Nasi Arab di Mashawi Grill!

Assalamualaikum


Sejujurnya aku bukan peminat nasi arab ... hari tu dah pernah test makan di beberapa restoran tapi tak menepati selera aku. Bagi aku nasi arab ni satu hidangan yang 'kering', hanya nasi dan juga ayam atau kambing yang telah dipanggang. Kering tak berjus gitu.

Hingga hari tu aku ternampak dalam FB kawan-kawan yang berkongsikan tentang satu restoran yang menjual pelbagai menu nasi arab dan juga makanan dari timur tengah.
Tengok gambar memang nampak menyelerakan dan begitu menarik.
Tanya kat kawan mana tempat tu, dia kata restoran ni baru sahaja dibuka di kawasan Indah Permai, Kota Kinabalu. So set dengan hubby nanti akan pegi cuba makan kat situ.
Terasa berliur tengok gambar-gambar makanan yang dikongsi kawan-kawan.
Kata mereka memang sedap dan menyelerakan.

Aku nak pegi cuba selalu tak kena masa .. hingga restoran tu telah berpindah di sebelah Hotel Tang Dynasty Jalan Sepanggar tu.
Dan sabtu yang lalu akhirnya aku dan hubby serta anak-anak ke restoran yang diwar-warkan dalam FB tu. Nak tengok dan rasa betul ke seperti yang dikatakan oleh kawan-kawan aku tu. Makanan dia semua memang pergghhh!



*Menu di restoran ni ... ringkas dan senang nak buat pilihan. Ada nasi arab, roti pita, ayam panggang, kambing panggang dan menu sampingan yang lain*




*Restoran Mashawi Grill nama diberi gitu .. nak tahu maklumat tentang restoran ni boleh je ke FB dorang .. *




*Minuman yang kami order hari tu .. gelas dia besar gedabak gitu. Harga dia dalam lingkungan RM2 lebih .. berbaloi dengan saiz minumannya*




*Set Roti Pita Ayam .. roti pita dia memang lembut giler .. ada rasa sedikit crunchy2 di luar .. inti dia memang meriah .. harga 1 set cuma RM10.90*




*Yang ini Set Lamb Shank Stew dengan Nasi .. Harga RM16.90 .. ni korang wajib cuba. Daging kambing dia memang lembut dan sangat berperisa. Bau dia memang tak ada. Aku kan bukan seorang penggemar daging kambing .. sebab bau dialah tak berapa masuk dalam tekak. Tapi yang ini memang tak bau hamis kambing tu hehe*




*Set Chicken Mashawi dengan Nasi .. yang ini pun korang mesti order. Harga RM12.90. Ayam dia memang saiz besar punya dan walaupun ianya dipanggang, rasa berjus dia memang masih terasa*




*Dan yang ini, killer menu di Mashawi Grill ... sehingga aku terlupa bahawa aku bukan penggemar daging kambing ... hehe susah nak cakap, korang datang dan rasa sendiri ... memang sedap giler. Aku suka roti dia yang crunchy dan lembut serta inti kambing dia tu .. pergghhh .. Set Turkish Pide Pizza, harga RM16.90 untuk inti kambing dan RM15.00 untuk inti ayam. Ni aku bagi 10 bintang!*


Ok cukup ... aku pula yang terliur balik bila nampak gambar-gambar ni



5 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. makanan semua nampak best best belaka, dan yang penting harga dia sangat berpatutan..

    ReplyDelete
  2. Betul-betul best ni Mia
    Kakak suka makan di restoran yg menghidangkan cuisine macam ni:)

    ReplyDelete
  3. laparnya tengok makanan pagi-pagi ni..hehe

    ReplyDelete
  4. Habis camne ni Mia? Takkan nak kena booking tiket ke KK pulak ni weyh...hihi...
    Harga makanan sekarang ni mmg rate gitulah kan

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post