Friday, June 26, 2015

Berbudi kepada tanah

Assalamualaikum


Tak sangka bapa ada tanam pokok nenas di belakang rumah. Gambar ni aku ambil sebelum puasa yang lalu.
Aku selalu juga jenguk2 kebun belakang rumah jika balik ke kampung tapi tak pula perasan pokok nenas ni. Tengok2 lagi dah berbuah kesemuanya. Ada 7 pokok rasanya pokok nenas bapa ni.

Kata bapa 2 biji khas untuk dimakan dan 5 biji lagi akan dijual di tamu (pasar minggu). 
Mak setiap hujung minggu akan buka gerai di tamu. Jual hasil kebun belakang rumah, buah sukun, pokok bunga yang pelbagai jenis tu, dan macam2 lagi. 
Hobi mak, walaupun penat kami benarkan juga. Lagipun kami tau mak bosan duduk di rumah ... anak2 dan cucu tinggal berjauhan huhu

Selain pokok nenas ada banyak lagi bapa dan mak tanam. Kebanyakkannya menjadi. Kata orang tua kalau orang yang tanam tu tanamannya menjadi punya tangan sejuk dan sebaliknya. Kata orang tualah. 
Aku tanam .. macam tak menjadi. Nak kipas2kan tangan dulu biar sejuk agaknya baru boleh menanam hehe.

Bila kita berbudi kepada tanah, in sha Allah banyaklah hasilnya .. tak gitu 








Tuesday, June 23, 2015

Lukisan Alam

Assalamualaikum

Salam ramadan 6 ... tak sedar nak masuk seminggu kita di bulan puasa. 

Kongsi sedikit hasil karya hubby untuk tatapan korang





Monday, June 22, 2015

Ini tempat kegemaran bapa

Assalamualaikum

Bukan lupa untuk ucapkan selamat hari bapa ... tetapi setiap hari aku sangat berterima kasih kepada bapa. 

Bapa tidak pernah mengenal erti penat ... tidak pernah mengenal erti jemu ... tidak pernah mengeluh ... demi membesarkan anak-anaknya.

Bila melihat tempat ini, mesti teringat bapa ... tempat bapa mencari rezeki sampingan untuk menyara keluarga. Apalah sangat diharapkan dengan gaji seorang pekerja bawahan, penjaga stor jabatan kerajaan ... memang tidak cukup. Tempat inilah yang akan bapa pergi setiap kali habis kerja jam 4.30 petang. Juga pada hari sabtu dan ahad. Seharian bapa di situ. Tidak akan pernah jemu.

Dan sekarang, setelah pencen, setelah anak2 membesar, berkeluarga dan berjaya ... tempat ini masih lagi menjadi lokasi kegemaran bapa. Kalau dulu sebagai penambah pendapatan, sekarang untuk penghilang bosan.


Terima kasih bapa

Saturday, June 20, 2015

Ubat yang tidak membatalkan puasa

Assalamualaikum

Puasa yang ke-3 hari ini. Alhamdulillah ... ternampak maklumat yang dikongsikan di Facebook ... rasanya sangat berguna untuk mereka yang bergantung kepada ubat atau memerlukan rawatan semasa berpuasa. 

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

Thursday, June 18, 2015

Salam Ramadan 1436H

Assalamualaikum


Alhamdulillah dah masuk 1 Ramadan kita hari ni. Semoga segala amalan kita pada tahun ini diterima dan diberkati olehNya. 

Semoga segala dugaan dan cabaran yang mendatang akan dapat ditempuhi dengan tenang, khasnya nasib penduduk Kundasang dan Ranau sekarang. Sudah beberapa hari bekalan air bersih terputus akibat loji air rosak oleh banjir lumpur isnin lepas. 

Sedangkan kita sehari pun tiada bekalan air sangat susah, tergendala segala urusan harian, inikan mereka yang sudah beberapa hari tidak mendapat bekalan air bersih. Nak2 lagi dah masuk bulan puasa ni, besar sungguh dugaan mereka. Seminggu yang lepas dugaan gempa bumi, minggu ni pula banjir lumpur.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Semoga mereka diberikan kekuatan dan kesabaran menempuh segalanya dibulan ramadan ni.






Tuesday, June 16, 2015

Dokumentari khas Malim Gunung di Tv1

Assalamualaikum

Semenjak kejadian gempa bumi di Ranau hari tu, nama Malim Gunung disebut-sebut sebagai penyelamat. True Kinabalu Hero! Dengan tenaga tulang 4 kerat dan kemahiran yang ada, mereka dapat menyelamatkan seramai seratus lebih pendaki yang terkandas di puncak Gunung Kinabalu hari tu. 

Ada yang tidak mengetahui siapa sebenarnya malim gunung ni. Yang pernah mendaki Gunung Kinabalu memang dah tahu siapa mereka. Yang belum tahu, jom sama-sama berkenalan dengan mereka melalui dokumentari khas di Tv1 hari ini 16 Jun 2015, jam 9.05 malam.



Jasamu akan dikenang! Syabas juga kepada mereka2 yang terlibat dalam operasi menyelamat tempoh hari!



Monday, June 15, 2015

Tetap akan dikunjungi, Tetap akan dirindui

Assalamualaikum

2 minggu berlalu dah.
Cuti sekolah dah abis dah hubby dan anak-anak sekalian.
Hari ni hubby dah memulakan tugasnya semula. Cam biasa seperti selalu.
Anak2 mula bangun awal kembali. Memang liat pada hari pertama selepas cuti. Uminya ni lah terpaksa high pitch sikit di awal pagi.

Aku cam biasa saja.
Kerja cam aku bukan ada cuti panjang cam cuti sekolah tu.
Hari2 pun sama saja. Cuma rutin beza sedikit. Cuti sekolah tak payah hantar dan ambil anak dari sekolah. Buka sekolah kenalah mulakan 'tugas' tu semula.

Aktiviti kami cuti hari tu ??
Balik kampung ... itu perkara wajib hehe
Dan stay 1 malam di tempat favorite aku dan hubby. Sampai kami berdua di cop kaki Kundasang.
Cuma kali ni berbeza sedikit. Pengalaman manis memang selalu kami dapat dari sana, tapi kali ni kami juga dapat pengalaman baru.
Kalau boleh biarlah kami rasainya sekali sahaja. Tapi ketentuan Tuhan kita tidak akan tahu.

Trauma !! Ya tapi tak akan serik. Cuma tunggulah keadaan reda sedikit. Kundasang tetap akan kami kunjungi. Gunung Kinabalu tetap akan dirindui.

Aku dan anak2, Kinabalu Park Kundasang, Ranau, 11.30 pagi, 4 Jun 2015



Friday, June 12, 2015

Kundasang, Ranau, Sabah - seminggu selepas gempa

Assalamualaikum

Seminggu berlalu sudah kejadian gempa bumi di Sabah khususnya Daerah Ranau, yang mana telah meninggalkan kesan yang ketara kepada keadaan muka bumi di Gunung Kinabalu. 
Sehingga semalam masih terdapat gegaran susulan tetapi lemah. Mengikut sumber, hingga kini terdapat lebih 50 kali gegaran susulan dirasai di sekitar Kundasang, Ranau dan Tuaran selepas gempa sekuat 6.0 skala ritcher pada hari jumaat lalu.
Semoga tidak akan berlaku tragedi yang lebih buruk selepas ini :(


Sumber : Facebook
Kesan selepas gempa bumi tempoh hari. Daerah Ranau paling terjejas. Kebanyakkan resort2 di sekitar Kundasang mengalami kerosakan termasuklah resort tempat kami menginap jumaat lalu semasa gempa berlaku. 


Sumber : Facebook
Keadaan muka bumi Gunung Kinabalu selepas kejadian. Yang nyata selepas gempa ianya tidak seperti dahulu. Donkey's Ear Peak juga musnah akibat bencana alam itu. 


Berita yang terpampang di surat khabar tempatan hari ini. Terdapat masih ada batu2 yang berjatuhan dari atas Gunung Kinabalu akibat gegaran2 susulan tu.
Manakala rabu lepas akibat daripada gegaran dan runtuhan batu dari atas gunung nenyebabkan air sungai tercemar. Dikatakan sisa2 runtuhan itu mengandungi toksik yang merbahaya jika air itu dari sungai itu digunakan. 


Gempa bumi yang berlaku baru2 ni bukan sahaja meninggalkan kesan kepada bentuk muka bumi dan fizikal tetapi kesan mental dan emosi kepada penduduk Sabah. Ada nyawa yang terkorban :(
Semoga mereka yang terbabit tabah menghadapi dugaan ini. Kepada Malim Gunung, wira kinabalu! Jasamu akan dikenang sampai bila-bila.



Thursday, June 11, 2015

Ulang Tahun perkahwinan yang tak mungkin dilupa

Assalamualaikum

3hb Jun yang lalu genap usia perkahwinan aku dan hubby selama 10 tahun. Syukur masih dipanjangkan jodoh dan semoga ianya berkekalan hingga ke jannah.

Raikan secara simple ... hanya berkunjung dan stay semalam di tempat kegemaran kami, Kundasang.


Menginap semalam di Kinabalu Pine Resort pada 4hb Jun. Gambar diambil tengahari sebelum kami check in. 


Gambar pemandangan Gunung Kinabalu yang hubby ambil petang 4 Jun. Sangat indah dan tenang.

5 Jun 2015, jam 7.15 pagi. Tarikh dan masa yang tidak akan aku lupa. 



Trauma ??? Memang sangat trauma. Pengalaman menakutkan memang akan membuatkan setiap orang yang mengalaminya akan trauma. 

Buat masa terdekat ni memang tidak akan berkunjung ke Kundasang. Tetapi bila ditanya adakah serik pergi ke sana? Jawapannya tidak. Itu tempat kegemaran aku dan hubby ... tidak akan serik untuk ke sana. 





Wednesday, June 10, 2015

Kundasang 5 Jun 2015 - Gempa Bumi

Assalamualaikum

Baca entri sebelum | kundasang-4-jun-2015-sehari-sebelum |

Sehinggalah awal pagi jumaat 5 Jun 2015, lebih kurang jam 7.15
Shumi dan Shamzi baru selesai mandi. Aku dan hubby duduk2 di balkoni menikmati udara sejuk waktu pagi.
Tenang jak masa tu. Masih terlalu awal untuk keluar berjalan.
Plan kami nak pegi breakfast dahulu di cafe.

Baru sahaja aku bergerak masuk tiba-tiba aku terasa bangunan resort terasa bergoyang. Mulanya perlahan ... dan menjadi lebih kuat. Gegaran sekelip mata semakin kuat. Diikuti dengan bunyi seakan2 dahan patah dan batu2 berjatuhan.
Aku dan hubby serta anak2 terhuyung hayang seketika. 30 saat selepas itu gegaran berhenti.
Aku dan hubby berpandangan seketika. Masing2 blur. Apa yang berlaku?
Hubby tiba2 bersuara dan memanggil aku turun ke bawah.
Aku tarik anak2 dan turun. Aku tengok keadaan sekeliling, tenang tetapi kebanyakkan pengunjung resort terpinga2 seperti kami.

Lebih 10 minit kami berada di bawah. Hubby menyoal salah seorang pekerja yang ketika itu lalu dan tergesa2.
Kata pekerja tu, pertama kali ianya terjadi sangat kuat. Tahulah kami apa yang terjadi.
Gempa Bumi! Dan tak akan menyangka akan berlaku di sini ....

Hubby lantas menyuruh aku berkemas. Risau akan ada berlaku gegaran lagi, mungkin lebih kuat dari tadi. Kami tak menunggu lama, check out pagi tu juga.
Di reception bukan aku sahaja yang ingin cepat keluar dari area Kundasang tu, hampir kesemua pengunjung lain juga seperti aku.
Bangunan cafe dan office resort agak terjejas. Lantai mengalami kerosakan, syiling juga. Pinggan dan gelas habis jatuh dan pecah.

Siap urusan check out, aku dan hubby buat keputusan untuk bersarapan. Anak2 mengadu lapar. Kasihan pula. Tapi aku dan hubby hilang selera makan walaupun lapar. Selepas anak2 makan kami lantas bergerak balik ke KK.

Melalui Facebook dan whatapps dari rakan2, baru aku tahu cerita sebenar. Daerah Ranau mengalami gempa bumi dengan kekuatan 6.0 skala ritcher. Gegaran bukan hanya dirasai di Ranau, malahan hampir seluruh negeri Sabah.

Pengalaman yang tidak mungkin akan aku lupa seumur hidup. Memang trauma dengan kejadian itu tetapi bersyukur kerana tiada apa2 yang buruk berlaku.
Tak menyangka bencana alam yang ini akan berlaku di bumi Malaysia, khususnya di Sabah.
Tetapi itu semua ketentuan dariNya. Semua yang berlaku adalah kehendakNya.

Sama2lah kita berdoa untuk keselamatan semua.




Monday, June 8, 2015

Kundasang 4 Jun 2015 - sehari sebelum gempa

Assalamualaikum

Plan last minute. Seminggu sebelum cuti sekolah aku book bilik di Kinabalu Pine Resort. Nasib baik masih ada tempat, musim cuti sekolah selalunya resort ni fully booked. 

Nak bawa anak2 jenjalan + sambut ulang tahun perkahwinan aku dan hubby yang masuk 10 tahun pada 3 Jun 2015. Alhamdulillah ... semoga jodoh kami berkekalan hingga ke jannah.

Jam 9.00 pagi khamis kami bertolak dari Kota Kinabalu. Perjalanan tak sampai sejam kerana jalan raya masa tu lengang sahaja. 
Kami singgah sebentar di National Park Kinabalu untuk berehat sebentar dan mengambil gambar. Sejuk dan tenang sahaja masa tu.


Lebih kurang setengah jam di sana kami bergerak ke Pekan Kundasang yang tak sampai 20 minit ke sana dari Taman Kinabalu ni. 
Sebelum check in di resort, kami singgah makan tengahari di restoran sayap ayam madu yang terkenal di Pekan Kundasang.

Jam 12.30 tengahari kami gerak ke Kinabalu Pine Resort. Check in tetapi bilik hanya sedia pada jam 2 petang. 
Hanya sejam lagi menunggu, aku dan anak2 duduk berehat di pondok yang ada di resort tu. Nyaman terasa bila angin meniup dari kawasan pergunungan tu. Rasa nak terlelap pun ada. 

Dekat jam 2 tu bilik dah boleh masuk. Kami sekeluarga berehat dahulu sebelum keluar berjalan di sekitar Kundasang. 


Petang tu kami berjalan2 di sekitar Dream World Resort yang hanya terletak bersebelahan dengan Desa Cattle Farm. 
Anak2 nak bergambar dengan mickey mouse katanya.


Dan sebelum maghrib kami menikmati pemandangan Gunung Kinabalu yang disinari cahaya malap matahari terbenam. Subhanallah ... nampak sangat tenang tetapi menyimpan seribu rahsia yang hanya Dia mengetahuinya.

4 Jun 2015 .... sehingga malam semuanya tenang dan indah. Sehinggalah awal pagi esoknya .....






Saturday, June 6, 2015

Baru terasa diri seorang blogger

Assalamualaikum

Walaupun aku lama dah 'berkecimpung' dalam dunia blog ni tapi sedikit pun tak terasa diri ini seorang blogger. 
Yalah blog suam2 kuku je pun. Entri suka2 hati aku. Pembaca blog pun seciput je, follower jauh sekali.

Mula2 berblog sekadar minat saja. Aku suka menulis. Tapi tak sangka pula dengan berblog ni kita boleh perolehi pendapatan sampingan. Ada blogger yang mampu menjana puluh ribu dari blog mereka. Ada yang jadikan blog ni sebagai sumber pendapatan mereka. 
Aku ? Tak perlulah kot. Sekadar minat menulis, tapi bila dapat rezeki daripada berblog tu kira bersyukur seadanya walaupun tak banyak.

Dalam pada tak mengharap tu ... aku excited juga sebab ada pihak di luar sana yang kenal blog ni. Dapat email daripada mereka untuk bekerjasama dengan blog ni. Ganjarannya ? Berpatutanlah dengan blog suam2 kuku ni. Aku terima dengan seadanya. Gitu.
Yang aku buat tambah excited bilamana juga dapat bekerjasama dengan salah satu syarikat perniagaan online terkenal. (^__^)

Kadang2 tu dapat juga undangan untuk ke event tertentu tetapi malangnya kebanyakkan event berlokasi di Kuala Lumpur. Memang tak dapatlah join.
Aktiviti blogger kebanyakkannya diadakan di KL.. Sebab tu kalau ada undangan sekali pun terpaksa lupakan saja.

Nak teruskan blog sampai bila? Setakat ni belum terpikir nak stop. Ada idea memang aku tulis, tak ada ... memang sunyi sepilah tu seminggu dua. :D

Rezeki raya katanya



Wednesday, June 3, 2015

Kerabu mangga udang kering

Assalamualaikum

Aku sejak hari tu semasa di kampung, memang dah aim2 segugus mangga muda depan rumah. Elok jak buahnya, rendang tinggal ku petik saja. 
Hinggalah tengahari tu aku tanya bapa ... mangga tu boleh dipetik ke, yalah mana tau mak dah book ke, kakak ke .. kata bapa apa pula tak boleh petik ... ambik ja.

Dan tanpa berlengah ... turun tangga rumah berselipar jepun, pegi ke arah segugus buah mangga tu. Ada 4 biji kesemuanya, sedang2 besarnya. Tapi bila belek kembali, hanya 3 biji yang boleh dipetik, sebiji lagi dah separuh dimakan 'basing'.

Oklah 3 biji daripada tak ada. Balik rumah, kupas, potong2, tumbuk2 cili api ... siap kerabu mangga udang kering.


Dapatlah sepinggan penuh. Sedap dimakan dengan nasi putih. Aku tengok gambar ni rasa terliur lah balik pula. 
Resepi? Sangat sangat simple. Mangga yang telah dihiris2 digaul dengan udang kering (rendam dengan air panas dahulu) yang ditumbuk lumat bersama dengan cili api dan garam. Perisakan dengan gula dan aji untuk seimbangkan rasanya. Siap dan sedia untuk dimakan.



Note : Basing = Tupai



Tuesday, June 2, 2015

Orang Baru

Assalamualaikum

4 hari tak jenguk blog. Puan balik kampung sebab nak tengok orang baru dalam keluarga kami. 
Kakak selamat melahirkan anak pagi 23hb May yang lalu. Awal 2 minggu dari tarikh dijangka bersalin. Itu pun tak ada tanda tapi kata kakak perasaannya hari tu lain macam jak. So tak tunggu tanda apa ke, kakak pergi jak ke hospital. 
Sampai hospital, check2 dah buka 5cm. Nasib baik kakak ikut kata hati kalau tak memang dah terbersalin di rumah. 

Kata kakak lebih kurang jam 7 lebih, baby selamat dilahirkan secara normal. Seorang bayi lelaki seberat 3.7 kg.
Alhamdulillah dah bertambah cucu mak dan bapa. Dah jumpa pun orang baru ni. Orang baru ni kakak namakan Muhammad Syahzwie. 


Tangan si baby. Kecik dan cute. Wajah baby nantilah dulu ye. 


Mak dan bapa dapat cucu lelaki lagi, jadi budak yang sampai terjuling tengok bunga ni satu-satunya cucu perempuan di rumah tu. 


Note : bila tercium bau wangi baby ni tetiba teringin pula ... hehe