Wednesday, December 21, 2016

TRAVELOKA | Percutian keluarga ke Langkawi

Assalamualaikum
 
Korang yang follow blog ni dah tentu-tentu memang tahu yang aku dan hubby suka bawa anak-anak jalan-jalan dan stay di resort yang ada di sekitar Kota Kinabalu, Kudat dan Kundasang. Kenapa kitaorang suka jalan-jalan dan pastu check in resort, sebab Uminya ni suka tempat yang tenang dan relaks serta ada tempat makan yang sedap, Baba pula suka capture gambar yang indah (maklumlah Photographer terjun lah katakan hehe), anak-anak semuanya suka asal berjalan-jalan katanya.
Tapi mungkin ada yang perasan kami cuma berjalan-jalan dan stay di resort yang ada di sekitar Kota Kinabalu ni sahaja, paling jauh pun kami berjalan-jalan ialah ke Pulau Labuan, itu pun dengan menaiki kereta dan feri.
Memang tak pernahnya kami sekeluarga bersama-sama berjalan luar dari Sabah ni. Aku dan hubby sebenarnya memang ada plan nak bawa anak-anak berjalan luar dari Sabah, yakni melancong.
Anak-anak bila dah semakin membesar ni dah pandai memilih, dorang dah mula bertanya bila kita nak melancong naik kapal terbang Umi? *emmm kalau ongkosnya murah nak, senang Umi nak bagi jawapan bila nak pegi*, tapi bila kira budget sefamili, tak tertelan air liur huhu.
Tapi kan, tapi kan hati berbunga kembali bila ternampak satu contest yang dianjurkan oleh TRAVELOKA
 
Sumber : https://blog.traveloka.com/en/online-contest/

Hadiah dia! wow!.... lumayan kan ... kan kan kan. Bestnya kalau menang salah satu hadiah yang ditawarkan tu. Bolehlah kitaorang sefamili bercuti luar dari KK ni naik kapal terbang ... mesti anak-anak aku happy giler! *sambil senyum sorang2 tengah berangan*
Nak join contest ni senang ja, kena pilih salah satu destinasi pilihan yang diberikan oleh TRAVELOKA, pastu korang kena ceritalah kenapa pilih tempat tu, apa yang korang nak buat kalau dapat pegi ke sana .... mudah kan.
 
Sumber : https://blog.traveloka.com/en/online-contest/

Oh ya sebelum tu, ada yang tak tahu apa sebenarnya TRAVELOKA ni? TRAVELOKA merupakan satu laman web yang memudahkan korang mencari dan menempah tiket penerbangan serta tempat penginapan pada harga promosi yang sangat berbaloi dan murah.
 
 
Ok lah sekarang kita berbalik kepada angan-angan seorang Umi jika sekiranya impian melancong bersama keluarga itu ditaja oleh #MyTravelokaEscapade ...
Pilihan destinasi kitaorang sekeluarga .... kira jauhlah juga, kena naik kapal terbang gitu ... anak-anak pun macam tahu-tahu ja Uminya join contest ni. Tetibalah dorang kata nak melancong ke LANGKAWI.
Aku pun sebenarnya dah lama simpan hajat nak ke Langkawi pulau lagenda tu, yelah selalu nampak gambar dan baca tentang percutian ke Langkawi kat blog kawan-kawan ja. Nak juga merasa sendiri pengalaman best tu sendiri.
Apa yang kitaorang sekeluarga nak lakukan dan ke mana kami nak pergi jika sampai ke Langkawi? aku,  kalau bab-bab planning ni memang hubby serah kat aku hehe 😁 ...


Dataran Lang Pulau Langkawi
 
Sumber : http://www.langkawi-info.com/attractions/dataran-lang.htm
Orang kata tak sah kalau ke Langkawi kalau tak singgah kat tempat ni. Dataran Lang (Dataran Helang) ni merupakan mercu tanda Pulau Langkawi dan juga merupakan tugu tumpuan pelancong yang berkunjung ke Langkawi.
Semestinya kitaorang sekeluarga tak  akan lupa untuk ambil gambar kenangan bersama tanda bahawa kami telah jejakkan kaki ke Langkawi.

 
Pantai Cenang

Kan Uminya ni suka tempat yang tenang-tenang, yang relaks-relaks gitu. Aku kalau sampai kat Langkawi ni akan pastikan stay kat resort yang berhampiran dengan Pantai Cenang sebab orang kata pantai paling best dan cantik kat Langkawi ni adalah Pantai Cenang. Petang-petang boleh bawa anak-anak jalan-jalan tepi pantai, main pasir sambil tunggu matahari terbenam. Bestnya ... hubby tentu-tentulah seronok sebab dapat menambah koleksi gambar sunsetnya.

 
Sky Bridge Langkawi
 
Sumber : myadventurehost.com
Aku sebenarnya seorang yang gayat. Fobia ooo kalau berada di tempat tinggi, tapi kan kalau sampai kat Langkawi ni memang aku tak akan lepas peluang untuk naik kat tempat ni. Kira pengalaman adventure lah untuk kitaorang sekeluarga. Tinggi tau jambatan ni, 700 meter dari aras laut gitu. Dari atas ni korang boleh nampak pemandangan yang indah dan menghijau, korang boleh nampak Gunung Mat Cincang, Air Terjun Telaga Tujuh dan pulau-pulau kecil di sekitar Langkawi.

 
Kereta Kabel Langkawi
 
Sumber : http://blog.pakej.my/percutian/10-tempat-menarik-di-langkawi/
Kalau nak ke Sky Bridge Langkawi, kenalah naik kereta kabel ni. Bila tengok gambar ni, terasa gayat pun ada, terasa excited ya juga. Ni kalau anak-anak aku berpeluang naik kereta kabel ni, rasanya excited 2 kali ganda daripada Umi dan Babanya ni. Tak apa demi anak-anak, tempat ni wajib aku list downkan dalam senarai jika dapat ke Langkawi.

 
Underworld Water Langkawi
 
Sumber : Viator.com
Dah sampai kat Langkawi, tentu-tentulah akan singgah ke Underworld Water Langkawi. Tak kan pergi tempat yang Umi dan Baba suka je, mestilah singgah ke tempat kegemaran anak-anak. Selalu tengok ikan banyak-banyak kat dokumentari di tv je, ni bagi tengok live kat dorang, ikan-ikan berenang kat keliling dorang. Pergghh! terbayang-bayang muka kegembiraan anak-anak.

 
Muzium 3d Langkawi

Sumber : langkawi 3d_mellyareenza.blogspot.com

Yang ni memang wajib dalam list aku. Walaupun tempat ni baru dibuka tahun lalu, tapi dah ramai berkongsi tentang tempat ni. Muzium 3d kat Langkawi ni merupakan yang terbesar di Malaysia so haruslah singgah ke sini. Tengok gambar-gambar yang dikongsikan pun dah membuatkan semangat aku berkobar-kobar untuk berkunjung ke sini. Tak sabar nak tengok gaya anak-anak beraksi depan lukisan2 3D semua tu. Tentu menarik kan ...

 
Taman Lagenda


Sumber : Google Image
 
Petang-petang boleh bawa anak-anak kat taman ni. Kalau aku tengok gambar taman ni kat Google tu, semuanya cantik-cantik belaka. Tenang ja, suasana menghijau. Banyak sudut menarik untuk dicapture momentnya gitu.
Rasanya kalau singgah kat sini memang sepanjang masa lah jari-jari Hubby menekan butang snap kamera tu ... senyum lebarlah nanti dia sebab banyak gambar yang nak dikongsikan dengan rakan-rakan sehobi.

 
Pasar Malam Pekan Kuah
 
Sumber : https://thirdkulturekidparis.wordpress.com
Yang ni memang tempat idaman aku kalau ke Langkawi. Kat sini aku boleh cari local food orang Kedah, yelah dah berjalan ke tempat orang wajiblah merasa makanannya. Aku kan sangat gemar makan hehe. Nak juga merasa Somtam, Pulut Mangga, Pulut Durian ... pendek kata semua pun nak ditaste. Yang best harga kat pasar malam kan murah-murah.
Dengar cerita baju-baju kat pasar malam ni murah. Dah namanya perempuan haruslah memborong. Baju untuk aku, untuk hubby, untuk anak-ank, untuk cenderamata kenang-kenangan. Alamak bestnya hehe
 
 
Perrggghhh panjangnya list ... kalau ikut memang banyak lagi tempat best kat Langkawi sebenarnya. Semua tu memang kalau sempat wajib pergi gitu.  Alang-alang kalau dah sampai kat Langkawi dan yang paling best jika ditaja oleh #MyTravelokaEscapade , haruslah terjah semua tempat kan kan kan.
Ni aku tepek siap-siap kat sini Map Tempat Menarik kat Pulau Langkawi untuk rujukan aku dimasa hadapan ... kihkihkih kot-kot ada rezeki ... senanglah nak cari balik kan.
 
 
Sumber : http://eylizar.blogspot.my/2014/01/langkawi-island-map-info.html
 
Ok dah siap proposal percutian ... 😄
Yang tak ada blog tu, jangan risau. Korang boleh join juga contest ni melalui Facebook. Semoga berjaya!
 
 


Monday, December 19, 2016

2016 Company Annual Dinner !

Assalamualaikum
 
Ni cerita bulan Nov hari tu. Kira sudah 'bangas' orang Sabah bilang. Memandangkan baru hari ni ada mood nak up kongsi kisah yang tak seberapa ni, korang layankan sajalah ye,
 
Tak ada yang menarik pun, kisah setiap tahun tentang Annual Dinner company tempat aku mencari rezeki ni. Biasalah tiap-tiap tahun selalunya setiap company akan mengadakan Annual Dinner untuk meraikan para pekerjanya gitu. Pakai cantik-cantik, make up ala retis, majlis di ballroom hotel 5 bintang, ada makan-makan, ada lucky draw (tapi tahun ni langsung tak dapat apa ... 😒😒)
Standardlah kan Annual Dinner.
Tapi yang bestnya, Annual Dinner company tempat keja aku ni selalunya diadakan di KL, so bagi staff yang berada di branch negeri lain, contoh cam aku ni, branch kat KK Sabah, semua kos nak ke Annual Dinner di tanggung oleh company.
Flight dan hotel foc gitu, sapa yang tak mo pegi kan. 😂
Menyelam sambil minum air gitu. Tinggal ko nak sedia ongkos untuk shopping gitu.
 
Annual Dinner 18hb Nov hari tu, so aku dan opis mate aku dah plan ambil last flight balik ke KK esok harinya tu. Sebab kekononnya nak round Jalan Masjid India tu. Nak borong kain dan tudung katanya.
Tapi 19hb tu silap timing nak shopping. Ngam-ngam hari itu ada perhimpunan Bersih 5, jalan kat Masjid India tu ditutup. Ramai orang berhimpun dah tentu-tentu tak ada orang nak buka perniagaan sebab takut jadi benda yang tak diingini.
Maka aku dan kawan aku tu pun terpaksa membatalkan niat nak memborong. Terpaksalah bermalas-malasan di Mid Valley sampai jam 3 ptg, Sungei Wang dan Berjaya Times Square dah banyak kali pegi, tu yang malas nak ke sana.
 
Tak juga balik dengan tangan kosong, sempat jugalah merembat sehelai dua tiga baju kat Aeon di Mid Valley tu ... hehe
 
Ok lah ... kita stoplah cerita-cerita yang ntah apa2 ni hehe, korang layanlah gambar aku di Annual Dinner hari tu. 😜



Aku dan opis mate yang tak jadi memborong di Jalan TAR tu .. aku pegi Annual Dinner sempoi ja, tak adanya baju grand2 atau make up ala retis.
 
 
Image may contain: 6 people, people standing and indoor
Dengan rakan-rakan dari cawangan lain.
 

Selfie sementara tunggu teksi ke Hotel Hilton dekat KLCC tu. Hari tu kita stay kat Hotel Istana, dinner pula kat Hotel Hilton. Stuck ko setengah jam kat situ sebab tak ada teksi nak ke sana, jammed katanya (tapi memang jammed gilaklah masa tu). Nak jalan kaki boleh tapi takkan nak berjalan dengan dress dan high heel pula, sampai hotel make up semua cair, bau peluh ... hehe
Nasib baik dapat juga teksi tapi setengah jamlah baru sampai kat Hilton.
 


Wefie dengan opis mate ... 😁
 
 
 
Note : Bangas - Basi

Saturday, December 10, 2016

SUSU FRISO GOLD | Penghadaman sempurna, anak-anak sihat bertenaga

Assalamualaikum

Korang tau tak, antara cabaran para ibu bapa zaman sekarang ni, selain dari segi penyediaan keperluan anak-anak seperti pendidikan, tempat tinggal yang selesa, pakaian, makanan dan keselamatan .... kesihatan anak-anak juga menjadi salah satu tanggungjawab mencabar untuk para ibu bapa.

Mungkin pada zaman dahulu, bila mana sesebuah kawasan itu belum lagi dimajukan risiko untuk anak-anak mendapat sakit adalah kurang. Kalau korang ingat zaman kanak-kanak kita dahulu, bermain hujan, relaks ja. Langsung tak demam. Tidak seperti sekarang, termasuk aku sendiri, hujan ja terus panggil anak-anak masuk ke dalam rumah, jangan main air hujan takut demam, takut selsema.
Yelah sekarang ni persekitaran kita penuh dengan pencemaran. Nak-nak lagi yang duduk kat bandar macam aku ni. Asap kenderaan, asap dari kilang, malahan asap rokok sangat tidak baik untuk anak-anak kecil kita.

Tapi tak kan disebabkan itu, kita nak menyekat aktiviti anak-anak kita di luar. Tak kan kita nak kurung anak-anak di dalam rumah semata-mata nak elak mereka mendapat sakit. 😰

Pengalaman merupakan satu proses pembelajaran

Aku sebagai seorang ibu percaya, lebih banyak anak-anak membuat aktiviti di luar rumah, lebih cepat otak mereka berkembang. Setiap pengalaman merupakan satu proses pembelajaran bagi anak-anak kita.


Kita sebagai ibu bapa kena sentiasa kena bijak membahagikan masa. Sesibuk mana pun kita, masa bersama dengan anak-anak adalah amat penting bagi mereka. Anak-anak terasa lebih dihargai dan terasa disayangi apabila kita sendiri turut serta dalam aktiviti seharian mereka.

Biarkan anak-anak melakukan aktiviti yang mereka gemari. Aku tak paksa anak untuk melakukan aktiviti yang tidak disukai oleh mereka, tanya apa yang mereka suka lakukan dan sentiasa sokong tetapi pada masa yang sama pantau mereka.


Seperti anak-anak aku, mereka amat gemar bermain di kolam renang. Setiap kali cuti sekolah atau cuti kelepasan am, aku akan mengambil kesempatan yang ada dengan membawa mereka ke kolam renang. Bila melihat anak-anak seronok, aku sebagai ibu juga tumpang gembira.

Jangan bimbang jika anak-anak kotor semasa mereka bermain di luar. Seperti zaman kanak-kanak kita dahulu bermain pasir di pantai, bermain masak-masak menggunakan tanah dan daun, masuk ke kebun memungut biji getah ... semua itu ada proses pembelajaran bagi anak-anak. 



Biar anak-anak kita sendiri merasa pengalaman itu sendiri. Seperti pengalaman memberi makan haiwan peliharaan dengan menyuap baja ke mulut arnab menggunakan tangan mereka sendiri. Bagi anak-anak, aktiviti seperti ini adalah sesuatu yang sangat menyeronokkan hingga mereka tak berhenti bercerita sesama sendiri tentang pengalaman mereka itu.

Oleh yang demikian untuk pastikan anak-anak kita dapat merasai semua pengalaman itu dan dapat melakukan aktiviti di luar tanpa gangguan,  kita sebagai ibu bapa kena bijak untuk mencari alternatif untuk meningkatkan daya tahan anak-anak melawan penyakit dan memastikan mereka kuat dari dalam.
Salah satu caranya ialah dengan memberi anak kita minum susu yang bernutrisi tinggi seperti Susu Friso Gold

Dihasilkan oleh alam semulajadi, ditambah baik dengan Sains




Susu Friso Gold yang dihasilkan dari alam semulajadi diimport terus dari Belanda. Kenapa ianya dikatakan dihasilkan dari alam semulajadi? ini kerana lembu-lembu yang ada di lebih 19,000 ladang mereka dijaga dan dipelihara dengan baik dan sempurna. Mereka percaya lembu yang dijaga dengan rapi secara semulajadi dapat menghasilkan susu yang berkualiti dan mempunyai khasiat tinggi yang sesuai untuk kesihatan dalaman anak-anak.

Apabila selesai proses di atas, susu yang dihasilkan ditambah baik dengan sains. Ianya untuk memastikan susu ini betul-betul memberikan nutrisi yang sepenuhnya kepada anak-anak kita.
Kualiti sangat dititik beratkan oleh pihak Friso Gold, semua proses dipantau dengan rapi bermula daripada penjagaan lembu-lembu di ladang, kemudian dalam proses pengeluaran susu serta proses pembungkusan di kilang. Semua ini diambil berat agar susu yang diminum oleh anak-anak kita betul-betul bernutrisi dan semulajadi tanpa ada sebarang bahan tambahan.


Teknologi LocNutri™


Hasil carian imej untuk teknologi locnutri oleh friso gold

Selain meningkatkan daya ketahanan anak-anak, Susu Friso Gold ini juga dipertingkatkan dengan Teknologi LocNutri™ dimana ianya membantu mengekalkan nutrien dalam struktur asal sewaktu proses pengeluaran, supaya mudah diserap tubuh dan senang dihadamkan.
Melalui kaedah Teknologi LocNutri™ susu dihasilkan menggunakan hanya sedikit haba semasa proses penghasilan formula, agar protein dapat dikekalkan sebaik yang mungkin dalam struktur asalnya.

Untuk lebih memahami Teknologi LocNutri™ ini, korang boleh tonton video penerangan tentangnya di Video Teknologi LocNutri™

Jadi korang tak perlu risau, takut anak kita tak sesuai dengan susu ni? Bila minum susu ni bukan sahaja ianya menambah daya tahan anak dari dalam malahan membantu proses penghadaman mereka.


Apabila anak-anak mempunyai kesihatan penghadaman yang baik, daya ketahanan badan mereka akan bertambah baik. Apabila anak kita kuat dari dalam, mereka lebih gembira dan sedia menikmati masa di luar bersama dengan kita!


 Penghadaman sempurna, anak-anak sihat bertenaga!!


Untuk mendapatkan sampel percuma atau mempunyai sebarang soalan, kemusykilan atau maklum balas tentang produk, syarikat atau perkhidmatan Friso Gold, korang boleh hubungi mereka di

Talian Khidmat Pelanggan Friso Gold di 1-800-881647 (isnin hingga jumaat, 8.30 pagi - 4.30 petang)

atau

Email ke frisogoldcareline@frieslandcampina.com












Thursday, November 17, 2016

Tips untuk dapatkan pendapatan sampingan

Assalamualaikum

Hai lah duit ... belum sempat tengah bulan dah abis ... huhu
Mesti ada yang pernah mengeluh camni kan. Lagi-lagi yang sumber pendapatannya bergantung kepada gaji bulanan macam aku ni.
Rutin 25hb setiap bulan, mesti dah tersenarai segala budget mudget, hutang piutang yang nak disettlekan. Belum lagi belanja dapur, duit minyak, duit belanja sekolah ... bla bla bla
emm serba serbi nak pakai duit. Kadang-kadang duit untuk 'reward' diri sendiri pun tak ada.
Tolak segala perbelanjaan, adalah tinggal seratus dua untuk kegunaan selama 3 minggu. Kadang-kadang tengah bulan dah 'terpeleot'. huhu

Sekarang ni nak harap gaji semata-mata memang tidak cukup.
Sebab tu trend sekarang ni, ramai yang dah mencari peluang untuk mendapatkan pendapatan sampingan.
Berniaga secara kecil-kecilan, jual kuih muih dihujung minggu .. itu memang dah ramai orang lakukan. Hasilnya memang memuaskan, tinggal lagi kena rajin dan kuat semangat sebab jika dah berniaga sambil bekerja ni, rehat memanglah tidak cukup.
Aku sebenarnya memang mencuba untuk berniaga dulu, jual air minuman seringgit segelas tu. Hasilnya sangat-sangat mabeles! dalam 2 jam ja dah dapat RM400 lebih, modal tak sampai pun RM50. Tapi kan seperti yang aku tegaskan tadi tinggal korang rajin dan tahan lasak.

Selain daripada berniaga, ada juga yang join MLM (tapi yang ni aku tak berapa gemar sebab korang kena rajin cari orang di bawah dan kena beli barang) huhu
Ada yang buat dropship ; yang ni senang sikit sebab korang tak payah cari orang, tak payah nak beli barang, korang tolong promote ja dan bila dah dapat jual, korang akan dapat komisennya.

Satu lagi ... nak jana pendapatan secara santai ... korang jadilah blogger cam aku *tutup muka sebab malu mengaku blogger* ... Korang jangan tak tahu, sekarang jadi blogger boleh tambah pendapatan korang tau. Bukan dapat duit je, dapat barang percuma, dapat makan percuma, tinggal hotel percuma, travel percuma .... best kan ??? Tapi sekali lagi aku tegaskan poin yang penting adalah RAJIN ....
Cam aku ni suam suam kuku je lah, setakat ni adalah sikit merasa tempias2 jadi blogger. Nak merajinkan diri, masa yang selalu tak ada. Komitmen banyak hehe

Banyak lagi sebenarnya cara korang boleh dapatkan sumber pendapatan sampingan ni. Yang lain tu rasanya korang boleh baca kat TIPS UNTUK DAPATKAN PENDAPATAN LEBIH

Orang kata nak seribu daya ... tak hendak seribu dalih gitu 😁


Wednesday, November 9, 2016

Kurangkan Kolesterol dengan Jus Qalbi Al-Ehsan

Assalamualaikum

Bila umur dah 3 series ni dan tak lama lagi akan naik ke 4 series pula, kenalah ambil berat sikit tentang kesihatan.
Memanglah sepatutnya dari awal kena jaga tapi kan orang kata sekarang ni kena lebih extra care ... umur bila dah nak masuk ke 40-an, macam-macam penyakit datang menyinggah dan salah satunya kolesterol.

Kolesterol bila dah terlalu tinggi dalam badan adalah sangat bahaya sebab ianya boleh menyebabkan seseorang itu mendapat serangan sakit jantung dan juga strok yang boleh membawa maut.

Apakah tanda-tanda seseorang itu mempunyai kolesterol tinggi dalam badan ?
  1. Sering kebas-kebas pada kaki.
  2. Timbul bintik-bintik putih di bahagian bawah mata dan muka.
  3. Mudah letih, penat dan cepat mengantuk.
  4. Sering berasa sakit kepala. Arteri yang semakin sempit menyebabkan aliran darah ke otak berkurangan menyebabkan sakit kepala.
  5. Kaki membengkak akibat pembuluh darah semakin sempit.
  6. Berasa senak di bahagian kiri dada.
Cara mengurangkan kolesterol yang tinggi ; dengan mengubah gaya hidup dan cara pemakanan kita. 
Banyakkan pengambilan buah-buahan dan juga sayur-sayuran serta selalu bersenam. 
Pengambilan supplemen sampingan juga mampu mengurangkan kolesterol dalam badan. Salah satunya jus yang aku nak kenalkan kat korang ni.


JUS QALBI AL-EHSAN

Tanpa pengawet dan perisa tiruan, jus yang diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi yang sangat berkhasiat ini iaitu : BAWANG PUTIH, HALIA, LEMON, CUKA EPAL dan MADU ASLI, in sha Allah mampu mengurangkan paras kolesterol dalam badan. Selain mampu melunturkan kolesterol ianya juga pembekal tenaga semulajadi dan kaya dengan Vitamin C yang sangat baik untuk kecantikan kulit serta melegakan selsema. 

Kebaikan lain yang ada pada jus ini :-
  • Mencegah kompilasi jantung
  • Menyingkirkan Toksin Dalam Badan
  • Melancarkan Peredaran Darah
  • Menurunkan tekanan Darah Tinggi
  • Melancarkan sistem pernafasan
  • Menghindari Penyakit Strok
  • Mencairkan lemak
  • Mengurangkan Serangan Gout
  • Membuang Angin dalam badan
  • Mengatasi Masalah Selsema
  • Meningkatkan Daya Pemikiran dan Minda
  • Melegakan sakit-sakit badan dan sendi
  • Kaya dengan Vitamin C
  • Menurun dan melangsingkan badan
  • Menambah tenaga
  • Meningkatkan sistem immunisasi badan

Cara pengambilan 
2 kali setiap hari, pagi sebelum bersarapan dan malam sebelum masuk tidur. Ambil 1 sudu makan sahaja (dengan menggunakan sudu plastik) atau boleh juga dicampur dalam minuman. 
Simpan dalam peti ais selepas dibuka.




Testimoni aku sendiri
Pertama kali minum jus ni. Buka botol memang sangat kuat bau bawang putihnya. Aku bukan jenis orang yang suka makan bawang putih (^_^). Terasa secebis bawang putih pun dah termuntah-muntah. Tapi yang ni, Jus Qalbi ni, walaupun bau bawang putihnya sangat kuat, jusnya sangat sedap. Rasa masam lemon dan cuka epal dan juga manis dari madu asli tu dapat menghilangkan bau bawang putih tadi. Korang rasa sekali memang akan nak lagi. Nak-nak lagi bila korang minum jus yang baru keluar peti ais tu, terasa pedas-pedas halia yang menyegarkan. 

Sebelum ni, aku selalu rasa berat-berat kat belakang leher tu, terasa macam sangat penat. Maklumlah seharian duduk depan pc di opis. Kepala pun tegak ja. Mana tak lenguh. 
Selepas amalkan jus ni selama 5 hari, terasa sedikit ringan dan sering buang angin. Kesan dari halia dan bawang putihlah tu. 

In sha Allah, selepas ni Jus Qalbi ni akan jadi supplemen tambahan untuk aku dan hubby. 

*******

Untuk keterangan lebih lanjut atau korang nak beli jus berkhasiat ni boleh je pergi ke laman rasmi dorang di http://algaepark.com.my/product/jus-qalbi-al-ehsan/ atau laman FB https://www.facebook.com/JusQalbi.HQ.Official/

atau boleh juga hubungi mereka melalui

Tel : 03- 5511 4366

HP : 017-7300366 & 017-3730366


Alamat : Algae Park Sdn Bhd, No.80A, Jalan Renang, 13/26 Seksyen 13, Shah Alam 
No.80A, Jalan Renang 13/26 Seksyen 13, Shah Alam, Selangor


Jangan lupa follow instagram mereka di http://www.instagram.com/qalbialehsan












Monday, November 7, 2016

Terasa diri begitu berharga

Assalamualaikum

Cak! 😜
Hilang seminggu dua dari blog. Penyakit malas datang menyerang. Banyak benda nak share tapi malas sangat nak ketuk-ketuk screen hp ni *maklumlah update blog guna hp jer* 😅

So benda pertama nak share, opkoslah nak bagitau yang puan blog baru-baru ni sambut besday dia. 
Katanya dah masuk 37 tahun gitu. Tinggal 3 tahun lagi nak masuk 4 series. Tak lama lagi nak masuk usia kilauan emas ko. 😅
Terima kasihlah kepada yang sudi wish birthday kat whatapps dan FB tu.
Walaupun tak ada kad birthday *cam dulu2* atau hadiah 😅, cukup orang ingat birthday kita, dah terasa dihargai gitu. 😘

31hb Oct tu aku cuti, esoknya bila keja, ada surprise gitu dari teman seopis. 

Dapat sebiji kek Secret Recipe Chocolate Indulgence ... 😂


Sebelum potong kek wajib wefie dulu😅


Makan sambil terasa terharu ... ya ampun sedap bangeet 😂



Note : azam sempena hari lahir, nak diet cam hubby ... jeles saiz seluar dia dah mengecik ke 34 .. 😅 



Thursday, October 20, 2016

Beli alat Permainan dengan harga berpatutan di Toysdirect

Assalamualaikum

Korang bila dah jadi bapa-bapa atau mak-mak tentu pernah alami situasi camni kan ... bila pegi ke supermarket ke atau mall ke sedaya upaya tak akan lalu ke bahagian toys tu semua kan ... kan kan 😅

Bukan tak nak belikan anak tapi korang paham2 je lah anak-anak ni masa kat rumah masa bila kita cakap kita nak belikan toys tapi kena pilih satu ja .. ok masing-masing buat pilihan. 
Tapi bila dah sampai kat bahagian toys tu semua .. anak-anak terus rambang mata tengok toys yang pelbagai tu .. hilang pedoman kejap .. ko tengo itu, aku ambil ni, ko tengo ni, aku ambil itu .. pendek kata semua nak dirembat. 
Kita tentu-tentulah tak bagi .. gila ko harga toys sekarang .. mahal ya amat. 
Mulalah adegan angkat anak lari dari situ sebab dorang dah mula tantrum cam dirasuk jin. 😅

Sekarang ni semua barang pun dah naik harga. Toys pun sama. Toys paling simple pun dah cecah RM10. Yang paling simple aku maksudkan main kejap dah patah mematah. 
Kalau harga toys tu setanding dengan kualitinya tak apa juga ni toys sebarang ja. Anak pun tak puas main. 

Tapi korang nak tahu ke ... sekarang beli toys pun kita boleh order secara online. Mudah dan senang .. tak payah nak ke kedai. Tak payah nak berdepan dengan tantrum anak. 
Ko boleh relaks2 je kat rumah pilih toys. 
Aku ada jumpa satu website ni .. dorang ada menjual educated toys dengan harga yang berpatutan. Kiranya anak-anak boleh bermain sambil belajar. 

Aku dah godek-godek website tu .. banyak toys menarik yang rasanya sesuai dengan anak-anak aku



Banyak lagi toys yang menarik ... selain toys, dorang ada juga menjual buku cerita menarik dan juga pyjamas serta swim suit yang comel.


Korang berminat kan kan kan ... 😀 Senang je, korang boleh terus ke laman dorang di http://www.toysdirect.my atau ke FB dorang di http://www.fb.com/toysdirectmy

Selamat membeli belah! 😁










Friday, October 14, 2016

Jalan-Jalan Check in Sabah - dah dikemas kini

Assalamualaikum


Bagi yang follow blog ni tentu dah tahu ada satu page khas yang aku buat untuk kongsikan kisah JJCM kami dan juga hotel/resort/homestay yang pernah kami stay di sekitar Kota Kinabalu, Kundasang (khasnya sebab tempat favorite), Kudat dan Kota Marudu. 

Korang buka ja link ni 👉👉👉 Jalan-Jalan Check in Sabah atau korang pegi ja ke page seperti yang ada dalam gambar kat atas tu. 

Itu yang telah aku kemas kini so harap-harap ianya dapat membantu korang bila bercuti ke Sabah nanti ... 



Thursday, October 13, 2016

Saya Sangat Cemburu!

Assalamualaikum

Haruslah bagi salam dulu. Sebelum aku nak luahkan perasaan cemburu yang membuak-buak ni. 

Orang tu lah ... start bulan 5 hari tu dia dah buat perangai. Bertungkus lumus pula tu. Hari-hari dia buat perangai depan aku. Dah lah memang siang malam memang aku menghadap muka dia. 
Masa dia buat 'perangai' tu, dia tak peduli pun sapa-sapa kat tepi dia. Termasuklah aku. 

Kalau benda tu tak bagi kesan kat aku, tak apalah. 
Ni dah menimbulkan satu perasaan yang sangat lain kat dalam diri aku. 
Ya!!! Aku cemburu tau ... sangat-sangat-sangat cemburu. 


Jelesnya aku ... lebih-lebih lagi bila nampak hasil daripada perangai dia yang luar biasa tu. 
Naluri kewanitaan aku tercabar tau! Nak-nak lagi yang buat perangai tu laki ko sendiri ... arrggghhh!

Haiipppp! Mulalah tu korang nak berprasangka yang bukan-bukan .. kan kan kan. 
Pembuka ayat haruslah bagi orang tak senang duduk .. nak korang tertanya-tanya ... apa yang berlaku ni !! 
Apasal hal rumah tangga nak cerita kat blog pulak 😒😞

Relakslah korang ... tak ada benda pun. Ni gara-gara hubby aku tu lah. Program diet dia berjaya. 
Korang bayangkan dalam bulan 5 dua start berat badan dekat 90kg. 
Minggu ni dia timbang dah turun 70kg. 
Ko tak jeles ke? 10kg ja beza berat dengan aku ... huhu
Semalam dia berlari naik tangga ke tingkat 3, pastu terus check tekanan darah. Normal kata doktor. Bayangkan berlari2 naik tangga, tapi tekanan darah masih normal. 
Jeles aiii tapi dalam hati alhamdulillah. 

Hari ni aku dah nekad ko (untuk permulaan 😅).. tak mau guna lif untuk naik ke office aku yang berada kat tingkat 3 tu. 
Pagi tadi secara rasminya aku mulakan misi .. hehe. 
Tingkat 1 ok lagi. Sampai tingkat 2 .. terkapus2 ko (semput) .. ketara lah tak pernah work out. 😂😅
Tak pa ... kita buat hari2 .. lama2 ok lah tu .. chaiyok ! chaiyok !



Wednesday, October 12, 2016

Pakaian Muslimah Paling Popular

Assalamualaikum


Fesyen adalah sebuah industri yang mempunyai sifat yang cukup dinamik. Betapa uniknya fashion industry ini kerana ia sentiasa berubah mengikut peredaran masa. Apa yang popular pada hari ini mungkin akan menjadi trend yang lapuk dan tidak digayakan lagi kerana sudah ketinggalan pada hari esok. Pendek kata, baju-baju korang yang ada dalam almari tu jangan diperam ja, pakai selagi masih boleh dan up to date ... hehe 

Dunia fesyen di Malaysia sudah terbiasa dengan koleksi pakaian wanita terkini yang moden. Namun sejak kebelakangan ini kita dapat lihat trend fesyen terkini di Malaysia mengalami perubahan yang cukup ketara. Perubahan yang dimaksudkan ialah tentang perkembangan trend fesyen Muslimah terkini yang semakin menjadi pilihan dalam kalangan fashionista di Malaysia.

Mari kita lihat 3 jenis PAKAIAN MUSLIMAH POPULAR popular untuk tahun 2016!




Baju kurung terkini untuk wanita boleh didapati dengan rekaan yang lebih segar sesuai dengan arus fesyen semasa di negara ini. Malah ianya cukup versatile untuk digayakan walau ke mana jua terutamanya ke majlis-majlis istimewa seperti kenduri perkahwinan dan majlis makan malam. 
Dalam masa yang sama anda turut boleh memakainya ke pejabat dan pastinya penampilan anda yang ayu akan menyerlahkan personaliti di tempat kerja.




Jubah adalah sejenis pakaian tradisional yang biasa dipakai oleh wanita Muslim di Malaysia. Mendapat pengaruh daripada negara Timur Tengah, jubah dress kini semakin terkenal dalam kalangan wanita. Malah long dress ini bukan sahaja sesuai untuk dipakai oleh mereka yang berumur namun sesuai untuk semua lapisan umur. Kajian membuktikan ianya merupakan dress Muslimah yang semakin mendapat tempat dalam kalangan remaja dan wanita muda juga. Yang ni aku sangat bersetuju sebab ianya mudah dipakai, selesa, cantik dan sopan. 






Pakaian Muslimah moden seperti blouse Muslimah dan Muslimah top yang lain kini menjadi pilihan ramai anak muda dan remaja kerana mudah digayakan serta sesuai dengan trend fesyen Muslimah terkini.

Ini cuma beberapa fesyen Muslimah yang sedang meletop sekarang. Korang boleh juga lihat fesyen yang lain di Pakaian Muslimah Popular




Monday, October 10, 2016

Rosewood Home Cottage Kundasang

Assalamualaikum

ROSEWOOD HOME COTTAGE KUNDASANG | Hari tu aku dah janji nak share kan di mana kami stay semalam JJCM ke Kundasang bulan Ogos yang lalu kan. 

Kira hari tu nak stay di COTTAGE HOTEL tapi bilik biasa dah fully booked lah pulak. 
Yang tinggal cuma bilik yang agak mahal sedikit harganya. Cam tak berbaloi pulalah kan. 

Ok try homestay pulak. So aku google2 lah homestay murah di Kundasang. Terjumpalah satu tempat ni. Kecik dan murah. Bab keselesaan dan kebersihan tu aku tak pasti pula sebab first time nampak homestay ni. 
Urusan booking membooking hanya melalui whatapps sahaja (zaman sekarang kan beli-beli main whatapps saja).

Tempat ni kata owner tu mudah ja nak jumpa. Masuk sikit je ke Jalan Mesilau tu, Nampak signboard Klinik Kesihatan Kundasang, cottage ni hanya bersebelahan sahaja dengan klinik. 
Betul katanya, memang mudah nak cari. 




Kundasang Rosewood Home Cottage, pemilik dia bumiputra muslim. So korang jangan risaulah. Benda-benda yang tak sepatutnya tak boleh bawa masuk ke kawasan cottage ni. 



Ni kira tempat check in dia lah. Masa check in seperti biasa tetapi boleh juga check in awal jika bilik dah tersedia. Kat belakang tu sebenarnya boleh nampak Gunung Kinabalu. 
Tapi masa snap ni, gunung terselindung di sebalik awan tebal tu. 

Yang best masa check in ni, owner tu bawa kitaorang tengok bilik yang kita book tu. Dia suruh check ok ke tak, kitaorang selesa ke tak. Kalau korang setuju, barulah dia bagi kunci dan bayar.
Meaningnya, dia tak paksa kita masuk ke bilik tu kalau kita tak suka walaupun kita dah book awal. 
Bestkan. Korang faham-fahamlah kadang-kadang apa yang kita nampak kat internet tu, tak sama dengan realitinya. 



Bilik yanng kitaorang book. Bilik H. Katanya sesuai untuk size keluarga cam kami ni, 2 dewasa, 3 orang kanak-kanak. Haipp! jangan tengo luaran cam kecik. Kita check kat dalam dulu. Bila tengok bilik ni kan, korang pernah ke tengok filem Stuart Little tu, rumah dia ala ala cam bilik ni, dihimpit oleh 2 bangunan besar,




Ok kita gerak ke depan sikit. 





Rupa bentuk dalam bilik ni. Nampak ja kecik, tapi dalam dia luas. Ada ruang tamu. Dorang ada sediakan TV yang dilengkapi siaran Njoy. Ada 2 katil besar. Kira 3 sebab yang satu tu katil bertingkat kan. Jag elektrik juga disediakan. 




Aku kalau nak stay kat mana-mana, paling cerewet bab tandas dan tempat mandi. Ok tandas kat bilik ni memuaskan. Sabun mandi segala tu korang bawalah sendiri ye, dah namanya homestay. Tapi kan yang best kat sini, dorang sediakan tuala mandi. Jarang-jarang homestay camni sediakan tuala mandi untuk tetamunya. Tapi hari tu aku adalah juga bawa siap-siap tuala sendiri, tak sangka pula ada 5 helai tuala dorang sediakan. 

Harga bilik yang kami book ni hanya RM120 net semalam. Berbaloi kan. Harga-harga bilik yang lain korang boleh search kat FB dorang. Ada yang semurah RM80 rasanya. 
Jom kita tengok bilik-bilik lain yang ada kat cottage ni.









Rate aku kat cottage ni ****/5 (4 bintang lah tu)

Friday, October 7, 2016

Red Velvet untuk mu

Assalamualaikum

Red Velvet Cake

Sepotong Red Velvet Cake untuk mu gitu .... ceh mood romantik yang tak berapa romantik di pagi hari yang sedang hujan lebat ni. 
Semalam hari lahir hubby yang ke-38 tahun. Lagi 2 tahun nak masuk ke 40-an. Dah semakin menjejak usia kilauan emas gitu. Hubby bukan jenis orang yang suka buat sambutan birthday bagai ... cukup orang-orang yang disayanginya ingat. 
Tapi bininya ni nak juga bagi surprise gitu. Makan kecil-kecilan ja. Lepas balik kerja terus singgah Secret Recipe membeli sepotong dua kek. Kami anak beranak bukan peminat tegar kek, makan sepotong tu dah cukup dah. Kalau beli yang sebiji mau sebulan membeku dalam esbok. 


Durian Cheese Cake

Dah lama tak beli kek di Secret Recipe ni. Last sekali makan rasanya harga sepotong kek cuma dalam RM7 lebih gitu. Semalam beli mak aih! sepotong RM9 ... ish ish ish mahal gilak. 
Tapi belilah juga memandangkan kek dari Secret Recipe memang sedap gitu. Walaupun mahal tapi bertepatan dengan taste dan mutunya.
Aku ambil 2 potong kek, Red Velvet dan Durian Cheese. 
Aku belikan juga anak-anak kudapan, isi ayam goreng garing dari Pakcik Bob. Tak kenal sapa Pakcik Bob ... dalam bahasa orang putihnya Uncle Bob :)


Isi ayam dari Pakcik Bob!

Di rumah, bagi hubby test dulu kek birthday dia .... takut juga tak menepati selera dia. Hubby makan sambil terdiam .... emmmm ibu jari terangkat terus, Durian Cheese Cake memang sangat sedap! Macam ko sedang makan buah durian gitu. Sedap ya ampun hingga sikit lagi hubby terlupa akan dietnya. Nasib baik hubby sedar sebelum terlambat kihkihkih ... Cukuplah katanya sesuap dua. :P
Kuat semangat hubby kalau pasal diet ni. Kalau aku memang tak dapatlah menahan godaan, nak-nak depan mata ko ada Red Velvet Cake yang merah menyala, lemak berkrim tu.  
Sudahnya bininya ni yang abiskan 2 potong kek tu, hubby on diet, anak-anak pula tak berapa gemar kek yang bercheese ni, favorite dorang chocolate moist cake tu je. 

Lepas makan-makan, anak2 berganti-ganti wish babanya 'Selamat Hari Jadi' sambil kiss pipi baba. Tiba giliran uminya ni, Ok Damia halang tau (padahal bukan betul pun aku nak kiss babanya depan2 kihkih, malu lah wei). Pompuan dan lelaki tidak boleh cium2 tau, berdosa! marah Damia :P
Shamzi pula menyampuk .. aiihh boleh ba kalau sudah kawin .. 
Damia bidas lagi aiik mana boleh pompuan sama lelaki kawin! 
Shamzi tidak puas hati bole bah kalau suda besar nanti ... nda kan ko mau satu-satu orang ..
Gulppp ... nak ketawa ke nak berpikir sejenak ... jauhnya perancangan Shamzi ni ..
Belum sempat Damia bersuara lagi, Ok baba dah besarkan mata, pegi bilik masuk tidur! takut ntah apa lagi yang dorang melalut nanti ... 

Hai lah anak-anak, tersenyum juga aku bila teringat. Kadang-kadang ko tak sangka ayat sebegitu akan keluar dari mulut seorang budak berumur 8 tahun kan. Jauh bezanya dengan kita dulu kan. ish ish ish ....