Monday, September 21, 2015

Menghadap jerebu KL

Assalamualaikum

Seminggu off blog sebab nak ambik mood. Sesak napas menghidu udara jerebu, beku sekejap otak nak menulis.

4 hari berada di luar kawasan ... tak jauh pun kat KL je. Tak jauh tapi terpaksa juga duduk 2 jam 30 minit dalam flight. Ada training kat HQ katanya.

Sesampai di KL rabu lepas, cam biasa terus beli kupon teksi kat kaunter tu. Bukan tak nak naik train yang menuju KL Sentral tu, kalau naik train tu terpaksa ambik teksi lagi untuk ke Bukit Bintang. Kos lebih kurang sama dengan teksi kupon tu, lagipun penatlah mengusung beg pakaian besar tu (pompuan kan, pegi 4 hari 3 malam je pun, tapi beg cam seminggu dua punya pakaian hehe).
Aku kalau naik teksi dari airport sebelum ni ok je, tak ada sebarang masalah kecuali bab laju tu sajalah (tak biasa bila ikut kereta yang berkelajuan 100 ke 120 km sejam statik).
Kali ni aku dapat teksi yang pemandunya agak kurang kesopanan dan kesusilaan. Dahlah muka masam sepanjang perjalanan, bawa kereta cam nak pegi lumba haram, cucuk2 bontot keta kat depan. Pastu siap tanya lagi hotel yang aku nak pegi tu kat area mana, mana lokasinya.
Ehhh ko yang sepatutnya lebih tau, cuba bayangkan kalau penumpangnya orang putih yang first time datang ke Malaysia, tak ke blur orang putih tu ditanya balik mana tempat tu. Huhu
Satu lagi sikap pemandu teksi yang kureeng sikit, boleh2 pula buang sampah ke jalan raya dengan selambanya. Huh!

Kitaorang stay kat Fahrenheit Suite area Bukit Bintang tu. Tau memang area tu sesak, teksi tak mau masuk area tu. Tapi kalau dorang tak mau kenapa masa kat beli kupon teksi tak bagi amaran, area Bukit Bintang teksi tak masuk! Boleh lah kami cari idea lain nak menuju ke situ. Huh! Sedang panas ni .... sabar sabar


Ni yang aku belajar dua hari kat HQ. Insurans ni bukan setakat kenderaan, kebakaran, kemalangan diri dan juga kesihatan ... banyak lagi sebenarnya. 
Ni salah satu daripadanya. Contoh kalau korang nak pindahkan kereta dari semenanjung ke Sabah kena hantar melalui kapal air kan, masuk kontena. Selalunya pihak forwarding yang bertanggungjawab menghantar kereta korang tu akan mengambil insurans untuk perlindungan bagi barang yang sedang dihantar tu. Ni yang dinamakan Marine Cargo Insurance. 
Marine Hull tu pula perlindungan insurans untuk kapal air termasuk kapal kontena, kapal persiaran, kapal nelayan malahan jet ski tu pun dikategorikan dalam Marine Hull Insurans. 
Ok cukup cerita pasal training aku, nanti korang mengantuk pula.

Kalau dah sesekali turun KL tu, ambik kesempatanlah berpeleseran di shopping mall yang ada kat area Bukit Bintang tu.
Hari pertama shopping sikit2 kat Sungei Wang, hari kedua cuci mata kat Pavilion (semua barang branded, mahal tak berkemampuan nak beli), malam ketiga sambung shopping kat Berjaya Times Square pula. 

Aku bukan dikategorikan pompuan yang gila shopping, beli yang mana perlu jak. (Tak percaya, korang tanya hubby aku :P). Lagipun rata-rata outlet2 yang ada di KL ni dah memang ada di KK. :D

Dengan boss yang belanja dinner malam ke-2 di Grand Mama, Pavilion.


Antara menu aku kat KL. Harga makanan ya ampun, mahal banget. Mungkin sebab area Bukit Bintang. Restoran biasa tak jumpalah. Ada pun restoran mamak dan arab, tak match dengan selera kampung aku. Lagipun tahap kebersihan tu agak kureengg. 


Snap tahap jerebu dari tingkap bilik hotel. Memang berjerebuss, jalan pun mata terasa pedih jak. 


Last sekali, belanja 1 gambar selpie dengan opismate aku.  Bai!



5 comments:

  1. sayang tak dapat ketemu kan...insya allah bln 11 izwa pegi kk kak ;)

    ReplyDelete
  2. Oooo blh tahan juga jerebu tu.. Balik kl nnti hirup jerebu la ni nmpknya..

    ReplyDelete
  3. Memang dasyat jerebu bah Mia... KL teruk, Lahad Datu pun makin teruk..boleh sesak nafas dibuat nya..huhu... seronok berkursus di KL...hihi
    Salam Aidil Adha:)

    ReplyDelete
  4. Fuyoooo.....jadi minah Itali nampaknya tu. Mcm mushroom sup pulak nengoknya.
    Ohh ....okje ingat .....okje pun pernah ambik insurance ni masa bawak barang import dr airport ke gudang...

    Walau okje duk area sini Mia tp jarang sangat berjalan kat area Bukit Bintang tu

    ReplyDelete
  5. hahaha..orang kaya je shopping kat Pavi tu kak Mia.kalau saya lah kan, naik ERL sampai KL Sentral, then amik teksi dari situ.kematu rasa duduk lama-lama dalam teksi dari KLIA

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!