Tarikan baru di Desa Dairy Farm Kundasang

Assalamualaikum

Minggu depan dah mula cuti sekolah. Seminggu ye, bukan 2 bukan 3 minggu ye anak2 ibu2 bapa3 sekalian. 
Ada yang plan nak kemana-mana? Ya lah cuti saja kan peluang yang kita ada untuk bersama dengan keluarga.
Hari2 lain masing2 pun sibuk dengan hal sendiri, anak2 ke sekolah, mak bapa keluar bekerja. 

Aku tetap ambik cuti bila anak2 bercuti sekolah. Lagipun hubby pun turut bercuti, maklumlah cikgu sekolah ... so minggu depan apply leave straight 3 hari .. nasib baik boss approvedkan .. hehe

Nak ke mana cuti sampai 3 hari tu? Tak pasti lagi. Belum rancang nak kemana tapi sebenarnya duduk rumah dengan anak2 pun best juga.

Kalau rasa boring2 mungkin kami akan ke Kundasang. Last sekali pegi 25hb Dis tahun lalu. Itu pun pertama kali jejak ke Kundasang setelah kejadian gempa bumi Jun tahun lalu. 
Tak bermalam di sana, jujur kami masih trauma. Cuma berjalan2 di Desa Dairy Farm. Hari kejadian gempa bumi tu actually nak pegi sini tapi cancel sebab terus balik ke KK. 

Kami bawa mak sekali sebab kebetulan mak ada di KK masa tu. 

Mak dan cucu-cucunya. Ni muka lemau ni sebab baru sampai di Pekan Kundasang. Pening lalat mak sebab jalan cam ular tu belum hilang lagi.


On the way ke Desa Dairy Farm. Cuaca hari tu betul2 terang. Langsung tak berkabus tapi sejuk masih terasa.


Sampai ja ke Desa Dairy Farm, suruh anak dara kenit ni berposing dulu. Nampak Gunung Kinabalu kat belakang tu. Sangat sangat sangat terbuka ... langsung tidak dilitupi kabus seperti selalu. Dah beberapa kali ke Desa Dairy Farm, tak pernah berpeluang melihat gunung dengan dekat. Hanya kabus tebal yang boleh dilihat.


a'a! Yang ni merupakan tarikan baru untuk pengunjung Desa Dairy Farm. Jika dulu cuma ada perisa asli dan juga coklat, hari tu dorang membuat percubaan untuk menjual susu berperisa kopi ni. Aku berpeluang membeli 3 kotak hari tu. Sekali sedut ... perggghhh nyaman dan kawww. Kopi dia rasa pahit2 gitu tapi dapat di cover oleh rasa lemak susu lembu yang segar tu. Tidak terlalu manis ... i like, sangat2 sedap!


Aku jarang bergambar dengan mak. Ni selfie pertama aku dengan mak. 


Aku suka gambar ni.  Cam berada di obersi gitu. 

So apalagi ... jom lah ! 

Mood nak habiskan keja untuk minggu ni sebelum cuti minggu depan :D







7 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. Takfikir lagi mahu pergi mana. Rasanya jalan di sekitar kl ni je. Cantik pemandangan kawasan desa fairy farm.memang betul2 nampak macam di oversea. Sejuk dan nyaman.

    ReplyDelete
  2. Blm pernah lg sy smpai sini. huhuhu.. i loike tu susu perisa kopi..

    ReplyDelete
  3. Waa..cantik betul tau pic mcm d obersi tu..hihi..lamanya wana x pigi sna..

    ReplyDelete
  4. SubhanAllah cantik permandangannya, comel anak dara, mak dan anak selfiee pun sweet, belum pernah selfie dengan emak sy lagi :)

    ReplyDelete
  5. Entah bila la saya ada rezeki ke sana kan..baca review org lain kat blog dah banyak kali...ekekekekkee......Best kalau air susu Desa tu di bawak ke KL..boleh la rasa

    ReplyDelete
  6. Dah lama rupanya entri ni....maksudnya lama dah mak tak datang sini ek.... hihi sesat jalan agaknya hihi...
    Muda mak awak Mia....mcm kakak gitu....Mmg canti gambo tu Mia...i loike
    Bilalah okje nak sampai kes ini agaknya huh....
    Tengok susu Desa tu tetiba pulak teringat Dutch lady yg ada perasa kopi jugak sekarang ni.... mmg sedap weyh....

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post