Anak berjaya Ibu Bapa gembira

♡Assalamualaikum♡

Aku sama dengan mak bapa yang lain. Nak tengo anak2nya berjaya. Nak juga tengo dalam report card anak tu kalau boleh berderet A. Hanya A semata2, tak mo tengok abjad2 lain. -senyum sambil usap2 dagu-

Itu yang diinginkan. 
Tugas kita berikan pelajaran secukupnya, kelengkapan untuk belajar dan kasih sayang dan sikap ambil berat yang banyak agar anak2 terasa dirinya sangat penting dan dihargai.
Dan jangan lupa berdoa (^_^)

Jangan mengharapkan kejayaan yang cemerlang gemilang daripada anak2 walaupun itu yang kita impikan.
Kasihan anak2, kecik-kecik dah terbeban dengan impian kita. Semput anak2, pagi sekolah, sambung petang lagi sekolah, malam pula sambung belajar dengan mak bapa yang garang ya amat cam jeneral tentera. Hujung minggu sambung dengan tuisyen pula.
Tak salah pasang impian kat anak2 tapi kata orang ada caranya. 
Jangan tanya aku pula, aku sendiri sedang berusaha untuk menjadi ibu bapa yang terbaik untuk anak-anaknya.

Aku pun kalau boleh nak juga minta sedikit tips daripada para ibu bapa di luar sana yang anak2nya berjaya dengan cemerlang. 
Ada juga tanya mak bapa yang lain, rahsia kejayaan anak2 mereka. Rata2 mereka kata tak benarkan anak2 mereka menonton tv.
Kata mereka kebanyakkan rancangan tv sekarang mempunyai unsur2 yang kurang sihat dan kurang berfaedah.
emmm aku pun rasa gitu juga. Sekarang ni pun kami dah kurangkan waktu menonton tv untuk anak2.
Kalau nak menonton pun aku dan hubby jadi lembaga penapis dulu. hehe

Anak berjaya, kita gembira ... anak gagal, kita jangan pula putus asa ... kata orang cuba lagi dan lagi. Walau lambat hasilnya, kata orang jangan luntur semangat. Bak peribahasa, belakang parang kalau diasah, lama2 akan tajam juga. :D





:Tahniah untuk anak-anak kita semua:

dan

Selamat Bercuti Sekolah!!!








9 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. yup betul tu semua ibu bapa nak anak2 berjaya kan. Tp yg penting terimalah anak2 itu seadanya sebab talent & kelebihan setiap anak tu berbeza2.... tahniah

    ReplyDelete
  2. Tahniah buat semua anak2... tiap dari mereka punya keistimewaan tersendiri.. kita sbg ibu bapa hanya mampu berikan yg terbaik... moga terus maju... TAHMIAH Shumi, SHamzi & Mia comell...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ** nak sebuat Damia comell ..Mia tu nama mak nya pula...hahha

      Delete
  3. Siapa tak mahu anak pandai kan Mia
    Cuma kita sebagai ibu-bapa kena lihat diri kita sejauh mana kita laksanakan tugasan kita demi melestarikan kemajuan anak. Moga anak-anak kita semuanya cemerlang di dunia & akhirat.

    ReplyDelete
  4. Anak anak akk biasa biasa je mia. X pernah dapat anugerah cemerlang pun. Seronok tgk anak anak org naik pentas ambik hadiah.

    ReplyDelete
  5. Setiap ibu bapa mahukan anak-anak yg pandai.
    Namun perlu usaha ke arah itu, perlu juga keseimbangan, jgn terlampau PUSH anak2 sehingga tiada masa bermain dan berehat, kesian pada anak2 nnt...

    ReplyDelete
  6. Tahniah utk anak anak awak Mia....cantik pose Damia tu...setuju sangat dgn kata kata awak tu, kita mmg mengimpikan kecemerlangan anak anak, tp kalau anak kita tak mampu nak buat macamana. Kurang cemerlang tak semestinya gagal....ye dak

    ReplyDelete
  7. Lahaiii comelnyaaa. Tahniah budak comel

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post