Memori ubi rebus

Assalamualaikum

Cuti hari tu kan aku dah bagitahu, duduk rumah .. makan tidur je aktiviti kami anak beranak. Nak2 lagi hujan sepanjang masa mulalah perut berkeroncong 24 jam. 
Lepas makan tu, makan ni pula, lepas ni makan tu pula dan begitulah seterusnya.

Aku pula bila dah relaks makan-makan sambil termenung tengok hujan di luar, mulalah mengenang kisah lama.
Time hujan2 cenggini, mak mulalah sibuk di dapur sediakan makan. 
Tak mewah tapi sedap. Air kopi dan ubi kayu rebus. Ubi rebus seketul tu pula makan dengan ikan masin goreng .. perggghh nyaman. Kalau tak, mak akan tumbuk lumat ubi kayu rebus tu, kemudian gaul dengan kelapa parut dan sedikit gula. Makan pula sambil minum air kopi O. Dulu zaman budak, minuman tu je mampu bapa beli. Nak minum milo? Tunggu je lah lori milo pegi sekolah, dapatlah merasa segelas kecik milo ping. 

Bila dah teringat memori menggamit kenangan tu, tetiba nak makan ubi rebus.
Tapi nak cari ubi kayu kat kk ni bukan perkara yang senang .. jarang jual. Kecuali mungkin di tamu hujung minggu.
Takut kempunan ubi kayu rebus maka membelilah ubi manis sebagai ganti.
Ubi manis rebus ni pun mak selalu masak. Ubi manis segar baru dikorek dari kebun belakang rumah. 
Aku kecik2 dulu memang paling suka korek ubi manis ni. Rasa debar2 bila jumpa pucuk yang menandakan ada ubi yang boleh dikorek. Dapat yang besar ke atau kecik.

Aku bagitahu hubby nak rebus ubi manis ni, nak bagi anak-anak rasa. 
Maka gigihlah aku merebus ubi manis sewaktu hujan lebat itu .. gitu
dah masak, bancuh nescafe untuk aku dan hubby dan vico untuk anak2.
Bila dah letak jak mangkuk berisi ubi manis rebus tu, anak2 heran. Apa ni Umi? Muka agak jakun sebab nda pernah nampak.
Aku bagitau ubi manis rebus .. sedap.
Dan dorang pun masing2 test sedikit. 
Muka masing2 berkerut. Tak mo lah Umi, saya minum vico jak.
ceh ... tiga2 anak aku tak pandai makan ubi manis rebus.
Kalau ubi kentang goreng kami mau lah Umi ... huhu selera bandar sangat anak2 aku ni. 
Hubby pun cam selera bandar, maklumlah sejak kecik pun duduk di KK ni. Separuh ja ubi manis rebus dia makan.
emmmm ... konon2 nak feeling memori menggamit kenangan dengan dorang.
Last2 aku sorang2 menyantap ubi manis rebus tu sambil nak cari jalan ubah selera anak2 aku tu . :P


9 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. kan...bestnya masa dulu2..lama tak pekena ubi rebus

    ReplyDelete
  2. betul sis...anak akak pun sama juga.Bila dah jadi macam ni, akak beli lebih kerap ubi ni dan rebus.Lama kelamaan, diorang pun dah pandai makan ubi rebus.

    ReplyDelete
  3. hahha..biasalah Mia klu anak2 tak makan ubi rebus..hihi ..kita dulu inilah makanan peberet sarapan pagi.. Pae pun sama, ndak mau makan klu dibagi... aku & hubby jak lah yg slllu makan...

    ReplyDelete
  4. Kakak panggil keledek Mia. Kalau tak pandai makan rebus cuma Mia olah jadikan keria. Campur tepung sikit buat macam donut, goreng dan sira dgn gula. Kakak suka ni. Yelah mungkin sebab kakak memang org kampung. Sampai sekarang bapak kakak masih tanam lagi tau...

    ReplyDelete
  5. Hihi....sama kita Mia.....teringat dulu dulu, bawak bekal ke sekolah pun air kopi. Nak rasa minum milo , mmg tunggu van milo dtg sekolah time hari sukan.

    Alahai mmg menggamit memori sungguhlah....
    Ubiiiii......mak pun suka weyh. Hari ni nak balik kg dah siap order ubi rebus dgn anak sedara. Kebetulan dia jual.

    ReplyDelete
  6. Budak budak sekarang mmg lain selera dia Mia....

    ReplyDelete
  7. wah... lamaaa xpenah rasa... dulu mak ada buat sekali sekala (^___^)

    eeiyss folo di 502 (dari blog baru)~ salam perkenalan

    ReplyDelete
  8. Sedapnyaaaa. Lg lah sedap makan panas2 time hujan

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post