Tiga Hari Dua Malam di Kuching

Assalamualaikum

Dah macam pakej percutian pulak. Menang percutian ke Kuching selama 3 hari 2 malam! 

Hehe .. tak ada maknanya nak menang. Tak pernah pun bernasib menang pakej percutian huhu.

Ni cerita hari tu ... company aku buat Team Building untuk branch di Sabah dan Sarawak. Dorang buat kat Hotel Pullman di Kuching Sarawak. 
Excited tau sebab tak pernah lagi jejak di bumi Sarawak walapun berjiran ja dengan Sabah.
*bertambah excited sebab semua ditanggung company kan*

Team Building 6 hingga 8 May yang lalu. 6hb tu ngam2 hari jumaat. Kalau diikutkan masih hari bekerja tapi memandangkan flight ke Kuching jam 3.30pm, kitaorang 'tutup kedai' awal.


*Ni muka2 excited cam sardin sebab bersesak dalam teksi on the way ke Hotel Pullman*


*Bilik tempat kitaorang stay di Hotel Pullman. Masuk bilik ni terus terasa vip. Besar giler bilik dia. Hari kitaorang check tu banyak pak-pak menteri stay sini juga termasuk lah TPM kita tu. Maklumlah minggu tu kan minggu mengundi Negeri Sarawak*


*Bandaraya Kuching view dari bilik aku. Besar dan luas*

Hari pertama tu kami belum ada program so masa ni kami gunakan untuk meninjau kawasan sekitar hotel tempat kami stay tu. 
Hotel Pullman ni betul-betul menghadap sungai (sungai tak tahu apa nama dia tapi yang pasti sungai kat Sarawak ni memang besar dan dalam. Macam laut pun ada).
Di sepanjang sungai ni dinamakan waterfront, banyak gerai2 kraftangan kat kawasan ni.

*Ni pemandangan dari tebing sungai di waterfront tu*

Sempat juga aku membeli fridgemagnet dan juga kain pelikat Sarawak untuk mak.
Orang kata kalau ke Sarawak jangan lupa beli kek lapis dan juga merasa mee koloknya. 

Dan semuanya tu ada di seberang sungai. Terpaksa naik bot penumpang dan itulah satu-satunya cara untuk ke seberang sana.
Dahlah aku gerun tengok sungainya tu. 

Pikir punya pikir aku dan 2 orang kawan ambil keputusan naik bot tu. Masa naik bukan main riuh lagi sebab takut .. 1st time tau naik bot penumpang. Nasib baik ke seberang sungai tak sampai pun 10 minit. (^_^)

*tester yang menarik perhatian pengunjung kedai kek lapis ni .. dan aku pun tak lepas peluang mengetest (perkataan baru)*


*Pelbagai perisa kek lapis dijual di kedai ni. Sempat beli 6 potong kek lapis untuk dibawa pulang ke KK. Tapi kan bila sesuatu itu dikomersilkan dan cuma berasaskan keuntungan kadangkala kualiti tidak dititik beratkan. Kek-kek yang aku beli tu sangat ke laut rasanya. Memang agak mengecewakan. Seharusnya kedai ni bila dah tau ramai pengunjung luar datang, kualiti kek tu harus dijaga, jangan pula mengambil kesempatan terhadap pengguna. Tak puashati dengan kualiti kek lapis tu aku order pula daripada kawan sekerja hubby yang berasal dari Sarawak. Agak mahal sedikit daripada yang aku beli di kedai tu tapi test dia memang sedap. Puas hati gitu. Terubat juga kekecewaan aku dengan kedai tu*


*Mee Kolok. Yang ni set special, harga RM5.00 sahaja. Sedap ... Mee dia kering digaul dengan kicap. Sebab tu agaknya dihidangkan bersama sup ..*

Walaupun tujuan ke Kuching ni bukan untuk bercuti tapi sempat jugalah meninjau sebahagian kecil bandar ni. Sempat merasa mee kolok, sempat naik bot penumpang, sempat membeli kek lapis (walaupun kecewa) ... kata orang sambil menyelam sambil minum air. 😀


Note : Hari ni last day bercuti .. esok dah kerja balik .. huhu





9 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. sungai sarawak la nama kedai tu. hehe anyway kalau kek lapis. dekat seberang sungai tu yg sedap. yg lain mmg tak berapa sgt.

    ReplyDelete
  2. Alahaiii rugi je beli kek tapi tak sedap kan kan..rase ralat je kan..

    ReplyDelete
  3. Bestnya team building. Company aku tak pernah buat. Rasa kecewa jer bila beli tapi rasa tak sedap.

    ReplyDelete
  4. Sarawak memang best..begitu juga sabah..sy tak berkesempatan lg nk ke dua buah negeri ni.hehehe..

    Harap rupa je cantik kan kuih lapis tu..rupanya rasa kelaut

    ReplyDelete
  5. Entah bilalah kakak nak sampai sana Mia
    Nantilah ada masa ikut abg seminar (beranganlah dulu hi) sebab abg selalu seminar di Kuching.

    ReplyDelete
  6. Tak sempat jumpa kak Mia masa kak mia dtg kchg.. huhu.. sungai tu nama sungai Sarawak.. bot penumpang tu, org sarawak panggil penambang.. skrg bot tu besar sikit, kalau dulu kecil.. tangan boleh main cecah air sungai.. tapi seram sikit la nak main, takut buaya.. hehe

    ReplyDelete
  7. Tak kiralah pergi dgn team office pun tapi kalau dah tido hotel tu mmg syoklah kan Mia, lebih lagi pergi tempat yg belum pernah pergi. Excited dia mmg lain macam sungguh.

    Kalau mak pun takut jugak tu nak naik bot....Kotnya ada buaya ke hish!!!
    Sarawak mmg terkenal dgn kek Sarawak kan.... Tulah mereka ni buat main ikut suka jer, kesianlah pada pembeli, kalau ye pun

    ReplyDelete
  8. Dapat pergi free, haruslah manfaatkan sebaiknya. Inilah satu-satu negeri di Malaysia yang saya belum pernah sampai lagi. Bila agaknya nak pergi pun tak tahulah. Terasa seronok nak pergi Sabah berbanding Sarawak.

    Mi kolok dan kek lapis tu memang sinonim kalau dah travel ke Sarawakkan!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post