Tuesday, June 14, 2016

Bazar ramadan tepi rumah

Assalamualaikum

Salam ramadan yang ke-9

Dah seminggu berpuasa ni dah berapa  kali korang pergi ke bazar ramadan ? 

Aku ? Hehe dah banyak kali pergi sebenarnya. Jangan ko nak cakap aku malas nak masak ... walaupun sebenarnya ya kihkihkih.
Satu lagi kenapa aku selalu pegi bazar ramadan ... sebab makanan yang dijual tu. Setahun sekali keluar tau. Time ni lah muncul kuih muih yang best yang tidak akan dijual pada hari2 biasa.
Bagi orang yang ada tak bakat dalam bidang masakan cam aku ni, masa ni lah ambil kesempatan merasa kuih muih tu semua.

Dan satu lagi sebab kenapa aku selalu ke bazar ramadan? Lokasinya sebelah rumah ja. Camna tak tergugat. Jalan kaki 10 minit pun dah sampai. Tak payah pening-pening cari tempat untuk parking kereta.


*Gigih ko berjalan kaki ..bukan main happy lagi budak berdua yang sudah berpuasa penuh selama 8 hari ni*


*Kan dah sampai ... hehe ... tak sampai 10 minit pun. Ko tengo Damia, dah besar panjang pun masih minta dukung lagi dengan babanya. Penat jalan katanya. Ngengada betul anak dara aku sorang ni*



*Tu dia ... panjangnya gerai. Rambang mata memilih tau. Kiri kanan makanan, nafsu-nafsu. Aku sempat snap gambar ni je. Tak dapat nak gambar makanan yang dijual tu. Ye lah nak kongsi dengan korang makanan yang best-best dijual di bazar ramadan Kota Kinabalu ni. Segan nak ambik gambar lebih-lebih, nanti orang pelik menengok, ni reporter dari mana ni. Huhu*



Korang jangan risau, kami beli makanan cukup2 untuk kami 5 beranak. Semua habis dimakan. Alhamdulillah ...


Note : Bila dah start sekolah ni, aku memang tak akan sempat masak untuk berbuka puasa di rumah. Keluar office 4.30pm tapi sampai rumah jam 6.30pm, jammed giler. Ngam-ngam azan maghrib. Buka puasa. Nak masak macam mana lagi. Nasib baik baba beli sedikit juadah untuk kami berbuka puasa. Time sahur je lah aku sempat masakkan untuk anak-anak. Masak simple-simple ja. Dorang pun bukan ada selera makan di awal pagi. (^_~)


13 comments:

  1. Wooww keluar awal pun still jem ye...kalau ju keluar jam 4 ptg sampai rumah pengasuh amik anak pastu balik rumah sampai lebih kurang 5.30 ptg...sempat gak lah kadang2 masak...

    ReplyDelete
  2. Kakak walau tiap hari makan hidangan dari bazar tapi tak pernah pergi lagi Mia
    Sebab yg pergi abang aje. Kakak pesan apa yg kakak nak.

    ReplyDelete
  3. wauuu.. kak mia.. ngam2 depan office saya.. saya kerja di tu haaaa...Kiara College tu.. hehe..

    ReplyDelete
  4. belum pergi lagi bazar ramadhan..masak simple2 jer..sue faham bagi yg bekerja ak balik masak kadang2 x sempat.

    ReplyDelete
  5. Yalah kalau dah bekerja manalah sempat nak memasak kan.Bestnya bazar dekat dengan rumah...kalau akak pun harus pergi hari2 gitu.
    Biasalah Mia budak2 mana lah ada selera pepagi nak makan.

    ReplyDelete
  6. senang nyerrrrrrrrrr jalan kaki jek ! takde masalah nak parking ;)

    ReplyDelete
  7. Wah senang banyak tu Mia..
    Bazar ramadhan tepi rumah ..
    Sepalaung jalan kaki dah sampai..
    Sama lah dgn akak..
    Balik 4.30pm..
    Sampai rumah pun lambat..
    Lagi teruk Jem kan..

    ReplyDelete
  8. Untunglah bazar sebelah rumah jer. Aku baru sekali jejak bazar.

    Sakit hati kan. Balik awal pon jalan sesak.

    ReplyDelete
  9. jam juga ye di KK..yelah, tu kira dah lambat. Sabah kan berbuka awal.

    ReplyDelete
  10. Kalau dah waktu berbuka sampai di rumah, nak masak apa. Lebih afdallah membeli di bazar. Takdalah penatkan. Oh, kat KK pun jem teruk ya! Masing-masing kejar masa nak cepat sampai rumahkan.

    ReplyDelete
  11. Hihi ...patutlah laju je ke bazar tu..... dekat rupanya. Mia, okje 2x jer pergi sebab cari kuih. La ni dah mcm malas nak gi sebab susah nak parking. Faham faham ajelah, walaupun katanya tak suka bawak slow tp tang parking memang fail haha...

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!