tempat, musim cuti sekolah selalunya resort ni fully booked. 

Nak bawa anak2 jenjalan + sambut ulang tahun perkahwinan aku dan hubby yang masuk 10 tahun pada 3 Jun 2015. Alhamdulillah ... semoga jodoh kami berkekalan hingga ke jannah.

Jam 9.00 pagi khamis kami bertolak dari Kota Kinabalu. Perjalanan tak sampai sejam kerana jalan raya masa tu lengang sahaja. 
Kami singgah sebentar di National Park Kinabalu untuk berehat sebentar dan mengambil gambar. Sejuk dan tenang sahaja masa tu.


Lebih kurang setengah jam di sana kami bergerak ke Pekan Kundasang yang tak sampai 20 minit ke sana dari Taman Kinabalu ni. 
Sebelum check in di resort, kami singgah makan tengahari di restoran sayap ayam madu yang terkenal di Pekan Kundasang.

Jam 12.30 tengahari kami gerak ke Kinabalu Pine Resort. Check in tetapi bilik hanya sedia pada jam 2 petang. 
Hanya sejam lagi menunggu, aku dan anak2 duduk berehat di pondok yang ada di resort tu. Nyaman terasa bila angin meniup dari kawasan pergunungan tu. Rasa nak terlelap pun ada. 

Dekat jam 2 tu bilik dah boleh masuk. Kami sekeluarga berehat dahulu sebelum keluar berjalan di sekitar Kundasang. 


Petang tu kami berjalan2 di sekitar Dream World Resort yang hanya terletak bersebelahan dengan Desa Cattle Farm. 
Anak2 nak bergambar dengan mickey mouse katanya.


Dan sebelum maghrib kami menikmati pemandangan Gunung Kinabalu yang disinari cahaya malap matahari terbenam. Subhanallah ... nampak sangat tenang tetapi menyimpan seribu rahsia yang hanya Dia mengetahuinya.

4 Jun 2015 .... sehingga malam semuanya tenang dan indah. Sehinggalah awal pagi esoknya .....






11 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. ya allah besar kan ujian dari Allah

    ReplyDelete
  2. Mia ada kat sana ehh ...Ya Allah..camne yer keadaan kat sana masa kejadian.....

    ReplyDelete
  3. Esok paginya, di resort tu awak rasa bergegar teruk ke??

    ReplyDelete
  4. take care.. moga semuanya selamat.. inilah teguran daripadaNya.,

    ReplyDelete
  5. Mia...sedihnya dgn apa yg berlaku kat Sabah.Pray for Sabah...semoga kita semua dilindungi Allah sentiasa.

    ReplyDelete
  6. Mia...sedihnya dgn apa yg berlaku kat Sabah.Pray for Sabah...semoga kita semua dilindungi Allah sentiasa.

    ReplyDelete
  7. Mia...sedihnya dgn apa yg berlaku kat Sabah.Pray for Sabah...semoga kita semua dilindungi Allah sentiasa.

    ReplyDelete
  8. Tak sangka jadi sedasyat itu
    Sudah tertulis. .
    Moga negara kita dijauhkan
    dari bencana ..
    Satu demi satu bencana berlaku kan.

    ReplyDelete
  9. Sayu seram jer tengok gambar Mount Kinabalu yang last tu... after what happened next. Dulu bertahun I pandang this view from my room in KK :D:D

    ReplyDelete
  10. suasana matahari terbenam itu sudah nampak sayu ...

    ReplyDelete
  11. Tak de siapa yg dapat meramal apa yg berlaku keesokannya kan Mia.....hanya Dia yg mengetahui....

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post