Tuesday, May 31, 2016

Badam .. berkhasiat dan sedap!

Assalamualaikum


Sejak hubby amalkan DIET ATKINS ni (walaupun tak 100% hehe karbo tetap ambil tapi di waktu pagi dalam kuantiti yang sedikit), badam panggang ni lah akan jadi snek harian hubby selain biji bunga matahari dan biji labu. 

Sedap ke badam ni ??? Gila ko tak sedap. Ni lah snek berkhasiat yang aku rasa sedap sekali .. bila dah start kunyah tak sedar abis sebungkus. 
Rasa lemak-lemak manis kekacangnya memang enak gitu. (Dah macam indon pula bahasa aku hehe).

Mengapa badam ni sangat sesuai dengan orang sedang berdiet ?? Dah tentu2 khasiatnya :-
  • Tinggi kandungan Vitamin B
  • Tinggi kandungan Kalsium dan Fosforus.
  • Kandungan lemak tak tepu yang tinggi yang mana lemak yang sangat diperlukan oleh tubuh manusia
  • Tinggi antioksida
  • Dan banyak lagi
Pendek kata yang tengah berdiet, yang ingin menurunkan paras kolesterol dan tekanan darah tinggi, mengelak serangan sakit jantung ... disyorkan ada badam dalam menu harian korang.


Note : dekat dah puasa ni mulalah terbayang biskut raya almond london. Emmm sedapnya. Tapi yang ni bukan menu diet ye hehe






6 comments:

  1. Bagus diet atkin ni kalau betul betul buat mmg kurus dalam jangka masa panjangggg ;)

    ReplyDelete
  2. Kudapan kakak di pejabat adalah badam, pistachio, kismis dan gajus Mia
    Kakak tapi makan bukan sebab tahu kebaikannya tapi ikut sedap tekak sebenarnya:)

    ReplyDelete
  3. Memang sedap. Harga pon sedap...hehehe...Teringin nak buat susu badam.

    ReplyDelete
  4. Badam ni salah satu kudapan bunda juga... sebenarnya bunda memang suka mengunyah kekacang. Bunda tak berapa gemar mengunyah asam2 kering, manisan atau jenis2 keropok.

    Selain badam ada juga hazel nut, kacang tanah dan kacang kuda... kacang kuda bunda beli yang mentah lepas tu bunda rendam, rebus dan simpan dalam petiais... Bila duduk santai2 boleh makan..

    ReplyDelete
  5. Apa pun jenis kacang mak mmg suka kecualilah kacang tanah.....tp dlm tak suka tak suka tu bedal jugaklah hihi....
    Mahal tak Mia badam ni? Rasanya mahal jugakkan...

    ReplyDelete
  6. Apa pun jenis kacang mak mmg suka kecualilah kacang tanah.....tp dlm tak suka tak suka tu bedal jugaklah hihi....
    Mahal tak Mia badam ni? Rasanya mahal jugakkan...

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!