Wednesday, August 26, 2015

Kuih Tompok Damia

Assalamualaikum

Muncul balik. Off sehari dari blog. Semalam ofismate admit hospital, dah sampai masa nak dia nak bersalin. Due dia sebenarnya hujung bulan ni tapi baby tak sabar nak keluar agaknya. So bila dia dah cuti bersalin ni, sementara waktu kenalah backup kerja2 dia.

Aku ni bila dengar orang nak bersalin, perasaan jeles tu tetiba muncul. Macam nak juga merasai pengalaman tu balik. Hati kata nak ... tapi pikir lagi terus cakap 3 anak dah cukup. 
Tapi bila semalam tengok channel dokumentari ibu-ibu bersalin tu tetiba perasaan tu muncul lagi. Nak lagi. 
Dah lah Damia selalu mengeluh jak ... bilalah adik Damia ni keluar? Aku tanya mana adik Damia ... dalam perut Baba katanya, lambat betul keluar.
hahaha pikiran budak2, asal perut kembang jak mesti ada baby kat dalamnya :P

Ok kita berbalik pada tajuk post tu. Tajuk kuih tapi cerita pasal nak mengandung lah pula kan ... hehe

Hujung minggu kalau tak buat apa2 memang kami selalu pergi kat rumah mak bapa hubby. Dekat jak, itu yang selalu jenguk dorang. 
Minggu ni Damia dapat belajar buat kuih dengan neneknya. Buat kuih tompok .. atau lebih dikenali kuih piang tausa. 
Aku dari kecil memang panggil kuih tu kuih tompok, sebab mak yang bagitau nama kuih tu gitu. 

Aku heran apa yang Damia buat sunyi sepi di dapur. Rupa-rupanya dia sedang syok meleperkan doh tepung tu. Neneknya pun bukan main melayan cucunya. 
Aku biarkan saja, kalau di rumah belum tentu Damia berpeluang menggentel tepung, almaklumlah uminya ni kalau nak buat kuih gitu kena ikut mood. Mood pula setahun sekali jak datang. Macam mana tu .. hehe

Gigih Damia menggentel tepung. Inti dah masuk, pastu gentel lagi .. kemudian masuk inti lagi ... penuh dengan inti piang Damia ni. :D


Baguslah nak, belajar buat kuih tu, dah besar nanti senang nak buat .. tak payah nak belek buku resepi bagai cam Umi ko ni .. :P .. Ok tu je .. TaTa!



Monday, August 24, 2015

Kenapa aku tak update blog

Assalamualaikum

Blog dah macam biskut, kejap ada kejap tak ada. Kemalasan melanda semenjak dua menjak ni. Sibuk satu hal, kerja di opis melambak. 

Bila dah jadi insurance underwriter ni banyak benda nak kena belajar balik. Kalau setakat nak underwrite insurance keta, yang tu dah jadi perkara biasa tapi bila dah masuk insurans untuk company2 besar yang mana bosnya bayar ratus2 ribu untuk premium insuransnya saja, tentulah banyak benda yang nak disediakan dengan teliti.
Apa klausa dan warranti yang patut dimasukkan dalam polisi insurans mereka. Klausa2 ni kalau yang belajar undang2 memang tahu benda ni. 
Klausa untuk insurans harta benda, untuk tanggungan awam, kebakaran, kecurian .... semua berbeza. 
Silap sikit, lain pengertiannya.

Bila dah tau apa benda nak bagi kat customer tu, baru boleh keluarkan quotation. Dan dari quotation yang dipersetujui oleh customer ni, inilah yang akan dijadikan polisi insurans.
Silap underwrite abislah si tukang underwriting itu (akulah tu).
Sebab tu aku kena belajar semua benda tu .. kalau aku memang jurusan undang2 tu mungkin senang sikit sebab dah ada asas tapi dah namanya bidang terjun, terima sajalah.

Boss pula dah bagi sepenuh kepercayaan kat aku, so mahu tak mahu kena pikul tanggungjawab itu.
Orang bilang bila kau dah setuju dinaikkan pangkat maka kau kena setuju juga dengan sejumlah tambahan kerja yang kau kena buat. 
Bila orang dah percaya dengan kau maka jangan sia-siakannya.
Lagipun mana ada company yang naikkan gaji pekerja yang kerjanya cuma goyang kaki sahaja ( tapi kalau ada, nak juga aku apply ... kihkihkih )

Fuhhh ... ambik nafas sekejap. Nampakkan kesibukkan itu.

Perasaan nak up entri tu memang membuak2 gitu ... ada idea tapi masa tak ada. Apalagi nak bw .. baca dan komen langsung tak sempat.
kadang2 tu nak juga curi-curi baca blog guna hp kat opis, yelah sambil2 buat kerja tapiiiiii kan aku tak boleh. 
Tak dapat nak tumpukan perhatian kat kerja yang sedang dibuat. So terpaksalah blog jadi kos lepas walaupun dalam hati nak sangat.

Blog memang minat aku tapi kerja lebih utama sebab itu periuk nasi aku.
Tak ... aku tak akan tutup blog ni, cuma aktiviti update tu akan menjadi slow.
Hujung2 minggu dan hari cuti aku tetap buat BW walaupun tak sempat tinggalkan komen. Dan up entri jika ada masa.

Thanks korang-korang yang masih sudi baca blog ni ye ...

TaTa!



Saturday, August 15, 2015

Teka di pagi sabtu

Assalamualaikum

Seminggu tak muncul di blog. Sibuk yang amat sangat. Tengah santai-santai tonton movie Big Hero 6 dengan anak-anak, sambil2 tu nak bagi korang teka benda yang ada dalam gambar di bawah ni 


Teka siapa saya ... berguna untuk semua

Selamat meneka dan berhujung minggu!



Thursday, August 6, 2015

Tips keselamatan semasa menggunakan eskalator

Assalamualaikum

Aku sebenarnya fobia bila menggunakan eskalator. Banyak kemalangan yang berlaku melibatkan benda ni yang menyebabkan aku fobia menggunakannya.
Nak2 lagi dua kejadian kemalangan yang melibatkan eskalator di China baru-baru ni, seorang ibu maut ditelan eskalator dan seorang lelaki yang terpaksa dipotong kakinya kerana terperosok didalam tangga eskalator yang tiba2 bergerak.

Kejadian2 tu menyebabkan aku berhati-hati bila menggunakan tangga bergerak ni terutamanya bila bersama anak-anak. 
Aku peduli apa bila orang tengok aku satu macam bila memarahi anak jika dorang bermain2 di eskalator. Aku marah bila dorang letakkan kaki terlalu di tepi. 
Mungkin orang akan pikir aku ni fobia tak bertempat, tetapi kita tak akan tahu malang itu tidak berbau kan. 

Ada beberapa tips keselamatan bila menggunakan eskalator ni. 

1. Jangan biarkan anak anda bersendirian menggunakan eskalator. Jika anak masih kecil, lebih mudah dukung sahaja dia ketika menggunakan tangga bergerak ni.

2. Jangan biarkan anak bermain, berlari atau memegang tepi tangga eskalator yang sedang bergerak. 

3. Pastikan kain baju kita atau seluar anak2 tidak terlalu labuh, ini adalah untuk mengelakkan ianya daripada tersangkut di celah2 tangga yang sedang bergerak itu.
Jenis selipar yang dipakai oleh anak dan juga tali kasut juga menjadi salah satu penyebab tersangkut di celah2 tangga bergerak ni.

4. Jangan sesekali cuba menggunakan eskalator yang sedang dibaiki. Ye lah ada yang degil tak ikut arahan, nak juga guna walau dah letak papan tanda amaran. 

5. Tahu di mana letaknya punat STOP. Jika berlaku kecemasan sekurang2nya kita tahu mana nak tekan untuk berhentikan eskalator tu.

6. Nak juga elak baik guna tangga biasa tu. Dapat juga keluarkan peluh. Badan pun sihat, almaklumlah jarang2 dapat bersenam. :P

Sumber : Google Image



Moga-moga tips ni berguna untuk kita semua. 




Monday, August 3, 2015