Tuesday, June 28, 2016

Bila raya nak dekat

Assalamualaikum

Salam ramadan yang ke-23 :D

Tak sedar korang tinggal seminggu lagi nak raya. Ramadan pula dah dipenghujungnya ... huhu terasa sayu ja tinggalkan bulan ni. 

Ni hilang dari hilang radar kejap bukan apa, sibuk ko. Sibuk siapkan kelengkapan raya anak-anak. Budak-budak kan yang paling excited nak sambut raya cam kita dulu-dulu tu. Nak semua yang baru gitu. Untung anak-anak aku sekarang, tak lah merasa kesusahan Umi dulu-dulu. 
Kekadang tu terpikir juga nak ajar anak-anak aku hidup susah, nak dapatkan baju raya sehelai pun payah ... biar dorang rasa kepayahan hidup seperti anak-anak lain yang tidak bernasib baik .. huhu
Tapi kan, naluri mak-mak kan, mana mau anaknya hidup susah. Selagi mampu selagi itulah kita sedaya upaya lengkapkan keperluan mereka. Tak gitu mak-mak semua. 

Bila semua dah siap, lega ko. Umi dan Baba tak beli baju raya tahun ni. Pakai apa yang ada ja. Raya usia-usia cam kita ni, excitednya tak seberapa. Cuma bila dengar lagu raya, hati dah ingat-ingat kat kampung. 
Damia tadi pagi bila dengar lagu raya, dah tanya Umi, napa Damia masih pakai baju sekolah lagi. Kan dah raya ni Umi. Bila kita balik kampung Umi? Bukan ko ja yang excited balik kampung Damia, Umi pun sama .. mood kerja terus ke laut. Ish ish ish sabar ko Mia, ada 4 hari lagi nak kerja sebelum cuti seminggu minggu depan. 

Dalam pada tak beli baju raya, tetiba rezeki datang bergolek. Kawan hadiahkan sehelai blause kaler biru. Dapat juga baju baru untuk raya ... hehe terima kasih lah pada teman tu. 


*blause pemberian teman*


Minggu lalu adalah dalam dua kali kita orang buka puasa kat luar. Ni pun atas permintaan anak bujang seorang tu dan juga tetiba hubby bermurah hati belanja ber shellout gitu.


*Shellout untuk buka puasa kita orang hari tu. Ni sebab kawan hubby yang rekemenkan ... katanya sedap. Oklah juga. Isi ikan goreng tu memang sedap, butter prawn tu pun not bad taste dia .. tapi kan cam kuantiti tu yang sedikit sangat. Cam tak berbaloi dengan harga yang kami bayar. Kat mana restoran ni, tak payah sebutlah ye namanya. Aku bagitahu lokasinya ja, tepi Perodua Alamesra, Kota Kinabalu. Confirm orang KK tahu*



*Yang ini kitaorang berbuka kat Restoran BTC. Restoran ni owner dia India Muslim. Makan kat sini sebab anak bujang yang request. Katanya nak makan nasi beriyani so layankan ajalah. Bukan main ko dia berdoa masa buka puasa hari tu. Tu gambar kuetiow goreng tu, nampak sedap kan. Tapi kan tak sedap. Udang dia tak fresh, aku dapat makan suku ja, memang tak memenuhi selera aku .. huhu*



Oklah nak bzkan diri sambung kerja ... kasi settle sebelum kita mula bercuti-cutian ye :P



12 comments:

  1. Tulah kan Mia ....dah sampai penghujungnya Ramadhan ni. Ada kalanya sedih bila dengar ceramah ustad tu, tp bila soping udah lupa yg sedih huhu...

    Yelah sangat tak membeli baju baru tu. Nanti jalan jalan terjumpa baju yg berkenan sure menyauk tu hihi....

    Bape Rm Mia makan Shellout tu....teringin gak nak try tp lum jumpa tempat yg murah hihi

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah...kita pun tahun ni dapatlah 2 helai..banyak beli baju anak je

    ReplyDelete
  3. Betullah Mia kita ni biasa lebihkan pada anak-anak aje
    Cuma bila anak-anak dah besar dia pulak sibuk nak mama/papa mereka ada macam mereka juga.

    ReplyDelete
  4. Betul kak mia.. sedih pulak phujung ramadhan ni.. sheelout tu pun kuci suda rasa.. memang kuantiti dia skit.. btw Selamat Hari Raya kak.

    ReplyDelete
  5. Aku pon persiapan lebih kepada anak2 jer. Kita ni pakai jer lah apa yg ada.

    ReplyDelete
  6. Saya pun dah settled sebenarnya tapi tapak kaki ni gatal tau, nak juga jejak shopping mall.

    Pakaian sendiri memang banyak tak berpakai so kita pakai ajelah di pagi raya. Yang penting anak-anak aje. Kita dah tua ^_^

    ReplyDelete
  7. Mamg mana2 parents pun lebihkan anak2 je untuk persiapan raya..sy lglah tahun ni dlm pnt pulak.memang tak fikir lngsung baju raya anak2..janji anak2 berpakaian baru..dh lega disitu

    ReplyDelete
  8. Mamg mana2 parents pun lebihkan anak2 je untuk persiapan raya..sy lglah tahun ni dlm pnt pulak.memang tak fikir lngsung baju raya anak2..janji anak2 berpakaian baru..dh lega disitu

    ReplyDelete
  9. wah..bukan saja dpt free baju raya..

    orang blnja lagi..

    ReplyDelete
  10. salam singgah..salam perkenalan.memang busy dah hujung-hujung ramadhan.semua nak dikejarkannya.:D terima kasih sebab sudi singgah blog saya.

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!