Friday, February 27, 2015

Shumi budak 9 tahun

Assalamualaikum

27 Februari 2006 | Selamat hari lahir untuk anak sulungku, Shumi Dzukairy. Semoga membesar dengan sihat, menjadi anak yang baik dan soleh, tak lupa umi dan baba serta berjaya di dunia dan akhirat .... amin

Tak sedar masa berlalu kan. Pejam celik pejam celik dah masuk 9 tahun umur Shumi. Tak lama lagi dah jadi anak teruna dah ... emmmm. 
Pagi tadi bila aku wish birthday kat Shumi, dia tersenyum malu2. Tambah malu bila aku cium kedua2 pipinya. 
Seganlah tu konon sebab dah besar. :P
Tapi walaupun malu-malu, sempat juga dia tanya kat Uminya ni, ada hadiah kah??

Birthday Shumi dah buat cuti cny hari tu. Buat awal sebab ngam2 balik kampung. So boleh celebrate dengan sepupu sepapat dan atok opah di kampung. 
Sambut kecil2an sahaja. Memang kami tidak sambut secara birthday secara besar2an. Cukup sekadar kek tanpa lilin, makanan simple dan keluarga terdekat. 
Tiada nyanyian tetapi digantikan dengan doa. Dan hari tu Shumi sendiri membaca doa di hari lahirnya.
Aku dan hubby tidak mau terlalu memewahkan anak, biarlah mereka merasa sedikit kesusahan. Biar mereka sedar ada di antara rakan-rakan mereka yang tidak pernah menyambut hari lahir akibat kesempitan hidup. Aku semasa zaman kanak2 juga begitu, istilah sambutan hari lahir itu tiada langsung dalam diari hidup kami. Aku tahu bukan bapa tidak ingat tapi harga sepotong kek itu amat bermakna jika ditukarkan dengan makanan untuk sekeluarga.
Tetiba emosi pulak aku (-__-)

Kek fresh cream coklat untuk Shumi. Memang selalu menempah kek dari rakan kakak. Kek dia memang terbaik. Sedap!

Dari kiri Apik, Shamzi, Damia, Shumi, Yus dan Piji. Damia sorang jak cucu perempuan dalam keluarga aku. Ada seorang lagi sepupu Shumi, lelaki sebaya Damia tidak ada dalam gambar. Piji, 13 tahun bakal mendapat adik bulan jun ni :)




Wednesday, February 25, 2015

Wordless Wednesday # 73

Assalamualaikum

Bila 'Datin Maimon' balik ke kampung :D



Note : di reminder kan lagi 'Datin Maimon' tidak berkaitan dengan sesapa ye. Uminya suka menyakat Damia yang suka bergaya tu :P



Tuesday, February 24, 2015

Referrers pula orang cari

Assalamualaikum

Kalau sesiapa yang perasan, aku ada bubuh column 'Post Menarik Bulan Ni' ... sengaja aku letak sebab nak juga lihat mana satu post aku yang menjadi pilihan dan carian utama pembaca. 


Post ayat-ayat-cinta tu tetap tersenarai paling atas. Padahal aku share madah2 cinta saja pun di post ( macam nak muntah pula aku ..  madah2 cinta, sangat tak sesuai). Mungkin sebab tajuk post tu yang mengena. :D

Post2 lain rahsia-telapak-kaki-kita , resepi-pais-jagung dan trauma-kaki-seribu memang rasanya biasa saja. Selalu juga orang cari, sebab tu selalu tersenarai.
Yang sedikit heran ialah bila tetiba post referrers menjadi pilihan pembaca untuk bulan ni. 

Yang ni aku tepekkan refferers aku untuk bulan lalu. Banyak carian dari Google. Yang datang dari blog rakan2 pun ramai juga. 





Jumlah tu sebenarnya kecil sahaja jika dibandingkan dengan blogger2 lain yang sudah pemes itu. Mesti dah capai puluh2 ribu. Kiranya jumlah ni bersesuaianlah dengan blogger sekadar melukut di tepian gantang seperti aku ni. 

Tapi bagi aku tak kisahlah blogger besar ke kecil ke ... biarlah berblog secara berhemah dan 'sihat'. Jangan kerana berblog kita jadi bermusuhan dan berpuak2 pula ye :D

Happy Blogging!






Monday, February 23, 2015

Mengidam masak nasi lemak

Assalamualaikum

Salam isnin ... ada yang dah mula kerja hari ni? haruslah kerja kan, kecuali rakan2 cina kita yang mungkin sambung cuti hingga chap goh mei nanti. Anak2 pun dah mula bersekolah, aku pun tadi dah mula 'berlatih ketinggian suara' selepas hampir seminggu bercuti. Nak bangunkan anak-anak yang liat. Hehe

Aku cuti cny tu, balik ke kampung. Ambil kesempatan sambut birthday awal untuk Shumi yang ke-9 tahun. Birthday actually 27hb ni tapi dah alang2 balik ke kampung, so sambutlah secara kecil2an di sana. Kira Shumi surprise juga sebab tak tahu yang Umi dan Baba dah beli kek untuk dia. 
Tapi cerita tentang birthday Shumi tu nanti post yang akan datanglah ye.

Aku kalau di kampung, memang tak ada kerja lain lah ... santai, rehat, makan. Lepas tu santai, rehat, makan. Mak kan suka masak kalau anak2 dan cucu2nya balik. Abis makanan di rumah, petang2 pergi ke pasar malam beli kuih muih. :)
Kalau sebulan tinggal di kampung, konpem badan naik cam kuih pau :P

Kakak lagi tengah mengandung ni, ngidam macam2. Oh ya, kakak dikurniakan rezeki bila tahun ni tetiba mengandung anak yang ke 3. Anaknya yang bongsu dah berusia 13 tahun. Jauh kan beza dia. Umur kakak bulan April ni akan mencecah 38 tahun. Rezeki kakak ... bulan Jun ni in sha Allah kakak dijangka bersalin. 

Hari tu tetiba kakak cakap nak masak nasi lemak. Aku tanya dia, ngidam ke ?? Tak ... dia nak masak jak, tapi tak suka makan. Aikk pelik ngidam kakak aku ni. 
Tapi adik2nya ok jak. Biarkan ibu mengandung tu masak. Kami adik2nya jadi tukang makan jak. 


Nasi lemak simple by ibu mengandung. Sambal tu memang terbaik, ada baki pagi tu, petang buat cicah pisang goreng pula :)



Note : Shumi sejak kebelakangan ni asyik buat pernyataan sendiri. Umi kalau Umi beranak nanti, kita kasi nama dia Shami Darul kalau lelaki, Siti Dania kalau perempuan. Shumi mau 2 adik lagi. Gulpp telan air liur kejap Umi. Ingat beranak tu senang ke Shumi oiii. 






Wednesday, February 18, 2015

Yang buruk jadikan sempadan, Yang baik jadikan tauladan

Assalamualaikum

Ko sibuk tegur orang sana sini. Sibuk cakap orang tu begini, orang tu begitu. Orang tu salah, orang tu tak buat betul. Begitu begini, begitu, begini ... huh

Tak salah kalau kita menegur dengan tujuan untuk memperbaiki kesalahan orang lain tetapi jika sebenarnya sama seperti mereka, bukankah seakan menjilat balik ludah sendiri. Sibuk perbaiki diri orang lain, diri sendiri belum tentu lagi.

Sumber : Facebook

Tapi rasanya tak salah juga, bila kita menegur, dalam pada masa yang sama kita juga cuba perbaiki diri kita sendiri. Sama-sama menuju jalan yang benar.

Untuk mak bapa yang sibuk dengan hal anak orang lain, anak si polan begitu, anak si polan begini. Tetapi anak sendiri tak dilihat perangainya. Elok kah sudah, baik kah sudah perangai mereka. Takut nanti anak-anak apabila depan kita pijak semut pun tak mati ... di belakang? kita tak tahu kerana kita sibuk kononnya baiki perangai anak orang lain yang tak baik itu.

Untuk orang-orang yang berada di atas tu, jadilah contoh yang baik kepada orang-orang yang ada di bawah kamu. Agar bila kamu tegur mereka, mereka akan ikut dan hormati teguran kamu yang semata-mata untuk memperbaiki diri mereka.
Dan adakalanya walaupun kita di atas, harus bersikap terbuka untuk menerima teguran daripada orang bawahan. Yalah kita kan manusia biasa, tidak akan lepas daripada membuat kesilapan. 
Jangan pula bila ko di atas, terasa diri hebat, betul setiap masa dan tidak boleh ditegur ... ish ish ish 

Entri ni sekadar pengajaran kita bersama. Yang buruk kita jadikan sempadan, yang baik kita jadikan tauladan. Gitu (^__^)



Tuesday, February 17, 2015

Damia dah besar umi

Assalamualaikum

Damia suda besar Umi ... tetiba Damia cakap dengan aku hari tu. Terkejut juga bila dengar ayat tu keluar dari budak usia 3 tahun. ish ish ish. Jadi kenapalah kono (soal balik Damia dengan nada sikit mengusik) 
Bulih suda Damia masak Umi ... Aku ketawa sedikit. Damia mo masak telul ... masih pelat lagi bunyinya. 
Ewah2 mentang2 Umi ko ni selalu buat telur dadar, itu sajalah yang ko tahu Damia. Masak telul. :P

Baguslah Damia berpikiran jauh ko nak. Jangan pula nanti besar ko lupa suda apa yang ko mo buat. Tolong Umi di dapur. Lagipun mo juga Umi rasa telur dadar versi Damia pula, adakah setanding dengan rasa telur dadar Umi yang selalu Baba ko puji2 tu. Cewah .... cam minta puji pula Umi.

Layan Si Damia bercakap ni memang tidak akan abis. 1 hari 1 malam bercakap. Dalam kereta bercakap, sedang tengok tv bercakap, sedang makan bercakap, baring2 mo tidur pun bercakap. Cam semalam, Damia bercerita, yang aku sendiri pun tak tahu isi ceritanya. Sedar2 hubby kejutkan aku. Tertidur semasa dengar Damia bercerita. Sian Damia bercerita sorang2, Uminya suda membuta. Hehe

Kelmarin lepas dari tadika, hubby whatapps. Damia 'buli' dia lagi. Mana tak, satu kedai dengar Damia nangis minta beli mainan. Katanya Baba beli mainan Abang jak, Damia punya mainan tiada. Padahal baru hari jumaat tu Damia pow babanya beli mainan Hello Kitty tu. 

Hasil pow baba. Tu senyum terpaksalah tu sebab baba nak ambik gambar bukti untuk tunjuk kat umi.

Bukan main ko Damia. Hari2 dapat mainan. Kalau begini gayanya tokeh balak pun bankrap Damia ...

Lepas mengepow baba, di rumah terus jadi doktor

Doktor Damia. Sapa2 nak mc hari ni, boleh minta sini :P




Note : Begini rupanya bila dapat anak perempuan cerewet cam mak nenek. :D





Monday, February 16, 2015

Lenggang kangkungnya

Assalamualaikum

Sangat berlenggang kangkung tadi aku ke ke tempat kerja. Keluar rumah tadi tepat jam 7, sepatutnya kena keluar jam 6.40 atau 6.45 seperti kebiasaanya tapi tadi ada hal2 kecemasan negara yang memerlukan masuk ke bilik kecik, terlajak ke jam 7. 
Nasib baik anak2, hubby yang hantar hari ni (maklumlah orang dah mula cuti hari ni, menyampah *tanda2 jeles*) ... 

Abislah lambatlah sampai ni, drive sambil membebel. Salah sendiri juga, So bebelkan diri sendiri. Jangkaan dalam jam 8.15 sampai ke opis tapi jangkaan ku meleset. 
Jam dashboard menunjukkan pukul 7.20 sewaktu aku habis masukkan kereta dalam kotak parkir itu (cewahh). 
Awalnya sampai ... betul2 sangat berlenggang kangkung ni ke opis.

Tapi nak heran apa ... Dah ramai yang balik kampung agaknya. kan orang cina nak celebrate raya dorang tu. 
Haruslah jalan raya pun lengang jak. Aku pun sebenarnya tak sabar lagi nak cuti walaupun perayaan tak ada kena mengena dengan aku. Tinggal 2 hari setengah lagi nak cuti ni. Rabu aku keja setengah hari, company off buat kerja jam 12.30 tengahari. Bagi peluang orang cina nak masak2 untuk makan besar dorang malam tahun baru tu.

Dorang celebrate raya dorang, aku yang dah 10 tahun keja di kelilingi oleh rakan2 cina kena tempiasnya juga. 
Tiap tahun dapat free sekotak limau mandarin. Tiap tahun juga dapat sampul merah serta isinya (^___^) *senyum lebar sebab "isinya" boleh buat jjcm plus shopping sehari. 
Untung bila dikelilingi oleh tokeh2 yang murah hati ... kihkihkih

Ok lah dah abis aku taip entri sambil berlenggang kangkung buat kerja *uuuppss kali ni jak*. Pegi sambung kerja balik. 


Sumber : image from Google






Friday, February 13, 2015

Thursday, February 12, 2015

Memori Jambatan Gantung

Assalamualaikum

Selalu dengar memori daun pisang. Memori daun pisang tu aku memang ada, tapi yang aku nak ceritakan ni hanya memori jambatan gantung di masa aku kecil dahulu.

Korang ok ke kalau naik jambatan gantung?
Aku kalau naik sekarang pun masih ada rasa takut-takut lagi tapi taklah setakut masa zaman budak2
dulu. Aku takut bila naik jambatan tu, ianya akan bergoyang. Nak kena jalan perlahan2 tapi kalau masa tu ada orang di belakang kita, goyangannya lebih kuat. Rasa terhayun2 kita kat atas tu.

Tengok di bawah, cam rasa gayat pula. Takut terjatuh ke dalam sungai tu.
Nak-nak lagi kalau sungai tu dalam dan airnya kekuningan akibat banjir. Macam-macam aku bayangkan masa tu. Maklumlah zaman kanak2, imaginasi adalah sangat tinggi.
Terbayang ada naga lah dalam tu, buaya lah, hantu air lah ... hmmm

Walaupun gitu, keterujaan nak naik jambatan gantung tu memang ada. Bukan selalu dapat naik sebab kalau kami ke rumah nenek sahaja yang lalu jambatan ni. Keterujaan tu ibarat budak2 sekarang dapat naik escalator tu. 
Semakin mencabar dan bergoyang semakin seronok ... hehe 
mak relaks jak berjalan di belakang kami, aku dan adik2 terjerit-jerit. Bestnya ingat waktu tu.

Dah lama berlalu ... aku last sekali naik jambatan gantung tu tahun 1992 ke 1993. Zaman sekolah menengah rendah.
Dan baru2 ni ternampak gambar jambatan gantung yang dikongsi oleh sepupu. 



Jambatan dah putus kata sepupu. Nasib baik waktu tu tak ada budak2 sekolah menggunakannya. 
Dah uzur jambatan ni. Rebah juga akhirnya ia setelah lama berkhidmat. 
Tak tahu kalau jambatan ni dah dibaik pulih sebab gambar ni diambil hujung bulan 12 tahun lalu. 

Bila melihat jambatan ni, terimbas semula memori zaman kanak2, zaman sekolah rendah dan rumah nenek. (^___^)




Wednesday, February 11, 2015

Wordless Wednesday # 72

Assalamualaikum


Wajib borong kalau ke KL. Orang Sabah dan Sarawak sangat suka beli ni (termasuk aku le tu) untuk dijadikan ole ole buat anak-anak yang sedang menanti di rumah. Sebab tu korang boleh lihat hampir semua kedai di lapangan terbang jual 'benda' ni. Aku suka jenama Gardenia dan ada satu kek pisang (lupa brand dia) yang mesti aku beli. Packaging kaler hijau dan bentuk bujur panjang. So yummy gitu.

Tak ada jual di Sabah ?? ... memang tak ada walaupun kilang Gardenia ada di sini. Dorang hanya keluarkan sesetengah produk sahaja. Yang lain dibuat di semenanjung dan cuma untuk pasaran di sana sahaja. Tak tahu kenapa dorang tak luaskan pasarannya. 




Tuesday, February 10, 2015

Rasa lebih bersyukur

Assalamualaikum


Aku kadang-kadang tu, kalau dah sangat penat memang akan membebel sorang2. Nak cakap merungut tu ia juga, manusia biasa kan ... ada masanya terbuat juga walaupun banyak kali katakan pada diri, bersyukur dan ikhlas apa saja yang sedang kita lakukan. 
Tapi bila penat, sabar dan keikhlasan terus hilang entah kemana ... huhu korang pernah juga kan macam ni ?

Tapi semalam, selepas aku menonton Majalah 3 episod Caliph Busker, aku rasa lebih bersyukur. 
Caliph Busker, pemuzik jalanan yang kesemuanya kurang upaya dari segi penglihatan. Dikenalkan kepada rakyat Malaysia oleh kumpulan adik beradik KRU, setelah mereka menjemput Caliph Busker sebagai penyanyi jemputan di Juara Lagu baru2 ni. 

Aku tidak juga mengikut perkembangan hiburan tetapi bila melihat persembahan Caliph Busker ni, rasa nak menitis air mata. Ada sesuatu di sebalik nyanyian mereka. 
Menceritakan kehidupan seharian mereka di Majalah 3, bagaimana dorang pergi ke perkarangan Sogo dan balik ke rumah ....
Kata mereka, mereka memang sudah menghafal jalan hendak ke sana. Tidak risau sebab kadang2 ada orang yang prihatin juga memimpin mereka.
Tapi kadang2 tu boleh juga terjatuh dalam lubang jika ada pembinaan dibuat di laluan yang biasa mereka ikut.
Semasa penggambaran tu, ternampak juga penyanyi Caliph Busker sikit terjatuh kerana terlanggar tembok jalan tu.

Yang aku tersentuh bila mana salah seorang ahli kumpulan ni menjemput sendiri anak2 kecilnya dari taska. 
Beliau seorang diri berjalan kaki kemudian menaiki monorail untuk sampai ke taska anak2nya. Dengan hanya perpandukan tongkat dan menghafal jalan. Beliau katanya hanya boleh nampak sedikit cahaya. Bayangkan anak2 beliau masih kecil, lingkungan 4-5 tahun, ditemani bapa mereka yang tidak dapat melihat balik sendiri ke rumah.

Rasa sebak aku melihatnya. Yang kita dilahirkan sempurna, cukup segalanya. Menjemput anak pun dengan kenderaan sendiri dan kita dapat melihat wajah anak-anak kita yang comel. Tetapi masih juga ada rungutan. 
Tiba-tiba rasa bersalah sendiri, masih mahu merungut dengan apa yang ada dibandingkan dengan mereka yang serba serbi kekurangan ..... rasa lebih bersyukur dengan apa yang dikurniakan olehNya. 


Sumber : www.liriklagumuzika.com




Monday, February 9, 2015

'Datin Maimon' ku

Assalamualaikum


4 tahun lalu aku sendiri tak percaya akan menimang cahayamata perempuan. Maklumlah anak aku yang dua orang keduanya lelaki. Anak kakakku pula keduanya juga lelaki. Adikku juga kedua2nya anaknya juga lelaki. Jadi bila aku mengandung anak ketiga, aku tak berharap akan mendapat anak perempuan, walaupun jauh di sudut hati tu aku teringin sebenarnya. :)

Saat kelahiran juga aku tak mengharap tetapi berdebar juga. Harapan nak anak perempuan tu memang ada, jadi berdebar juga nak tengok jantina anakku nanti.

Bila aku selamat bersalin, perkara pertama yang aku tanya kat bidan tu ialah, apa jantina anakku. Bidan hanya jawab sabar. Aku sememangnya dah tak sabar masa tu, tengah nurse bersihkan apa yang patut, aku gagahkan diri tegakkan kepala untuk melihat anakku yang diletakkan di hujung katil. 

Perempuan! Aku terjerit dalam hati. Hilang segala sakit bersalin. Aku tersenyum sorang2. Nurse tengah jahit menjahit pun aku tak rasa sakitnya. Hati dah berbunga2. Tak sabar aku bagitahu hubby yang kami mendapat anak perempuan. Cucu perempuan pertama mak bapa ku.


Bulan 10 ni, genap umur Siti Damia 4 tahun. Dah semakin pintar bercakap. Tapi sangat manja dan banyak ragamnya. Suka sangat 'berlakon' seorang diri. Bilang orang Sabah, suka sangat bertrip. Mengajuk lakonan dalam drama atau iklan. Sebab tu aku kawal apa yang ditontonnya. Takut terikut yang bukan2.

Damia suka sangat dengan kaler pink walaupun kaler tu tak berapa match dengan warna kulitnya yang hitam manis. 
Ada sedikit lasak juga, mungkin mengikut abang-abangnya.

Alhamdulillah, Damia diumur yang baru 3 tahun lebih sudah dapat menghafal Surah Al Fatihah. Sudah tahu bagaimana hendak sembahyang. Aku sangat2 berterima kasih dengan cikgu2nya yang mengajar dia di taska. 
Semoga Damia membesar menjadi anak yang solehah. Amin ....


Note : 'Datin Maimon' tu cuma gelaran untuk Damia bila dia memakai cermin mata hitam bulat kaler pink tu. Tak ada kaitan dengan sapa2 pun ye. Dah macam datin2 hendak pergi bersiar gayanya. :P




Sunday, February 8, 2015

Bulan di siang hari

Assalamualaikum

Salam ahad korang .... semenjak dua menjak ni, aku nampak ramai orang tepek gambar awan jak. Masing-masing snap satu gambar awan terutamanya gambar di waktu pagi dan kongsi gitu.

Aku nak juga kongsi gambar tapi belum ada lagi yang menarik untuk di snap. Hinggalah pagi jumaat yang lalu, ternampak pemandangan langit ni. Tak ada awan, langit membiru sahaja dan bulan kelihatan jelas. 




Aku dapat snap dari jauh sahaja. Itu pun curi-curi snap guna hp. Jalan tengah jammed, kereta tak bergerak so ambik kesempatan seminit untuk snap. :P

Tak ada awan yang unik, foto bulan di siang hari pun jadilah kan. 





Friday, February 6, 2015

KHAS UNTUK WANITA

Assalamualaikum

Nak jaga kebersihan feminin untuk mengekalkan kesihatan dan keyakinan anda? Dapatkan Lactacyd percuma dengan promosi eksklusif ini!

Untuk mengetahui kebaikan Lactacyd ni, korang boleh layari laman web nya DI SINI



Jangan lupa untuk mencubanya !!


*********************************************************************************



Lazada Malaysia





Thursday, February 5, 2015

Malu bertanya sesat jalan

Assalamualaikum


Sambung lagi cerita dinner di KL tu hari. Al kisah voucher Aeon yang aku dapat tu. Eksaited nak guna voucher tu tapi masalahnya Aeon tak ada dekat2 area Bukit Bintang ni. Yang paling dekat pun ada kat Mid Valley dan tak boleh pegi dengan jalan kaki je. 
Cara mudah pegi sana dengan menaiki teksi atau monorail. Aku YM lah si Farah Bubblynotes tu, tanya berapa caj teksi ke sana ... kurang pasti katanya sebab lama tak naik teksi. :P
Aku sebenarnya tak suka naik teksi di KL ni. Kebanyakkan caj suka hati tak guna meter. Dekat je pun dah caj puluh2 ringgit. Huh!

Fikir punya fikir, aku dengan kawan aku buat keputusan naik monorail. Bukan tak pernah naik monorail tapi sebelum ni hanya ikut kawan di KL ni je, dorang yang belikan tiket, kami cuma ikut je mana dorang pegi. Ni kali terpaksa berdikari tau.

So kitaorang pegilah membeli tiket monorail di stesen Bukit Bintang tu untuk pegi ke KL Sentral. Dari KL Sentral naik train ke Mid Valley. Gitu cara jalan nak ke sana seperti yang rakan sekerja kami di HQ.
Lepas beli tiket, tunggu monorail datang. Sedang menunggu tu, ada sorang mamat bangla tanya kat kawan aku, this way to go to kl sentral? (aku ikut English dia). Kawan aku tu dengan konpidennya jawab Yes.
Tiba je monorail, kitaorang naik. Kawan aku dapat tempat duduk. Aku berdiri je menghadap pintu sambil tengok penunjuk jalan kat atas pintu tu.
Tetiba rasa pelik, ehhh napa pula monorail ni gerak arah bertentangan ... Menuju Titiwangsa pula. Masa tu aku terdengar lagi mamat bangla tu tanya kat orang disebelahnya. Orang tu geleng2 kepala menandakan yang bangla tu salah naik monorail. Ni monorail nak ke Titiwangsa.
Mamat bangla tu sempat jeling kat kawan aku dengan muka masam. Sorilah bro, kitaorang pun salah naik monorail.
Ni lah akibatnya tak tanya2 orang lagi. Main hentam je naik. Kan dah salah arah. Kata orang malu bertanya, sesat jalan. Tapi mamat bangla tu tak malu tanya, sesat juga jalan hahaha!



Terpaksa beli tiket monorail sekali lagi, nasib baik tiket ke KL Sentral RM2.10 je. 
Ni kali kami tak salah monorail dah. Sampai juga kami ke KL Sentral. 
Di KL Sentral pula kira2 nak naik teksi je pegi Mid Valley. Ramainya manusia di sini. Sesak dada aku melihatnya. Tanya uncle teksi tu berapa caj nak ke Mid Valley, RM20, jalan jammed. Wahhh mahalnya. Kitaorang tak jadi. Aku dengar lagi uncle teksi tu panggil kami, ok lah moi, RM15. Hmmm, kitaorang geleng kepala je tak mo. Mahalnya.

Masuk KL Sentral terus pegi beli tiket train ke Mid Valley. RM1 je pun tambang ke sana. Mahal gila teksi tu caj. Huhu


Akhirnya sampai juga kami ke destinasi yang dituju. Sangat berdikari tau. 
Tak berlengah masuk terus ke Aeon. Sayang tau voucher tak diguna. Kat Sabah belum ada Aeon lagi. Tu yang semangat nak pegi ke Aeon ni. Hehe
Belek punya belek barang yang nak dibeli, akhirnya benda ni yang aku beli. Harga asal RM300 lebih, diskaun 70%, tinggal RM100 lebih lagi. Yang lebih tu bayar sendirilah hehe. 


Balik ke hotel, kitaorang guna cara yang sama, train dan monorail. Dah terror gitu Hehe ... 
Ok habis cerita ke KL ye. TaTa !!


*********************************************************************************



Lazada Malaysia



Wednesday, February 4, 2015

Wordless Wednesday # 71

Assalamualaikum

Sumber : Facebook

Tak rugi pun 2 3 minit masa kita telepon mak bapa di kampung. Kalau terlalu sibuk pun, jika tidak sempat berbual panjang, sekadar bertanya khabar, sihat ke tidak, sudah makan ke belum ... sudah cukup menggembirakan hati mak bapa. Terubat rindu mereka mendengar suara kita. Jangan sampai menyesal bila suatu hari nanti, panggilan telepon kita tidak ada orang yang menyambutnya ... sudah terlambat untuk bertanya khabar (-__-)

******************************************

Lazada Malaysia





Tuesday, February 3, 2015

Kejadian bumbung runtuh, Syabas anggota penyelamat!

Assalamualaikum

Semalam seperti biasa buat kerja di opis, boring2 gossip sikit dengan opis mate. Pastu sambung lagi buat kerja. 
Tetiba dengar bunyi yang sangat kuat seakan ada sesuatu benda besar yang jatuh. Jelas kedengaran walaupun opis kami tertutup. 
Kami dah tertanya2 masa tu, cemas pun ada. Selak curtain tingkap, aku boleh nampak banyak habuk berterbangan di udara dan pekerja2 binaan bangunan dan pengawal keselamatan bertempiaran lari menuju ke punca habuk tu. 

Astaghfirullahaladzim ... bumbung pintu depan bangunan shopping complex yang hampir siap di sebelah opis kami ni runtuh. Aku berharap tak ada orang di bawah semasa bumbung tu runtuh ... tapi tak lama kemudian aku boleh nampak ada 2 3 orang yang diangkat keluar dari runtuhan bumbung tu. Lepas tu seorang lagi dikeluarkan. 

Dari jauh aku boleh nampak orang2 yang diangkat tu tidak bergerak ... Ya Allah, moga tiada yang buruk berlaku. 
5 minit kemudian polis datang mengawal keadaan. Orang ramai sudah mula mengerumuni tempat kejadian. Selang 2 minit bomba datang. Aku nampak ada seorang pekerja yang terbaring diangkat segera oleh ahli bomba dan di bawah ke hospital. Mungkin kecederaannya teruk. 
Selang seminit selepas itu ambulan datang. Satu2 pekerja yang cedera dibawa ke hospital. Mungkin ada 4 atau 5 ambulan yang datang. 

Pertama kali aku melihat kejadian cemas seperti ini. Dan pertama kali aku boleh melihat bagaimana anggota2 penyelamat kita berkejar menyelamatkan mangsa dan mengawal keadaan. Memang sangat pantas. Syabas untuk anggota-anggota penyelamat negara, polis, bomba, pasukan paramedik dan lain2. Semoga diteruskan khidmat cemerlang ini sampai bila2.

Hari ni, kejadian bumbung runtuh tu menjadi tajuk utama berita surat khabar tempatan. Semalam juga keluar di berita tv. Ada 5 orang yang cedera dan seorang daripada mereka parah. Semoga mereka cepat pulih.


Keadaan semalam ... selepas anggota polis dan bomba tiba. 


******************************************


Lazada Malaysia






Monday, February 2, 2015

30 tahun nanti

Assalamualaikum

Sebenarnya gambar memainkan peranan dalam menentukan emosi seseorang. Semalam selepas aku mengedit beberapa foto dengan anak2, tetiba perasaan menjadi sayu dan sebak.  

Aku cuba membayangkan yang aku di 30 tahun yang akan datang, sedang merenung gambar-gambar ini dan akan berkata sendiri, rindunya tengok dorang semasa kecil-kecil dulu. 

Anak2 Umi sudah besar, sudah berkeluarga, tinggal di rumah sendiri ..... bila mereka akan balik ke kampung. 




Begitu rupanya apa yang dirasakan oleh mak bapa kita di kampung. Setiap kali menelepon akan bertanya, bila kamu mahu balik ke kampung. 
Kita pun akan merasainya satu hari nanti juga. Itu pun jika kita sempat melihat anak2 dewasa, berkeluarga, berjaya .... semoga kita semua dipanjangkan umur olehNya dan diberi kesihatan yang baik.

Mood : Sayu dan sebak.


******************************************

Lazada Malaysia