Ke Kundasang lagi ?

Assalamualaikum

Ya, ke Kundasang lagi.
Rasa-rasanya korang dah muntah hijo baca kisah Kundasang lagik.

Jangan risau walau tempat yang sama tapi lokasi penginapan adalah berbeza. 
Sekurang2nya boleh juga bagi idea kat korang jika berkunjung di sini.

Kitaorang pegi sabtu minggu-minggu lalu. Korang kiralah dah berapa hari berlalu ye.
Plan last minute, itupun hubby yang bawa. 
Alasan nak tambah stok gambar. 

First plan mo stay di homestay. So aku book lah D'Olundus Lodge yang terletak betul2 menghadap gerai buah dan sayur di Pekan Kundasang tu.
Harga semalam RM170 Net termasuk dua sarapan.

Tapi hari yang kami nak check in tu, dorang call ada masalah sedikit. 
Homestay yang kami nak stay tu mengalami kekurangan bekalan air.
Disebabkan kemarau dan cuaca kering, Kundasang kekurangan bekalan air so ianya terpaksa di catu.
Ada air pun kata dorang hanya keluar sedikit sahaja. Payah pula kalau nak O O. Huhu

So terpaksa cari tempat stay lain. Terpaksa pilih resort atau hotel sebab dorang selalunya ada tangki untuk menyimpan air.
Kalau tak ada tempat stay maka terpaksalah kami berangkat pulang ke KK petang tu juga. 

Mungkin dah rezeki kami, tanya satu hotel ni terus dapat bilik.
Kitaorang stay di The Cottage Hotel.
Lokasi di Jalan Mesilau. Dah dekat dengan Desa Cattle Farm aka New Zealand Malaysia tu.



Ni hotel biasa dan simple ja. Mungkin rate dalam 2 bintang gitu tapi yang bestnya, bilik dia bersih dan harum sentiasa. 
Ni yang aku suka. Kalau hotel tu 4 5 bintang tapi kebersihan bilik out, memang aku reject. 



Kami ambil superior room. Harga asal RM180 tapi memandangkan hubby keja gomen dapatlah discount turun ke harga RM160 Net. 
Ada bilik besar untuk family juga tapi bilik ni cukuplah untuk kami berlima.
Muat ke katil tu?? Memang lah tak muat sebab tu kami kalau ke Kundasang akan bawa 1 spare blanket. Buat alas tidur kat atas lantai hehe

Bilik ni ada breakfast untuk 2 orang juga. Tambah RM5 ja untuk kanak-kanak 6 hingga 12 tahun.

Hotel biasa-biasa ja tapi lokasi yang strategik, dekat dengan tempat2 yang wajib dikunjungi kalau ke Kundasang ni. Kalau nak ambik bilik view menghadap Gunung Kinabalu korang kenalah inform awal2.
Tu hari sebab last minute punya kerja, kami dapat hotel yang sipi-sipi ja nampak gunung tu.




Wefie sefamili wajib ambik gitu .. hehe
Selain nak tambah stok gambar, kiranya kami ni melarikan diri kejap dari cuaca panas di KK ni. Cari tempat lepak yang sejuk sikit so terpaksalah pegi Kundasang. Nampak perkataan terpaksa tu, hehe jangan Tanya napa kami balik2 ke Kundasang ... :P



Sebenarnya juga aku dan hubby tetiba mengidam nak minum kopi susu dari Desa Farm tu. Tahun lalu kami sempat merasa minuman kopi susu yang diperkenalkan oleh New Zealand Malaysia tu, memang power sedap giler gitu.
Tapi sangat-sangat-sangat hampa gitu, perisa ni cuma percubaan saja. Kalau ada banyak permintaan baru dorang kekalkan perisa kopi ni.
Hubby sempat lagi pesan staff Desa Farm tu, tolonglah jual sebab memang banyak permintaan. hehe

Kami cuma sempat membeli aiskrim yang diperbuat daripada susu segar di sana. Perisa vanilla dan coklat. Ya ampun, sedap sungguh. Ni first time kami membeli aiskrim Desa Farm walaupun dah banyak kali datang ke sini.
Patutlah ramai ja orang beratur kat kaunter aiskrim tu.
Walaupun kira mahal RM5 segelas tapi taste dia memang berbaloi dengan harga.
Sekejapan licin sampai tak sempat nak snap gambar.

Ok lah itu ja cerita Kundasang untuk tahun ni ... betul ni yang last untuk tahun ni :P


Note : nak tahu contact no The Cottage Hotel, korang google ja nama hotel ni :D



 




8 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. Betul juga Mia kalau tak ada air mestilah tak selesa
    Nasib baik ada yg lebih selesa dptlah jenjalan di sana kan.

    ReplyDelete
  2. Tak ada rezeki nak merasa susu fresh tu, sebab masa ayah bawa balik susu tu dah basi

    ReplyDelete
  3. Sapa yg kena tido alas blanket tu Mia? Hihi....anak anak ke mak pak anak....
    Baguslah jugak depa inform air kecik sekurang kurangnya kita boleh cari alternatif.

    Kiranya mcm makan aiskrim stroberi kat CH lah ni ek....bezanya kat sana susu segar...

    ReplyDelete
  4. Sapa yg kena tido alas blanket tu Mia? Hihi....anak anak ke mak pak anak....
    Baguslah jugak depa inform air kecik sekurang kurangnya kita boleh cari alternatif.

    Kiranya mcm makan aiskrim stroberi kat CH lah ni ek....bezanya kat sana susu segar...

    ReplyDelete
  5. Wah..mo d try tu tau eskrimnya..wana xpnah lg mkn sbb masa pegi hari tu rmai yg q..huhu..

    ReplyDelete
  6. bestnya dapat melarikan diri sekejap dari cuaca panas...aiskrim tu mesti sedap sangat2 kan, hu terliur baca..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post