Tuesday, March 31, 2015

Imej baru

Assalamualaikum

Lama tak muncul gitu. Muncul hari ni terus imej baru. Imej baru apakah itu, rupa blog tak ada pun ubah. Imej puan blog, actually menten jak. Yang ubah cuma spek mata. Dah tukar. Kanta pun dah naik 100 lagi. Huhu memang patut pun kena tukar. Spek mata yang sebelum tak sesuai dah, bingkai pun dah tak berapa elok. So bingkai pun tukar juga. Masih guna brand Lee Cooper sebab selesa dengan bingkai dari brand ni. 
Tapi kali ni bingkai agak besar sedikit.

Aku tak pernah pilih sendiri bingkai cermin mata. Semua hubby tolong pilihkan. So yang ini memang pilihan dia. Katanya sesuai dengan aku walaupun aku rasa agak besar. Tapi ikut je lah pilihan dia, lagipun dia yang tengok wajah aku hari2. Tak gitu ...

So yang ini kiranya imej baru lah kononnya. Guna spek mata bingkai yang besar. Sebelum ni kecik2 jak bingkai spek aku. 

Ok lah nanti kita sambung cerita lagi. Ni nak belajar lagi sistem GST. Almaklumlah esok kan dah start. Emmmmm

Note : kadang2 terpikir juga ok lagi sistem cukai sebelum ni walaupun ada 6% dan 10%, Tapi tak semua barang dan perkhidmatan dikenakan cukai. Barang2 yang bercukai tu pun tak berapa diperlukan oleh golongan berpendapatan rendah. Compare dengan GST yang hampir semua barang dan perkhidmatan dikenakan cukai. Huhu kita tunggu dan lihat sajalah ye. 




Monday, March 23, 2015

Tak suka bunga tapi ambil gambar bunga

Assalamualaikum

Hari ni aku belanja gambar je lah ye. Ni sempat aku snap di Kundasang War Memorial cuti sekolah hari tu.








Note : aku memang tak suka bunga. Dalam rumah pun langsung tak ada sepasu bunga pun. Dulu masa dating2 dengan boyfriend (en hubby) pun dah bagi warning awal2, jangan bagi bunga. Tapi kalau dijadikan objek untuk disnap memang aku suka pula. Cantik. ;D



Siti Damia | belanja gambar!

Assalamualaikum

Salam isnin semua! Belum ada idea nak cerita2 so aku belanja korang gambar Damia.


Nak tengok lagi ... ni ada album berlagu bagi korang tengok :D


video

Happy Working!



Thursday, March 19, 2015

Roti Cobra!

Assalamualaikum

Roti Cobra! Apa ke benda tu? Cobra tu bukan ular tedung ke? Ni roti berinti ular tedung ke? Hehe Tapi serius cakap roti ni memang sedap. Bagaimana bentuk roti ni? Panjang2 cam ular tedung ke?

Jeng jeng jeng. Yang belum brekpes sila tengok ni :P


Memperkenalkan roti cobra! Actually nama jek roti cobra tapi ianya tidak ada kena mengena dengan ular tedung atau yang seangkatan dengannya. Menu ni sebenarnya biasa saja. Cuma yang membuatkan dia menarik cara persembahan makanan tu dan bahan sampingannya. Roti kosong jek pun, tapi yang menarik ditambah kari daging kat atas roti tu, bubuh telur mata lembu separuh masak kemudian cicah dengan kual dhal. Perrgghh terbaik !!!!

Sesuai di makan waktu brekpes ataupun minum petang. Makan pula sambil minum teh tarik panas kaw2. Makan memang tak pandang kiri kanan dah. 
Bagi yang tak suka daging lembu, boleh jek tukar ke roti cobra ayam atau roti cobra kambing (peberet hubby). 

Tak tahu tempat lain ada menghidangkan menu ni atau tidak. Atau menu sama tapi nama berlainan. Hari tu ada juga ternampak menu lebih kurang camni dalam rancangan JJCM. Nama lupa lah pula. Tapi apa2pun roti cobra ni memang terbaik!




Wednesday, March 18, 2015

Berapa lama Butod membesar?

Assalamualaikum


Keyword yang menarik perhatian | berapa lama masa untuk butod membesar | ... gigih orang tu mencari maklumat ni. Agaknya untuk kajian dia agaknya. Tapi kalau dia nak cari dalam blog ni, maklumat tak ada lah ye. Hanya gambar butod sahaja ditayangkan (walaupun sebenarnya aku geli nak letak) yaiikss!

Tak tahu apa itu Butod ? Ni aku tunjukkan lagi gambarnya 

Sumber : sioloonfunclub.niceboard.com

Ulat Rumbia atau lebih dikenali sebagai Butod di Sabah. Makanan suku kaum Kadazan Dusun di Sabah. Katanya mempunyai kandungan protein yang tinggi. Boleh dimakan mentah2 atau di goreng. Kebiasaan bagi suku kaum Kadazan Dusun, ulat ini sangat popular dijadikan 'pusas' semasa acara keramaian. 'Araimaiti' bilang orang Sabah. 


Note : yang muslim sedia maklum, ulat ni tidak boleh dimakan ye. Aramaiti juga tidak berapa sesuai bagi muslim kerana keramaian sebegini selalu menghidangkan minuman tapai atau tuak. (^_^)




Wordless Wednesday # 76

Assalamualaikum


Cek Nuffnang yang ke-2 aku terima. Alhamdulillah dapatlah makan2 bersama hubby dan anak2. 

Sikit-sikit lama jadi bukit gitu. (^_^)


Monday, March 16, 2015

Demi anak, ayah sanggup buat apa sahaja

Assalamualaikum





Sumber : Facebook/Architecture & Design

Hahahaha .... cumilnya. Berapa ramai bapa-bapa yang di luar sana sanggup 'dikerjakan' oleh anak perempuannya cam dalam gambar2 di atas tu. Yang paling comel gambar last tu ... soooooooo cute. Badan sado tapi sanggup makan dengan anaknya di meja cumil kaler pink tu. 


Note : Sedang bercuti temankan hubby dan anak2 yang cuti sekolah. Happy holiday!





Friday, March 13, 2015

Mak-Mak memang suka cakap ni

Assalamualaikum

Sumber : Facebook

Kan ... mengaku cepat. Korang yang bergelar mak2 tu memang suka cakap ni. :)
Aku ... bukan kesemua di atas tapi ada sesetengahnya aku selalu sangat cakap kat anak aku. 
No 3, 4 dan 8 ... hehe 

Hampir setiap hari cakap benda yang sama. Damia ... kasi kemas ni balik, sekarang. Anak dara aku ni kalau menyepah mainan nombor 1. Disuruh kemas bukan main liat. Geram tau. Uminyalah hari2 kemas balik barang mainannya tu.

Shumi dan Shamzi pula tak sah kalau tak bergaduh. Budak lelaki kan. Ego tu kuat sangat. Masing2 takmo mengaku salah. Shumi salahkan Shamzi, Shamzi salahkan Shumi ... stress ko, Umi nda peduli sapa yang kasi mula ... sekarang dua2 diam! (Baca dalam nada high pitch).

Tapi selalu pun dorang tak berapa gerun dengan uminya ni. Marah2 manja. Camna nak takut. Ok dorang tak berhenti gaduh juga ... bah ... nda pandai diam kamu aaa ... tunggu Baba ko balik rumah nanti ... siap kamu.

No 2 pun selalu juga cakap. Firasat mak2 ni kan selalunya betul. Shumi jaga2 tu ko punya minuman ... jangan sampai tumpah.
Shumi sambil lewa dengar.
Shumi, satu kali lagi Umi kestau ko .. jaga tu minuman ko.
Selepas 2 minit ... TUMPAH! Nah kan ... suda Umi bilang tadi .... ko tengok betulkan. Tumpah kan. 

Tapi anak2 kena ingat (termasuk en.suami), bebel mak itu tandanya sayang :D




Thursday, March 12, 2015

Suami ku beli kerepek!

Assalamualaikum

Jadi ? Kenapalah bah kono ?? (baca dalam slang Sabah). Laki beli kerepek pun mo dikasi tahu semua orang ... huhu

Sentap sendiri ni ... hehe. Bukan apa saja jak nak ambik sikit aura tajuk2 drama yang popular sekarang ni. Semua pun nak guna 'suami' dan 'isteri'. 
Ok apa tajuk 'suamiku beli kerepek'. Memang betul suamiku beli kerepek. 2 balang besar lagi. 


Besar kan ? ... hubby aku ni kan ada satu hobi dia yang aku tak berapa gemar tapi suka. A'a camna pula tu. Tak suka tapi suka.

Dia rajin membeli barang2 atau makanan dari rakan2 sekerjanya. Hubby kan seorang cikgu, korang faham2lah bila dah kumpul ramai2 di bilik guru tu, kawan2 sekerja yang terutama cikgu pompuan akan promotelah barang2 yang dorang jual. Ada yang jual tupperware, kek2, kerepek2, kuih muih, minyak wangi pun ada ...

Dorang kalau promote kat hubby aku, memang untunglah sebab hubby kan suka membeli belah benda2 camtu. 
Nak cakap hubby ni cepat 'terpujuk' apabila dorang promote barang jualan mereka, ya juga. Sebab tu lah aku tak berapa gemar. Kadang2 membazir.
Tapi kan hampir semua barang dan makanan yang dia beli aku suka juga :)

Hubby pernah beli satu set bekas tupperware harga seratus lebih. Bininya ni tak pernah pun minat benda2 camtu. Aku tanya napa beli? Membazir jak. Hubby cakap dia belikan untuk aku. Ok ... aku diam hehe
Lama juga tupperware tu dalam almari tak diguna tapi semenjak dua menjak ni, aku guna dah sebab aku rajin bawa bekal dari rumah. Tak sia2 tupperware hubby.

Kalau makanan, jangan cakaplah ... hubby dah berapa kali beli rempeyek setin besar, beli cheese tart, kerepek cam dalam gambar tu, serunding ... kuah kacang segera yang tinggal ko bubuh air tu. 
Semua tak berapa perlu sebenarnya tapi aku suka hehe
Ada satu hari tu, salah satu murid hubby ni bawa kek pisang untuk dijual di sekolah. Pelajar miskin kata hubby. 
Hubby boleh beli semua kek pisang yang dijualnya. Dengan bekas kuih sekali dibawa balik ke rumah. 
Aku terkejut juga, hubby cakap kesian kat murid tu... abislah sapa nak makan banyak2 tu, nak bagi jiran, jiran jarang ada di rumah ... mak bapa pula jauh di kampung, keluarga mentua selalu tak ada di rumah ... bagi rakan di office, hujung minggu pula. 
Last2 ... kenyang makan kek pisanglah kami anak beranak hujung minggu tu.

Memang kadang2 tu aku tegur juga hubby, jangan beli kalau tak berapa diperlukan. Takut membazir. Makanan aku boleh terima tapi kalau benda lain takut terbiar gitu saja tak digunakan. 
Sebab tu kalau kitaorang jalan2 tetiba ada salesman datang promote barang aku terus cakap tak mo ... terima kasih :P









Wednesday, March 11, 2015

Si Jelita dah kembali!

Assalamualaikum

Jelita dah kembali !! Lamanya mak kepada budak chubby ni menghilang. Kita orang faham situasinya yang tiba2 kehilangan orang yang sangat disayangi dalam sekelip mata. Nak2 lagi dia merantau jauh di negeri orang. 
Hanya mengenali Nast di alam maya tetapi sejak berbalas komen cam rasa lama dah kenal. (^_^)

Terkejut nampak dia komen dalam entri aku hari ni 


Terus terjah blog Nast ... ternampak gambar 2 beradik yang chubby ni. Tak sabar tunggu cerita dorang


Bersemangat ni jadi pengkomen pertama. :)


Note : Sedang menunggu kemunculan Ummu Aidan yang lama menyepi setelah balik ke Malaysia. 
Pemilik blogTitisan Nurani, Kak Zakie pun tiba2 sepi. 



Wordless Wednesday # 75

Assalamualaikum


Kek kedua Shumi untuk birthday tahun ni. Ni Angah (adik aku yang keja nurse tu, anak2 aku panggil dia angah instead of Mak Ngah (^_^)) yang belanja. 
Yam Cheese Cake! taste dia oklah juga sedap cuma cheese tu agak masin sedikit, tertutup rasa manis cake tu. 





Tuesday, March 10, 2015

Shopping tak lengkap tanpa anak!

Assalamualaikum


Aku 'kalau boleh' bila nak membeli pakaian sendiri, tak bawa anak-anak. Aku kan kalau membeli pakaian sangat mengambil masa yang lama, takut anak-anak bosan dan takut juga kalau dapat jelingan dari salesgirl2 yang jaga baju tu sebab anak2 buat tempat seumpama taman permainan. :P

Kalau jalan dan membeli belah sorang2 sangatlah best gitu. Bebas dan tenang dalam membuat pilihan. Mulut pun rehat sebab tak payah pot pet pot pet bebelkan anak. Dapat beli apa yang kita mahu. 

Tapi kan masalahnya .... aku tak SUKA jalan sorang2 tanpa anak-anak dan hubby. Aku rasa sangat kekok bila berjalan kemana2 tanpa anak2 dan hubby (tolak urusan kerja). Rasa cam tak lengkap, ko happy2 riang gembira berjalan tapi anak2 kat rumah. Aku rasa sangat tidak best. Cam tak adil pun ada juga. 
Memanglah ada sesetengah orang akan cakap, sesekali kita perlukan masa untuk kita bersendirian untuk buat benda yang kita suka. Ok itu kata orang, pendapat orang aku hormati.

Aku memang tak biasa bila berjalan tanpa anak2 kecuali kalau ada hal2 yang tak dapat dielakkan. Selagi boleh bawa, aku akan bawa. 
Shopping baju aku ke, hubby ke, aku akan bawa. Biarlah salesgirl tu nak bagi jelingan tajam ke, jelingan maut ke, jelingan manja ke ... asal anak2 aku gembira. 
Anak2 ribena haruslah kat mana2 tempat pun riang gembira. Asal tak rosakkan tempat sudahlah ... hehe

Hari tu shopping baju, mesti nak try2 kan. So untuk mengelakkan hubby pening kepala jaga 3 beradik tu, aku bawa sekali Damia masuk dalam fitting room.
Siap cuba semua baju sambil control Damia yang nak cuba buka pintu. Nasib baik cermin dalam fitting room tu lengahkan Damia. Kalau tak sia2 orang kat luar sedang tunggu bilik dapat wayang free. 

Korang tengoklah budak jakun nampak cermin cam gitu. Ada 4 Damia katanya ... 






Note : Lain orang lain pandangannya .. ok :)



Monday, March 9, 2015

Shumi dan aktiviti sekolah

Assalamualaikum

Hari sabtu tu kami sekeluarga pergi ke Hari Keluarga Guru dan Ibubapa yang di adakan di sekolah Shumi dan Shamzi.
Shamzi sejak hari khamis tu beria2 ingatkan aku supaya jangan lupa pergi ke Hari Keluarga tu. 
Katanya dia nak membeli belah di gerai2 yang dibuka pada hari tu. 
Membeli belahlah sangat. Padahal beli kudapan2 saja pun. Budak2 kan suka bila melihat banyak gerai makanan yang menjual jagung dalam cup, burger, keropok2 ...


Kalau diikutkan Shumi ada mengikut persembahan Tarian Jamilah hari keluarga tu. Tapi last minute dia tarik diri pula. 
Aku memang tahu Shumi ada mengikut latihan tarian ni. Mula2 dia bagitahu tu aku ada tanya juga kenapa tetiba ikut tarian pula, katanya dia suka. Aku ok jak asalkan tak menganggu pelajaran. 

Tapi bila hari tu dia mengadu, dia tidak tahu macam mana nak buat kerja rumahnya, Babanya hairan. Tanya kenapa tak tahu, Shumi kata dia tidak masuk ke kelas sebab terpaksa berlatih tarian persembahan tu. Hubby yang memang garang dan tegas mulalah berceramah. 
Aku kesian juga dengan Shumi, aku takut nanti jadi ibu bapa yang terlalu mengongkong pula.
Hubby tak suruh Shumi stop terus dari latihan tarian tu tapi dia biarkan Shumi buat keputusan sendiri. 
Itupun setelah Hubby jelaskan baik buruk bila mengikut aktiviti yang terpaksa mengambil waktu di kelas. 

Esoknya tu semasa ambil Shumi dan Shamzi balik dari sekolah, Shumi bagitahu yang dia dah tarik diri dari persembahan tarian tu. 
Aku terkejut juga tapi tanya Shumi, dia rasa sedihkan bila tak dapat ikut persembahan tu. Shumi geleng kepala, dia hanya jawab dia tidak mau tertinggal pelajaran. 

Aku lega sedikit sebab Shumi suda bijak membuat keputusan. Tapi dalam pada masa yang sama bagitahu dia, yang aku dan Babanya tidak menghalang kalau dia mengikut mana2 aktiviti sekolah yang dia suka. Yang penting dia tahu yang aktiviti itu tidak menganggu pembelajarannya.


Note : ada bertanya juga dengan Hubby yang juga merupakan seorang cikgu, kenapa aktiviti2 yang perlu latihan diadakan semasa waktu belajar, kenapa tidak dibuat pada waktu petang atau selepas kelas. Jawapan Hubby, sebenarnya semua aktiviti lain tidak boleh dibuat semasa waktu pembelajaran. Dia sendiri hairan kenapa cikgu Shumi buat latihan semasa kelas sedang berjalan. emmm mungkin dorang kesuntukan masa agaknya kata Hubby. Harapnya selepas ni cikgu2 berkenaan bijak mengatur masa mereka. Jadi taklah murid2 tertinggal kelas dan pada masa yang sama masih dapat menyertai aktiviti lain yang mereka suka. (^_^)
Tarian Jamilah tu apa? Korang google sendirilah ye ...




Friday, March 6, 2015

Dilema ibu bapa bila berkursus

Assalamualaikum

Ok dapat memo semalam, kena pegi training 2 hari hujung bulan ni di KL. Emmm cam mana anak2 aku nanti, boleh ke Hubby jaga. Sapa nak cuci baju sekolah dorang, iron baju lagi, masak lagi. 
Ni lah dilema ibu ibu yang berkerjaya. Ceh berkerjaya gitu. 

Korang yang kerja tu memang pernah hadapi situasi ni kan. Kadang-kadang kalau emergency tu bolehlah minta request dari boss takmo pegi training tu tapi kalau setiap kali tolak, habislah appraisal kita. Tak merasa naik gaji lah nampaknya. 

Aku setakat ni bila dihantar kursus atau training kat luar Sabah, jarang juga timbul masalah sebab Hubby boleh berdikari ( berdikari walaupun tidak sepenuhnya). 
Setakat jaga 3 orang anak tu apa masalahnya. Katanya ...
Boleh katanya dia jaga TAPI DENGAN SYARAT .. 
Sediakan baju sekolah yang siap di iron. Kalau misalnya aku kursus 2 hari, maka 2 harilah juga aku sediakan baju untuk anak2.
Sediakan baju kerja dia yang sudah beriron. (Hubby memang fail bab2 iron baju ni)
Sediakan baju Damia untuk ke taska dan juga rumah. Shumi dan Shamzi dah pandai cari baju rumah, Damia masih kena bantu lagi.
korang faham2lah bila bapa-bapa yang pakaikan  baju untuk anak perempuan, abis compang camping jadinya. Baju lain seluar lain. Kaler baju macam fesyen blocking. Berwarna warni sebab baju dan seluar tak match. Hehe
Bab makan, tak perlu risau kata Hubby ada chef di import dari India. Duduk dan order jak. :P

Tapi itu jika jangka masa kursus aku pendek jak setakat 1 atau 2 hari sahaja. Kalau lebih dari tu, makanya Hubby terpaksa berdikari sepenuhnya. 
Pernah dulu masa Shumi baru lahir, aku training sebulan di KL. Kami terpaksa minta bantuan mak di kampung.
emmm ginilah kalau dah namanya jadi pekerja dan juga ibu bapa. 

Hubby tak pernah kursus? Pernah. Sapa cakap tak pernah. Tapi setakat ni kursus Hubby dalam daerah juga so boleh balik ke rumah walaupun Hubby disediakan tempat penginapan semasa berkursus. Hubby risau tinggalkan aku dan anak2 di rumah sendiri. Kursus luar daerah ?? Pernah tapi selalunya last minute memang Hubby dapat replacement. Nasib baik majikan Hubby memahami situasi kami. 

Kalau dua2 berkursus serentak ?? Setakat ni belum pernah tapi tak tahu akan datang kan. Tak terpikir apa yang akan dibuat bila kedua2nya berkursus serentak. Nak hantar balik kampung, sekolah macam mana. Bawa mak dari kampung jaga dorang, sapa yang hantar pegi sekolah pula ... emmm dilema dilema ...





Thursday, March 5, 2015

Kita ke mana? Kita ke mana?

Assalamualaikum

Kita ke mana ? Kita ke mana ? ... nak dekat2 cuti sekolah ni, aku lah yang paling sibuk. Padahal bukan aku yang cuti pun, Baba dan kanak2 riang di rumah tu.
Tetapi memandangkan Uminya ni merupakan perancang utama segala aktiviti cuti sekolah maka sekarang ni tengok sibuk memikirkan apa yang akan dibuat pada cuti sekolah ni. 

Perancang utama gitu. Hehe
Umilah ni memikirkan nak pegi mana, buat apa, stay di mana ... budgetnya berapa ...
Aku kalau tanya Hubby, pegi mana cuti sekolah ni, dia mesti akan jawab .. ikut aku sajalah. Dia ikut jer ...
Last2 malas nak tanya ... aku plan cantik2 kemudian tanya Hubby ok ke tidak. 
Selalunya memang dia setuju pun. 

So nak ke mana ni ??? Dalam otak memang dah pin kemas Kundasang tapi aku pula yang boring sebab bulan 12 hari tu baru je pun pegi sana. 
Nak jalan luar Sabah sikit kena plan awal2 lagi. Budget pun kena extra. Emmm.

Nak balik kampung ... baru je balik cuti cny hari tu. Anak2 memang suka balik ke kampung, aku lagilah suka tapi kesian kat Hubby. Dia memang sekali sekala nak bersendirian dengan Umi dan anak2nya sahaja. 

So setelah memikirkan ... plan nak ke ....
Seminggu cuti mungkin boleh ke Lok Kawi Zoo, atau Green Connection Aquarium atau mungkin boleh pegi ke Muzium (anak2 aku tak pernah lagi ke Muzium). Hehe
Ada terpikir juga nak ke Labuan sebab Damia belum pernah naik feri lagi. Last sekali ke Labuan tahun 2009. Itu pun anak baru 2, Shumi dan Shamzi. Damia baru dalam proses pembikinan kihkihkih.

Ok nak buat proposal dulu ni. Tengok mana Hubby setuju. Takut tak kena dengan budget pula kan.
Tapi kan susah2 kalau tak dapat ke mana2 ... kita duduk rumahlah anak2. Santai2 depan tv, tengok movie sambil makan kuaci. ;) best apa ...



Wednesday, March 4, 2015

Tanda-tanda Strok Haba

Assalamualaikum

Sumber : Facebook

Jom baca dan ketahui tanda-tanda Strok Haba. Cepat2 ke hospital jika anda mengalami gejala2 di atas.

Apa yang boleh kita lakukan untuk mengelak terkena strok haba ni ?


Cuaca panas ni memang tekak sentiasa haus. Nak minum jer tapi tak lalu nak minum air suam. Nak2 pun cendol ke, ABC ke atau air bandung yang sejuk itu ... nyaman terasa. Hehe




Wordless Wednesday # 74

Assalamualaikum


Semalam dah isi e-filing tu. Emmm banyak pula potongan cukai aku tahun lalu. 
Nasib baik buka email tadi pagi dapat payment advice dari HSBC. Ok cek nak sampai. Terubat sikit hati sebab tengok amount cukai semalam. :)


Note : bukan nak poyo tutup2 amount tu. Amount cukuplah untuk blogger suam kuku cam aku ni. Ni pun baru 2 kali aku cash out kan hasil Nuffnang.






Tuesday, March 3, 2015

Bulan cukai!

Assalamualaikum

Dah masuk bulan Mac ... bulan extra budget untuk aku. Bulan ni nak hidupkan insurans dan road tax si Al Putih tu ... bulan ni juga nak temu janji untuk service ... budget kurang2 pun dalam RM300 untu service emmm ... 
Bulan ni juga sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab ... kononnya ... wajib mendeclare pendapatan. 
Bulan membayar cukai gitu ...

Semalam dah try masuk e-filing tu tapi balik2 ni kena 'tendang' keluar. Agaknya sistem baru nak warming up, sebab baru buka 1 Mac tu kan.
Aku agaknya sangat bersemangat nak declare awal2. Bukan apa, susah bila ko dah bertangguh buat kerja tu. Bila dah niat dalam hati, nantilah aku buat, besoklah aku buat, last2 sampai due date tak buat2. 
Last minit kerja memang kelam kabutlah jawabnya. 

Kalau yang dah try masuk e-filing tu, perasan tak, 'wajahnya' dah berubah. 
Dan sekarang, kita boleh terus buat bayaran cukai menggunakan kad kredit atau debit melalui satu portal khas yang baru diperkenalkan oleh LHDN. 
So tak payahlah kita nak beratur panjang di kaunter bank atau LHDN untuk membayar cukai tu. 

Tapi kan, bagi aku, baik buat potongan cukai setiap bulan. Senang. Bila masa mendeclare kita cuma tunggu samada kita terlebih bayar atau kurang. 
Jika terlebih bayar, jangan bimbang sebab pihak LHDN akan kembalikan lebihan bayaran tu kepada kita dalam masa 2 minggu. 

Ok dah cukup cerita pasal cukai2 ni. Kadang2 tu cam rasa terbeban pun ada kan, tapi dah itu kewajipan sebagai rakyat Malaysia so buat je lah. Moga2 semua cukai yang kita bayar itu dimanfaatkan sepenuhnya oleh kerajaan untuk kebaikan dan kemajuan negara gitu ... TaTa!


Note : ini bukan entri khas untuk LHDN ye