Hari Lahir Damia ke-4 Tahun

Assalamualaikum

Ni minggu lalu punya cerita. Dah masuk bulan 11 baru berkesempatan nak post.
Bulan 10 ni kan bulan kelahiran hubby, aku dan Damia, selepas hubby sambut birthday 6hb yang lalu, 23hb tu pula genap 4 tahun umur anak bongsu ku Siti Damia.

Macam biasa, kita orang sambut simple2 saja. Beli kek dan bawa anak2 makan kat luar. Yang penting anak2 tahu yang Umi dan Babanya ni ingat tarikh2 penting anak2nya :D

Birthday girl katanya. Budak mesra kamera, apa post pun jadi jak. 


Damia dan birthday keknya. Tersenyum simpul gitu. Selamat hari lahir buah hati Umi. Moga sihat selalu, berjaya dunia dan akhirat .. jadi anak yang solehah .. amin


Kitaorang makan2 kat Hailam Kopitiam @ Imago Mall .. sebelah tempat kerja aku tu. Makanan dia ok lah, 7/10 gitu tapi yang aku suka kopi kat kopitiam ni. Pekat kaw lemak berkrim. Aku dah try sejuk dan panas .. memang perggghhh ...


Permata hati Umi ... walaupun kadang2 Umi naik baran juga oleh 3 beradik ni, termarah dan terdenda .. itu tandanya Umi sayang. 'Nyawa' Umi wajib Umi jaga sepenuh hati. 


Lepas makan kat kopitiam tu, kitaorang terus gerak kat rumah mak bapa hubby aka atuk dan nenek. Selepas maghrib, baca doa selamat ... kiranya nak minum2 sambil makan kek birthday Damia tu jak .. sekali mak mertua masuk dapur .. katanya nak masak sikit untuk makan2.
Tak lama lepas tu siap meehoon goreng, sambal telor, sup ayam, nasi putih untuk hidangan kata mak .. ada magik ke orang tua ni, masuk dapur kejap dah siap semua tu.
Aku tak tolong apa pun, melainkan tolong makan .. bertuah punya anak menantu hehe
bukan apa, mak mertua aku ni lebih suka kalau pak mertua aku yang tolong dia di dapur. Lagipun pak mertua aku ni terer masak gitu.

Damia dengan atuk dan nenek. Mak mertua aku tu sebenarnya rabun. Time gambar ni tak pakai cermin mata, lupa mana dia letak masa sibuk memasak kat dapur tadi. 


Hari tu 2 kali kitaorang makan-makan sambut birthday Damia. Balik rumah semua dah macam ular sawa. Syukur alhamdulillah, kenyang. Dah rezeki namanya kan .. rezeki jangan di tolak musuh jangan dicari :D

10 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. Anak-anak kalau punya ayah atau ibu yg pandai bermain kamera secara tidak langsung anak-anak pun pandai posing Mia. Jadi Damia tu samalah:) Comel aje kan
    Happy belated birthday Damia!

    ReplyDelete
  2. Happy belated birthday Damia..
    Semoga menjadi anak yg solehah..
    Semakin comel damia ni :)

    ReplyDelete
  3. Happy belated birthday to Mia...
    Moga jadi anak solehah yang membahagiakan mama dan papa :)

    ReplyDelete
  4. duiii comell betul bah pic Damia yg 1st tu...geram mcm mo cubit...haha
    Alhamdulillah moga trs membesar jadi anak solehah Damia.. murah rezekinya smpi dua kali sambutan birthday.. nenek & atok syg sgt tu.... :)

    ReplyDelete
  5. Hepy Bezday Damia.....moga makbul doa Umi
    Weyh untungnya menantu sorang tu...tak payah tolong masak, tolong makan jer..... Gini, datang hari hari pun boleh hihi.....

    Alahai manjanya Damia ngan atuk nenek dia tu

    ReplyDelete
  6. happy belated besday damia sayangg..sweet 4th..semoga jadi ank yg solehah ya.. aamiin..

    kiranya meriah la kan bln 10. sambut besday 3 org sekali..hehehe..

    nenek lupa letak cerminmata...alhamdulillah masih boleh potong kek.. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post