Monday, June 6, 2016

Ko tenung apa tu dik?

Assalamualaikum

Salam ramadan pertama dan selamat berpuasa 😊

Godek-godek gambar terjumpa pula gambar tahun 2010 ni. 

Masa ni Damia masih dalam proses .. kihkihkih Shumi baru 4 tahun, Shamzi pula baru ja 2 tahun. Harum baby pun belum hilang lagi. 

Yang paling besar tu anak kakak Syafiq, sekarang dah 16 tahun, besar dan tinggi dari aku. Yang baju hijau malu-malu anak adik, sekarang dah darjah 5 juga dah hampir sama tinggi dengan aku. Semua gen tinggi menggalah. 

Pejam celik pejam celik *ayat klise* tak sedar bah anak-anak membesar. Cabaran membesarkan anak juga semakin susah tak kira dari segi kewangan dan juga cara didikan. Anak-anak sekarang bukan cam kita dulu, sekarang terlalu banyak terdedah dengan budaya-budaya yang tidak sihat. Huhu

Moga2 anak-anak kita semua sentiasa dibawah lindunganNya.

Korang aku bukan bersyarah pasal tu .. sebenarnya nak suruh korang tengok persamaan 3 gambar ni ... apa yang korang nampak ?




*apa yang ko tenung tu dik ??? 3 kali snap gambar ko asyik belek jari ko ja kihkihkih*


Note : sedang bercutian 3 hari .. sambut awal ramadan di kampung



9 comments:

  1. Ramadhan Kareem Mia..
    Selamat berpuasa dan menjalani ibadah dibulan yg penuh berakoh ni :)

    Bestnya berpuasa di kampung..

    ReplyDelete
  2. shamzi tgh fikir cmna mau baut peace ba tu.

    ReplyDelete
  3. muka dan kepala semua sama ! hehehehe..

    selamat berpuasa kak ;)

    ReplyDelete
  4. Heee... sebenarnya tengah susun jadi nak buat peace tu Mia:)

    Selamat menjalankan ibadah puasa dari kakak.

    ReplyDelete
  5. Betul kata kakak zakie tu mia..adik tengah susun jari nk belajar buat peace tu..comel je gayanya tu.hehe

    ReplyDelete
  6. Betul kata kakak zakie tu mia..adik tengah susun jari nk belajar buat peace tu..comel je gayanya tu.hehe

    ReplyDelete
  7. Keliru tu.. nak buat gaya high-5 atau shhh ~ hehe

    Salam Ramadhan..

    ReplyDelete
  8. Ekekeke.. Dok mikir mcm mana nak buat peace ☺☺

    Selamat berpuasa babe.

    ReplyDelete
  9. Haha.... tengah syok dapat buat jari gitulah kot Mia. Maklumlah budak baru dapat akal katanya...

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!