Wednesday, September 9, 2015

Hore !! dah abis kem

Assalamualaikum

Alhamdulillah ... ahad tu dah abis kem Shumi dan Shamzi dengan jayanya dan ... selamat.
3 hari 2 malam, lamanya masa tu berjalan. Macam lambat tul masa tu berjalan. Mana tak balik2 tengok jam. 
Terasa sunyi bila Shumi dan Shamzi tiada di rumah. selalu ada jak bunyi dorang ketawa pastu bergaduh dan akhirnya menangis.
Aku dah macam kucing hilang anak, balik-balik jenguk bilik dorang. Belek-belek buku dorang atas meja. Apalah Umi ni, betullah kata Okje, cebeng betullah mak sorang ni.
Anak pegi dua malam je pun, aku dah rasa lain sangat.
 
Bukan aku jak pun cam kucing hilang anak, Babanya pun sama. Tak ada mood katanya. Balik-balik tidur. Nak tengok tv pun tak ada mood. Nak main Ps2 tu tak ada mood, tak ada kawan bergaduh. Selalu Baba main dengan Shamzi, pastu mesti bergaduh anak beranak tu. ala bergaduh manja gitu, Shamzi merajuk sebab Baba tak bagi dia menang.
 
Untuk hilangkan bosan dan sunyi kitaorang, maka keluarlah kami 3 beranak sabtu tu. Mula2 tu melawat kakak ipar yang admit kat hospital. Darah tinggi dan ada masalah buah pinggang. Alhamdulillah semalam dah keluar hospital dia.
Pastu jalan-jalan jap, pusing-pusing dalam kereta.
 
Kemudian aku dan Hubby tak boleh tahan dah ... jom kita 'cubuk' dorang Shumi dan Shamzi di kem. Hubby memang setuju. Kem dorang tu sebenarnya tak jauh dari rumah. Dalam 20 minit perjalanan kalau tak jammed.
Kawasan camping dan riadah ala ala kampung katanya.
 
Sesampai sana aku dah nampak Shamzi dan Shumi sedang duduk dalam kumpulan. Kita orang tengok dari jauh jak. Takut menganggu tumpuan dorang pula. Masa tu dorang sedang membuat latihan untuk malam kebudayaan katanya. Sedang nyanyi2.
pastu tu tak lama aku nampak dorang bersiap-siap untuk aktiviti memanah. Memang aku nampak dari gaya dorang Shumi dan Shamzi seronok jak. Mungkin ramai kawan-kawan.
 
Aku dan Hubby lega sedikit dan balik tak lama lepas tu. Dan nampak dorang anak-anak walau sekejap jak, terubat rasa rindu.
Memang nampak cam tak aci kan. 'tapuk-tapuk' tengok anak di kem. Tapi aku dan Hubby tak peduli. Pertama kali berpisah dengan anak cam tak keruan gitu. Mungkin esok-esok biasalah agaknya.
Dan malamnya tu, still sama juga. Terasa lain juga. Untuk cepatkan masa bergerak sebab excited nak ambil anak-anak esoknya tu, aku, hubby dan Damia keluar jam 9 malam tu, ke Tanjung Aru, layan ABC dan cendol. Konon lepak sana sejam pastu balik dan tido. hehe
 

Tengok dari jauh jak (^__^)
 
 
Ok tu je .. TaTa!
 
Note : Puan Blog nak outstation hari ni. So memang tak berapa nak jenguk bloglah minggu ni (macamlah sebelum ni pun rajin update blog .. hehe)
 


4 comments:

  1. Alahai seronok nya pergi kem macam tu. Hehe..kesian ibu ayah ni kan. macam ni la diorang rasa agaknya mula2 kita jauh dulu. pegi ke mana2

    ReplyDelete
  2. Salam singgah pagi dr http://seindahcerita.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Bawak bertenang ya ha ha..kelakar pun ada tengok telatah ibu ayah ni..

    ReplyDelete
  4. Hihi....tau pun.....
    Tengok tu.... tulis entri pun dah tersyasyul nama diaorang. Nama di kevik ditulisnya Shamzi. Rindu sangatlah tu.....

    First time gitulah biasanya Mia....nanti lelama kalau dah selalu....tak kot

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!