Friday, October 30, 2015

Baru dapat ruang bernafas

Assalamualaikum

Asal muncul balik di blog, korang paham-pahamlah ... Cuti lagi. Nda abis2 clearkan cuti ni hehe. 
Tu lah boss awal tahun tak nak approvekan cuti, kan dah balik2 cuti hujung tahun (padahal aku memang suka pun cuti hujung tahun .. anak2 dan hubby dah relaks sikit sebab dah nak dekat cuti sekolah).

Cuti cuti juga tapi end of year ni aku memang sangat sibuk. Nak abiskan semua keja yang patut disettlekan tahun ni, tak naklah bawa tahun depan pula ..

Sebab tu lah kalau aku cuti barulah dapat ruang bernafas sikit. Barulah boleh relaks2 kejap sambil update blog dan minum kopi. :P

Banyak cerita nak update tapi nantilah ye. Aku nak dating dengan en hubby yang juga cuti hari ni ...  dating kat restoran india jak.
bai!

Model Gong .. hehe



Tuesday, October 13, 2015

Pakai apa yang ada

Assalamualaikum

Hari ni aku cuti .. cuti lagi, a'a nak abiskan cuti tahunan yang masih bersisa .. ceh.
bisuk sambung lagi cuti .. nak sambut tahun baru ... salam maal hijrah semua. 

Bila mak2 dah bercuti ni dan hanya duduk di rumah, korang paham2lah apa aktiviti wajib. Cuci kain, sental bilik mandi, lipat baju bajan .... bla bla bla. 
Aku selain keja tu, tambah lagi satu yang jarang2 aku buat. Jahit baju sekolah anak yang koyak. 
Dah hujung2 tahun ni, baju sekolah dah jadi macam baju basahan. Warna dari putih jadi cam kelabu asap dah. Ko cucilah dengan sabun cuci power mana pun, rendamlah dengan klorox pemutih berjam2, tetap kaler dihujung tahun akan bertukar .. :P
koyak, jahitan terbuka dan rabak itu wajib bagi baju sekolah rendah terutama baju anak2 lelaki yang lasak. 
Dah tentu2lah anak tak mo pakai baju yang koyak, padahal kerja dorang sendiri. Beli baju seluar baru .... no no no. Itu bukan aku, bukan lokek atau kedekut tapi aku nak biasakan anak aku dengan perkataan 'pakai apa yang ada, selagi boleh dibaiki dan diguna, pakai yang itu sahaja'.
Kami zaman kanak2 dulu, dah dibiasakan dengan keadaan macam tu. Tak membazir dan sekurang-kurangnya kita lebih menghargainya apa yang kita ada.

Budak2 sekarang ni aku tengok dah rasa selesa sangat. Apa yang dorang nak, mesti dapat. Tapi aku tak salahkan dorang, salah kita sendiri juga, naluri ibu bapa, tak sampai hati kata tidak kepada anak. Kalau boleh nak senangkan anak, dah kita bertungkus lumus mencari rezeki, untuk siapa kalau bukan untuk anak2. 

Tapi bila dah terlalu senang cam rasa tak betul pula. Tadi pagi Shumi belek2 kasut sekolahnya .. Umi2 koyak suda kasut saya, mo nampak suda kaki. Aku tengok koyak sikit je pun, cuma tepi kasut dah agak berbulu2 sebab kain dah tercarik2. Itu yang nampak huduh sikit.
Umi kita buanglah kasut ni, kasi beli saya yang baru ... ('__') ewah2 ... koyak sikit buang .. dan sepanjang perjalanan menghantar dorang ke sekolah aku membebel. 
Last bebelan aku bagitahu, kasut dan stokin umi dulu pun koyak tapi tetap umi pakai. Sebabnya bukan kasut tu yang buatkan umi boleh lulus sampai masuk universiti ... dan bla bla panjang pula motivasi aku sebelum dorang masuk pintu sekolah. 
Last bebelan, Shamzi menyoal ; Umi pakai kasut koyak tiada orang yang oloh Umi ? Oloh meaning ejek. 
Tiada ... betul masa zaman budak aku, tak pernah pula ada budak2 yang oloh budak lain pakai kasut koyak. 
Zaman sekarang ada ke cam dalam drama tu. Budak kaya ejek budak miskin. Kalau ada, tolonglah para ibu bapa yang ada2 tu, nasihat anak korang. Tak baik tau.

Harap2 bebelan aku tadi dapat diterima oleh Shumi dan Shamzi. 

Oklah dah abis membebel, nak masak dulu. Nasi semalam seperiuk tu tak dimakan pula semalam, kita masak nasi goreng tengahari, tak baik membazir tau. Kejap lagi cikgu tu nak balik, kang aku pula dibebelnya sebab tak masak tengahari .. kihkihkih.

seluar budak kalau tak koyak tengah2 bukan budak namanya



Friday, October 9, 2015

Jumaat akhir 1436H

Assalamualaikum


Jumaat terakhir tahun ini. Penghujung tahun 1436H, dugaan datang menguji. Ya, hampir-hampir putus asa tapi tetap berusaha. Moga tahun baru ini membawa lebih banyak sinar harapan kepada ku dan juga semua.



Thursday, October 8, 2015

Damia in action!

Assalamualaikum



Model : Siti Damia
Jurufoto : Dzul @ Baba
Lokasi : Pantai Tanjung Lipat, Kota Kinabalu

Budak nak masuk 4 tahun ni kalau di suruh beraksi depan kamera, buka main lagi bah. Hobi lain suka menyanyi dan menari. Kekadang tu gedik pula aku tengok .. :P
Kebelakangan ni pegi taska dah pandai minta duit. Aku dulu umur 4 tahun, belum tahu lagi apa itu duit, masih melekat dengan mak, hingus pun belum terjaga .. kihkihkih

Check punya check, rupanya Damia suka beli jajan yang dijual oleh cikgu2 di tadika tu. Damia katanya nak beli 'kuding' .. 'kuding'?? Rupa2nya puding .. masih pelat lagi rupanya Damia ni. Puding pegi kuding .. tomato pula boleh2 dia sebut matomatik. Ingatkan subject matematik, tapi dia tunjuk gambar tomato, punyalah jauh .. hehe



Wednesday, October 7, 2015

Burger Ramly untuk Hubby

Assalamualaikum

Hubby bukan jenis orang yang suka raikan hari lahir dia. Cukup sekadar kami ingat, nda payah mo celebrate segala. Dalam account FB dia pun tak adanya dia simpan DOB .. bukan tak nak bagitau umur tapi memang dia lebih suka diam2.

Tapi aku nak juga sambut birthday dia walaupun simple ja. So semalam selepas kerja suruh Hubby ambil anak2 di sekolah sebab selalunya aku yang akan ambil dorang. Tapi semalam aku nak singgah bakery beli kek untuk hubby, kek kecik je pun, hubby bukan suka makan kek pun, anak2 pun sama. 
Aku kata kat hubby jammed, tak sempat ambil dorang shumi dan shamzi, padahal jalan semalam clear je tak cam selalu.

Singgah bakery beli 2 potong kek, kemudian fikir2 apa yang nak dimakan, nak masak cam penat sangat, confirm balik dari bakery jalan mesti jammed sebab dah lepas jam 6 petang, orang lain bergegas nak balik rumah juga. 
Fikir punya fikir nampak gerai burger kat tepi restoran tu. Anak2 muda menjual burger ramly. Ok lah makan burger je lah ni malam. Lagipun lama dah tak layan burger ramly ni .. hehe

Sesampai di rumah, sembunyi2 simpan makanan di dapur, kek diam2 simpan dalam esbok. Tapi anak2 tak sporting lah pula. Sibuk nak tengok apa benda Umi beli tu, nampak kek, cepat je mulut Damia bagitau babanya .. ada kek baba!
ceh ... nda jadi surprise .. hubby senyum2 je. Masa aku tengah siapkan makanan semua, dengar ni Shumi, Shamzi dan Damia nyanyi lagu happy birthday untuk babanya yang sedang menonton tv. Sweet je aku dengar, Happy Birthday Babaaaaaa ........ suara Damia lah yang paling nyaring. 

Sebelum makan kek dan burger ramly, Baba baca doa selamat dulu .. semoga kita sekeluarga bahagia selalu ... amin.



Tuesday, October 6, 2015

Hadiah untuk suami

Assalamualaikum

Tiada hadiah yang berharga selain daripada anak-anak. 

Siti Damia

Shumi Dzukairy & Shamzi Dzukifly

Dan juga ibu bapa yang melahirkan, menjaga dan membahagiakan dari kecil

Haji Amit & Hajah Saimah


Selamat Hari Lahir buat En.Dzuhardy. Semoga dipanjangkan umur, dikurniakan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan semoga kita sekeluarga diberi kebahagiaan selalu ... amin



Monday, October 5, 2015

Buruk tak semestinya tak boleh makan

Assalamualaikum

Aku ngaku memang agak kureeng sikit dalam bidang masak memasak ni. Tapi taklah pula sampai tak boleh masak langsung. Bukan namanya mak mak kalau tak pandai masak untuk makanan somi dan anak-anak. 

Aku macam orang lain juga, suka tonton rancangan masakan, suka belek buku resepi, suka tengok gambar makanan dalam tenet. 
Kadang2 tu rajin untuk mencuba, kadang2 tu nak cuba tapi tengok mood dan tahap kerajinan. 

Percaya atau tidak aku walaupun dah beranak 3 ni, tak pernah lagi masak donut yang simple tu. 
Suka makan tapi tak pernah cuba untuk membuatnya. 
Tapi hari tu bila nampak mak mertua uli tepung untuk buat kuih donut aka kuih gelang, macam senang lah pula. Bahan pun simple ja. Tepung, yis, gula, garam, minyak masak dan air suam. 
Terus berkobar-kobar nak try buat sendiri di rumah.

Sedia bahan2, ikut sukatan seperti yang diajar oleh mak mertua, baca bismillah terus uli tepung.
Diam2 ni dalam dapur menguli, takut juga adunan tak kembang dan mengeras. 
Ikut segala langkah2 sepatutnya, jadilah adunan seperti di bawah.

Rupa donut yang tak seberapa. Nampak buruk pula kan tapi bolehlah untuk percubaan kali pertama.

Adunan selepas digoreng. Rupa kureengg tapi alhamdulillah hubby kata successs! Sedap,lembut dan garing di luar. Memang sengaja tak letak gula sebab aku, hubby dan anak2 tak suka donut yang dibubuh gula. Lebih suka makan donut kosong camni.

Lepas beberapa kali buat donut (itupun atas permintaan hubby), aku kononnya cuba buat yang lain sikit. Adunan tetap sama tapi kali ni buat kuih piang berintikan kari kentang. Tetap rupa agak kureengg tapi rasa tetap ada (hubby aku katalah). 

Senang rupanya nak buat donut ni, kalau tau dah lama aku buat sendiri hehe
Tak pa kalau rupa agak buruk, yang penting rasa ok. (^_^)


Friday, October 2, 2015

Bulan Kelahiran

Assalamualaikum

Nda sedar masuk bulan oct sudah. Pejam celik pejam celik jak dah sampai hujung tahun. 
Syukur masih dicelikkan lagi ...

Aku sejak 2 menjak ni dah semakin sibuk. Blog pun terabai jak, tidak seperti dulu. Hari2 ko menghadap blog. 
Sekarang ni, nak update 2 3 post dalam seminggu pun tak sempat. Apalagi nak update hari-hari. Huhu
Tapi dalam tak update tu, ada juga rezeki masuk. Thanks Zalora! Lain hari kita collaborate lagi. 
Actually ada cerita tentang Zalora ni tapi nantilah ye, yang penting thanks for good service Zalora!

Masuk bulan ni, terasa diri semakin kertu. Bukan aku saja, hubby pun sama. Dah semakin menginjak ke usia sangat dewasa hehe
Bulan ni bulan kelahiran aku, hubby dan Damia. So sekali harung sambut birthday. Jimat tak nembazir kihkihkih.

Ok boss aku dah panggil tu so lain hari kita sambung cerita lagi .. bai!

Belanja gambar budak pompuan yang nak masuk 4 tahun ni. 

tak sedar dah semakin besar anak dara kenit ni. Ni hasil make up kawan2 hubby. Hehe