Buruk tak semestinya tak boleh makan

Assalamualaikum

Aku ngaku memang agak kureeng sikit dalam bidang masak memasak ni. Tapi taklah pula sampai tak boleh masak langsung. Bukan namanya mak mak kalau tak pandai masak untuk makanan somi dan anak-anak. 

Aku macam orang lain juga, suka tonton rancangan masakan, suka belek buku resepi, suka tengok gambar makanan dalam tenet. 
Kadang2 tu rajin untuk mencuba, kadang2 tu nak cuba tapi tengok mood dan tahap kerajinan. 

Percaya atau tidak aku walaupun dah beranak 3 ni, tak pernah lagi masak donut yang simple tu. 
Suka makan tapi tak pernah cuba untuk membuatnya. 
Tapi hari tu bila nampak mak mertua uli tepung untuk buat kuih donut aka kuih gelang, macam senang lah pula. Bahan pun simple ja. Tepung, yis, gula, garam, minyak masak dan air suam. 
Terus berkobar-kobar nak try buat sendiri di rumah.

Sedia bahan2, ikut sukatan seperti yang diajar oleh mak mertua, baca bismillah terus uli tepung.
Diam2 ni dalam dapur menguli, takut juga adunan tak kembang dan mengeras. 
Ikut segala langkah2 sepatutnya, jadilah adunan seperti di bawah.

Rupa donut yang tak seberapa. Nampak buruk pula kan tapi bolehlah untuk percubaan kali pertama.

Adunan selepas digoreng. Rupa kureengg tapi alhamdulillah hubby kata successs! Sedap,lembut dan garing di luar. Memang sengaja tak letak gula sebab aku, hubby dan anak2 tak suka donut yang dibubuh gula. Lebih suka makan donut kosong camni.

Lepas beberapa kali buat donut (itupun atas permintaan hubby), aku kononnya cuba buat yang lain sikit. Adunan tetap sama tapi kali ni buat kuih piang berintikan kari kentang. Tetap rupa agak kureengg tapi rasa tetap ada (hubby aku katalah). 

Senang rupanya nak buat donut ni, kalau tau dah lama aku buat sendiri hehe
Tak pa kalau rupa agak buruk, yang penting rasa ok. (^_^)


6 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. Bila dah tahu dengan anak-anak dan suami suka lain kali dah senang Mia
    Buat sendiri boleh lebih-lebih sikit.

    ReplyDelete
  2. kan..rupa bukan sekadar rase..hehehe... ;)

    ReplyDelete
  3. Mia, aku sbnrnya pun tak pernah cuba buat donut walaupun kmi suka sgt makan...hahaha..
    wahh! menjadi jgk Mia buat tu..nampak pun sedap...hihi

    ReplyDelete
  4. Saya pun anak dah 3, dan..mmg tak geti masak! hahaha

    1st time saya jumpa donat ada inti ni...
    Biar rupa buruk, asalkan sedapppppp

    ReplyDelete
  5. APa ada pada rupa. Yang penting sedap ditekak suami dan anak2.

    ReplyDelete
  6. Bab mendonut nampaknya okje menang, sebab okje dah pernah mencuba buat.
    Yelah....mmg le tak sama lembutnya dgn donut big apple tu tp kekadang donut mcm bantat yg kita buat tu mmg sedap di tekak kita anak beranak kan hihi....

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post