Friday, June 12, 2015

Kundasang, Ranau, Sabah - seminggu selepas gempa

Assalamualaikum

Seminggu berlalu sudah kejadian gempa bumi di Sabah khususnya Daerah Ranau, yang mana telah meninggalkan kesan yang ketara kepada keadaan muka bumi di Gunung Kinabalu. 
Sehingga semalam masih terdapat gegaran susulan tetapi lemah. Mengikut sumber, hingga kini terdapat lebih 50 kali gegaran susulan dirasai di sekitar Kundasang, Ranau dan Tuaran selepas gempa sekuat 6.0 skala ritcher pada hari jumaat lalu.
Semoga tidak akan berlaku tragedi yang lebih buruk selepas ini :(


Sumber : Facebook
Kesan selepas gempa bumi tempoh hari. Daerah Ranau paling terjejas. Kebanyakkan resort2 di sekitar Kundasang mengalami kerosakan termasuklah resort tempat kami menginap jumaat lalu semasa gempa berlaku. 


Sumber : Facebook
Keadaan muka bumi Gunung Kinabalu selepas kejadian. Yang nyata selepas gempa ianya tidak seperti dahulu. Donkey's Ear Peak juga musnah akibat bencana alam itu. 


Berita yang terpampang di surat khabar tempatan hari ini. Terdapat masih ada batu2 yang berjatuhan dari atas Gunung Kinabalu akibat gegaran2 susulan tu.
Manakala rabu lepas akibat daripada gegaran dan runtuhan batu dari atas gunung nenyebabkan air sungai tercemar. Dikatakan sisa2 runtuhan itu mengandungi toksik yang merbahaya jika air itu dari sungai itu digunakan. 


Gempa bumi yang berlaku baru2 ni bukan sahaja meninggalkan kesan kepada bentuk muka bumi dan fizikal tetapi kesan mental dan emosi kepada penduduk Sabah. Ada nyawa yang terkorban :(
Semoga mereka yang terbabit tabah menghadapi dugaan ini. Kepada Malim Gunung, wira kinabalu! Jasamu akan dikenang sampai bila-bila.



5 comments:

  1. semoga keluarga nangsa yang terlibat tabah dan sabar

    ReplyDelete
  2. Takziah kpd keluarga yg terkorban dlm kejadian gempa bumi tempoh hari.

    ReplyDelete
  3. semoga tiada lagi gegaran selepas ini, amin

    ReplyDelete
  4. Teruk juga kesan selepas gempa. Semoga penduduk sabah sentiasa dibawah lindunganNYA.

    ReplyDelete
  5. Namanya pun gempa bumi Mia...
    Takziah buat warga Sarawak

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!