Monday, June 13, 2016

Tester Biskut Raya

Assalamualaikum

Salam ramadan ke-8

Dah seminggu kita berpuasa. Memang tak sedar kan. Ada 3 minggu lagi ramadan yang harus kita manfaatkan sepenuhnya.

Korang ... ni aku nak bz body sikit. Dah buat persediaan untuk raya ke ? 
Baju-baju anak dah siap .. biskut raya?

Yang buat sendiri biskut tu rasanya minggu ke-3 ramadan baru bertungkus lumus di dapur. Membaking2 segala. 
Yang agak kemalasan cam aku ni .. dah start mensurvey biskut raya. Yalah nak menempah ... haruslah mensurvey harga dan mengetest rasanya. 

Hari tu aku dah tempah 3 balang. Biskut apa nama dia aku dah lupa dah .. yang penting sedap dimakan. 
Aku tempah dengan sorang rakan yang kerja dengan office sebelah. 
Minggu lalu dia bawa lagi contoh biskut untuk ditest. 
Tapi nak test macam mana kan time tu puasa. Terpaksa lah dia tapaukan aku seketul biskut setiap satu jenis untuk aku test lepas buka puasa nanti.




Antara biskut raya yang hendak ditest. Aku suruh gak anak-anak aku mengetest. Sedap ke tidak. 
Hubby memang tak nak sebab sekarang dia tengah beratkins kan. Biskut raya tinggi kalorinya hehe

Ni kalau tak ada berkenan di anak tekak aku memang biskut tunjuklah jadi pilihan. 


Note : Dulu2 memang rajin buat biskut raya sendiri .. tart nenas, biskut gajus, biskut semperit ... sekarang ni mood membaking dah ke laut .. huhu



11 comments:

  1. Assalamualaikum Mia, belum ada persediaan lagi cuma ada beli tsshirt untuk anak-anak. Nampak sedap tester diberi tu, apakata anak-anak Mia.. tula kalau last minit beli biskut tunjuk je :)

    ReplyDelete
  2. dah nak raya ni, orang dah start cari kuih raya laa..")

    ReplyDelete
  3. saya belum start lagi cari kuih raya. maybe cari kerepek dan kek sahaja. biskut 2 jenis je la kot

    ReplyDelete
  4. Betul la. Mood membaking akak pun dah kelaut. Tunggu anak dara dah besar nanti la kut kut dia rajin buat biskut raya. Tp siap la. Mesti ibunya ni ha yg kena kemas nanti

    ReplyDelete
  5. Sebab sekarang yg tunjuk pun sedap dan banyak boleh pilih itulah yg buat kita malas nak cari kerja senang kan Mia..:)

    ReplyDelete
  6. Assalam mia,
    Akak lagi lah beli tidak buat pun tak .Biasanya tiap2 tahun adek bawakan 4-5 balang biskut utk akak.Kerepek2 je yang akak beli biasanya.Tetamu raya pun biasanya suka yg kerepek2.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum mia.. samala dgn saya.. tahun ni biskut tunjukla ceritanya..hihi

    ReplyDelete
  8. Bab biskut raya ni memang surrenderlah. Sejak lepas kahwin memang tak buat. Main order aje. Kalau tak sempat order, tunjuk-tunjuk aje dengan muncung!

    ReplyDelete
  9. OKje pulak tengoklah tahap kerajinan dihujung hujung nanti macamana....Kalau sawan tak hinggap bolehlah buat biskut barang sebalang dua. Lepas dapat bagi mak sendiri ngan mak mertua jadilah weyh....

    So mana yg sedap tu?

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!