Thursday, April 30, 2015

Dah kembali

Assalamualaikum

Dulu selalu kongsikan gambar-gambar moment, pemandangan, anak-anak dalam blog ni. Jurufotonya sedang rajin so banyaklah gambar2 yang tak seberapa itu terhasil.
Tapi semenjak 2 menjak ni, moodnya tak ada. Malas nak ambil gambar sebab laptop kesayangannya rosak ... Almaklumlah dah dekat 7 tahun berkhidmat untuk tuannya. 

Tapi baru2 ni dah ada pengganti si laptop tu. Lebih upgrade katanya ... berkat kumpul sikit demi sedikit, dapatlah sebuah 'gadget' yang lebih canggih. Mood jurufoto dah up kembali ...





Ok bai! Selamat bercuti!





Wednesday, April 29, 2015

Wordless Wednesday # 81

Assalamualaikum


Speechless ... wordless ... Hanya mampu tersenyum sambil krup krap krup krap 


Pusat Membeli belah di Sabah

Assalamualaikum

Di Sabah kebanyakkan bangunan pusat membeli belah terletak di Kota Kinabalu. Walaupun ianya tidak sehebat pusat membeli belah Pavillion atau Berjaya Times Square di Kuala Lumpur tetapi kebanyakkan outlet yang ada di sana juga boleh di dapati di sini. 

Ok ... antara shopping mall yang legend kat Kota Kinabalu, maknanya dah lama dibuka.

Centre Point Sabah

Sumber : wikitravel.org

Wisma Merdeka Sabah
Sumber : www.maricorealty.com

Kompleks Karamusing
Sumber : Google Image

Ni antara shopping mall yang awal dibuka di Kota Kinabalu. Wisma Merdeka dan Kompleks Karamunsing paling awal dibuka ... kemudian Centre Point yang banyak sentimental value untuk aku. Yalah zaman study dulu, tempat ni lah kitaorang selalu lepak-lepak release tension dan juga dating di KFC ...upppss.
Kompleks Karamunsing ni pula boleh dipanggil Low Yat KK kerana terdapat banyak kedai menjual pc, tablet, hp ... ala ala Low Yatt Plaza di KL tu.
Kemudian banyak lagi shopping mall dibuka di Kota Kinabalu yang lebih banyak menawarkan banyak outlet yang menjual barangan branded dan mahal. Ni untuk mereka yang suka bergaya mewah lah.

1 Borneo Hypermall

Sumber : icgt2015.weebly.com

Suria Sabah
Sumber : www.skyscarpecity.com

Kedua pusat membeli belah ni selalu menjadi tumpuan orang ramai terutamanya di hujung minggu dan juga cuti am. Aku selalu ke 1 Borneo sebab lokasinya dekat sahaja dengan rumah.
Suria Sabah mungkin baru 3 kali ke sana. Tak berapa suka sebab ianya terletak di tengah bandar KK. Malas nak meredah jammed.

Selain dua shopping mall ni ... satu lagi pusat membeli belah dibuka di area KK. Baru sahaja grand opening hujung bulan mac yang lalu.
Sebelah sahaja dengan opis tempat aku kerja ni, maklumlah sama developer kan.

Imago Mall
Sumber : sabahbah.com

Actually banyak lagi pusat membeli belah di area Kota Kinabalu ni. Ada yang sedang dalam pembinaan ... kat depan kawasan perumahan aku tu pun ada satu yang sedang dalam pembinaan. Makin sesaklah tempat kami tinggal bila dah siap nanti.
So korang yang nak datang ke KK bolehlah berkunjung ke pusat2 membeli belah ni. Ok bai!



Tuesday, April 28, 2015

Bubut !

Assalamualaikum


Ok .. no idea lagi nak tulis walaupun tangan gatal nak ketuk keyboard. So kita belajar lagi Bahasa harian di Sabah. 
Bubut bererti Kejar. 

Contoh ayat, budak itu sedang membubut bapanya bah .... :P

Ok bai!



Monday, April 27, 2015

Bila berlaku depan mata

Assalamualaikum

Kita selalu terbaca, terdengar malahan diajar pelbagai peraturan yang perlu kita patuhi semasa berada di jalan raya. 
Di larang memotong di sini, lampu isyarat di hadapan, awas laluan pejalan kaki ... dan banyak lagi peraturan yang sepatutnya kita mesti dan wajib patuhi. 
Setiap peraturan yang dibuat ada sebabnya. Bukan sahaja ianya melindungi anda tetapi juga untuk pihak kedua dan ketiga.

Tiba-tiba entri terasa sangat rasmi. Bukan apa cuma nak kongsi kejadian berlaku depan mata, berlaku apabila peraturan-peraturan yang telah ditetapkan tidak dipatuhi. 

Tidak pernah sangka akan ternampak kemalangan berlaku di depan mata malahan anak-anak pun nampak. 
Kejadian berlaku kira2 4.30 petang dekat dengan satu lorong pusingan U. Kereta bergerak perlahan kerana jammed.
Ternampak dari sebuah kereta sedang membuat pusingan U secara haram, maknanya pusingan U tu bukan untuk kenderaan yang datang arah kami tetapi untuk yang berada di sebelah.
Kononnya dia nak elak jammed lah tu. Dan ada satu kereta lagi nak mengikut si luncai tu tapi terhenti kerana tiba2 datang sebuah kereta yang hendak membuat pusingan. Kereta yang dipandu oleh seorang wanita tu, masuk terus ke celah2 kereta yang sedang bergerak perlahan tu kerana sangkanya kereta yang hendak menurut si luncai tadi memberi jalan kepadanya .. padahal pengikut si luncai ni nak buat salah tapi tak jadi.

Akibatnya kereta dari arah kami semua terpaksa memberhentikan kereta untuk memberi laluan kepada pemandu wanita tu membuat pusingan U. Kereta semua boleh berhenti secara tiba2 tetapi malangnya sebuah motorsikal yang agak laju tidak sempat mengelak kereta wanita tu dan terlanggar dengan kuat bahagian hadapan kereta tu. Penunggang tu terlambung tinggi sebelum terhempas ke jalan raya. 

Mengucap panjang aku dan hubby tengok kejadian yang berlaku sekelip mata itu. 
Dalam keadaan bergegar tu, aku sempat menjeling ke arah penunggang motor tu dan terlihat dia sedang berjalan ke tepi sambil menahan sakit. 
Hubby cepat2 bergerak dari situ bukan sebab tiada niat untuk membantu. Kami di bahagian sebelah kanan jalan, kemalangan tu berlaku di sebelah kiri. Lagipun anak2 semua berada di dalam kereta masa tu.
Aku hanya berharap semoga penunggang tu tidak apa2 dan tidak mendapat kecederaan yang teruk.

Dari apa yang terjadi ... jelas dan nyata bila seseorang itu tidak mematuhi peraturan, bukan sahaja dia membahayakan nyawa sendiri malahan nyawa pihak kedua Juga pihak ketiga.
Pengajaran untuk diri sendiri dan semua pengguna jalan raya yang lain. Hati2 di jalan raya, ingat diri sendiri, keluarga sendiri dan juga nyawa orang lain. Patuhi peraturan ... jangan sampai kita menyesal satu hari nanti kerana disebabkan kita nyawa orang lain yang melayang.






Friday, April 24, 2015

Nampak sedap bila ...

Assalamualaikum

Tahu serlahkan warna


Cukup pencahayaan


Susun atur dan variasi


Fokus


Menjadi pilihan ramai!

Semua pun akan nampak sedap dan menyelerakan :D


Tapi kalau tak nampak yang kat bawah ni ... tak selera makan tau ...




Wednesday, April 22, 2015

Wordless Wednesday # 80

Assalamualaikum
 
 
Anak-anak kesayangan hamba ... Gambar yang lalu. Lepas ni nak suruh Hubby snap yang baru pula.
 
 
 
 


Tuesday, April 21, 2015

Cubuk!

Assalamualaikum

Mencubuk si hubby mengambil gambar. :P


Note : Cubuk ialah bahasa pasar/seharian Sabah yang membawa maksud intip atau skodeng.





Monday, April 20, 2015

Persiapan bersalin seperti baru anak pertama

Assalamualaikum
 
Rasanya aku dah kongsikan kisah kakakku yang preggy itu. Terkejut juga bila dengar berita tu sebab anak kakak yang paling bongsu tu pun dah masuk tingkatan 1, dah 13 tahun umurnya. Lagipun kakak tak ada pun rancangan untuk menambah lagi. Tup tup dah tahu kakak mengandung hari tu.
Tapi itulah, manusia hanya merancang, semuanya ditentukan oleh Tuhan.
Kalau Dia nak bagi rezeki, bila-bila masa sahaja yang dikehendakNya.
Syukur Alhamdulillah, kandungan kakak dah masuk 8 bulan. In sha Allah bulan Jun ni kami akan menyambut keluarga baru.
 
Kakak sepanjang kandungan tak hadapi apa-apa masalah. Morning sickness pun tak seberapa. Bukan cam aku dahulu, tiga3 anak pun hadapi masalah morning sickness yang teruk. 3 bulan pertama asyik baring je, muntah2 dan tak lalu makan.
Kakak pula ok, makan juga cuma tak boleh makan ayam. Katanya geli bila rasa daging ayam tu.
 
Bila dah tetiba mengandung, setelah berehat selama 13 tahun ... ianya kembali seperti pengalaman pertama. Kakak seperti ibu yang sedang menunggu kelahiran anak pertama. Semuanya kembali kepada kosong. Kakak banyak bertanya kepada aku dan adik.
Kenapa kandungan macam ni, apa yang perlu dibuat, apa yang tak patut dibuat.
 
Hari tu di kampung, aku ternampak akar-akar kayu di dalam periuk yang seperti sedang sedia untuk direbus. Aku tanya siapa punya, mak jawab kakak. Aku sebenarnya bukan tak percaya kepada herba-herba atau akar-akar kayu ni. Tetapi kadang2 apa yang diminum oleh ibu tidak dapat diterima oleh bayi yang dikandungnya. Lebih baik elakkan daripada memudaratkan bayi.
Mungkin semasa berpantang nanti, kakak boleh amalkan perubatan tradisional.
Aku nasihatkan kakak makan ubat-ubat yang diberikan semasa dia berklinik. Adik aku pun sama, sepanjang dia bekerja sebagai nurse, tak pernah pula doctor suggest minum akar-akar kayu untuk mudahkan proses bersalin. huhu
 
Hari tu kakak dan abang ipar membeli barang-barang bayi. Kena bersedia awal kan. Manalah tahu, baby tak sabar keluar ... kadang-kadang kandungan 8 bulan lebih pun boleh terbersalin. Cam aku, tiga3 anak semua pun nak keluar awal hehe.
Sekejap-sekejap kakak telepon aku. Apa lagi yang nak dibeli. Barang-barang baby yang patut disediakan. Eksaited dorang suami isteri ... nak sambut orang baru kan.
 

 

 

Antara barang-barang bayi yang kakak beli. Semangat dia tunjukkan kat aku melalui whatapps. Lampin pakai buang jenama Mamypoko tu aku yang suggestkan sebab tiga2 anak aku guna ni semasa awal kelahiran. Harga memang mahal tetapi kualitinya sangat puas hati. Kulit bayi sentiasa kering walaupun mereka kerap buang air kecil. Dan satu lagi, bila kulit selesa dan kering, baby tak akan terkena ruam lampin. Kesian bila baby terkena ruam lampin tu, tentu pedih dan tak selesa.
 
 

Baju-baju baby yang kakak beli. Kakak beli kaler selamat. Maknanya baby girl ke atau boy, dua2 pun boleh pakai. Jantina baby tak nampak kata kakak. Malu agaknya dia nak tunjukkan kat Mummy dan Daddynya. Kata kakak semasa dorang pilih baju ni, abang ipar yang terlebih eksaited, semua dia nak beli. Teringat aku pula dulu, cam satu kedai nak diborong. Tak boleh tahan tengok baju-baju baby yang comel tu.
 
 
 
Tak kisahlah kan baby girl ke atau baby boy, yang penting kedua-dua ibu dan anak selamat dan sihat. Aku pula yang eksaited nak tengok baby bulan Jun ni. Tak sabar nak cium bau baby yang wangi tu.
 
 


Sunday, April 19, 2015

Betul kan??

Assalamualaikum
 
Hari ni ahad, esok kembali ke rutin asal ... kerja. Ada sesetengah negeri yang dah mula kerja hari ni. Mesti korang menghadapi situasi seperti di bawah.
 
Bangun pagi, awal lagi, lelapkan mata sekejap kononnya .. bangun secara tiba-tiba, alamak !!!!  dah lewat. Lelapkan mata sejam ... hahaha
 
Kat tempat kerja ... mengantuknya .. tutup mata kejap. Rehat lah kononnya, 5 minit jak. Ok buka mata. Aiikkk apasal jam ni tak gerak langsung. Lambatnya abis masa bekerja.
 
 

 
Sumber : Facebook
 
 
Pengajaran : Jangan malas bekerja ! Happy working untuk esok pagi ....
 
 
 

Friday, April 17, 2015

Thursday, April 16, 2015

Kempunan pelancong Korea tu

Assalamualaikum

Alkisahnya cuti sekolah bulan Mac yang lalu kitaorang pergi ke Kundasang ... ye tempat feveret kami sefamily tu. Tak stay sana, pergi pagi balik petang. Boring duduk kat rumah so naik lah ke Kundasang makan sayap ayam madunya.

Sampai kat Pekan Kundasang, kitaorang rest2 lah kejap, nak bagi enjin kereta sejuk sikit sambil2 melihat pemandangan Gunug Kinabalu yang malu2 ditutup awan tu. 
Dekat keta kami tu adalah sekumpulan pelancong, orang Korea dan Indonesia sedang syok2 bergambar walaupun gunung tak nampak. 

Kitaorang tak keluar kereta, duduk2 sambil menikmati angin sejuk dipergunungan tu. Gitu ... tetiba Damia buat perangai. Diam membatu padahal baru je ketawa2 dengan abang2nya. 
Heran tapi bila aku tengok kat tepi kereta, rupa2nya salah seorang pelancong korea tu sedang cuba snap ambil gambar Damia. 
Dia minta izin nak ambil gambar Damia yang sedang memakai topi boboboy kaler oren tu. Aku faham walaupun kami cakap bahasa itik dan ayam. Sorang cakap korea sorang cakap orang putih kononnya. 

Aku keluarkan sikitlah Damia dari kereta supaya orang tu dapat snap tapi Damia masih berkeras sambil buat muka protes. Damia tak suka sebab dia tak kenal.
Pelancong tu tak putus asa .. dia pura2 kononnya pegi tempat lain, Damia leka sikit je, dia terus snap. Tapi rasanya tak dapat ambik gambar Damia. Hehe
Last2 dia minta izin pinjam topi boboboy Damia, ambil gambar sendiri sambil pakai topi tu. Aku lupa pula curi2 snap masa dia bergaya dengan topi tu. :P

Damia dan topi boboboy yang menarik perhatian pelancong korea tu. 


Pelancong Korea tu. Lelaki bertopi baju biru yang sedang bergambar dengan isterinya. Mungkin dia rindukan anaknya agaknya. 


Kempunan pelancong korea tu nak bergambar dengan Damia. Dapat gambar dengan topi jadilah. 
Lepas pelancong tu gerak, dorang nak ke Poring Hotspring lepas tu katanya ... Damia bukan main seronok lagi. Damia yang pula ajak bergambar, dia kata orang tu dah pergi. 


Nampak 3 beradik ni. Bukan main lagi.


Setepek lagi gambar Damia ala ala budak korea kulit hitam manis. Hehe


Note : ingat lagi masa Damia umur 3 bulan gitu. Dua orang pelancong wanita dari Korea juga bergambar dengannya. Aku pun pelik juga, apa yang different sangat rupa Damia ni dorang suka ajak bergambar. Emmmm... 




Wednesday, April 15, 2015

Wordless Wednesday # 79

Assalamualaikum

Banyak masalah melanda sekarang ni, pening kepala ... barang naik harga, ada cukai lagi ... nak kena cari tapak lagi nak bercucuk tanam ... emmm apa boleh buat. Nak tak nak, hidup kena di teruskan juga ...

Makan tetap makan (ehhh tetiba!)

Kuey teow Goreng Seafood. Ok ok je rasanya. 


Sup Ayam ni sedap. Wajib order bila makan kat luar sebab Damia suka makan dengan nasi kosong.


Sotong Goreng Tepung. Sekali sekala makan ni memang mantap. Tapi Shumi tak boleh makan banyak ni, rasanya dia alergik. Lepas makan ni itu hari, tergaru2 Shumi. Tumbuh ruam2 kecil di matanya. Aku suspect memang sotong ni lah penyebabnya.


Ayam masam manis. Sedang2 je taste dia. Kata pelayan restoran tempat kami makan tu, menu ni pemes, selalu orang order.


Ayam panggang seekor dari Kenny Rogers. Tak abis makan, tapau bawa balik rumah.





Tuesday, April 14, 2015

Bertukar ke Hotlink - Maxis

Assalamualaikum

Dah lama rasanya tak buka blog guna lappy. Update blog pun guna hp ku itu. Taip entri guna smartphone ni manalah best. Sangat terhad. Nak taip pun terpaksa hati-hati, sebelum publish kena check semua perkataan ... maklumlah banyak typo error.
Entri pun tak dapat nak taip panjang-panjang (macamlah sebelum ni publish entri panjang berjela).

Pendek kata taip guna hp ni memang tak best!
Kenapa tak guna lappy ?? lappy tak rosak pun. Tapi yang menyebabkan malas nak buka blog kat lappy adalah disebabkan oleh line tenet yang tersangatlah slow ... kadang-kadang langsung tak boleh buka. Aku dan hubby di rumah hanya guna prepaid internet. Reload RM10.00 boleh guna internet 5 hari dengan kelajuan 300MB. Kitaorang guna portable Hotspot yang ada dalam hp tu.

So bolehlah buka blog kat lappy. Kitaorang memang guna DiGi dari dulu lagi. Tak pernah nak tukar ke line yang lain.
Tapi kan semenjak dua menjak ni, line tenet DiGi ni semakin parah. Buka kat hp punyalah main slow. Kadang-kadang langsung tak ada line.
Ini kan nak di jadikan ia hotspot lagi ... langsung tak boleh connect di lappy. Berkulat aku tunggu tau nak buka blog. Last-last patah semangat nak buka blog kat lappy.

Selama ni update blog pun guna line kat office je. Nak harapkan tenet DiGi tu .... alamat bersarang labah-labah lah blog ni ...
Taip entri dan post tapi nak blogwalking pula tak sempat sebab kat opis kan. Blogwalking pun curi-curi masa jer.
Fikir punya fikir ... tak boleh jadi ni. Kena tukar line ni. So aku pun survey-survey lah line tenet mana yang ok. Survey sendiri, sambil tu tanya kawan-kawan kat opis. Line apa yang dorang guna. Untuk internet kata dorang, Maxis setakat ni yang terbaik. Dua orang opis mate aku yang sebelum ni guna DiGi pun dah bertukar ke Maxis.
Emm boleh cuba juga ni. Tapi aku tak lah pula disconnect line DiGi aku tu. Aku masih gunakannya untuk line tepon aku. Aku hanya tambahkan lagi satu simcard kat hp, dan aku pilih Hotlink Prepaid dari Maxis.
Line ni aku guna khas untuk internet. 

Ok lah setakat ni line tak ada masalah. Nak kata laju sangat ... kira boleh lah juga download video dan lagu. Compare dengan DiGi dulu, nak buka Facebook pun asyik tak dapat je.
Sekarang ni kami hanya guna prepaid internet. Lebih murah berbanding bulanan. Tapi kalau korang tahu mana satu line internet yang bayar bulanan tapi kelajuan sangat berbaloi dengan harganya, korang inform2 je aku ye ... :D



Note : ini bukan iklan Hotlink.





Monday, April 13, 2015

Selamat Hari Lahir yang ke-54 Mak

Assalamualaikum

Semalam genap umur mak yang ke-54 tahun. Syukur alhamdulillah ... Minggu lalu kami adik beradik buat sambutan hari lahir mak. Tak besar sambutan, tapi cukup membuatkan mak tersenyum lebar. Mana tak kami buat ala ala surprise gitu. 

Beberapa sebelum balik ke kampung 3hb April yang lalu, aku dan plan dengan kakak. Kakak tempah kek dan beli barang2 untuk dimasak hari tu. Mak hairan untuk apa? Aku cuma suruh kakak cakap kat mak, ada sambutan hari jadi untuk kakak dan anak buahku. Kebetulan kakak, anak buahku dan mak sambut hari lahir pada bulan yang sama iaitu April. Tapi mak 12hb, manakala kakak dan anak buahku 27hb. 
Tak logik alasan harijadi dorang tapi aku tahu mak mengikut jak rancangan kami. 

So hari tu, aku bagitahu mak, yang aku sekeluarga serta adik dan anak2nya akan balik ke kampung. Mak memang eksaited bila dengar kalau kami nak balik. Lebih2 lagi kononnya nak buat birthday Kakak dan anak buahku.
Kami sampai di kampung jak, mak dah siapkan makanan. Tinggal tunggu kakak yang mengambil kek yang sudah ditempah awal. 

Sampai jak kakak, kami terus suruh tukar baju ... maklumlah mak kan pakai baju standard jak kat rumah. 
Mak tanya apasal mo tukar2 baju segala. Kami cakap tukar jak, kami nak gambar dia dengan cucu2nya semua. Mula-mula tu mak cakap malas nak tukar2 baju segala tapi nasib baik adik bongsu ku yang memang manja dengan mak pandai memujuk.
Dan hasilnya ... mak memang sedikit terkejut tapi nampak kegembiraanya. 

Mak dan cucu-cucunya ... 7 orang, 6 lelaki seorang perempuan. In sha Allah akan bertambah bulan Jun ni.

Damia yang eksaited. Katanya harijadi dia. Terpaksalah mak layan jak peel cucu2nya. 


Fresh Cream Yam cake, kesukaan mak. Memang sedap!

~~Selamat hari lahir Mak ... semoga dipanjangkan umur, sihat sentiasa dan bahagia selalu ... amin~~



Thursday, April 9, 2015

Yang simple itu sedap!

Assalamualaikum

Aku ni bukan kategori ibu yang pakar memasak. Tak berapa reti nak masak makanan yang banyak menggunakan bahan terutamanya rempah ratus segala. 
Bukan tak tahu langsung masak ... tahu gak. Sekali sekala masaklah juga kari, bakarlah juga kek. Tapi sekali sekalalah.
Sebabnya aku suka yang simple. 
Hubby pun suka yang simple.
Anak2 pun menurun Umi dan Babanya ... Yang simple.
Simple tapi sedap gitu kata2 anak2. Hehe

Contoh yang simple, anak2 dan hubby suka makan nasi dengan telur dadar yang aku masak. Dorang kata gitu dah cukup sedap. Buktinya dorang 2 kali tambah nasi. 
Tapi bukanlah hari2 meratah telur dadar dan nasi kosong. Ubah jugalah menu. Sawi dengan ayam kicap ke, sambal tempe ke, ayam masak halia ke ... simple tapi sedap.

Ni aku tepek resepi simple tapi sedap (kata anak2 aku dan hubby). Masak biasa jak tapi nama resepi kasi panjang sikit biar gempak .. kihkihkih


Spaghetti Telur Mata Lembu Berlada Hitam Power!

Roti Paun Goreng Berinti Susu Pekat Berkrim Cicah Mayo Sos Cili!


Biarlah orang nak kata aku tak reti masak ke, malas nak masak ke ... yang penting aku tau selera Hubby dan anak2. 

Note : dapat request dari ibu mengandung di kampung tu (kakak) suruh masak spaghetti cam dalam gambar tu. Dorang terliur tengok katanya. Hehe
Dan untuk tidak menghampakan, aku dah masak 2 bungkus spaghetti goreng untuk brekpes kami adik beradik balik ksmpung hari tu. Taste biasa2 jak tapi anak2 buah suka. Habis sekuali besar gitu. :D






Wednesday, April 8, 2015

Wordless Wednesday # 78

Assalamualaikum


Gerhana Bulan malam 4.4.2015 hari tu. Live dari depan rumah di kampungku yang permai Kota Marudu. Hari tu tak bawa kamera, so gigih snap dengan kamera hp yang 8mpixels tu jer. Kabur tapi bolehlah nampak bulan sedang gerhana. 




Tuesday, April 7, 2015

Tukar IC

Assalamualaikum

Sebenarnya banyak benda yang aku nak kongsikan dalam blog ni. Ada yang dah didraft tapi tak ada masa nak edit dan publishkan.
Tak tahulah napa tersangatlah busy. 3 bulan pertama di tahun 2015 ni memang bulan yang sangat-sangat busy bagi aku.
Cerita pegi KL hari tu pun belum publish. Bukanlah cerita cuti-cuti Malaysia, sekadar training yang kena pergi last minute. Gara2 GST. Sistem kat opis tukar pasal benda tu.
Emmm tak nak lah komen pasal tu lagi. Ngadu lebih2 pun bukan ada yang dengar.

Ni cerita bulan Jan hari tu. Dah basi cerita tapi nak juga cerita. Hehe
Tak adalah menarik sangat. Cerita tukar IC je pun. Dah lama sebenarnya nak tukar pun tapi tak ada masa. Tukar sebab IC yang lama tu dah rosak tepi2 kad tu. Lagipun gambar cam tak match dengan rupa aku sekarang. Dulu kan gambar dalam IC sangat keremajaan gitu. Nak juga tukar gambar yang lebih matang dan terkini hehe

Kitaorang tukar di JPN UTC ... pusat transformasi negara tu. Tapi kan banyak2 kemudahan yang kerajaan bagi, yang ni aku puji sebab memudahkan rakyat berurusan. Office buka hingga malam, sabtu dan ahad juga buka. Bestx3.

Siap berurusan, bayar RM10.00, jika tak ada masalah apa contoh cam cap jari tak boleh baca ke apa, macam adik aku, ibu jarinya alergik hingga cap jari pun tak nampak kena tunggu 2 minggu. Yang kes biasa cam kami IC siap dalam masa 2 jam. 


Ini IC yang lama. Muka pun cam suci sangat. Dulu kena buka spek kalau nak gambar, tu pasal dua2 pun kecik jak mata. Sekarang dah boleh pakai spek. Jadi tak lah nampak sangat kesepetan mata tu.
IC baru tak payahlah nak tunjuk ye. IC lama ni saja jak tepek sini sebab nak dijadikan kenangan. Dah kena gunting hari tu. 

Ok lah. abis cerita IC. TaTa!



Monday, April 6, 2015

Harga tak naik???

Assalamualaikum

Masih terngiang2 lagi berita2 yang dihebahkan di media-media massa sebelum 1 April dahulu. Pengenalan sistem cukai yang baru ini tidak akan menyebabkan kenaikan harga barang. 

Tetapi mula sahaja 1 April semuanya berubah sekelip mata. Hampir kesemua barang naik? Di tanya kepada peniaga, kenapa naik? jawapan pendek dan simple ... ada GST. Huh!
Yang paling ketara, 3 hari sebelum aku makan nasi ayam di sebuah restoran dengan harga RM5.50 sepinggan. Selepas 1 April di restoran yang sama, menu yang sama, kuantiti yang sama ... harga berbeza. Naik seringgit dalam sekelip mata. RM6.50 + 6% GST. 
Kata barang keperluan seperti beras dan ayam tidak dikenakan cukai tetapi peniaga naikkan  harga sesuka hati dengan alasan GST. 

Kawan mengadu ... kuih sepotong yang dulunya harga 0.80 sen. Sekarang dijual dengan harga RM1.80 sepotong. Melampau kan. Aku di golongan pertengahan dah terasa beban, inikan golongan yang berpendapatan rendah. 

Peniaga naikkan harga sebab pemborong naikkan harga, pemborong naikkan harha sebab pengilang naikkan harga, pengilang naikkan harga sebab kos bahan mentah naik harga ... Kos bahan mentah naik, nak salahkan siapa? Nak mengadu pun, belum tentu mereka yang di atas tu dengar. Terpaksa telan sajalah. Yang merana pengguna yang paling di bawah dalam carta. Pengguna terpaksa tanggung kos kenaikkan tu semua. 

Yang boleh dibuat sekarang hanya meluahkan rasa terbeban. Penyelesaian belum tentu ada. Hanya mampu telan dan tanggung seorang diri. Huhu

Note : bukan niat membantah pelaksanaan. hanya luahan rakyat bawahan. 





Wednesday, April 1, 2015

Wordless Wednesday # 77

Assalamualaikum






Pameran sport car di sekitar Lot 10 Bukit Bintang dan Pavillion. 


Puan Blog selfie sedikit dengan keta kaler putih tu


Note : Cuti hari ni. Nak sambut GST kihkihkih