Wednesday, October 7, 2015

Burger Ramly untuk Hubby

Assalamualaikum

Hubby bukan jenis orang yang suka raikan hari lahir dia. Cukup sekadar kami ingat, nda payah mo celebrate segala. Dalam account FB dia pun tak adanya dia simpan DOB .. bukan tak nak bagitau umur tapi memang dia lebih suka diam2.

Tapi aku nak juga sambut birthday dia walaupun simple ja. So semalam selepas kerja suruh Hubby ambil anak2 di sekolah sebab selalunya aku yang akan ambil dorang. Tapi semalam aku nak singgah bakery beli kek untuk hubby, kek kecik je pun, hubby bukan suka makan kek pun, anak2 pun sama. 
Aku kata kat hubby jammed, tak sempat ambil dorang shumi dan shamzi, padahal jalan semalam clear je tak cam selalu.

Singgah bakery beli 2 potong kek, kemudian fikir2 apa yang nak dimakan, nak masak cam penat sangat, confirm balik dari bakery jalan mesti jammed sebab dah lepas jam 6 petang, orang lain bergegas nak balik rumah juga. 
Fikir punya fikir nampak gerai burger kat tepi restoran tu. Anak2 muda menjual burger ramly. Ok lah makan burger je lah ni malam. Lagipun lama dah tak layan burger ramly ni .. hehe

Sesampai di rumah, sembunyi2 simpan makanan di dapur, kek diam2 simpan dalam esbok. Tapi anak2 tak sporting lah pula. Sibuk nak tengok apa benda Umi beli tu, nampak kek, cepat je mulut Damia bagitau babanya .. ada kek baba!
ceh ... nda jadi surprise .. hubby senyum2 je. Masa aku tengah siapkan makanan semua, dengar ni Shumi, Shamzi dan Damia nyanyi lagu happy birthday untuk babanya yang sedang menonton tv. Sweet je aku dengar, Happy Birthday Babaaaaaa ........ suara Damia lah yang paling nyaring. 

Sebelum makan kek dan burger ramly, Baba baca doa selamat dulu .. semoga kita sekeluarga bahagia selalu ... amin.



12 comments:

  1. alahai sweetnya akak sambut bestday husband..sukala cara mcm nie..simple..:)

    ReplyDelete
  2. orang lelaki mmg begitu..kadangkala suruh diam2 je..tak nak sambut apa2. sebagai isteri nak juga celebrate walaupun kecil2 sebagai tanda penghargaan untuk dirinya :)

    ReplyDelete
  3. walaupun simple tapi tanda ingatan tu penting sebagai pengerat kasih sayang suami isteri dan keluarga ;)

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah ;) seronok baca entry sipa tersenyum2 lagi.

    ReplyDelete
  5. Bukan berapa besar dan banyak yg menjadi pengikat kasih sayang Mia
    Tapi pengertian yg dibuat itulah yg buat dia tahu dirinya disayangi seisi keluarga

    Selamat hari lahir buat Cikgu Dzul.

    ReplyDelete
  6. alah sweet je anak-anak.. tapi betul bdk2 memang excited bila ada kek..suka tengok..

    ReplyDelete
  7. yang penting kita ingat birthday nya kan Mia.. suka lah dorang..ehehe..
    ok lah ada Burger Ramly..sesekali makan...

    ReplyDelete
  8. Cara yg simple ni yg best,yg akan diingati..
    Memang betul2 kecik kek nya tu...hahaha

    ReplyDelete
  9. Salam kenal ...Alhamdulilah...sesekali makan burger pun sedap jugak kan...

    ReplyDelete
  10. Weyh Mia ....donat tu tak habis habis ke dari hari tu hihi....Tapikan sebenarnya layan berger Ramly sesekali mmg sedap .....kalau dapat dua baru puas hihi

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!