Balik kampung ... itu wajib bagi aku

Assalamualaikum

Pejam celik pejam celik ... tinggal seminggu lebih lagi kita akan menyambut bulan syawal. Rasanya semua pun dah sibuk membuat persiapan menyambut raya. Tak kira tua muda, bujang atau yang dah berkeluarga. Ada yang sibuk dengan tepung marjerin segala, ada yang dah sibuk mengetuk pintu rumah si tukang jahit ... ye lah kan, hantar kain dah 3 4 bulan yang lepas, tapi baju tak siap-siap lagi. Siapa yang tak angin kalau gitu ... aku pun pernah rasa pengalaman macam tu ... janji 2 minggu sebelum raya boleh ambil ... last2 malam raya baru dapat baju ... itu pun baju cam bukan baju raya, jahitan serabai semacam huh!

Aku semasa zaman bujang, macam koranglah eksaited semacam, Tapi sejak dah ada anak2 ni, eksaited tu dah turun sedikit peratusannya. Baju raya main beli jak. Kan dah banyak baju ready made yang cantik2. Beli baju pula yang boleh recycle terus untuk baju kerja. Beli baju raya di Kamdar ... memang berbaloi kihkihkih harga sepasang baju tak sampai pun RM50. Tak berapa nak curlass baju tak apa, janji boleh pakai ...

Anak2 memang wajib. Semua aku beli serba baru. Biarlah aku dan hubby guna baju recycle, yang penting kemeriahan raya tu anak-anak dapat rasa.
Beli sekadar mampu, baju melayu dan baju kurung sepasang dan juga sepasang baju kasual seorang satu. Tak berjenama tak apa, yang penting biar mereka rasa sambut raya tu sebenarnya sangat meriah pada zaman kanak-kanak, Biar raya kanak2 dorang boleh dikenang bila dorang dewasa nanti.

Satu lagi kemestian yang aku nak anak-anak aku tahu ... balik kampung jenguk mak bapa aka atuk dan nenek mereka. BALIK KAMPUNG itu wajib bagi aku. Bukan setakat semasa cuti perayaan sahaja, tetapi juga bila ada masa yang mengizinkan, cuti-cuti sekolah ke atau di hujung2 minggu.
Aku dan hubby jadikan itu sebagai satu amalan yang wajib. Jenguk ibu bapa, tanya khabar dorang di kampung, gembirakan mereka selagi masih ada.

Kalau diikutkan memang balik kampung tu memerlukan modal yang banyak, Nak-nak lagi bagi mereka yang kampungnya jauh. Tapi itu bukan alasan tak balik ke kampung. Ada sesetengah keluarga buat perancangan, balik kampung semasa cuti panjang seperti cuti sekolah atau cuti perayaan. Biar lama sikit bercuti di kampung. Nak-nak lagi cuti musim raya ni, meriah tau bila semua adik beradik berkumpul. Mak bapa senyum melebar hingga ke telinga bila melihat anak-anak bersama dengan mereka. Kita yang tengok mak bapa gembira terus hilang masalah modal dan budget yang banyak tu. Bila kita menggembirakan orang tua, in sha Allah adalah ganjarannya tu.

Raya ni in sha Allah, malam raya aku dan hubby sekeluarga akan balik ke Kota Marudu. Kalau boleh nak balik 2 3 hari sebelum raya tapi apa boleh buat, cuti approve start malam raya tu saja. Nasib baik kampung aku tak jauh, 2 jam perjalanan sahaja dari Kota Kinabalu. Kampung hubby pula letak bersebelahan dengan kampung aku. Satu jalan juga, pagi raya boleh jenguk mak bapa hubby pula.

Aku tak kisah tak cukup budget kah, apa kah ... yang penting dapat BALIK KAMPUNG. Duit boleh dicari, mak bapa tiada pengganti.

Sekian.

Sumber : www.last.fm




9 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. Elok tu, Mia..2 jam driving balik mmg tak lama. Mcm SB ni, 10 jam driving non stop baru sampai kat rumah mak bapak..mau tidaknya kembang kempis punggung duduk lam keta.

    ReplyDelete
  2. Untunglah dan bernasib baiklah anak-anak kalau kampung atok/nenek hanya sebelah kampung aje.
    Bestnya Mia:)

    ReplyDelete
  3. Sue pun balik kg juga. Mak ayah x de pengganti. Menghubungkan tali silaturrahim itu satu kunci pembuka rezeki juga :)

    ReplyDelete
  4. selamat blk kg ye tuan blog :) *sambil layan lagu sudirman blg kg weee

    Jom Terjah: Bukti cukai GST menyusahkan rakyat berbanding SST

    ReplyDelete
  5. kejap je dah nak raya kan. balik kampung memang wajib balik. bukannya selalu kan. lagi pun lain rasanya kalau tak balik.

    ReplyDelete
  6. Sblm ni nda wajib balik kg sbb mentua d KL jg.. tp this year, wajib balik kg sbb semua family sdh d KK.. Anyway, selamat hari raya in advance Mia & family!

    ReplyDelete
  7. Setuju Mia.....selagi ada hayat mereka kan Mia, eloklah kita menjenguk mereka kalau ada mása.....
    Okje balik Muo Raya ni.....
    Baju Raya? ....Adalah gak beli sepasang....atenya teringin gak baju baru hihi...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post