Friday, June 17, 2016

Teringat raya dulu-dulu

Assalamualaikum

Salam ramadan ke-12

Bila ingat zaman kanak-kanak punyalah best terutamanya time raya. Dah hampir 2 minggu berpuasa so ada dua minggu lagi kita nak berhari raya kan. Bolehlah kita cerita-cerita kisah raya ye ...

Aku nak kenang-kenang dulu raya masa zaman budak-budak. Banyak kenangan best yang tak boleh lupa.

*mood sedih tetiba* aku kan zaman kanak2 dulu susah sangat nak dapatkan baju baru untuk raya. Kadang-kadang memang tak ada baju baru cuma mengharap baju-baju lama dari sedara mara. Bapa aku tak mampu masa tu isk isk isk 

Tapi kan ...
*mood gembira balik* aku adik beradik tak berapa kisah pasal tu janji kami dapat sambut raya. Aku paling suka bila dekat2 nak raya mak mula sibuk membuat kuih. Dulu2 biskut raya tak popular .. almond london ? Belum wujud rasanya. Kuih-kuih tradisional lah yang jadi pilihan. 
Mak rajin bakar kuih bahulu. Bahulu yang mak buat memang terbaik gitu. Mak bancuh tepung dan telur dalam baldi, pukul sendiri tak ada mesin. Bakar pula guna arang sabut kelapa dalam acuan besi tu. Pergghh bila masak bau harum dia semerbak satu rumah. 

Dulu rumah kami tak ada lampu lip lap tu. Kami pasang pelita banyak2 di halaman rumah. Tiang untuk sangkut pelita bapa ambil kayu dari hutan kecil belakang rumah. Pelita pula dari tin2 kosong yang boleh diisi minyak tanah. Bila dah nyalakan semua .. nampak berkelip2 cantik dihalaman rumah. Kami adik beradik duduk diberanda rumah sambil senyum2 tengo pelita. 

Masuk sekolah rendah .. time raya mesti bertanding sapa dapat banyak kad raya. Kad raya popular zaman2 aku mestilah gambar kucing dan patung2 comel tu. Selalu aku memang kalah sebab kakak ramai peminat banyak dapat kad raya. Huhu
Lepas dapat kad raya lekat2 kat dinding rumah. Abis dinding ruang tamu kami lekatkan kad raya. Pastu tenung sampai puas.

Masa raya ni juga aku dengan kawan-kawan mengumpul duit raya kan. Korang pun sama kan. Satu geng datang beraya kat rumah2 yang kitaorang kenal. Rumah pakcik, rumah makcik, rumah cikgu sekolah ... dapat duit raya bukan main ko .. dulu dapat 50 sen gembiranya cam dapat duit 50 ringgit. Siap tayang dengan penuh bangga kat bapa dapat duit 50 sen.

Sebenarnya banyak lagi kenangan best masa raya zaman budak2 dulu. Kalau tulis kat sini mau satu hari satu malam korang nak membacanya ... tapi tak pa korang boleh baca juga antara kenangan lain yang suda dikongsikan di sini >>>>>> kenangan raya dulu-dulu
Confirm korang mesti akan tersenyum sorang-sorang (^_~)


Note : Semoga anak2 kita juga akan dapat merasa raya yang gembira cam kita dulu-dulu


*Raya anak-anak aku tahun 2014*



10 comments:

  1. Keluarga kakak laaagi miskin Mia. Kami pun dulu dpt ihsan saudara-mara juga. Sedih bila ingat. Kuih bahulu dan bangkit santan adalah dua kuih yg selalu arwah mak kakak buat. Kalau boleh jgnlah anak-anak kita rasa susah macam apa yg kita rasa..

    ReplyDelete
  2. wah.. rindu kenangan budak-budak dulu..

    ReplyDelete
  3. sya dpt imagine tu yg bertanding dpt kad raya.. sweet memories :)

    ReplyDelete
  4. Sama je mia,akak pun susah juga dulu...persiapan raya pun apa yg ada je .Mujurlah ayam itek ada bela sendiri utk juadah raya.
    Kuih bahulu dan bangkit tu pasti ada waktu raya.Sedap kan bahulu guna api sabut kelapa...sedapnya tk seperti kaedah moden skg ni kan.

    ReplyDelete
  5. Sama je mia,akak pun susah juga dulu...persiapan raya pun apa yg ada je .Mujurlah ayam itek ada bela sendiri utk juadah raya.
    Kuih bahulu dan bangkit tu pasti ada waktu raya.Sedap kan bahulu guna api sabut kelapa...sedapnya tk seperti kaedah moden skg ni kan.

    ReplyDelete
  6. bertanding kad raya..haha,kitorang pun buat.pastu malas nak cabut balik, Mak bising..lawak je kalau ingat

    ReplyDelete
  7. Nak jugaklah teringat Raya dulu dulu.... OKje raya mmg tak de adik beradik Mia sebab mereka semua dah besar dan dah kawen kot so dari segi material tak delah susah sangat sebab mak cuma kena siapkan sorang je kot. Kakak masa tu pun dah keje

    Kalau pertama Raya mesti pakai baju cantik cantik pakai gelang emas gi rumah jiran depan jalan haha.....Tak ingat sangatlah Raya dulu mcm mana. Tapi kuih mmg kuih goreng gorenglah, mana ada bisku biskut ni mcm sekarang ni.....

    ReplyDelete
  8. saya pun teringat zaman raya dulu2 jgk. kemeriahan nya tu sangat terasa. best sangat :(

    ReplyDelete
  9. Dulu2 kita semua serupa rasanya bakar kuih guna sabut kelapa sampai hidung dek asap berkepul2, mmmg zaman kanak paling best main bunga api dan pasang pelita

    ReplyDelete
  10. y pasti raya dulu2 meriah sgt

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!