Thursday, May 26, 2016

Diet Atkins ke ?

Assalamualaikum

Diet ke Mia?? :P

Alkisahnya, dipendekkan cerita, hubby buatlah pemeriksaan biasa kat klinik masa hari tu hantar Damia ke klinik sebab demam. 
Sekali check, tekanan darah tinggi ko.
Tapi baru SUSPEK je. Sebab hubby kata masa aku pegi training kat KL 3 hari tu dia tak cukup tidur. 
Penat urus anak-anak katanya.
Maklumlah sebelum ni Umi yang urus semuanya kan .. hehe 
Tu lah tak belajar dari isteri mu ini ... kihkihkih camna nak handle anak-anak yang pelbagai ragam tu.

Ok ... sambung balik kisahnya. 
Hubby suspect hypertension .. doktor tak bagi ubat. Dia bagi hubby tempoh dalam masa sebulan dua ni. Lepas tu pegi klinik check balik tekanan darah. 
Aku risau juga (siapa yang tak risau weee !)
Mak mertua dan kakak ipar aku penghidap darah tinggi. Tu yang risau tu.
Bila dah tentu darah tinggi, dan ubat diberikan, tak boleh dah undur diri lagi. Terpaksa ko bergantung dengan ubat seumur hidup plus penyakit lain senang datang menyinggah ... nahuzubillah

Itu yang sekarang ni hubby tengah amalkan pemakanan sihat. Kira dietlah tu.
Tanya kawan-kawan yang lain, dorang suggestkan keadah Diet Atkins

Apa tu Diet Atkins ? secara ringkas dalam ayat ayat yang mudah ... TIADA KARBOHIDRAT dalam makanan seharian. No nasi-nasi, No roti-roti, No mee-mee dan apa-apa yang mengandungi karbohidrat. Kalau ada pun (korang paham-pahamlah menu orang asia cam kita ni, tak lepas dari karbohidrat) kuantiti yang diambil adalah sangat sedikit.


Sumber : Google


Nah contoh menu untuk mereka yang mengamalkan Diet Atkins. Sanggup ke korang ??? :P
Ko makan banyak makan protein jak dan sayur-sayuran. 
Hubby aku dah hampir sebulan amalkan cara pemakanan ni. Minggu pertama kata hubby memanglah sangat mencabar. Bayangkan tak ada nasi-nasi, roti-roti, mee-mee, macam mana nak kenyang. Otak kita sejak kecil dah disetkan, makan nasi baru kenyang kan. hehe
Bergegar satu badan kata hubby .... laparrrrr.
Tapi doktor dah bagi tips, bila terasa lapar, ambil kekacang yang dipanggang. Tiada perisa tambahan tau. Kacang pula bukan kacang tanah yang ko makan sambil nengok tv tu. Tapi kekacang seperti badam, gajus dan juga biji bunga matahari (kuacilah).
Kalau tak ada kacang, silalah makan buah. (^_^)

Lepas seminggu, hubby dah ok. 
Tapi tak cukup dengan diet jak ... senaman wajib jadi rutin harian. Jogginglah hubby setiap petang sebelum ambil anak-anak balik dari sekolah. 

Ada ke perubahan hubby? 
Tipu kalau tak ada. Perut yang gebu itu, aku tengok dah ada penipisan sedikit. hehe
Hubby kata badan dah terasa ringan sedikit dan tak cepat mengantuk. Dulu aku tengok hubby, landing ja kat tilam dah tertidur. Jam 9 malam dah berdengkur. 
Sekarang ... jam 10 malam masih tengo bola ko. Aku tak boleh dah suka2 hati kontrol remote tv, sebab sebelum ni aku ja yang tengo tv malam-malam dengan bebasnya. kihkihkih

Minggu depan temujanji hubby dengan doktor. Harap-harap semuanya ok. 



Note : Aku sebenarnya tercabar juga dengan diet hubby tu. Aku ni bilalah nak mula diet yang orang kata betul-betul diet. Ni nampak makanan sedap ja, emm testlah sikit, ala sikit ja ...tapi sikit-sikit tu lama-lama jadi bukitlah pulak kahkahkah.



4 comments:

  1. Mudah2an OK sudah bila hubby Mia jumpa Doc nanti..risau lah bila umur2 mcm kita ni... klu betul2 ikut, ramai yg berjaya dengan diet atkins ni..
    *Jom berskipping Mia.. haha

    ReplyDelete
  2. mudahan semua nya dipermudahkan. kalau ikut betul2 atkin. kekacang tak boleh. biasalah tu mula2 bergegar. sebab gula dah hilang dr badan. tp once dah start pembakaran lemak dari sumber lain. insyaAllah ok. banyakkan makan sayur hijau yer.

    ReplyDelete
  3. Moga dipermudahkan utk berdiet tu Mia..
    Memang kena displin kuat ni..

    ReplyDelete
  4. Nak pulak dia diet ye Mia.... tak makan nasi tu.....Ingat tak mencabar ke?
    Tulah.... mak pun dah lama dah berhajat nak diet jugak....memanjang fail hihi....samalah mcm ko MIa, tengok nasi jer terus lebur...diet ke mana...

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!