Hentian rehat versi Kota Belud

Assalamualaikum


Salam selasa

Kejap ada kejap tiada. Banyak cerita tapi mood ke lautan dalam. Faktor usia kah apa ni ... hehe

Memori phone over akibat terlalu banyak gambar disnap untuk upload di blog tapi sampai sekarang nda juga terusik tu gambar.

Delete pula terasa sayang .. last2 transfer ja lah di memory card sementara tunggu mood berblog datang.

Intro dah abis sekarang kisah yang nak diceritakan. 
Orang kalau jalan jauh memang kena singgah kejap mana-mana pusat hentian rehat. 
Yelah singgah kejap nak membuang yang besar dan kecik. Sambil2 tu mencari kudapan dan minuman untuk alas perut dan hilangkan ngantuk.

Aku kalau balik ke Kota Marudu wajib singgah satu tempat ni.
Tapi tempat ni bukanlah pusat hentian rehat, cuma sebuah gerai tepi sawah yang menjual pisang goreng, kudapan lain dan juga minuman.

Gerai biasa tapi kalau tak singgah kira rugi tau.


Gerai biasa ja tapi nda pernah sepi sebab memang ada saja yang singgah untuk membeli makanan dan minuman yang dijual.

Ramai yang 'take away' untuk dimakan semasa di perjalanan, cam aku lah tu. 

Tapi kalau nak singgah makan dan minum pun boleh sebab owner gerai ni ada sediakan meja dan kerusi untuk mereka yang nak relaks kejap sambil menikmati pemandangan sawah padi yang permai gitu. 



Kudapan yang selalu aku beli. Pisang goreng, kuih penjaram yang memang pemes di Kota Belud dan juga fishball. 

Fishball ni biasa ja sebenarnya tapi yang membuatkannya special adalah sambalnya.
Sambal kicapnya manis-manis pedas-pedas manja gitu. Meleleh air liur bila teringat sambal tu. Memang padanan mantap dengan fishball tu.

Gerai ni jual makanan yang ringan2 ja tapi kadang2 tu ada juga dijual mee goreng dan nasi lemak yang sudah siap dibungkus dalam bekas plastik.



Satu lagi tarikan gerai ni adalah minumannya. Minuman yang dijual di sini memang power gitu. Cukup rasa, minum hingga ke titisan yang terakhir. 

Kalau singgah di sini aku dan hubby wajib beli nescafe aisnya. Nescafe aisnya emmmm memang pergghhh kaw giler gitu. Sedap!
Selain nescafe ais, sirap bandung selasih juga laris dijual di gerai ni.
Pendek kata semua minuman yang dijual di gerai ni memang sedap belaka.

Ini bukan entri review, cuma nak berkongsi tempat best dan sedap!






9 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. Wah..nampak pun cam sedap tu nescafe..:)

    ReplyDelete
  2. Tetiba teringin pulak nak but nescafe ais weyh.....
    Gerai cenggitu pun wujud jugak sepanjang jalan nak hala ke Muar Mia. Mmg pisang gorenglah yg pemesnya dengan cendol. Tapi OKje jarang singgah sebab mmg dah target nak makan kat Muo, takut nanti dah kenyang makan tengahari tak nikmat pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat jgn tak buat ... nak2 lagi cuaca panas camni ... nikmat wey!

      Delete
  3. As salam Mia.. lama sdh nda dtg melawat sini.. semoga baik2 seja kamu d sana.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam ..

      Ni pun baru ja update blog. Sama2 :D

      Delete
  4. Nampak kedai biasa jer tapi makanan sedap ye..dont judge a book by its cover gitu..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post