Monday, June 20, 2016

Semua pasti kena

Assalamualaikum

Salam Ramadan ke-15

Alkisahnya sabtu lepas kitaorang berbuka puasa di rumah parents hubby. Mak hubby cakap dia masak juga tapi korang paham-pahamlah dah bazar ramadan tepi rumah je jadi gatallah juga nak menyinggah membeli kuih muih.

Mula-mula tu kata beli sikit ja tapi bimbang tak cukup beli lagilah extra katanya. Dekat jam 6.00 petang kitaorang sampai kat rumah keluarga hubby. Sembang punya sembang dengan mak mertua tak sedar ko nak dekat buka puasa. 

Nak dipendekkan cerita kitaorang balik rumah malam tu dengan perut yang sangat penuh dan mata yang sangat mengantuk. Masa tu nak masuk jam 10 dah. Anak-anak lepas mandi ja dah 'pengsan'. 
Dah macam ular sawa pula aku tengo. 
Uminya ni pun sama ... lepas mandi, kemas2 dapur sedikit, dah set nak buat roti telor ja untuk sahur nanti, kemudian tidur. Masa tu dekat jam 12 dah. 
Sebelum tidur sempat ingatkan hubby tutup tv suruh tidur sebab dia masih siok2 melepak depan tv layan Euro 2016 tu. Takut tak terbangun sahur pulak.

DAN !!!! memang aku sekeluarga terkena pagi tu .....huwaaaaaaa ... kitaorang terbangun, 9 minit lagi nak azan subuh. Kelam kabut aku dan hubby masa tu, hubby capai air nabeeznya yang dia prepared semalam. Aku teguk terus mineral water sebab masa tu memang tekak sangat kering. Nak bangunkan Shumi dan Shamzi memang dah tak sempat. 
ish ish ish ish ... ni lah penangan buka puasa kat rumah mertua. Makan tak ingat dunia sampai kenyang cam ular sawa.

Pagi tu bila bangun Shumi tanya aku, kita ada bangun sahur kah tadi ?? alaaaa nda terbangun Shumi ... Shumi tahan kah puasa tiada sahur ?? Saya cubalah ... Semangat Shumi ni. 
Shamzi pula bangun pagi relaks ja. Buat yang cam dia puasa selalu. Main-main lepas tu menyakat adiknya Damia .. kejar2 dalam rumah. Aktif sungguh. 
Masuk tengahari baru tersedar, Umi kita tiada sahur tadi pagi kan .... patutlah saya lapar .... 

Bukan main dorang Shumi dan Shamzi mengadu lapar tapi bila aku tanya dorang nak buka ka tidak, tak mo pula ...dorang nak puasa juga. Sampailah jam 4.30 petang tu. Alhamdulillah dorang masih lagi bersemangat. Aku sebenarnya risau juga sebab dorang tak makan sahur tu tapi tengo dari gaya dorang cam biasa ja, lembik pun tidak. Tambah bersemangat bila Baba bawa pegi bazar ramadan. Masing-masing ni beli makanan dengan duit sekolah yang dorang kumpul. Shumi dengan nasi kerabunya dan Shamzi dengan nasi kuningnya.

Dan jam 6.31 petang berbukalah Hubby, Shumi dan Shamzi .... aku ikut makan ja sebab tak makan seharian ... kelam kabut tak sempat sahur tadi pagi, tau2 awal paginya tu aku ABC .. hehe
Tapi aku tak makan sebab kesian anak-anak. Tunggu jugalah sampai petang baru makan sama-sama dengan dorang.

Gitulah alkisahnya ... (^__~)



Note : Dulu masa kami menyewa rumah di Kampung Likas, time puasa mesti ada budak-budak kampung bangunkan masa sahur. Jam 3 dorang dah berarak sekeliling kampung pukul gendang dan kompang bangunkan sahur. Sekurang-kurangnya tak lah terlajak bangun sahur bila dengar nyanyian budak-budak tu (^_^)





13 comments:

  1. alhamdulillah...mereka mampu bertahan...

    ReplyDelete
  2. Kalau tak bersahur ni yg kesian pada anak-anak kan Mia
    Tapi kental semangat mereka dpt berpuasa juga. Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  3. Bagus anak2 Mia ya ,tahan berpuasa seharian tanpa bersahur.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah kuat semangat diaorg :)

    ReplyDelete
  5. Fuh, memang menguji minda.. budak2 kalau tak sahur.. memang suka kalau kena bagi lesen buka.. Alhamdulillah.. kuat mental dorang.. hehe..

    Tapi, kalau dah penat.. bab sahur ni memang xheran pandai terlepas.. huhu..

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah bjya akhirnya
    selamat berpuasa sis

    ReplyDelete
  7. alolo kesian anak2 je kan kalau tak sahur
    orang tua ni tahan lah jugak cuma dlm hati mmg lah kalau boleh nak bangun sahur

    ReplyDelete
  8. makan mana yg sempat aja tp cian kat anak2 pula
    Alhamdulillah, sampai akhirnya juga...

    ReplyDelete
  9. Terlajak tdo rupanya..kuat gak semangat bebudak ni sebenarnya..

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah..bagus anak2 mia, tetap berpuasa walaupun tidak bersahur

    ReplyDelete
  11. Sejak dua menjak ni saya selalu lewat tidur. Bila dah lewat dari pukul 12 malam, cuak jugalah takut tak sedar sahur. Kalau kita tak sedar takpa, tapi kasihan pulak kat anak. Takut tak tahan lapar pulakkan.

    Untunglah uminya ABC. Walaupun tak sempat bersahur, masih boleh makan sembunyi-sembunyi bawah meja. Hahaha!

    ReplyDelete
  12. ALhamdulilah mak lum terlepas sahur lagi Mia. Yang untung hang lah Mia, sebab ABC hihi... Seronoknya mia berbuka rumah mertua tapi tak payah masak...hihi tolong basuh pinggan jerlah ek
    Apa mil masak?

    ReplyDelete
  13. hihi.. biasa jgk terbabas wktu sahur camni...
    cuma utk ank..walau tlps sahur..ttp bg dia mkn sikit..kiranya sahur lwt skit la.. sbb ank kn dlm poses belajar lg.. tkut dia org x thn perut

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!